Jumaat, 30 Januari 2009

AJK UMNO : SAYA DIPAKSA BOGEL DEPAN PEGAWAI SPRM – MalaysiaKini



Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.


kah kah kah…. kesian… kesian….apa sudah jadi… kah kah kah

kah kah kah… DIPUKUL SEPANJANG EMPAT HARI ?.... kah kah kah…

woit… NASIB BAIK TAK ADA PENYAKIT ASMA… KALAU TIDAK … kah kah kah…



SPRM DI DAKWA KASAR KETIKA SIASAT KES RASUAH POLITIK
– berita hairan


KUALA LUMPUR: Sekumpulan kira-kira 50 ahli Umno berkumpul di pintu masuk Menara Dato Onn malam ini bagi membantah kekasaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan berhubung kes rasuah politik dalam parti.

Kumpulan itu mendakwa SPRM bertidak kasar ketika menjalankan siasatan terhadap ahli Umno yang dikatakan terbabit dengan politik wang.

Jurucakapnya, Zuraidi Abdul Rahim, berkata mereka mempunyai bukti ada pegawai SPRM membelasah ahli Umno yang disoal siasat dan sudah menyerahkan memorandum kepada Majlis Tertinggi (MT).


woit … apa sudah jadi…. sprm ni opis kat mana?..... kat brickfeild ke… kah kah kah..

woit…. kalau opis kat brickfeild mesti jaga-jaga …. nanti kena asma…. kah kah kah




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Brader itu lah Kebesaran ILLAHI, ALLAH maha adil, dulu orang bilang penyiasat ni semua perangai firaun dan zalim mereka tak percaya, depa pertahankan kezaliman dan sekarang dah kena sendiri baru sedar bagaimana di Malaysia manusia menghina manusia tanpa batas.
Kepala gerombolan masih tak sedar tapi tak mengapa, satu hari nanti mereka akan terima balasan nya, jadi ingat ingat lah mereka yang berasa diri berkuasa, jangan sesakali menginaya orang dan berlaku zalim.
Brader darimana orang kita belajar menyiksa orang ada sekolah di Malaysia ke? atau ikut Islam Hadari.
Woi penyiksa semua!!! ingat lah sikit jangan ingat orang lain tak bolih buat apa apa, awak pun ada keluarga.....Tuiiiiiii poraaaah.
Gerombolan kalau masih tak sedar memang lah kamu tuuuuur kalau dah sedar buat demo besar besaran untuk hapuskan PDRM dan SPRM dan jabatan yang ada unsur samsing. Menghabiskan duit rakyat bayar gaji mereka. Real sicko.....kalah perang brader.

Tanpa Nama berkata...

Mereka buat demo bantah SPRM.. mana aci main pukui2.. bogel2.. macama ni susah la kami nak rasuah..

Tanpa Nama berkata...

Salam.......
Itu antara wayang yang terhebat yang dimainkan oleh gerombolan sekarang,
MESEJ: Tengok, melayu UmNo pun kena balun dalam siasatan , 'kita' tak mengira bulu. India ke, Cina ke, Melayu ke, kita belasah ketika siasatan.( UP : Boleh caya ke???? )
Kahkahkahkahkahkah, betul bro cukuplah memperbodohkan rakyat, Perbodohkanlah sahaja barua2 UmNO.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha aku rasa teater Bilik Sulit kau ni dah ada kesannya.

mesti semua penyiasat ni dah tengok teater Bilik Sulit isham ni. lalu semua pun tiru la cara SB soal siasat.

bahaya siot teater bilik Sulit ni hahahahaha. sepatutnya ahli umno yg berdemo tu patut bawak sepanduk tulis mcm ni "jgn terpengaruh teater bilik sulit" hahahahah

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..
Lawaklah cerita ni
Nak tipu melayulah ni

1. SPRM nak dera dia camtu? Siap suruh bogel ni. Dia pemimpin UMNO ni beb. Logik la sikit.

2. Polis atau SPRM nak dakwa dia buat laporan palsu? Telur Jabatan ni pun dia pegang beb. Cane polis nak dakwa dia? Lawak antarabangsa kalau polis dakwa dia atas report palsu.

3.Ini pemimpin UMNO ni beb. Kebal undang2. Cakap jer la Khairy suruh lu buat camni sebab nak lindungi Norza. Kantoi Norza, kantoi la Khairy.

我们是马来西亚没有愚蠢
巫统是骗子!!
Waaarghhhh kakakaka..

Tanpa Nama berkata...

Woiiit ! Aku ingat Polis jo yg brutal rupo2nya SPRM (ex-BPR) pun samo gak malah lebih teruk laie. Camno nak buek dgn dio orang nii..
Limo kali duo, Duo kali limo ...
Kah..kah..kah

- Pak Ndak Rantau

azani berkata...

Kalau berita ni tipu,aku tak tahulah.Jika betul pulak ianya satu pengajaran bg diaorang la. KAU AJK UMNO PUN KENA BOGEL,KAMI RAKYAT MALAYSIA YG BUKAN AHLI UMNO MAU LG TERUK KENA.LU PIKIR LA SENDIRI............

Pelan Cap Ayam berkata...

Ini nak tarik sokongan rakyat. Nak rakyat simpati pada diorang ni. Wayang lebih.