Rabu, 11 Mac 2009

EKONOMI LAH BODOH.... BUKAN RAJA ATAU SULTAN


EKONOMI LAH BODOH... BUKAN RAJA ATAU SULTAN


Pada satu ketika dahulu hampir kesemua manusia Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu ini telah meletakkan taat setia mereka kepada Raja dan Sultan. Ini pada satu ketika dimana manusia Melayu bergantung hidup dengan bercucuk tanam. Sistem feudal – yang bertaat setia kepada raja dan sultan - hanya berakar umbi dengar subur dalam dunia pertanian.

Hari ini Malaysia kita telah berubah menuju ke arah negara perindustrian. Mata pencarian warga tidak lagi hanya bergantung dengan bercucuk tanam. Dari angka bancian, ekonomi negara kita kini terbahagi dua – 50/50 – untuk peratus pertanian dan industri. Kebergantugan kepada sawah dan ladang makin berkurangan.

Justeru semakin kukuh dan meluas ekonomi perindustrian maka semakin longgar dan kurang taat setia warga kepada Sultan dan Raja. Ini hukum alam yang tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya.

Manusia Melayu tradisional sama seperti bangsa-bangsa pertanian yang lain dalam dunia ini akan menunjukkan taat setia kepada sesiapa sahaja yang dinobat dan dirajakan. Kesetiaan kaum tani Melayu tradisonal terhadap Raja dan Sultan bukan tidak bersebab – ada sebab musababnya. Taat dan setia ini muncul kerana punca ekonomi. Keperluan ekonomilah yang menjadikan manusia Melayu setia kepada Raja dan Sultan.

Manusia Melayu setia kepada Undang, Raja atau Sultan kerana susuk-susuk yang telah dinobatkan ini dapat menjamin keselamatan mereka untuk bercucuk tanam. Susuk-susuk ini memiliki juak, pendekar, balaci dan ghurkha yang mengikut arahan. Balaci-balaci ini juga setia kepada Raja atau Sultan kerana kepentingan ekonomi. Taat setia timbul kerana mereka mendapat habuan dan diberi makan oleh Undang, Raja atau Sultan.

Dalam masyarakat Melayu tradisional ekonomi mereka hanya berhuma dan bercucuk tanam secukup hidup. Tidak wujud nilai ringgit, dinar dan dolar. Ekonomi yang bersandar dengan duit dan dinar hanya muncul kemudian apabila datangnya kapal dan jong peniaga-peniaga dari negari Atas Angin.

Apabila kuasa kolonial British sampai maka muncul satu lagi kuasa yang memiliki kudrat yang lebih besar dari kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam sekelip mata struktur feudal Melayu berubah. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang menggunakan nilai ringgit dengan lebih meluas. Ini terus membunuh dan mengalih asas ekonomi sistem pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis.

Hukum dan syarat ekonomi kapitalis menjadikan Raja atau Sultan Melayu berrela hati untuk bertaat setia kepada Baginda Queen. Taat setia ini samalah seperti manusia Melayu bertaat setia kepada Raja Melayu – kerana ekonomi. British memberi duit makan kepada Raja-Raja Melayu. Keselamatan Raja dan Sultan dijaga oleh senapang dan meriam British yang kuasa ledaknya beribu kali lebih hebat dari lembing dan keris juak-juak istana.

Apabila British berundur struktur ekonomi kapitalis telah berkembang luas. Buruh dari Cina dan India telah menetap di Tanah Melayu. Mereka datang untuk memburuh. Kaum imigran ini telah terputus dari sistem feudal tanah tumpah darah mereka. Kesetiaan mereka pastilah kepada tuan empunya ladang getah atau towkay lombong. Jika tuan empunya ladang atau lombong gagal menjaga ekonomi mereka maka taat setia mereka akan beralih kepada kesatuan buruh yang akan mempertahankan hak-hak mereka. Kepimpinan kesatuan buruh ini dipilih oleh mereka mereka sendiri. Sultan atau Raja tidak wujud malah bagitu asing dalam budaya kaum buruh imigran.

