Memaparkan catatan dengan label MEMBANGUN KAN MINDA MELAYU h. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEMBANGUN KAN MINDA MELAYU h. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mac 2011

APA HAK PULAK MAMAT INI?




MACAM MACAM PUNYA SAKIT



nota:
dalam dunia ini ada pelbagai penyakit
kebanyakkan boleh diubati
malah ada kajian terus
dijalankan untuk mencari
jawabpan kepada satu satu penyakit

tetapi

ada satu penyakit yang tidak akan
ditemui ubatnya: KKS
kureng kaseh sayyeng
kah kah kah




EZAM MINTA PASPORT ANTARABANGSA ANWAR DI RAMPAS
- berita hairan

Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


nota:
cuba teka kalau passport mat ezam kena rampas?

macam mana nak jumpa bini muda di indon?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

kena chakwow by post kah kah kah
kena pa chu ching by pone kah kah kah


Rabu, 16 Februari 2011

BUKAN ZAMAN ABU NAWAS




BERKOMPANG BERKOMPIT



nota:
ucapan selamat menyambut
mauludul rasul muhamad
kegembiraan berkompang
kegembiraan berkompit









MAULIDUR RASUL : 1500 GURU KAFA AKAN TERIMA RM100
– harakah daily

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.

Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.

"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

NOTA:
kita wajib mengalu alukan langkah ini
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
memiliki dana
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyata di tanjung
tidak rasuah
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
tidak boros

TETAPI AWAS

ini bukan cara pentabiran moden
ini bukan zaman khalifah harun aminulraseed
tabur dinar sana
tabur dinar sini

gerombolan beri duit
pakatan beri duit

kelihatan amat patronising

bukan beri duit sedekah
tetapi putuskan lingkaran setan
agar tidak menjadi peminta sedekah

bukan beri buah durian
tetapi beri tanah agar boleh durian di tanam

bukan beri ikan
tetapai beri tanah untuk kolam ternakan ikan

apa yang wajib dilakukan ialah pekerja
tak kira kerja apa pun memiliki gaji minima
gaji yang dapat menyara kehidupan dengan selesa




Jumaat, 21 Januari 2011

LUPA ASAL USUL



AYAH MADEY




PAS DAKWA MAHATHIR LUPA SEJARAH - harakah daily

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendakwa Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MADEY INI BUKAN HANYA LUPA SEJARAH... kah kah kah..

kah kah kah... MADEY NI SENGAJA INGIN MELUPAKAN MACAM MACAM... kah kah kah..

kah kah akh.. SEKARANG MARAH PADA DOLAH.... TAPI DIA LUPA DIA YANG LANTIK DOLAH... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG MARAH BUKAN MELAYU BOLOT HARTA KEKAYAAN... kah kah kah...

kah kah kah... TAPI DIA LUPA DIA YANG BAGI HARTA PADA VINCENT TAN ... ANANDA.. YEOH TIONG LEY...kah kah kah..

nota:
madey ingin melupakan sejarah dirinya sendiri
siapa dia?
dari mana asal usul?
kerana itu satu negara tak pernah melihat
gambar kaum keluarga ayahnya
dia takut ada gambar ayahnya pakai dhoti kah kah kah


Rabu, 19 Januari 2011

SUNNAH WAL RASUAH




INI PUN DIIKTIRAF





DUTA BESAR IRAN IKTIRAF UMNO PARTI ISLAM - mstar

KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi.

"Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Umno Online semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Umno hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan Umno untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit... INI BERITA AMAT PELIK... kah kah kah..

kah kah kah...GEROMBOLAN MAKIN TERDESAK.... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM MANA PULAK SHIAH BOLEH IKTIRAF SUNNAH WAL RASUAH.... kah kah kah...

kah kah kah... DULU TANGKAP SHIAH.... kah kah kah...

kah kah kah... SEKARANG NAIK TOCANG DIANGKAT OLEH SHIAH.... kah kah kah...

kah kah kah... KESIAN... KALAU DAH TERDESAK...SEMUA BOLEH...kah kah kah

Khamis, 13 Januari 2011

RAJA DARI SEGALA RAJA GOPAL




YANG INI NAK JADI SULTAN



nota:
kenapa raja gopal lain senyap sunyi
tidak bersuara apabila sultan melaka
mula bertitah !

