Isnin, 30 Mac 2009

MALAM BUMI MANUSIA



MAKAN MALAM DI KAMPONG BARU


Saya makan malam di Kampong Baru pada malam Bumi Manusia. Saya membawa tamu dari kota Tokyo. Mereka berdua ini kenalan saya ketika merayau-rayau selama 3 bulan di Tokyo. Kami sampai ke Kampong baru sebelum pukul 8.30.

Saya memilih Kampong Baru kerana inilah kawasan dalam kota yang tidak mengada-ngada dan berlagak.

Bahagian lain dalam kota Kuala Lumpur ini saya anggap cuba berlagak - nak jadi Ginza atau Shinjuku – tapi tak jadi - yang jadi kepala angin!

Kami makan nasi kerabu buatan Mek dari Petani.

Tepat jam 8.30 malam saya menjengok keluar. Semua lampu-lampu telah padam. Bangunan bangunan tinggi sudah gelap. Di hadapan Kampong Baru ialah menara Petronas – ianya kelihatan gelap.

Yang terang benderang hanyalah jalan besar dari Pintu Gerbang Kampong Baru dan kawasan kedai-kedai makan.

Tamu saya dari Tokyo menjengok sama untuk melihat bangunan Petronas yang gelap. Sekeliling kota Kuala Lumpr agak gelap juga.

Saya senang hari kerana pada tahun 2009 ini Malaysia telah bersama warga dunia untuk merayakan Hari Bumi Manusia.

Ramai yang sinikal terhadap kempen ini. Saya sedar dan faham pandangan mereka. Tetapi kalau hendak berjalan tapak pertama wajib dimulakan. Kalau hendak berkenalan dengan awek cun atau balak cute - senyum pertama hendaklah dihadiahkan sebelum bertukar numbor talipon.



7 ulasan:

Keylee Daud berkata...

benar benar itu saudara isham.
moga2 esok sama2 dapat hidup udara nyaman dari bumi ini. ::)

Melayu Sejati berkata...

Bro,

1. Nanti cuba tanya Che Khalib - TNB(Tenaga Not Bagus), berapa juta dia rugi kerana kempen gelap nih?

2. Tugas utama Ceo GLC bukannya melukis graf profit yang tinggi dan semakin tinggi.

3. Tetapi tugas utama mereka ialah meringankan beban rakyat.

http://melayusesat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

wa sng ati tgk ank jiran-jiran wa countdown ttp lmpu.. tp de gak si tipikal yg memaki!!

master berkata...

Heheh. Pandai je Hisham buat analogy.

Earth Hour tu macam malas-malas je nak layan. Sekali kena sound, 'Hoi bodoh ! Tutup lampu la~!'. Gua pun tutup la dengan tersengeh.

Apa pun Kampung Baru mempunyai sejarah tidak ternilai Malaysia. Sebuak kampung di pinggiran kota Kuala Lumpur dan antara tempat bermulanya insiden 13 Mei, gerakan pelajar UM ketika demonstari 70-an, dan juga tempat agenda Reformasi Anwar Ibrahim. Kampung Baru juga tempat perkerja makan tengah hari, jika bukan di Starbucks atau di Coffeehouse.

Makan di KLCC pun mahu berbelas ringgit. Tak dapat jack nak menolong.

Beberapa tahun lepas ada ura-ura tangan ghaib kroni UMNO hendak membangunkan Kampung Baru dengan membeli tanah penduduk kampung tetapi tidak berhasil. Penduduk kampung bangkit membantah dan melawan penindas kapitalis UMNO.

manky berkata...

ayat last paling kaw...hahha

jebatderhaka berkata...

あまの原おもへばかはる色もなし秋こそ月のひかりなりけれ

ama no hara omoeba kawaru iro mo nashiaki koso tsuki no hikari narikere

POEM OF Fujiwara no Teika

"Remember the plains of heaven, their colour does not change.Even the autumn is shining with the moonlight."

Tanpa Nama berkata...

ayat last hisham ke ayat last master yg kaw tu?

kalau nak pergi ke kg baru,
kena melangkah kurang2 setapak dulu,
walau sebenarnya bmw berkilat menunggu
(gua naik kereta enjin sederhana je, kurang sikit carbon footprint!)

kalau nak selamatkan Bumi yg cuma satu,
kena mula dgn langkah senang dahulu,
walau setakat satu jam padamkan lampu
(gua ikrar teruskan tiap malam tutup lampu 1 jam, nanti kurang sikit bil letrik!)

kalau nak selamat bumi asalnya Tanah Melayu,
kena mula dgn langkah kecil dulu,
walau setakat pilihanraya kecil je lagi seminggu!
(gua ikrar teruskan sokong perjuangan pakatan rakyat utk memerintah persekutuan, nanti kurang banyak rasuah & pembaziran!)

salam
average joe