Perkembangan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu telah juga memaksa manusia Melayu menjual tenaga mereka untuk mencari makan. Mereka berbondong-bondong meninggalkan kampong kerana tarikan peluang untuk bekerja yang wujud di bandar. Budaya bandar bukan lagi bersetia kepada Undang, Raja atau Sultan. Di bandar sesiapa membayar upah maka dialah yang akan mendapat kesetiaan itu.

Perubahan budaya Melayu ini berlaku juga di semua rancangan Felda. Mungkin ada yang silap faham kerana di Felda kelihatan ekonominya masih menggarap bumi dengan bercucuk tanam. Betul, memang peneroka Felda menggarap bercucuk tanam tetapi bercucuk tanam untuk barangan expot bukan untuk ditanam dan makan sendiri. Justeru manusia Melayu di Felda kini telah menjadi buruh petanian – sama seperti buruh India di estate pada satu ketika dahulu. Peneroka Felda kini telah terikat dalam sistem ekonomi kapitalis global.

Dalam masa yang sama manusia-manusia Melayu di Felda telah tercabut dari akar umbi budaya kampongnya. Peneroka didatangkan dari pelbagai wilayah dan negeri ertinya mereka terputus kesetiaan kepada struktur kepimpinan kampong tradisional. Akhirnya di kawasan Felda muncul struktur kepimpinan baru – kepimpinan yang akan muncul bukan kerana derajat atau keturunan tetapi dipilih dan diundi.

Datuk Undang, Raja atau Sultan semakin tidak memainkan peranan ekonomi untuk manusia Melayu. Malah kaum feudal sendiri mula bergantung dengan kaum pemodal kapitalis. Kerana ini kita selalu mendengar cerita-cerita lawak bagaimana Raja atau Sultan Melayu untuk mencari makan terpaksa menjual gelaran Datuk kepada towkay-towkay. Lihatlah betapa merosotnya nilai kaum feudal Melayu.

Harus di sedari bahawa peranan Raja-Raja Melayu menjaga agama dan adat istiadat Melayu ini hanya di wujud dan di lembagakan oleh British. Peranan ini dilembagakan untuk memastikan kepentingan ekonomi kolonial tidak diganggu gugat.

Jika kita membaca kitab dan menyelidiki sejarah Melayu lama, kita akan dapat melihat bahawa peranan Sultan atau Raja ini amat minimal dalam budaya Melayu. Peranan sebagai ‘pelindung agama’ tidak wujud langsung. Dalam Islam pemimpin agama dipilih bukan melalui darah keturunan tetapi dari mereka yang bertakwa. Malah manusia Melayu telah melihat gaya hidup Raja atau Sultan Melayu ini amat bertentangan dengan falsafah agama Islam itu sendiri.

Semenjak tahun 1957 manusia Melayu telah mula berkumpul dalam badan politik moden. Organisasi politik ini telah berjaya dan di yakini untuk menjadi punca ekonomi manusia Melayu. Justeru manusia Melayu telah berkampong di bawah United Malays National Organisation. Ini kerana mereka dapat mencari makan. Sekali lagi terbukti kesetiaan muncul kerana keperluan ekonomi.

Justeru apabila United Malays National Organisation melupuskan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 tidak banyak tentangan dan rintangan datang dari manusia Melayu. Kekebalan Raja ini dilupuskan kerana kuam feudal ini dilihat sedang menjadi penghalang untuk perkembangan kepentingan ekonomi kapitalis.

Manusia Melayu melihat punca ekonomi mereka akan lebih terjaga di bawah payung United Malays National Organisation dan bukan dari kaum feudal Melayu. Ini membuktikan bahawa kepentingan ekonomi manusia Melayu telah melintasi mitos cinta setia tidak derhaka kepada Raja atau Sultan.