kenapa tidak datang mengadap sultan melaka?
apakah bezanya sultan melaka ini denagn sultan perak?
apakah bezanya sulatan melakan ini dengan sulatn kelantan?

kah kah kah





MAAFKAN SAYA....
meloya

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MALAON INI BETUL BETUL BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUKAN SAHAJA KENA TIPU... MAHAL PULAK HARGANYA.... kah kah kah...

kah kah kah....ADA DATUK DIJUAL LAGI MURAH.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUKAN SAHAJA DATUK BOLEH DIBELI DENGAN MURAH...ADA MACAM MACAM... kah kah kah..

kah kah kah...DATUK SERI... DATU PADUKA... DATU BAGINDA....SEMUA ADA... kah kah kah

kah kah kah... NAK JADI RAJA PUN BOLEH.... kah kah kah..

woit.... NAK TAHU DIMANA?.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI BUKAN RAJA GOPAL YANG MENIPU DARI PERAK..... kah kah kah..

kah kah kah.... INI RAJA DARI SEGALA RAJA RAJA.... kah kah kah..

kah kah kah...BELI DERAJAH KEBESARAN DARI SULTAN SULU...kah kah kah..

woit... INI SULTAN LAGI HEBAT... SULTAN SABAH, SERAWAK DAN BERUNAI.... kah kah kah..

kah kah kah... LEBIH HEBAT DARI RAJA BEROOKE... kah kah kah..

kah kah kah... INILAH DIA RAJA SEGALA BALAK.... kah kah kah..


kah kah kah... NAK JUMPA?...kah kah kah..

kah kah kah... HUBUNGI PENGURUSI JARINGAN MELAYU MALAYSIA ... kah kah kah..

kah kah kah... NGO JMM INI CUKUP PINTAR TENTANG JUAL BELI DATUK DARI SULU.... kah kah kah

woit... KALAU NAK CEPAT PAKAI DATUK... JUMPA DUTA SULTAN INI DI HOTEL LIDO BIKIK NO 7 - BRICKFEILD.... kah kah kah

Selasa, 23 Mac 2010

ZIONIS JADI PENASEHAT



APA PERANAN APCO, BERAPA KERAJAAN BAYAR , SIAPA APCO – ANWAR
- harakahdaily

“Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan satu Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.


KAH KAH KAH...

kah kah kah... KOREK KOREK LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah.... JANGAN BAGI ZIONIS PERANGKAP NEGARA INI...kah kah kah..

woit... ZIONIS INTERNATIONAL BERI NASEHAT PADA KERAJAAAN???... kah kahkah..

woit... INI BAHAYA.... NANTI BUKAN SAJA ISKANDAR TERJUAL... kah kah kah...

kah kah kah.... SATU MALAYSIA INI AKAN JADI MILIK ISREAL .... kah kah kah...

kah kah kah... MULA MULA MASUK KOMPENI... LEPAS TU MAIN POLITIK...kah kah kah..

kah kah kah... KEMUDIAN TAJA AHLI PARLIMEN... kah kah kah..

woit... INI TRIK LAMA... TAPI MASIH BOLEH DI PAKAI UNTUK SATU MALAYSIA...kah kah kah




Rabu, 20 Januari 2010

PROJEK TIPU MELAYU LAGI



SAMPAI LETIH MELAYU KENA TIPU




FELDA DIARAH BAYAR RM11 JUTA KEPADA PENEROKA – berita hairan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Felda.

Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Zulkefli Ahmad Makinudin dan Gopal Sri Ram, sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap semua peneroka.

Hakim Zaki berkata, tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan.

Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.

Felda mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

Amaun berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Di dalam writ saman tersebut, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual.

Semua peneroka diwakili sekumpulan peguam diketuai Yusfarizal Yusof manakala Felda diwakili peguam Cecil Abraham dan Sunil Abraham. - Bernama

KAH KAH KAH

woit… BERAPA LAMA AGAKNYA PENEROKA DAH KENA TIPU…kah kah kah..

woit…BERAPA BANYAK DUIT MANGKOK NI DAH KELEPET…kah kah kah..

kah kah kah.. INI BARU SATU KES… kah kah kah…

kah kah kah… SENANG CARA MENIPU… TURUNKAN GRED SAWIT…kkah kah..

kah kah kah… JUAL PADA CUKONG… DUIT MASUK POKET…kah kah kah..

woit… HENTIKAN LAA PROJEK TIPU MELAYU… kah kah kah..




