Jumaat, 30 Januari 2009

DEMO SABTU DI SOGO - JALAN TAR - 3.00 PETANG


PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) - SABTU 31 JAN 09 / 3PM / SOGO




Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.




34 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Cuma yang ini , saya tak akan sokong.
No sokongan for this demo.
Tak boleh ke Maths and Science di ajar dalam English?
Kalau semua di ajar dalam BM mampus juga.
Kata kan lah belajar IT.

Contoh dalam kelas IT dalam BM- Ikut cikgu buat , ambil barang keras ini dan cucuk dalam lobang port USB, ini ialah alat cucuk dan main. Barang lembut ini sungguh mudah main dan boleh tambah satu batang gembira.....siapa yang ngoook sekarang?
* (use this hardware and plug direct to the USB port.The software is user friendly and a joystick may be added)

Buat lah demo yang ada tujuan. demo seperti Anti ISA ,BERSIH .
Tapi mereka yang nak demo tak mahu BI pi demo lah.
demo ini buang masa depan anak-anak.

Tanpa Nama berkata...

saudara khun pana

rasa saya, saudara sendiri pening kepala di mana letaknya kepentingan bahasa melayu dan inggeris.

tidak ada sangkut paut langsung apabila belajar math dan sains dalam inggeris maka pelajar akan dapat menguasai bhs inggeris.

utk menguasai bhs inggeris itulah kena belajar sastera. baik dedahkan pelajar dgn hemingway,dickens, tolstoy, jack london dll.

lagipun dgn adanya internet, lagi mudah nak baca akhbar/artikel/jurnal luar negeri.

contoh yg saudara bgi di atas adalah contoh bangang. mungkin ambil dari blog mat tyson ke hahahahaha

isunya di sini bukan semata-mata math dan sains - isunya adaah bahsa melayu. ini realiti - ramai yg malu jika tidak menyelitkan sedikit bhs inggeris dlm perckapan mereka. contohnya : No sokongan for this demo.

hahahaha patutlah saudara sendiri sokong bhs inggeris dlm math dan sains

tapi gua sendiri tak pergi demo ni. ada main gig lah sabtu ni hahaaha

Tanpa Nama berkata...

setakat demo je buat apa? demo 5 minit lepas tu kena halau, perhimpunan pun bersurai. apa dapat? lain la kalau demonstrasi betul2 rusuhan. baru ada efek. demonstrasi yang boleh menggegarkan kerajaan dan dunia adalah demonstrasi ganas dan berani. contohnya thailand dan indonesia. barulah ada kesan. setakat demo lepas tu kena halau apa barang beb?? hahahhaha

maun berkata...

Orang nak demo bantah pasal Pengajaran Sains dan matematik dalam B. Inggeris, bukannya nak demo pasal belajar IT. Apa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!

Tanpa Nama berkata...

math ngn science perlu kpd pemahaman yg mendalam...
lg bagus kalau diajar dlm BM

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Mamat ni tak faham konsep negara bangsa kot..

uit.. Nih nak nak bagi tau, setiap negara ada indentiti sendiri. Setiap negara ada peribadi yang menonjolkan akan keperibadian tersendiri. Identiti sesebuah negara boleh dilihat daripada struktur bahasa, sosial, politik, demografik dan pelbagai macam lagi. Sarjana-sarjana falsafah terkemuka dan terulung pernah membuat ulasan tentang negara bangsa ini. Malahan pensyarah-pensyarah juga tidak menyokong isu ini bahasa Inggeris ini tetapi dek kerana mereka kecut telur dan tak berani bersuara, mereka semua berdiam diri dan jadi bisu..

Mungkin mamat ini ada fahaman gerombolan, jadi dia tidak bersetuju. Nih, nak bagi tau.
Perangkaan yang K. Pendidikan bagi untuk tunjuk peratusan peningkatan di kalangan pelajar itu BULL SHIT!!
Semua itu statistik penipu!! Saya ada kenai dgn beberapa bekas pekerja K. Pendidikan, mereka sendiri mengakui statistik itu boleh diubah-ubah bagi mempertahankan agenda masing-masing!!

Mereka BULL SHIT!!!!

Mereka menipu!!!