Kebelakangan ini `tiba tiba kita mendengar kembali suara-suara untuk mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu. Ini tidak menghairankan – pada satu ketika dahulu orang yang sama juga telah berkempen untuk melupuskan kekebalan ini. Hari ini mereka ini mengembalikan kekebalan Raja Melayu. Kenapa?

Jawabnya bukan kerana mereka cinta buta kepada Raja dan Sultan tetapi kerana punca ekonomi mereka semakin mengecil dan ada yang telah hilang dapor mencari makan. Mereka berharap Sultan dan Raja ( yang mereka tongengkan dahulu ) akan menjadi benteng untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang melahirkan budaya bangsa. Punca ekonomi orang Melayu telah berubah justeru kesetiaan mereka juga akan berubah sama. Manusia Melayu tidak mungkin lagi akan menyembah buta Raja atau Sultan. Zaman itu telah berakhir. Mengundurkan manusia Melayu kembali ke zaman feudal adalah mustahil.

Mewarta dan mengAktakan pelbagai bentuk undang-undang agar manusia Melayu kembali setia kepada Raja dan Sultan juga amat mustahil. Tetapi perangai dan tingkah laku Raja dan Sultan boleh berubah jika mereka memiliki kesediaan untuk mempertahan dan menyebelahi kepentingan orang ramai. (TT)



34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha,ha,ha.....
mari kita lihat sapa yang kena.....

Terima kasih abang isham.

Pelur hidup sedang dilepaskan.

Kemana nak pegi feudal ooi ???
Kemana gerombolan nak lari ???
Dah huru-hara malaysia ni........

Tanpa Nama berkata...

Ha,ha,ha.......
mari kita lihat sapa yang kena.......

Terima kasih abang isham.

Peluru hidup sedang dilepaskan.

Kemana feudal nak pegi ???
Kemana gerombolan nak lari oii ????
Dah huru-hara malaysia ni !!!

Tibai je puak-puak ni !!!

Danielle_Corleone berkata...

Inquilab Zindabad! ada sajak baru bro di blog gua. hehe. :-)

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah analisa baik, mudah difahami & menasabah untuk layman memahami fenomena lakonan UMNO untuk mengembalikan kekebalan raja-raja. UMNO, sebagai satu kumpulan sekular pragmatik yang bertuankan pemimpin yang boleh memberi makan dan perlindungan walaupun pemimpin itu korup, tidak bermaruah, kurang ajar, tidak berpelajaran, zalim dan tidak berpegang kepada Islam. Akhirnya, Melayu Islam kalah kepada sesiapa yang boleh membeli pengaruh dengan harga tertinggi. Itu sebabnya kita pelik kenapa semua pemimpin UMNO adalah sama seperti lanun di mana manusia mentaati mereka kerana takutkan kejahatan mereka dan mengharapkan sisa-sisa khazanah negara yang dirompak.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali bro apa yg kau kata...

raja hidup kerana duit cukai rakyat bayar elaun dia tapi apakah sumbangan besar raja kepada rakyat?

hanya sebagai lambang sahaja...

bila ekonomi merosot macam ni raja tak terjejas apa apa...

potong jari kaki kalau raja boleh makan nasi bungkus untuk jimat sebab ekonomi meleset.

begitulah rakyat dibodohkan...kerana konon raja ada tulah...boleh lakukan magic...

gerombolan pulak berselindung disebalik raja kerana nak dapat kontrak...kasi kepada raja juga untuk pastikan raja sokong...

trick lama ni jangan menipu...

Raja Aragorn

Unknown berkata...

