Rabu, 26 Ogos 2009

SEJARAH LAGU TERANG BULAN



MEMECAH MITOS - FAKTA SEJARAH



INILAH DIA KOMPOSER MEMULA MOON

Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)

LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Nota:
Tulisan ini telah pernah disiarkan
dua tahun lalu - ianya bebas di ambil
untuk memecah mitos dan memajukan
fikrah melayu.





36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada kawan daddy yg pergi somalia kata jalur jembalang adalah bendera anak anjing amerika! negara lain yang ada seakan jalur jalur ialah liberia, sebuah negara yang di asaskan bagi hamba2 abdi amerkia yg bebas kembali ke afrika!

awangpurba berkata...

bravo sir

Carlos Abdullah berkata...

Salam abg Hisham,

Kalau Projek Malaysia ni sebuah mitos apa pula dengan Singapura? Cerita lebih sikit la.

Salam dari Singapura

master berkata...

'Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.'

Hak hak hak.

rahmanw berkata...

salam...
pada pendapat tuan....
perlukah kita mencipta semula bendera malaysia dan lagu negara?

mn berkata...

PAK LONG TT,

ADUH ADUH...NAPA PAK SELALU AJE DIULANG-ULANG PERKATAAN "MOON DAN BULAN' TU

JANGAN PAK...JANGAN...NANTI ITU SETAN PUKIMAK MARAH SAMA KITA...KERNA MEREKA SANGAT SENSITIF NGAN NAMA BULAN PAK

TAPI KALAU DISEBUT BULAN BIRU TAK NGAPA PAK...ASALKAN JANGAN BULAN PUTIH AJA...INI AMAT MENAKUTKAN PAK

KALAU DITANYA SAMA SETAN-SETAN ITU...MEREKA MAHU SAJA WARNAKAN BULAN TU WARNA BIRU...TAPI TAK BISA PAK

kah kah kah kah kah...kah kah kah kah....kah kah kah...50 SETAN KENYANG...MELAYU NGANGA...kah kah kah kah..kah kah

tupingera berkata...

"Kini kita telah memasuki zaman pasca moden."

gerombolan masih ketinggalan di zaman feudal.

Macam mana nak ngam????

Jongkidin berkata...

yupp..projek malaysia bermula 16 sep 1963..so org malaya..selalu pabila jumpa ngan sabahan or sarawakian yang keje atau datang di semenanjung..ayat paling sial selalu di tanya...bila datang malaysia? lama dah sampai kat malaysia? It's an insult to our sabahan and sarawakian brother or sis..and it also an insult to our intelligent....

Penanggah berkata...

Setahun berapo juta plak krajaan byar royalti kat pakcik Pierre Jean de Beranger tu haaa.. kayo laa camni... hampehhh..

syarud berkata...

Bro,

Fakta bro tentang penyatuan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dijadikan Kalimantan Utara dan melantik Sultan Brunei sebagai Sultan ketiga-tiga negeri ini merupakan perjuangan Pak Azhari. bagaimanapun, RPK mendapat fakta yang tidak tepat tentang perjuangan Pak Azhari di dalam artikelnya yang disiarkan di Malaysia tOday baru-baru ini...

cahaya malam berkata...

"Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan."

tak terpikir pulak bulu ari boleh dijadikan sebagai anugerah,,

hihihiii

tabik hormat..
tt!!

*kalau lah si najib dapat bace entri nie.. mahu gugur lagi rambut
putih beliau!

hee wassalam

Jarri berkata...

aku copy & paste entry ni.

idup isham!

hidup 1monggolia.

MAHAZA berkata...

JONGKIDIN KATA :selalu pabila jumpa ngan sabahan or sarawakian yang keje atau datang di semenanjung..ayat paling sial selalu di tanya...bila datang malaysia? lama dah sampai kat malaysia?