Bekas pensyarah saya juga kata, pendidikan dalam bahasa Inggeris akan menghilangkan identiti negara dan bangsa. Jadi, banyaklah membaca. Janganlah asyik termakan suapan gerombolan!!!

Yang Pasti, esok gua turun!!!!!

Tanpa Nama berkata...

khun...ooo khun..orang kedah kata khun ertinya lena...atau tidoq.

patutlah engkau ni ngook sangat.

orang cakap pasal matematik dan sains bukan IT..lah ngook. memanglah engkau ni ngook malah 2 kali ngook .

Yanaam berkata...

Terjemahan yang Khun buat tidak menunjukkan kelemahan bahasa Melayu tetapi kelemahan rakyat Malaysia mencari istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu.

Kalau kita cari di internet, kita dengan mudah akan jumpa manual linux (sbg contoh) dalam Bahasa Indonesia, tetapi tiada dalam Bahasa Melayu. Barangan elektrik yang dibelipun selalu dilengkapi dengan manual bahasa Indoesia. Bukan nak kata Indonesia tu maju sangat tapi kenapa Indonesia boleh tetapi Malaysia, hanya ada slogan je "Malaysia Boleh".

Sebabnya kita lebih cenderung untuk ketawakan bahasa kita bila ada istilah baru walhal bahasa Inggeris pun kadang kala kelakar juga, tapi mereka tak ketawakan. Orang Amerika masih guna nama White, Green, Blue untuk nama orang tetapi masyarakat kita sudah tidak relevan dengan nama Hitam, Putih dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Salam
saya bersetuju dengan saudara Khun Pana. Demo ni bukan karana PPSMI tetapi ada isu lain di sebaliknya...kerana PPSMI adalah dasar dari pimpinan UMNO.

Saya rasa perkara yang lebih penting di lakukan ialah memperbaiki mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Kerana istilah2 dalam Bahasa Malaysia kerap ditukar sesuka hati sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan pelajar terutamanya.

DBP dan penggubal dasar perlu sepakat dalam memperbaiki mutu bahasa ibunda kita dahulu. Contohnya nama untuk subjek ini kerap bertukar, sekejap Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Malaysia.

Janganlah merosakkan dan mengelirukan pelajar2 semata-mata kerana kita bermusuh dalam soal politik. Yang menjadi mangsa ialah anak2 kita yang menjadi 'guinea pig' perubahan dasar dan penciptaan dasar2 baru.

Buatlah demo yang membawa faedah kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dan tanpa mengira perbedaan politik yang didokong.

mh-j berkata...

Totally agree with Khun Pana....I disagree that the 2 subjects be taught in B.M AGAIN!!! Learning Science in B.M is just not the same and it has nothing to do with trying to improve the proficiency of one's English!
Gunakan masa dan tenaga untuk berdemo bagi isu-isu yang LEBIH kritikal.....

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100% dengan Khun Pana di atas.

Bahasa BI banyak manfaatnya terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Pembelajaran dan kemahiran BI tidak bermaksud kehancuran Bahasa Melayu; ini pemikiran sempit yang chauvinis.

Aku sokong Pakatan Rakyat. Tapi pasal nak mansuhkan BI ni aku tak sokong la.

Tanpa Nama berkata...

Sorry...tak boleh sokong pasal saya setuju dengan Matematik dan sains diajar didalam bahasa Inggeris.

ehem-ehem berkata...

mari berdemo pada yang menyokong demo ini, mari berdemo pada yang tidak menyokong demo ni. dua-dua boleh berdemo dan semua boleh berdemo itu hak kita...... demotape macam mana? hahahahah

Tanpa Nama berkata...

semua subjek boleh diajar dalam BM, apa-apa yang dalam BI contohnya USB=Universal Serial Bus, boleh diteruskan dan diguna dalam BI kerana ia adalah nama khas, tak perlu dialih bahasa.

Hanya mereka yang ngok dan tak faham bahasa Malaysia je yang menyokong pengajaran dalam BI.

Kita dulu2 pun belajar dalam BM, tapi BI OK je. Sebenarnya, masalah adalah subjek BI itu sendiri yang tidak mesra murid. Subjek BI mesti digubah semula agar lebih menarik dan sesuai untuk semua bangsa diaMalaysia.

