Jumaat, 30 Januari 2009

KUGAN MAKA KAMU DIMATIKAN LAH


Kugan maka kamu pun dimatikanlah
Lalu kamu di kebumikan

Kita tidak pernah berjumpa
Tidak ada apa yang mempertemukan kita
Aku juga tidak tahu di mana rumah kamu
Siapa ibu kamu
Dimana sekolah kamu
Apakah kamu telah bertunang

Aku hanya melihat tangisan tangisan di muka-muka akhbar
Merekalah yang menangis
Tangisan yang menjerat hati aku
Panas lah air mata di pipi
Panas lagi kulit yang dilalui

Kereta kuning yang membawa kamu ke perkuburan
Dengan pokok pisang dan mayang kelapa
2000 orang menghantar kamu
Kau sendiri pun tidak tahu
Mata-mata dan mata di sana sini
Mengalirlah si air mata itu

Pedro maka kamu pun dimatikanlah
Lalu kamu di bawa ke gereja
Maka kamu pun di sembahyangkan
Semuanya kelihatan hitam

Aku hanya melihat wajah kamu didalam youtube
Bogota kota kamu tidak pernah aku jejaki
Aku tidak tahu kenapa muda kamu terputus cepat sekali
Maka menagislah kawan-kawan kamu di lorong-lorong favella
Semalam mereka berlabon tentang kamu
Ketika mayat kamu di gereja
Lilin lilin itu terbakar
Datanglah hendaknya mariam yang air matanya mengalir
Melihat kaki Isa berdarah terpaku


Blako aku baca berita kamu dimatikan tergantung
Dalam bilik bilik sempit di kota perth
Dinding dinding sempit ini menyesakkan nafas kamu
Dunia kamu tidak lagi seluas gunung jarra
Mata kamu tidak memandang seluas padang nallabor yang panas
Tidak ada suara kokobara
Sahutan dingo hanya tinggal dalam ingatan
Maka kamu pun dimatikanlah

Al-Walid
Pagi itu berita sampai di laman web
Ketika itu aku baru sahaja selesai minum kopi
Telah enam minggu kamu hilang
Ibu mu ke hulu ke hilir
Seribu kali ibu mu bertanyakan pada si badwi penungang kaldai
Seribu kali ibu mu berdoa dari masjid ke masjid

Di pandang pasir mana kamu menghilang
Di negev atau di hebron
Tidak mungkin kamu tenggelam di laut mati

Pagi itu sesudah aku minum kopi
Maka mayat kamu yang telah dimatikankan pun sampailah

Ya Walid
Apakah tangan kamu di ikat
Dan dada kamu di curahi air panas

Ya ali ya hussein ya hassan
Ya isa ya krishna ya mariam
Yahwe om segala om
Jauhilah nakba dari kami

Dari sentul ke brickfeild
Dari negev ke hebron
Dari nallabor ke bagota
Daging daging yang tidak bernyawa
Paru paru yang tidak berudara

Kugan maka kamu pun dimatikanlah
Kugan maka gambar kamu pun dilihatlah
Kugan kita tidak pernah berkenal sapa
Kugan nakba kamu adalah nakba kita semua

Kugan kamu pun selamatlah di kebumikan
Kugan ketahuilah apabila kamu dimatikan
Jasad kamu di perut bumi sedang meruntuh nakba dunia




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kugan, meskipun kau dikatakan bertrampilan sebagai pelesit atau pencuri kereta paling licik, tetap aku tidak boleh terima hakikat bahawa kau telah ditamatkan riwayatmu di lokap. Polis dan yang berkaitan mungkin sudah terlanjur sangat menyelesaikan masalah kau. Justeru proses undang-undang telah dijentera tolakkan dengan sewenang-wenangnya. Pasti yang salah dalam hal ini wajib dihukum setimpal juga.

Tanpa Nama berkata...

Kugan is a robber. Robbery is a crime. Kugan is a criminal.

Tanpa Nama berkata...

mmg mendalam...

pale otak jenis ape ko nih..!!!

painah berkata...

bukan aku "mengHEROkan" Kugan tetapi aku tanya si said kenapa dia harus mati ditangan manusia yg diharap "mengHIDUPkan" keamanan negara??

?????

Tanpa Nama berkata...

tulisan ini patut sedih...tapi ada part ada jugak aku tergelak..

"adakah kamu sudah bertunang"

hahaha mungkin inilah dia tawa dalam tangisan...

hafiz berkata...

bro. membaca bait katamu, segala bulu romaku naik. katamu ini ada rasa yang dalam. ada sedih yang menusuk. ada bara menunggu masa.

kezaliman. sama. dimana-mana. daulah ini, semakin hari semakin parah. aksi moral penguasa yang melanggar normatif amat bahaya. mereka harus dinyah aktifkan.

terimakasih bro. bait2mu. amat menyentuh hatiku!

Tanpa Nama berkata...