Sabtu, 9 Januari 2010

PERCUBAAN MEMBODEK RAKYAT



KESEDARAN MULA SAMPAI KE SABAH SERAWAK




KERAJAAN KAJI PAKEJ KADAR TOL LEBIH MUNASABAH : berita hairan

Najib Razak berkata kerajaan dalam proses terakhir kajian pakej kadar tol lebuh raya yang munasabah untuk rakyat.

Dia berkata, pakej itu merangkumi pelbagai aspek untuk kepuasan pelanggan termasuk kualiti dan kemudahan yang disediakan.

KAH KAH KAH…


woit… INI ERTINYA … SELAMA INI KADAR TOL TAK MUNASABAH….kah kah kah..

kah kah kah... SELAMA INI HANYA KAYAKAN KRONI... kah kah kah..

woit… SELAMA INI BAYAR TOL KENA TIPU…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU KADAR TOL TAK MUNAH SABAH… MESTI MUNAH SERAWAK KE?.... kah kah kah…

nota:
ini nak bodek satu malaysia
sudah terlambat
kerana susudah gereja dibakar
semua ‘fix deposit’ bn di sabah dan serawak cabut lari kah kah kah




Ahad, 27 Disember 2009

MENIPU MELAYU LAGI



SCAN DAN MASUKKAN KE DALAM NET




KDN MASIH KAJI BUKU BARRY WAIN -melayau

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,” sebelum membuat keputusan tentang pengedaran buku itu di Malaysia.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kajian itu merupakan satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses tersebut.

Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan kententeraman rakyat Malaysia, menurut kenyataan itu.

"KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku tersebut di Malaysia”. Isnin lepas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menolak laporan sebuah portal berita propembangkang kononnya pihak KDRM telah menahan 800 naskhah buku itu di Pelabuhan Klang sejak empat minggu lalu.

KAH KAH KAH..

woit… NAK KAJI BUAT APA?.... kah kah kah..

woit… NAK KAJI BUAT PHD KE ?.... kah kah kah…

kah kah kah…KALAU NAK KAJI BUAT PHD…. HANTAR KE SINTOK…kah kah kah..

nota:
siapa ada buku ini sila scan dan masukkan ke dalam net.
siapa ada masa sila terjemah biar mak cik dan pak cik
di felda taib andak dapat baca.

buku ini mesti hot. cerita madey songlap duit.

tunggu: mesti ada cerita tentang:
- media luar cemburu
- media luar yahudi
- media luar ada agenda

tap tak ada berita orang melayu kena tipu oleh eee kah kah kah




Rabu, 23 Disember 2009

SIAPA NAK DUIT



LANUN LARIKAN DUIT NEGARA




MAHATHIR CABAR SIASAT ISU SELEWENG RM 100 BILION - malaysiakini

Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

MADEY REMBAT 100 BILION – DOLAH REMBAT 270 BILION

I welcome Lim Kit Siang’s proposal for Najib to set up a royal commission on whether

I burned RM100 billion...during my 22-year reign,” said Dr Mahathir.

Such a commission, he said, should not be made up of government nominees, but should instead have as members “impeccable people including foreigners and members of Transparency International.”

He said the probe’s terms of reference should also include how RM270 billion of Petronas money, paid during Abdullah’s five-year term, was spent.

“It should include how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge and the Johore Baru to Padang Besar railway.”

He cited other projects during the Abdullah era which he said should be investigated.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH..

woit… FIRAUN SUDAH TUDUH MENUDUH… kah kah kah…

kah kah kah…… BARRY WAIN KATA FIRAUN REMBAT 100 BILION…kah kah kah…

kah kah kah... FIRAUAN TUDUH MAT ZZZ REMBAT 270 BILION... kah kah kah..

kah kah kah… FIRAUAN DENGAN AUTA KELING… CUBA NAK LARI.. kah kah kah…

woit… TANGKAP FIRAUN UNTUK SELAMAT KAN SATU MALAYSIA…kah kah kah…

kah kah kah…JUMPA FIRAUN… JUMPA ULAR…SURUH ULAR PATOK KEPALA FIRAUN DULU… kah kah kah




Sabtu, 19 Disember 2009

KELUARKAN DI INTERNET BUKU INI



BUKU MENGENAI MAHATHIR TERSADAI DI PERLABUHAN KLANG
– harakah daily

Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menahan 800 naskah buku mengenai Mahathir Mohamad, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' yang dilihat sangat kritikal kepada beliau.