Ini adalah analisa baik, mudah difahami & menasabah untuk layman memahami fenomena lakonan UMNO untuk mengembalikan kekebalan raja-raja. UMNO, sebagai satu kumpulan sekular pragmatik yang bertuankan pemimpin yang boleh memberi makan dan perlindungan walaupun pemimpin itu korup, tidak bermaruah, kurang ajar, tidak berpelajaran, zalim dan tidak berpegang kepada Islam. Akhirnya, Melayu Islam kalah kepada sesiapa yang boleh membeli pengaruh dengan harga tertinggi. Itu sebabnya kita pelik kenapa semua pemimpin UMNO adalah sama seperti lanun di mana manusia mentaati mereka kerana takutkan kejahatan mereka dan mengharapkan sisa-sisa khazanah negara yang dirompak.

Tanpa Nama berkata...

Sultan-sultan da mula kecut perut. Kakakaka. Ayat keluar da berterabur-terabur. Nak ungkap sejarah xkena, nak tegur ttg adat dan adab pun xkena. serba xkena lah. Kakaka. Itulah, nama je Raja Berjiwa Rakyat, tapi takut susah.

Malaysian Dream is - republik!
Tp kesian plak kat dia org kan. Apakata Majlis Raja2 buat election sesama sendiri dan lantik sorg King of Malaysia. Bukan agong tp King. Mcm Queen Eli tu. Malaysia ni kecik je.hanya cukup utk tampung sorg Raja, duit kerajaan pun xmembazir bayar kat kepala2 raja ni, klu nak kira dr sultan smp yg dipertua negeri, ni da membazir. bg raja2 lain yg kalah election nak jd king, jadi la org biasa atau kalau nak kuasa masuk la politik. Kan adil buat semua.

- joe. Rawang.

Tanpa Nama berkata...

bro,

boleh tak lu korek habis-habisan sejarah silam sultan n skandal2 diorg..? dengar kata ada yg dari keturunan lanun, kuat minum, kaki pompuan, kaki judi n mcm2 lagi...korek jgn tak korek...kah kah kah..

Unknown berkata...

Saya rasa tak ada kena mengena Raja dan tanah pertanian.
Dalam sejarah manusia dari dulu sampai sekarang manusia memerlukan pemimpin bagi mentadbir dan mengurus kehidupan mereka.
Pemimpin diberikan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang bagi melicinkan perhubungan sesama manusia.

Sistem Raja adalah bentuk politik dan kepimpinan yang terawal yang pernah diamalkan oleh umat manusia.

Bila manusia bertambah bijak dan cerdik, mereka mula mencari alternatif lain bagi menggantikan Sistem Raja.

Selepas itu lahirlah berbagai corak sistem politik dan kepimpinan termasukalah demokrasi, sosialis, kominis, diktator, pemerintahan tentera dan sebagainya.

Sistem politik dan kepimpinan yang berasaskan Sistem Raja semakin hari semakin pupus di dunia ini. Memang tidak relevan lagi dengan manusia yang telah bertamaddun sekarang ini.

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Terima kasih atas pembuka hati pemurni budi marilah ambil manfaat dari bicara ini untuk meningkatkan rasa prihatin terhadap sesama insan untuk dihayati demi kesejahteraan Ummah manusiawi...AAAmiiin

Tanpa Nama berkata...

You just hit the bulls eye my dear TT

tHE bLOG oF mY lIFE
http://nmjnh.wordpress.com/2009/03/11/stimulus-budget-2009pro-cronism-bailout-plan/

Tanpa Nama berkata...

ha'a ek..

nape la x terpikir..

isk2... aku yg bijak nih pon kena tipu, nihkn pulak gerombolan bodo2 tu.. lg la..

kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Sistem ni cuma segelitir yg menolak tp masih ramai yg percaya akan sistem ni yg tanpa disedari menindas kaum yg lemah! Zasman dulu ade Datok Bentara/ Temenggong /Laksamana yg di kategorikan dlm kelas bangsawan... sistem hierarki ni berterusan hingga kini.