AKU AMIK BEBUDAK KEJE TAK PENAH PULAK PIKIR KESITU SEBAB SEMUA SAMA JE RAKYAT MALAYSIA. YANG PENTING AKU NAK RAKYAT TEMPATAN - TAKDE ORANG LUAR. CUMA HANGIN BILA BULAN POSA NI BEDUYUN PULAK DORANG NI KE KANTIN. NAK PASTI TAK PASTI SEBAB TAK PENAH LAH PULAK JUMPA KAT SURAU.....

saniy berkata...

terima kasih kepada pak hishamudin rais.dia mengajar kami anak-anak muda yang masih mentah tentang apa yang berlaku.pertama kali melihat beliau di ROCKESTRA tahun lalu memberi impak kepada diri saya sehingga hari ini

Tanpa Nama berkata...

bendera nusantara merah putih punyai nama iaitu "sang saka merah" sila betulkan jika salah, meemnag kita perlu menukar bendara negara kita dan lagu kebangsaan kita, kerana kita tidak punyai identiti yang sejati walaupun perkataan identiti itu asalnya bahasa penjajah...

wak parjo

kutugila berkata...

salam.
kemas la posting kali ni. bukan le yg dulu2 tak kemas. : ))
mmg umno n rakan2 sekutu yg bangang dgn mereka tu hari2 nk kencing rakyat je. diorang ingat rakyat ni bengong gamaknya..
keep up the good work!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah kah
hidup bergurau senda
mati tinggal spende
tak sompek kawin kau jang oii

Jemapoh Manchester berkata...

BRO..KALAU X SUKA MALAYSIA..P LA PINDAH...BODOHH...KAMI RAKYAT BIASA X AMIK POT PUN..LAGU MEMULA MOON KE..BENDERA AMERIKA KE...AKU LAMA DAH TAHU BENDA NE..TAPI X KESAH PUN...BRO NAK JADI BATU API NEGARA BWAT PA?

LANGSUNG X MEMBANTU NEGARA LARR..ADA ORG BIJAK TAPI X KE MANA..JADI BATU API JER...SETAKAT BUAT TUNJUK PERASAAN JE..TAPI NAK MEMAJUKAN NEGARA LANGSUNG TAKDA..ORG MAKIN LAMA MAKIN BOSAN LA NGAN BROO...TULIS SEMUA NAK KONDEM NEGARA..TAPI SATU LANCAU CADANGAN PUN TAKDA...

Aliuddin Azmi berkata...

manusia yg x amik pot tu mesti MELAYU UMNO BANGANG kan??? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

aku rakyat biasa yang ambik pot...

Tanpa Nama berkata...

komfom licin palaotak najib...

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,
saya ada tgk discovery Channel sejarah Singapura,
sebenarnya Singapura dihalau dari Malaysia dan bukannya lky menuntut untuk kluar dari Malaysia, ini kisah benar siap ada ucapan Tunku Abd Rahman menghalau Singapura, lepas tu lky menangis semasa mengumumkan negara itu kuar dari Malaysia.
dan hasilnya kita tgk sekarang betapa majunya S'pura berbanding Malaysia.
Malaysia dari dulu dibeli dan dijual kepada British tanpa memikir nasib anak cucu Melayu hasil tamak haloba T A R dan kuncu2 nya dalam UMNO.
apa2 pon teruskan usaha Bro untuk bongkarkan kepa anak muda seperti kami yang dahagakan ilmu..

Sekian.

bekas pelajar UM yang berhaluan kiri.

Tanpa Nama berkata...

lu x ambik pot lantak lu watpa menyemak kat sini.."pengkhianat" je lepak kat sini..kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

lu xambik pot lu lepak tempat lain la..wat semak sini watpe...

guaOtai. berkata...

Kah Kah Kah Kieokkk! Semuanyer nak ceduk org punyer. Dari lagu kebangsaan sampailah cogan kata *1Malaysia*.

-------------------------------------

*** gua tak pikir org dah bosan ngan lu bro. Kalu tak, tak kan pengunjung blog ni dah berjuta-juta lemon ... muaahahahah ! Bravo bro ...

PAGE VIEWS

Total 5,956,067
Average Per Day 18,092
Average Per Visit 1.4
Last Hour 747
Today 19,491
This Week 126,641

abu dapur berkata...

baru aku tau..
malu doe lpas ni nak nyanyi lagu negara-ku lagi
isk3..
bodoh punye umno..