Cikgu BI pun MESTI diupgrade juga, takkan masih nak guna cikgu BI yang BI dia sendiri pun tak betul

Jom demo

Tanpa Nama berkata...

kalau tak turun demo, korang takkan terpikir untuk lahirkan perkataan ¨menjarjiskan.¨

gua pun turun demo esok! kita nak tunjuk--jangan mudah2 umno nak buat dasar yang ngook!

langsung tak bincang dengan rakyat!

Tanpa Nama berkata...

ada cadangan nak ajar sains dan matematik dalam bahasa jawa?

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua yang membantah pengajaran matematik dan sains dalam BI, pernahkah anda semua melihat sendiri bagaimana kedua-dua subjek itu diajar di dalam BI?

Jika anda semua lemah berbahasa Inggeris sampai tak tau erti "subtract", jangan lah deprive anak-anak anda dari mendapat sesuatu yang akan menguntungkan mereka..

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Jom demo sokong jo apa yang perlu kita sokong ! nampak sangat yang sokong BI untuk M&S ni balacii Mahadiak tak habis lagi dengan fikiran kuno mahadiak sorrilah.....outdated

rakyatbiasa berkata...

nanti kita bwat demo mansuhkan sekolah jenis kebangsaan cina dan india pula.sekolah perkauman ni! kata nak bersatu tanpa batasan bangsa! kata malaysian malaysia! satu sekolah untuk semua rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua dah pandai B.I, lepas ni mesti kita duduk sama tinggi ngan org barat...Satu dunia akan kagum.. Sebut malaysia, semua org putih kenal. Sebab selama ni, org putih bukan tau sgt malaysia ni kat mana, terpaksa kena cakap , melaysia ni jiran ngan Thailand, singapore dan Indonesia.
Ooooo aku sokong!!!! hahaha!!!

Tanpa Nama berkata...

leceh lah orang putih ni.

kata ketuanan melayu?...

mana bahasa melayu. ini realiti lah..kita saja takut nak mengaku...

kata ketuanan melayu?..

tapi tengok orang melayu pun nak kalerr rambut jadi blondie...cakap pun mesti ada rojak sikit...kalau tak nanti tak cool - contoh: YB tajudin rahman dalam astro awani.

ketuanan melayu apa? nak jadi melayu pun malu keeeee....

jab sp berkata...

Nak ajar dalam BI bukan tak bolih.Tapi ,ajar semua dalam BI.bagi pilihan.Ini tidak ,Sekolah Melayu sahaja yang diperbodohkan.Sekolah Cina ada kebebasan.Pemimpin Cina dan kaji semua ini.
Prof Diraja Engku Aziz pernah kata,ini semua politik..

Khun Pana aka johanssm berkata...

Aiya ya, saya pulak yang kena -kena balun apa sal.
Bukan nya salah saya kalau bahasa saya ni kurang tahap.
Dulu saya belajar Bahasa malaysia. Ditukar pulak dengan bahasa Melayu lepas itu dipusing pulak belajar bahasa Baku tak cukup dengan itu kena spin oleh Dewan petaka sampai jadi Bahasa Bakul.
Pasal itu lah saya jadi bacul dalam Bahasa. Sampai hari ini, tak tak tahu apa bahasa yang negara ini amal kan.
IT itu sebagai contoh.
Tak kan istilah "contoh" orang Malaysia pada hari ini tak faham? Kena pakai istilah "sample" ke?
Saya juga nak tahu, macam mana dan bagai mana untuk belajar "Sains dan Matematik " dalam bahasa melayu/malaysia/baku/bakun dan bakul.
kalau belajar "Ilmu Hisab" boleh lah.Kalau belajat Kimia pun boleh.
Soalan sekarang, Matematik tu bahasa apa?Sain bahasa apa? Umno tu bahasa apa? mca bahasa apa?
Aiyah, kepala aku pun dah spin, no thanks to you all..hahahaha..

Boleh saya tanya sikit? Anak-anak kita yang belajar dalam BM boleh cari makan ke di syarikat -syarikat gergasi selain dari kerja derebar,kuli,sapu-sapu, jaga kantin dan opis boi.

Unknown berkata...