Menurut sumber, sudah tiga minggu buku itu sampai ke Perlabuhan Klang namun sehingga kini ia belum dilepaskan oleh Jabatan Kastam untuk diedarkan di negara ini.

Sebelum ini, Harakahdaily telah menyiarkan kandungan kritikal buku yang ditulis oleh bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal, Barry Wain itu.

Buku itu ditulis secara kritikal terhadap Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri negara ini.

Ia ditulis oleh Wain berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama hingga kini.

Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

KAH KAH KAH..

woit…. SERATUS BILLION LESAP… kah kah kah…

kah kah kah… INI BARU WIRA SONGLAP… kah kah kah…

kah kah kah… LEBIH HEBAT DARI MARCOS….kah kah kah…

kah kah kah… LEBIH HEBAT DARI SUHARTO… kah kah kah..

woit… TAPI KURENG SIKIT DARI MUGABE… kah kah kah..



Ahad, 13 Disember 2009

HARI HARI AKHIR SAEKOR KETUANAN



LELAKI MACHO



NAZRI BIDAS PIHAK MAIN ISU KETUANAN MELAYU - malsysiakini

Konsep satu Malaysia yang diilhamkan oleh Najib Razak tidak mendukung ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia.

Itulah mesej jelas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, i Mohd Nazri Abdul Aziz kepada golongan ekstremis yang terus menerus memainkan isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik dan diri mereka sendiri.

KAH KAH KAH..

kah kah kah…WAL TAMATTUN … WAL BUNGKUSUN..kah kah kah..

kah kah kah… WAL MATITUN …. WAL TERPELEOK… kah kah kah…

kah kah kah… AKHIRAN RASISTAN… kah kah kah…




Khamis, 10 Disember 2009

NATANG BEWOK MADEY - NAK BUAT GAPO



TUN BIAWAK - BAPAK LIDAH BERCABANG




NAZRI : MADEY BAPAK SEGALAN PERKAUMAN - malaysiakini

Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai "Bapa Pemodenan".

Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Mohd Nazri Abdul Aziz.

Beliau menggelar Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.

Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).

Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.
KAH KAH KAH…

kah kah kah… BAGUS NAZRI… SYABAS… kah kah kah..

kah kah kah… TIBAI LAGI…HIMPAP… DOBIN…HONYAK…kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN BAGI CHAN… KETUK… SEPAK… TERAJANG.. kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN BAGI FIRAUN INI BERNAFAS… kah kah kah..

nota:
nazri aziz ialah lelaki berani
nazri aziz ialah lelaki pilihan
nazri aziz ialah baru shaja murtad dari ketuanan melayu kah kah kah..



SELEPAS SELANGOR DAN PULAU PINANG – KELANTAN TOLAK BTN

Selepas Selangor dan Pulau Pinang, kini Kerajaan Kelantan pula menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam. Menurutnya, beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

"Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… HARI HARI AKHIR ANAK KECIL BERMAIN API… kah kah kah..

kah kah kah… ANAK KECIL TELAH BANGUN MEMBERONTAK.. kah kah kah..

kah kah kah…AKHIRNYA … TERBARAI JUGA BTN … kah kah kah..



Selasa, 8 Disember 2009

SEMUA ORANG TAHU - HANYA MADEY YANG TAK TAHU




INI MENTERI MELAYU YANG PANGGIL MADEY RASIS - BUKAN APEK CHINA




NAZRI PANGGIL MAHATHIR RASIS KERANA PERTAHAN BTN
– malaysian insider

Nazri Aziz called Mahathir Mohamad a “bloody racist” for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.

He also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper, saying its “denial syndrome” was making him laugh.