Kini sapa ade gelaran Datok/Tan Seri/Tun die lah yg berkuasa dan x boleh di kacau tindak tanduk. Bila dah jadi camni ramai lah yg menahan telur² nak dapatkan projek yg bertopengkan bangsa(konon nak tolong bangsa). xkira la bangsa ape, yg penting kroni/gerombolan baru ko dpt projek.

Cuba dipikirkan perlu ke sistem hierarki kuno ni di simpan utk kita utk survive utk hidup?atau anarki boleh dijadikan 1 cara hidup???

Tanpa Nama berkata...

Salam EkoRaTauSu

Hehehehehehehe

Jangan Derahaka Bro
Nanti Tak Masuk Surga
Hehehehehehe

Raja N Sultan lebih memerlukan
ekonomi kerana nak penuhkan tembolok mereka dengan, ar*K,j**i,Per**p**n n macam-macam .
Sebab tu mereka perlukan rakyat
ketuanan RAKYAT yang lebih penting BRO.

Lebih Baik KIta Sembah Segala RAJA N SULTAN semesta alam,
Sembah, n hormat sultan raja dunia ni
apa dapat, taik gigi dia pun kita tak rasa.
Pergi ma**********us le dengan sultan dunia ni ,
mereka mati pun masuk kubur
bukan kena salut dengan emas atau perak atau tembaga.

Hahahahahahahahah
heheheheheheh

orang tak beraja dihati n mata .

Tanpa Nama berkata...

Salam EkoRaTauSu

Hehehehehehehe

Jangan Derahaka Bro
Nanti Tak Masuk Surga
Hehehehehehe

Raja N Sultan lebih memerlukan
ekonomi kerana nak penuhkan tembolok mereka dengan, ar*K,j**i,Per**p**n n macam-macam .
Sebab tu mereka perlukan rakyat
ketuanan RAKYAT yang lebih penting BRO.

Lebih Baik KIta Sembah Segala RAJA N SULTAN semesta alam,
Sembah, n hormat sultan raja dunia ni
apa dapat, taik gigi dia pun kita tak rasa.
Pergi ma**********us le dengan sultan dunia ni ,
mereka mati pun masuk kubur
bukan kena salut dengan emas atau perak atau tembaga.

Hahahahahahahahah
heheheheheheh

orang tak beraja dihati n mata .

shahrizalisme berkata...

Mari kita tengok filem 'Antara Dua Darjat' Tun P. Ramlee...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,

aku nk becerita sikit, wife aku penah bekerja di hotel mandarin, sebelah klcc 2, dulu dia tk tepikirpun keja kt situ buat dosa ja. tapi skrg dia dah bertaubat.

masa di keje dulu dia cakap sultan2 selalu dtg hotel 2, sultan perak, pahang, selangor dan johor. bila dtg je puak2 ni, mesti d'org ni akan mabuk2 dan bwk betina2. wife aku ni, terpaksa la tuangkan air kencing syaitan 2 utk raja2 ni. paling kuat mabuk anak beranak sultan pahang. wife aku cakap dua beranak ni klu dtg hotel 2 mesti bwk artis yng baru nk naik. termasuk lah siti norhaliza. lepas dah mabuk ni mulah lah cari bilik.

skrg wife aku dah keja tempat lain dah.

kesimpulannya kita tk payah la nk memuliakan raja2 ni. dah la mkn duit rakyat. duduk dalam istana keja mengangkang je, lepas 2 mintak duit.

so pikir2 kan lah.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

hello bro, gua rasa terpanggil gak nie, bg gua la kan felda ni lebih berkonsepkan socialist lah,entah lah, raja, mmg kini rakyat rasanya dah berbulu dan muak dengan perangai depa2 yang anggap diri mulia ni, yang mengampuy nak pangkat dan darjat je yang giler menjilat siang dan malam, aku dok pandang pung pon title lu org, tp per lah buat org lain pandang dan duk puja semacam jerk

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

zaman dah berubah.... Pada saya kita manusia sama saja di siniNya. Yang membezakannya ialah baik atau buruk...

... sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

anda akan menemui sesuatu...

AnakSemuaBangsa berkata...

setakat sign watikah, baca teks, murka, derhaka, makan angin, hari keputeraan,main golf,naik kuda,main polo,potong ribon,tengok concert..

fuyoo seronoknya..banyak elaun tu..

Nevada berkata...

raja dan pertanian ada asas perhubungannya pada peringkat awal peradaban dunia dulu. gedebe yg lebih kuat dpd org lain mengaku raja dan mengaku semua tanah adalah miliknya. jadi bagi yg keturunan marhain terpaksa bercucuk tanam ditanah raja. hasil tuaian hendaklah diberi kpd raja dan hanya ambil utk makan sahaja. sebagai balasan, raja sang gedebe tadi akan melindungi petani drpd ancaman musuh - bandit, perompak atau kaum2 lain yg menjadi musuh. sistem ini adalah amalan manusia feudal dieropah zaman pertengahan dan sebelumnya. seperti kata bang hisham, apabila manusia tidak lagi terikat dgn tanah untuk mencari makan tapi kepda golongan pemodal (makan gaji, kerja buruh) maka kesetiaan telah beralih drpd raja kpd golongan pemodal ini. sebab itu selepas zaman pencerahan manusia mula mengetepikan raja dan mula mengeja perkataan republik.

Tanpa Nama berkata...

haha cun aa bro!!!

Bersama2 menuju ke negara republik people of Malaysia!!!

Sultan ke raja2 ke...Buang kan aje ke dlm muzium!!!

Hidup Republik, g mampos sama sultan2 nih.Hidup pun rakyat tanggung!!!tuihhh

AntiPemodalBesar berkata...

Bro,

Aku paham maksud yang hendak disampaikan, tp aku cukup risau tentang arah mana yang nak kita pilih.

Dalam komen ramai yang mula menjerit REPUBLIK... Apa rupa republik yang hendak kita gantikan sistem feudal millinieum dengan ala Khomeini Iran atau republik gaya helang Amerika Syarikat atau sekadar monarki berparlimen yang dikuasai kaum buruh???

aku harap konsep daulah 'Madinah' yang berpandukan Al Quran dan Sunnah menjadi panduan untuk kita semua sama-sama tegakkan di bumi bertuah ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam Rupblik

Hahahahahahah
Heheheheheheeh

Rupblik Of Malaysia (ROM)

cantik tu
negara tanpa raja atau sultan

Kita kan sembah raja segala raja SEMESTER ALAM yang akan beri kita rezeki

Raja di malaysia ni kita hormat kat dia pun
taik gigi n ludah dia pun dia tak kasi

so

lebih baik kita buang raja -raja ni
ngabiskan duit rakyat je

hahahahahahahah
heheheheheheheeh

Tanpa Nama berkata...

haram jadah punya raja-raja..
raja-raja punya haram jadah...


aku tak suka...
tak suka..
tak suka...

pi mampuih la raja-raja..
hampa anak beranak pi mampuih...

kalau raja2 baca komen2 kat Tukar Tiub ni kan best...
baru depa tau rakyat suka ka tak dengan depa ni..

sapa ada url blog Nazrin...
bagi kat aku sat...
saku nak suruh dia baca Tukar Tiub..

Tanpa Nama berkata...

Tak silap aku, parameswara bukanke dari India, bawak sekali title Sultan.

Aku mmg setuju yg perangai raja bole jadi gitu, tapi tak semua la kot, segelinter jer, kerana nila setitik, habis satu belanga

Yang berani lawan raja, sorang jer, pak death kita, hang sapa???