Salleh,

Kalau lemah BI, belajar BI, perbaiki kaedah pembelaharan BI. Buat Maths/Sains untuk memandaikan BI samalah seperti sakit jantung anda makan ubat sakit kepala, ITU BODOH, STUPID, STUPIDO!

Kalau setakat tahu istillah tak semestinya anda tahu selesaikan masalah Maths/Sains. Adakah dengan tahu istillah kamiran = integral anda boleh menyelesaikan masalah Maths?

Masalah di sini dengan BI pemahaman anak-anak merosot sebab asas BI tak ada, itu yang ditentang.

Nak belajar BI, Yiddish, Tamil engkau punya pasal tetapi bukannya dengan buat Maths/Sains.

Unknown berkata...

Anak Melayu Konon Pintar,

Memang BM tak hancur, cumanya DIMANDULKAN, DIHINA, DISISIHKAN, DITOLAK KE TEPI DAN TAK LAMA LAGI DIKUBURKAN.

Kalau saudara betul-betul pintar, bagi contoh bangsa dan negara yang maju dengan bahasa pinjaman.

SAYA CABAR!!!

Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan, Zimbabwe menggunakan BI dalam PPSMI. Mana bukti kemajuan mereka kononnya mereka mendapat manafaat bidang sains dan teknologi??

Tanpa Nama berkata...

Walau aku anti Gerombolan....aku setuju Khun Pana

Aku mangsa dasar bahasa kebangsaan, belajar kat kolej cuma nak lulus periksa nak tambah ilmu tak fasih bahasa English...

Nak dibanding kakak & abang aku yang ambil MCE lebih fasih, aku merangkak, anak aku yang math dan sains dalm English..boleh dibangga fasih mereka dibandingkan aku..

Demo ni bukan pasal bahasa... ni semua hal politik.

Minta maaf demo kali aku tak pi...

Tanpa Nama berkata...

Khun Pana

Ni semua politik atasan, orang bawah disuruh demo..demi kepentingan politik

Kalau nak baiki bahasa enggeris , cadangkan tambah subjek le ngok Sastera Englsih disekolah.. tak semua pelajar cenderung ke sastera.

Math dan sains dalam English ... biarkan dalam Englsih ni pi sibuk suruh ajar dalam BM......apa punya ngok.


English , Sastera English, Math dan saisns dalam English... apa susah tak semua pelajar suka sastera dan tak semua pelajar suka sains ...ada pilihan ngok.

hangpa nak nak pi demo nak diperguna oleh orang politik ... mampus pi.

kalau math dan sains diajar dalam bahasa arab ....hangpa tetap bantah sebab benda ni dari gerombalan...

Ada akai fikir.....

budi baik berkata...

orang melayu sendiri menolak bahasa melayu dan mengagungkan bahasa luar..
takkan ompurih nak belajar math pakai bahasa melayu kot... sape lagi nak jaga bahasa kite kalau bukan kite...

Unknown berkata...

Khun Pana,

Kenapa benak sangat kepala otak hang! Tak ada mana-mana orang gila yang melarang anak-anak kita belajar BI jika kena dengan caranya.

Buat Maths/Sains tidak akan memandaikan BI kerana penggunaan BI dalam Maths/Sains amat terhad. Literasi BI dan literasi Maths/Sains berbeza.

Bagaimana anda menerangkan konsep Maths/Sains dalam BI sekiranya bahasa itu asing pada anak-anak seawal 7 tahun.

Hang dok dalam gua mana? Anak-anak yang belajar Maths/Sains dalam BM yang bekerja di MNC, jadi DR/IR sekarang nie. BI pun mereka kuasai.

Bandingkan yang belajar dalam BI dulu. Tak percaya tanya Tukar Tiub. Di UM dulu awal 60-70an berapa kerat Melayu yang buat Sains/Engine/Medic. Patutnya belajar dalam BI masuklah Fakulti Sains/Engine/Medic, bukan begitu?

Unknown berkata...

Guru-guru di sekolah Cina mengajar SEMUA subjek dalam bahasa Mandarin, walaupun murid-muridnya membuka buku teks yang ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Itulah pedagogi yang diterapkan di sekolah-sekolah Cina bagi memastikan murid-murid faham konsep-konsep yang diajarkan oleh guru. Yakni, walau apa sekalipun subjek yang diajar, baik sains, baik matematik, guru mengajarkan subjek itu dalam bahasa Mandarin.