The minister in the prime minister’s department also repeated his stand “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… BETUL CIK NAZRI… MEMANG BETUL… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA TAHU BTN AJAR ANAK MUDA MELAYU JADI RASIS… kah kah kah…

woit… SATU MALAYSIA TAHU BTN AJAR ANAK MUDA TENTANG KETUANAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah... SATU MALAYSIA SUDAH TOLAK KETUANAN MELAYU.. kah kah kah

nota:
pelik dalam hal btn ini mat mongol zzzzzz saja.
langsung tak buka mulut.
menantu zzzzz pun tak cakap apa.
tidooo dengan pak mentua ke?
mana dia orang ini semua pergi.
pergi naik kapal anak raja saudi ke?
nak jumpa kotak lagi sekali ke kah kah kah


TAK PERCAYA SILA BACA:


BTN SUDAH LAMA TERPESONG –BEKAS PENGARAH – harakah daily

KOTA BHARU, 3 Dis: Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

KAH KAH KAH...

kah kah kah... SUDAH TAUBAT BEEEB !.. kah kah kah



Ahad, 6 Disember 2009

PRESIDEN NGOOK INI ADA LAGI RUPA RUPANYA




GMP KESAL TINDAKAN M.KULASEGARAN SOAL ISU KETUANAN MELAYU
– melayau

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang mempersolkan isu ketuanan Melayu dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Dr Mohd Hilmi Ismail berkata kenyataan Kulasegaran itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan orang Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar memorandum bantahan kepada Kulasegaran melalui pejabat DAP Perak di sini, beliau berkata persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin DAP itu tidak berpijak kepada realiti kerana orang bukan Melayu yang sebenarnya “tuan” di Malaysia.

"Manakan tidak, ramai orang Melayu menjadi pengawal keselamatan kepada tuan-tuan syarikat yang berbangsa Cina dan India. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibangkitkan juga dengan mengatakan diskriminasi berlaku kepada kaum lain juga tidak betul kerana kaum Cina dan India khususnya dilihat lebih memonopoli ekonomi negara,” katanya.

Mohd Hilmi berkata isu ketuanan Melayu tidak pernah wujud bahkan dalam Perlembagaan Persekutuan sekalipun ia tidak dinyatakan cuma disentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu di bawah Perkara 153.

KAH KAH KAH…


kah kah kah…. ADA LAGI PRESIDEN NGOK INI… kah kah kah..

kah kah kah… PRESIDEN NGOK INI TAK TAHU BEZA ANTARA MALAYSIA TODAY DENGAN MALAYSIA KINI… kah kah kah…

kah kah kah…. MELAYU MANA YANG KURANG SENANG ?... kah kah kah

kah kah kah… MELAYU MANA YANG TIDAK PUAS HATI ?... kah kah kah..

woit… BILA PULA NGOK INI MEWAKILI MELAYU DI SRI LANGKA… DI AFRIKA SELATAN… DI SUMATRA… kah kah kah..

woit… DI TANAH MELAYU INI PUN… TAK ADA SIAPA YANG LANTIK NGOK INI…. kah kah kah..

kah kah kah… PADAN MUKA… BARU SEKARANG SEDAR KETUANAN MELAYU INI TIDAK WUJUD…. kah kah kah…

woit…BERITA KETUANAN MELAYU TAK WUJUD SUDAH KAH DIBERI TAHU PADA PEKIDA… PERWARIS DAN PERKATAK?.... kah kah kah…

kah kah kah… KESIAN PRESIDEN NGOK INI… BARU SEKARANG SEDAR… DAH TERLAMBAT… BILA DUIT MINYAK SUDAH HABIS… kah kah kah…



Sabtu, 5 Disember 2009

HENDAK MENIPU LAGI



HABIS DUIT DALAM SAKU KENA CUKAI




PASTIKAN RAKYAT SENANG HATI DENGAN GST - melayau

KERAJAAN jelas bersungguh-sungguh merancang memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Untuk tujuan itu Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan akan dibentangkan pada akhir sidang Dewan Rakyat yang kini sedang berjalan.

Pembentangan akta untuk bacaan kali pertama itu dikatakan akan membolehkan orang ramai memberikan maklum balas. Malah jika ada keperluan, kerajaan bersedia melakukan pengubahsuaian agar ia menepati kehendak rakyat.