Tanpa Nama berkata...

halo isham...
harap2 pose hari ni...

hahahha...
aku nk kritik sket...
apsal yang berjuang asyik2 ko sebut komunis...komunis...

mat kilau, datuk bahaman, tok gajah, tok janggut, rentap, mat saleh dan berjuta-juta lagi wira kemerdekaan yang tak didendang tak pernah pun ko sebut....

sebab ape??? sebab dorg tak join sosialis kut.... hahahha

ker sbb ko blajar sejarah dulu2 dorg disebut pengkhianat bangsa...ko terpengaruh jugak ke???

hahahha...

Tanpa Nama berkata...

salam..
nak tegur ckit ttg 'bung karno' sindir lagu negaraku, kononnya ciplak dan xde identiti. pernah terfikir nape indonesia merdeka dulu dr tanah melayu? sedangkan indo, msia n filipina pernah nak bgabung. pernah dgr perang dingin indo-msia zaman soekarno dulu? pernah fikir tak nape 'bung karno sindir'?

tentang bendera, bendera indonesia tu asli ke? ciplak gak tau. tlg kaji tentang bendera indonesia. kalau nak ckp bndera indonesia TAK SAMA 100% dgn bndera negara ehem2, bndera msia pun TAK SAMA 100% dgn bndera amerika

The Man berkata...

HISTORY OF THE NATIONAL ANTHEM

According to records there are two sources relating to the origin of the National Anthem before the song Negaraku became the National Anthem of Malaysia. The same tune was once the State Anthem of Perak and it was also the tune of a very popular contemporary song entitled Terang Bulan. According to Tuan Haji Mustapha Albakri, the tune was used as the Perak State anthem for the first time in England in 1901 during the installation of King Edward VII.

Sultan Idris Murshidul’adzam Shah was the Ruler of the State of Perak from 1887 to 1916. He represented the Malay Rulers of the Federated Malay States at the installation ceremony of King Eward VII in 1901. When the ship carrying His Royal Highness docked at the Southampton Port, a protocol officer from the Colonial Office boarded the ship to enquire about the Perak State anthem. It was a practice in those days, to play the state or national anthem of the visiting head of state or king on his arrival in England.

At that time Perak did not have a State anthem. It so happened that Raja Harun bin Sultan Abdullah, the private secretary to the Sultan, was himself a musician. Although Perak did not have a State anthem, Raja Harun refused to admit it. He told the protocol officer that Perak had its State anthem, but the music sheets were not brought along. Nevertheless, he said that he could play the song without looking at the notes.

After hearing the explanation, the protocol officer allowed Raja Harun to proceed. The tune that he played was actually Terang Bulan. So Terang Bulan was played for the first time on English soil in 1901. Since then, the tune was adopted as the Perak State anthem until it became the tune for the National Anthem.

The Man berkata...

THE NATIONAL ANTHEM - PART 2

Another story about the origin of Negaraku was related by Raja Kamarulzaman, son of Raja Mansur who used to serve as aide-de-camp to Sultan Idris. According to him, Terang Bulan was first used as the tune for the Perak State anthem when Sultan Idris visited London in 1888, one year after he was installed as Sultan. His visit to London was in conjunction with the Coronation of Queen Victoria in 1888. Upon the arrival of the royal entourage in London, a representative of Queen Victoria asked Raja Mansur, the aide-de- camp of Sultan Idris, for the note of the Perak State anthem. Protocol required that the Perak State anthem be played as the Sultan walked into the coronation hall. To avoid embarrassment, the quick-witted Raja Mansur told the representative of the Queen that the music sheets for the State anthem had been left behind. However, if the officer could get a musician, Raja Mansur said he could whistle the tune for the musician to write the notes. When a musician was brought forth, Raja Mansur whistled the song that was very popular among the Perak people at that time. So the Perak State anthem was officially played for the first time during the coronation of Queen Victoria in London. And it was actually the tune of Terang Bulan.