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,

aku nk becerita sikit, wife aku penah bekerja di hotel mandarin, sebelah klcc 2, dulu dia tk tepikirpun keja kt situ buat dosa ja. tapi skrg dia dah bertaubat.

masa di keje dulu dia cakap sultan2 selalu dtg hotel 2, sultan perak, pahang, selangor dan johor. bila dtg je puak2 ni, mesti d'org ni akan mabuk2 dan bwk betina2. wife aku ni, terpaksa la tuangkan air kencing syaitan 2 utk raja2 ni. paling kuat mabuk anak beranak sultan pahang. wife aku cakap dua beranak ni klu dtg hotel 2 mesti bwk artis yng baru nk naik. termasuk lah siti norhaliza. lepas dah mabuk ni mulah lah cari bilik.

skrg wife aku dah keja tempat lain dah.

kesimpulannya kita tk payah la nk memuliakan raja2 ni. dah la mkn duit rakyat. duduk dalam istana keja mengangkang je, lepas 2 mintak duit.

so pikir2 kan lah.

wassalam""


Hmmmm,terfikir jugak yek...Layak ke syaitan memanggil syaitan sebagai syaitan??lagi satu Bro,bini lu dulu pun buat kerja hina(lu sendiri yang mengaku)..layak ke dia jadi saksi kalau di mahkhmah??entah2 bini lu pun tengah mabuk masa tu,so sahih ke tidak cerita dia tu??ada bukti??entahlah,Pak Iman cakap jodoh yang baik hanya untuk orang yang baik..so,kalau betul apa yang Pak imam selalu cakap,maka lu bukanlah orang yang baik..maaf bro,gua bukan keturunan raja atau orang yang dapat apa2 kepentingan daripada diorang,cuma gua jelek jer dengan penulisan lu orang yang kadang2 melampau sangat menghina keluarga raja nie..kalau lu orang jadi Raja pun Allah akan uji benda yang sama..belum tentu lu dan keturunan lu tak jadi seperti apa yang lu orang katakan kepada kerabat diraja nie..belum jadi kaya pun dah tentu ada dosa jugak..Wallahuwaalam..

Tanpa Nama berkata...

Pada aku, institusi raja ni langsung tak perlu dah zaman sekarang. Orang Melayu je yang bodoh, masih nak kepada raja ngan sultan.

Tanpa Nama berkata...

seperti biasa, tulisan yang mantap dari komrade hisham. wajib dibaca oleh semua golongan muda.

yang benar,
Lan Anarkis

Tanpa Nama berkata...

pegi jahanam sama sultan. REPUBLIK MALAYA untuk semua !! cuba kita pikir kenapa indonesia takde sultan, india takde sultan, filipina, nepal, semua takde sultan. sebab sultan ni barua inggeris !! diorang ni beranjingkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

posting paling brilliant penah kau buat... tabik 4 anggota(kalau boleh).. since bole angkat 2 tangan je..

terbaiikkk!!!

Tanpa Nama berkata...

yup raja tak tunduk pada Queen lai..Tunduk pada kuasa ekonomi..Gamuda...

Ada c4 bleh jaga raja..
Ada keretapi boleh wat duit juta2..
Masih amalkan sistem kapitalis lai nie..

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama
2009 Mac 12 01:35

Aku adalah salah sorang anak keturunan raja. nama depan aku Tengku A*&^%. Kalau ikutkan darah, memang aku punya darah tulen raja. Pangkat tuk sedara dgn sorang sultan.
Tapi aku tak suka bapak aku. muka pun aku tak penah tgk sejak aku besar ni. Lepas mak aku beranakan aku ( mak aku org biasa) terus bapak aku tinggalkan mak.
Tinggalla mak aku menyara hidup sendiri. Sebijik macam bapak kucing.
Aku punya hak utk daftarkan diri dlm persatuan kerabat. Tapi aku tak hingin!!!tak hingin...Aku benci!!!

Tanpa Nama berkata...

Simple.
Understandable.
Revealing.
Informative.

Nobody does it better than TT.

Keep it up Bro Isham!