Tetapi belum dibentangkan di Parlimen sudah ada suara-suara sumbang untuk mempolitikkan isu GST ini. Walhal lebih 143 negara telah melaksanakannya. Di ASEAN pula hanya tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum melaksanakan sistem percukaian ini.

KAH KAH KAH…


woit… TAK PAYAH LAAA TIPU RAKYAT LAGI… kah kah kah..

woit… JANGAN KELENTONG ORANG RAMAI DENGAN NAMA GST…kah kah kah…

woit… CAKAP LAH SEMUA AKAN KENA CUKAI… kah kah kah..

woit… APA SAHAJA DI BELI AKAN KENA CUKAI…kah kah kah…

woit… PERGI MAMPUSLAH 143 NEGARA YANG ADA CUKAI INI…kah kah kah..

kah kah kah…KALAU MEREKA BODOH… KENAPA KITA NAK JADI BODOH…kah kah kah..

woit… BAGUSLAH BURMA DAN BERUNAI… TAK ADA CUKAI SUSAH KAN RAKYAT… kah kah kah..

woit.. NAK BAGI SENANG HATI ?.... kah kah kah…

kah kah kah…. MANA ADA RAKYAT SENANG HATI KENA CUKAI… kah kah kah..

woit… INGAT SATU MALAYSIA BODOH KE ?... kah kah kah…



Rabu, 2 Disember 2009

MARI BERSAMA FAHAMI BERITA INI



SIAPA YANG AKAN JADI KRONI NANTI ?




PDRM PERLU BANYAK HELIKOPTER - melayau

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu memiliki lebih banyak helikopter pada masa depan bagi memantapkan aktiviti pemantauan jenayah di negara ini, kata Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Beliau berkata, setakat ini PDRM memiliki 10 buah helikopter.

"Bagi saya kita perlu lebih helikopter kerana ia banyak kebaikan terutama untuk pencegahan jenayah. Kalau boleh saya mahu setiap negeri ada satu helikopter,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di sini hari ini.

Ditanya sama ada PDRM berminat untuk memiliki pesawat tanpa pemandu (UAV), Musa berkata pihaknya tidak bercadang untuk membeli pesawat berkenaan pada masa ini kerana kosnya yang agak mahal.

nota:
ini juga berita kuntau

bila ada kenyataan macam ini keluar
ertinya sudah ada kroni yang telah dapat kontrek
ertinya suadah ada politikus yang telah masyuuuk


bagai mana caranya?

syarikat multinasional akan jumpa barua tempatan
barua ini akan menjadi orang perhubungan antara syarikat multinasional
dengan menteri gerombolan. pihak pdrm – bukan polis cabuk - akan
juga ada bersama untuk mencadangkan keperluan ini. yang
mencadangkan ini juga masyuuk. menteri yang
meluluskan akan juga ada kepentingan.

tak percaya tunggu dan lihat – siapa kroni yang akan
membawa heli ini masuk – mungkin bekas pegawai tinggi polis
bekas menteri pencen - ketua bahagian gerombolan – semua
bersama merembat harta negara.

yang melopong orang melayu yang bangga dengan ketuanan melayu
yang melopong orang melayu yang bangga dengan hak istemewa

memang betuk orang melayu ada hak istemewa
hak istemewa untuk melopong dan ditipu
kah kah kah.



Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA HAJI



UCAPAN SELAMAT HARI RAYA HAJI




nota:
pemberita, wartawan dan tim tukar tiub
mengucapkan selamat hari raya haji.

jaga diri - cuti panjang hujung minggu
jangan terlalai di jalan raya
berkorban bukan hanya menyembelih lembu

dalam susana sekarang bekorban
yang hakiki ialah bercakap tentang kebenaran




Sabtu, 14 November 2009

LIHAT BAGAIMANA AKHBAR MENIPU



AKHBAR MELAYU - PEMBODOH ORANG MELAYU - AKHBAR CINA MENDEWASAKAN MINDA ORANG CHINA DI MALAYSIA





ZAID SYOR NIK AZIZ TERAJUI PRM


Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my

PENGERUSI PENAJA PAKATAN PEMBANGKANG KETEPI ANWAR KIT SIANG , HADI

KUALA LUMPUR: Pengerusi penaja Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zaid Ibrahim mengetepikan Anwar Ibrahim dengan mencadangkan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai pengerusi/ketua parti gabungan pembangkang itu.

Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu bagaimanapun berharap cadangannya tidak mengguris hati mana-mana pihak, termasuk Anwar; Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

nota:
perhatikan betul betul bagaimana berita ini ditulis.

sengaja di bubuh tajuk PRMwalhal PRM - parti rakyat malaysia – adalah
sebuah parti lain.


PAKATAN RAKYAT bukan PRM tetapi gabungan yang dinamakan
PAKATAN RAKYAT. ini sengaja dilakukan seolah-olah
satu kesilapan akhbar.


INI BUKAN SILAP : ini sengaja diadakan. ini adalah satu cara
untuk melahirkan kesangsian kepada pembaca.

perhatikan juga bagaimana berita ini diolah. ini bertujuan untuk mengadu
domba dan memecah kan setiakawan diantara pucuk pimpinan pakatan rakyat.
ingin melahirkan gambaran bahawa pucuk pimpinan ini cemburu antara
satu sama lain.

pengamal media jenis ini sebenarnya tidak sedar bahawa hegemoni mereka
untuk mengolah persetujuan orang ramai telah pecah. media jenis ini
tidak lagi memiliki monopoli dalam membuat berita. pengamal berita jenis ini gagal memahami bahawa dunia media telah berubah. hegemoni mereka telah pecah. laman laman web dan blog adalah penyampai berita yang paling diyakini - paling unggul - paling melawan - paling berani dan sedang merombak cara berita disampaikan. media baru ini adalah bertempur untuk memadamkan media bodek bukan sahaja di malaysia tetapi di seluruh dunia.

new york times, peking daily, iran times, zimbabwe daily, guardian, le monde, minachi shimbun, le figaro, liberation, washington post – semua akhbar akbar ini sedang merundum. mereka menerima pukulan yang maha hebat dari blog dan laman web.

contoh terbaik:

di malaysia kelmarin kita boleh melihat wawancara bala yang di bayar 5 juta melalui youtube – tv rakyat dunia. kita boleh melihat gambar payong yang logo gerombolan cuba padamkan. kita boleh tahu dan melihat bukti tiket kapal terbang para hakim yang ditaja oleh v.k linggam. kita juga boleh tahu secara terperinci kes kes
rasuah, pembayaran komisen yang selama ini tidak dilaporkan oleh media gerombolan. kita melihat gambar mahligai kihir toyo - seorang pencabut gigi.

dunia telah berubah – terima kaseh ronald reagan.

media lekeh lagi mekeh hanya menjadi bahan lawak kita semua kah kah kah







Jumaat, 13 November 2009

MACAM MACAM PUNYA TER



MALAYSIA TIDAK BOLEH LAGI DIPROMOSI SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN MURAH
-mStar

Malaysia tidak boleh lagi dipromosikan sebagai negara yang menawarkan pusat pendidikan yang murah dan mudah, kata Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Malaysia perlu bertindak lebih agresif dalam menarik penuntut asing tetapi kali ini tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelajar dari luar negara yang terbaik di kalangan mereka.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… INI TER BIKIN SUSAH… kah kah kah…

kah kah kah… INI TER BIKIN SUSAH CHINA DOLL MAHU DATANG…kah kah kah…

kah kah kah… KALAU TAK TER MURAH NAK TER APA… kah kah kah..

kah kah kah… NAK TER PANDAI… TER BODOH… kah kah kah…

kah kah kah… NAK TER BIJAK … TER BANGANG…. kah kah kah…

kah kah kah… NAK TER ILMU…. TER KOSONG…. kah kah kah…

woit…. ORANG MELAYU TAK TER FIKIR… kah kah kah…

kah kah kah…. UNIVERSITI HARI INI …. SUDAH TER ROSOT…kah kah kah..

kah kah kah… SUDAH TER COROT…. kah kah kah..

nota:

semua naib cancelor selalu tidak ter dipejabat
kerana mesyuarat cawangan dan bahagian.
profesor tak pernah ter tulis buku kerana buat multi level
pelajar ter tipu ter kena bayar hutang teeer pptpn kah kah kah..