Tuan Haji Mubin Sheppard who was at one time the Director of the National Archives had done a research on the origin of Negaraku. His sources were two sisters, Raja Aminah and Raja Halijah, the daughters of Sultan Abdullah and also Raja Kamarulzaman. According to these sisters, the first time they heard the tune, now known as that of Negaraku, was in Mahe, one of the Seychelles islands, where their father, the former Sultan of Perak, lived in exile. They said the song was very popular there and very often played by a French band which usually played a variety of songs and held concerts for the people of that island. It was believed that the melody of the song was composed by a French musician named Pierre Jean de Beranger who was born in France in 1780 and died in 1857.

According to Raja Kamarulzaman’s story, the song was introduced by an opera group from Indonesia during a show in Singapore. Over a short span of time the song became very popular in Singapore and was given the name Terang Bulan. Even after the song had become the tune for the Perak State anthem, it was still played at social functions. It remained as such until it became the tune for the Malaysian National anthem named Negaraku.

The Man berkata...

Mamula Moon (Hawaiian Song)
"Mamula Moon" by Felix Mendelssohn

Title: Mamula Moon
Artist: Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders
Album: Paradise Isle
Year: 1947????????
Track number: 14
Duration: 00:02:50

Cob Nobbler berkata...

Terima kasih Ronald Reagan?

Kepala bana kapitalis besar ni jugak nko nak terima kasih?Hmm..tapi betul jugak,aku pun terima kasih kat dia,sebab nak harap Stalin atau Gorbachev memang sampai bila aku tak berblog.

Tapikan Isham,satu lagi fakta lu tinggal.

Lu tengok balik belakang pasport Malaysia lu punya.

"Jika sekiranya negara yang anda lawati tidak mempunyai wakil Duta atau Konsulat Malaysia,anda bolehlah merujuk terus ke Kedutaan United Kingdom".

Beb,gua pergi London tak payah pakai visa,even gua masuk Belgium pun pakai visa UK.

Apa benda yang merdeka..Bar Council pun refer United Kingdom punya "common law" lagi.

Tanpa Nama berkata...

.....tentang bendera, bendera indonesia tu asli ke? ciplak gak tau. tlg kaji tentang bendera indonesia. kalau nak ckp bndera indonesia TAK SAMA 100% dgn bndera negara ehem2, bndera msia pun TAK SAMA 100% dgn bndera amerika

--> Nie lagi sedara kita yg tak tau sejarah....bendera yg Indonesia pakai tue BENDERA NUSANTARA YANG ASLI(Sang Saka Merah Putih)!!!! Jadi bagi negara-negara yg berada di kepulauan nusantara benderanya sepatutnya ada ciri2 bendera nusantara....baru la ada rasa rapatnye perasaan muafakat antara negara kita ngan negara jiran yg lain2...cuba tgk bendera negara2 Scandinavia contohnyer...ader tak ciri2 persamaannya? Kenapa bendera Malaysia nak kena tiru ngan bendera Amerika lak? Kenapa nak kena ada tugu negara sama cam kat Amerika lak? Bro gua suggest lu tgk "10 tahun sebelum merdeka" baru lu nampak sikit ke"MERDEKAAN" negara Malaysia dicapai cara macam mana...

Tanpa Nama berkata...

biasak la projek MALAYSIA pun projek amerika..ehh silap projek ANAK EMAS amerika

razor berkata...

bro isham,

buat homework sikit..

pegi tanya lebai google tentang jalur gemilang ni diciplak dari mana..

http://id.wikipedia.org/wiki/Majapahit

jadi, jalur gemilang itu adalah modifikasi kepada bendera kenusantaraan kita sendiri!..

amerika la yang jadi penciplak.. bukan kita!

Tanpa Nama berkata...

bro hisam..apalah lu ni.gua tahu lu org pandai dan dah lama bertapak kat bumi kafir yg tersangat maju dan menjadi jahilliah tu..kata HAMKA, biar bebas tapi ada keterbatasannya..lu dan gua dah tua bro..dah nak mampus pun..cakap cakap lu bro walaupun fakta atau auta, kenalah jaga sikit..lu berjawab nanti dgn mahkamah tuhan..kat dunia memang tak nampak..lu jgn rosakkan pemikiran anak anak muda kita yang tinggi ilmu tapi terbatas pemikiran..