Di sekolah-sekolah Cina, mula-mula semua konsep diterangkan menggunakan istilah-istilah Mandarin. Selepas murid-murid faham konsep-konsep itu, barulah guru menerangkan apa istilahnya dalam Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Hasil penggunaan pedagogi seperti itu, pencapaian peperiksaan di sekolah-sekolah Cina jauh lebih tinggi daripada pencapaian di sekolah-sekolah kebangsaan kerana murid-murid Cina faham konsep-konsep yang diajarkan.

Perkara yang sama tidak berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan di mana guru-guru menerangkan konsep-konsep dalam bahasa Inggeris, yang menyebabkan murid-murid yang IQnya tinggi pun sukar hendak memahami apa yang dipercakapkan oleh si guru.

Penggunaan pedagogi di sekolah Cina itu adalah faktor yang menyebabkan pihak lembaga pengarah dan pengurusan sekolah-sekolah Cina negara ini menolak guru-guru bukan Cina yang dihantar oleh Kementerian kerana guru-guru bukan Cina tidak dapat mengajarkan subjek dalam bahasa Mandarin. Malah jika Kementerian menghantar guru Cina sekalipun, jika guru Cina itu tidak pandai berbahasa Mandarin, maka mereka akan tolak guru itu.

MELAYU SOKONG PPSMI MEMANG DUNGU!

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Isham,

Saya tidak sokong demo ini kerana pada saya tiada masalah sama ada belajar sains dan matematik ni sama ada di dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Ia tetap ilmu. Kenapa kita nk bebankan pelajar2 kita dengan kerap menukar sistem pembelajaran kita? Saya lihat sendiri anak2 kampung di kedah ni, setakat hari ni, alhamdulillah... mereka boleh "adapt" kepada penggunaan bahasa inggeris. Malah mereka sangat teruja belajar dalam bahasa ini. Takda rungutan langsung. Mula-mula memanglah, susah. Siapa pon akan lalui perkara yang sama. bagi saya, sekarang kita dah guna bahasa inggeris, teruskan sahaja. Janganla peningkan kepala budak2 sekolah ni sedangkan mereka sedaya upaya menyesuaikan diri dengan perkara ini. Adalah lebih baik kita bantu mereka menguasai subjek2 tersebut daripada sibuk berdemo di jalanan. Untuk menjadi bangsa yang berjaya, kita harus berilmu. Jadi, lebih baik kita beri bantuan dari segi kelas tuisyen, seminar dan sebagainya supaya pelajar2 ni lebih hebat di dalam bidang ini.

-pisang susu-

Pelan Cap Ayam berkata...

Tengok negara jepun sudah. Mengangkat bahasa ibunda mereka. Tapi ilmu sains, teknologi dorang antara yang teratas. Tak perlu pun BI sangat. Gua akan pergi demo ni, sbb gua ada adik adik yg duk jauh kat pedalaman tuh, kalau math ngan sains dalam BM pun diorang ni lingkup, ini pula BI.

Tanpa Nama berkata...

korang cubalah bacanya, terutamanya khun tuh!

http://www.kesturi.net/archives/357

Tanpa Nama berkata...

Kutu Cyber:

Kau nak tahu golongan mana yang menggunakan BI sebagai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan telah berjaya dengan mashyur sekali?

Kau gi lihat lah orang India di USA, minoriti yang paling berjaya di sana. Macam mana diorang berjaya? Penguasaan BI yang mantap yang diterapkan secara serious dalam sistem pendidikan India.

Mana negara Asia yang tak hancur kerana krisis ekonomi sekarang? India juga.

Kenapa orang India menerima banyak Pingat Nobel tapi kita takde? Sebab saintis diorang mahir membuat dan menelaah kajian dalam bahasa Inggeris.

Takde pun diorang hilang kebolehan nak bercakap Hindi atau Tamil! Kuat lagi pengajaran dan sastera bahasa mereka, padahal kebanyakan universiti mereka medium PEMBELAJARAN ADALAH BAHASA INGGERIS!

Fikir-fikirkanlah. Jangan terikut emosi dan hasutan golongan tertentu.

Hidup ni kita kena lihat ke hadapan. Jangan lihat ke belakang saja.