Ada berita lebih menyayat hati.
Sepasang ibubapa di California menembak mati 5 anak mereka sebelum membunuh diri dengan senjata api.
kerana titertanggung hutang ratusan ribu.
bahana sistem kapitalis.
Di Washington DC dalam cuaca salji dan ais, Presiden Obama mual kenal warna politik.
Perjumpaan beliau dengan ahli Kongres republican tidak mendatangkan sebarang hasil.
Undian cadangan belaiu ditolak. Hanya parti belaiu yang menyokong dan dengan majoriti mudah bil ini menjadi undang-undang.
Semalam Obama dikecam oleh semua stesen tv washington kerana membandingkan urusan sekolah di Washington dengan di Chicago. Isu mudah. Cuma soal sekolah yang ditutup kerana jaan berais dan banyak kemalangan termasuk bas sekolah.
Beliau membuat komen kerana anaknya hairan kenapa sekolah ditutup.
Tetapi semua stesen mengkritik beliau kerana membandingkan dengan Chicago, bandar empat tinggal beliau.
Isu kedua hari kamis, bila berita semua gergasi bank yang mendapat bantuan puluhan bilon dolar menggunakan wang itu membayar berbilion dolar bonus kepada pengurusan tertinggi. satu amalan di Malaysia termasuk govt linked companies.
Kritikan pedas ini nampak gayanya akan merubah bagaimana syarikat besar ini akan diurus kelak.
Paling menarik, adakah Kongres sedar bahawa dengan berbilion wang dicurah oleh Washington kepada gergasi wall street ini dapat kembalikan ekonomi Amerika?
Tidak mungkin jika budaya konsumerisme ini menjadi ugama mereka.
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2009/01/29/AR2009012903727.html
http://www.nytimes.com/2009/01/30/business/30obama.html?_r=1&hp

Tanpa Nama berkata...

Sungguh menusuk kalbu tulisan sajak kamu, saudara Hisham.

Tulisan yang mempunyai pertimbangan universal.

Perasaan yang diungkit oleh tulisan kau memang mendalam dan sudah pasti menyentuh perasaan setiap pembaca tidak kira keturunan.

Aku suka jugak sebab ianya mengandungi tauladannya juga....

ehem-ehem berkata...

Kugan ni mungkin pencuri kereta mewah, Polis pula mungkin perompak mewah, kugan ni pasti bukan pembunuh, POLIS pula PASTI PEMBUNUH KUGAN, pada aku polis ni penjenayah no satu. aku dah rasa kena dengan polis ni.... cis celaka celaka celaka hahahaha

Isham tulisan kau hebat jangan berhenti menulis aku gian membaca tulisan kau. Gila la kau ni....

Tanpa Nama berkata...

Talqin khas untuk KUGAN daripada Tuan Haji Isham. Bersabarlah wahai tunang Kugan (jika berkenaan).

Khun Pana aka johanssm berkata...

Kata kan lah Kugan memang laku kan jenayah.Dan kata kan lah Kugan didapati memng bersalah oleh makahmah.Kalau kita pakai undang Hudud pun, tak bunoh Kugan.
Kebanyakan rakyat rasa Kugan bukan nya mati tetapi Kugan di bunoh dengan cara kejam.

nak tahu, munkee-munkee yang pakai seragam polis tu siapa.Ada kah mereka itu ber ugama umno.
Niat saya ialah untuk kata 'ugama umno".
Kalau polis boleh beri amaran jangan sangkut hal Kugan dengan bangsa, kenapa tak boleh kita sangkut *ugama mana yang bunoh Kugan.
Ya, ini memang 'sensitif".Dan kita harus buang 'sensitif".
Dan dengan tiada nya sensitif, maka kita boleh maju.

* kepada rakan, jangan silap baca.* ugama umno

perfectwater75 berkata...

Salam,

fuiyo!!!!! apa jenis otak ko pakai ni...??? mantooooooooooop!!!!

Tanpa Nama berkata...

kita memang tidak perlu mengHEROkan penjenayah,tetapi kenapa HERO pula yang menjadi penjenayah

Tanpa Nama berkata...

bagi aku dia ni ok, curi kereta mewah, termasuk kereta menteri. Bukannya curi kereta cikai tapi rompak dari puak2 pekembar yg kaya raya, bila2 masa puak2 lahanat nih bleh beli balik kereta lain. lgpun insuran cover.ape2 pun salute to bang isham for this great poem :)

Kisah Benar berkata...

Kugan tu sebenarnya , kerja 'tarik' kereta , peminjam car loan yg tertunggak ansuran kereta .. namun dia hanya agensi tarik kereta yg dilantik oleh bank, kenapa pula dia disyaki mencuri kereta ??? adakah kerana kereta yg dia tarik tu kepunyaan 'VIP' atau orang politik ? atau orang 'kerajaan' yang berpangkat besar !!!

Tanpa Nama berkata...

Kugan tu sebenarnya , kerja 'tarik' kereta , peminjam car loan yg tertunggak ansuran kereta .. namun dia hanya agensi tarik kereta yg dilantik oleh bank, kenapa pula dia disyaki mencuri kereta ??? adakah kerana kereta yg dia tarik tu kepunyaan 'VIP' atau orang politik ? atau orang 'kerajaan' yang berpangkat besar !!!

Saudagar Mimpi berkata...

gua tersentuh dgn nilai2 universal yg lu ketengahkan...

Tanpa Nama berkata...

Jack (or should i call u Jackass?)...

When was Kugan tried & found guilty before the Court of law for car theft anyway?

Please get your fact straight before alleging him with a crime which is yet to be proven.

Anyway, if that is the case, shall we ask the police to beat Azilah & Sirul to death now?

P/s : Please use your brain more often ok.

Tanpa Nama berkata...

kassem pasemboq

aku sokong hang 110%
apapun polis memang kejam dan takda hati perut.