Isnin, 5 Oktober 2009

JANGAN JADI MALAS - NANTI BONSAI






MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH


Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai. Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati

Dalam suasana politik kita - budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.

Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat - untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.
Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji politik yang paling minima.

Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama. Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan. Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjunag untuk melupuskan Mac Dogal dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampian untuk berfikir. (TT)

nota: bebas diambil untuk membuat kebaikan




27 ulasan:

ahbodolahman berkata...

Wah...Isham dah mula buat novel sendiri kat blog ni..Aku suka sekali drpd dia parking idea dia kat web orang lain... Aku dah simpan hampir semua idea2 dia dalam satu himpunan bacaan sendiri. Sapa2 nak, hehe...aku tak mau jual...tapi kalau nak isi rampaian tu, nak bayar pun tak apa dan berlebih-lebih la kalau nak bagi pun. Kira royalti untuk Isham la.

Ayamrintik berkata...

Tulisan bro memang ada kelas. Pandangan yang kritis. Idea yang mantap. Begitulah tabiat orang kita. Malas membaca. Nak buat kajian? Jauh sekali. Sebab tulah sesuatu dasar suka buat adhoc. Jadi banyak yang gagal. Duit habis belambak. Sapa tanggung. Bila nak buat, depa paksa rakyat suruh ikut. Bila dasar tu gagal, depa salahkan rakyat; tak bagi kerjasama. Padahal depa dah sebat habislah, sampai termuntah. Lepas tu depa buat dasar lain pula. Sebat lagi..... Macam tulah sampai bila2 pun. Pasainya budaya membaca dan mengkaji tak ada dalam minda rakyat kita. Jadilah pak turut 'bontot'. Dapat apa? Yang najis dan busuk. Bila dengak ceramah, pakat nganga. Dah habis ceramah pakat bertengkar kat warung. Tuan warung senyum. Fulus masyuk. Nak bagi ramai lagi, pasang DVD/Astro yang panas2 sikit agar boleh naikkan semangat luar dalam. Sampai dinihari, Tok Dalang Modern. Itulan ME-LAYU. Kesian.....

Tanpa Nama berkata...

Elo Profesong,
Syarah panjang nampak.
Kah kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Salam

kepada semua pembaca tt sila lihat video bertajuk "the arrival" (youtube ada tapi tak berapa best sebab dipotong-potong)untuk memahami sebahagian daripada cerita br Isham.

terima kasih.

Sifu Mirza berkata...

salam bro hisham...

satu analisis yang hebat..

terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

again.. lotsa thanks bro. Isham.
byk ilmu berguna dapat hari ini..

mcm ko cakap, aku tak ambik note ni bulat2.. aku akan analisa ikut tahap pemikiran dan ilmu yg aku ada, rujuk dr sumber2 yg boleh dipercayai n terima mana yg aku rasa benar jer..
neway, aku x perasan plak mana2 text yg terpesong.. huhuhh..

izinkan aku gunakan rencana ni utk contents zine aku yg akan datang.

-budak itm

Cetusan berkata...

as-salam tuan..

agak2nya berapa tahap umur yang sesuai bersara dari bercakap soal potlitik?.,umur yang sesuai duduk masjid??

Tanpa Nama berkata...

yang ni paling aku setuju dengan bro TT.

benda macam ni yang aku anggap orang tua kalau tanah runtuh tengok balik bukit cari punca.

cuma ulas bahasa mudah sudah bro jgn lebih tinggi sangat.jenuh orang nak paham. ko cakap je la kaedah tindakan pas tu tak berapa betul perlu penambahbaikan.

Kalau dah menyampah dengan H1N1 yang kene pakai mask bukan orang yang sihat, yang sakit tapi berlagak sihat la kene pakai. kah kah kah

kalau tengok pokok nak tumbang. tebang la batang pastu bubuh racun terus mati.bukan tebang ranting.

tapi kalau ada pisau je. tebang je la ranting tu pelan-pelan, lama-lama habih jugak.

lagi baik dari tengok je.tak gitu bro.kah-kah-kah

generasi bundle

Tanpa Nama berkata...

tukar tiub.. jgn gelak cam orang gile.. nanti ko jadi gile...

Johan berkata...

hah,para penentang konsert baca betul2 dan guna otak tu..

teachersproblems berkata...

Salam

nak tambah sikit, abang tolong tulis sket pasal mentaliti binatang gembala-herd mentality. Mudah mengiyakan sesuatu tanpa berfikir. saya beri contoh sekarang budaya mengajar di univ pakai power point...konon teknologi.student bila nak exam pakat baca power point,,bila nak baca buku.Ilmu ada kat thumbdrive dan di power point. (tak dinafikan adalah sesetengah subjek elok guna power point)

Yg kelakar profesor, yg ada phd pun serupa je, macamana depa berfikir tak taulah. Kalau org bawahan malas membaca,,okayle teruk tapi yg digelar dr, profesor,,apa-apa lagi malas membaca....apa perkataan yang sesuai tak taula. Pemikiran macam rambut kontot. yg best lagi kalau student tanya banyak-banyak dicap kurang ajar siap potong markah exam. belajar mesti beradab yang bermaksud jangan tanya, jangan lawan guru. tanya tu sama erti dengan lawan. Malu aku dengan student dr negara luar yg bertanya betulka kalau nak lulus kat universiti kat malaysia, jangan tanya. Tak caya cuba chek UKM, UPM, UIA, dan universiti yg sewaktu dengannya."Melayu pantang dicabar"tergelak mendengar hujah orang bodo. kalau tanya tu maksud mencabar..kalau dah beri idea bodo-bodo dalam kuliah mana boleh tahan.Tu lah antara realiti belajar di univ "orang kita"bengap-bengap belaka.(walaupun bukan semua)

Tanpa Nama berkata...

suku sakat aku org UMNO(gerombolan curik duit org@rakyat)...totally btul gak ape yg bro isham tulis nih...minda xbukak lagik.hasil tulisan nih wat aku tepikir psl diri aku ngan org2 sekliling aku...

p/s: MEDIACYBER ko pehal?asyik xpuas ati je...ko xstuju sbb ko mls bc kan?sbb tu otak ko ade kt jubur!!

~~ank cicit pejuang ketuanan melayu

pisangmalaysia berkata...

teachersproblems berkata...
Salam

nak tambah sikit, abang tolong tulis sket pasal mentaliti binatang gembala-herd mentality. Mudah mengiyakan sesuatu tanpa berfikir. saya beri contoh sekarang budaya mengajar di univ pakai power point...konon teknologi.student bila nak exam pakat baca power point,,bila nak baca buku.Ilmu ada kat thumbdrive dan di power point. (tak dinafikan adalah sesetengah subjek elok guna power point)

Bro,
Depa yg mengajar guna power point ke power rangers ker kasut power ke x salah..depa tu mengajar..yg masalahnya yg belajar tu..tak reti2 ke nak cari sumber2 lain untuk tambahan kepada power poin tu?contohnya kalo imam baca khutbah gun apower point x kan la lu nak gi copy dlm thumbdrive u imam tu punya khutbah kan?imam tu kata jadikan al-Quran dan al-hadith sebagai pegangan, tak gitu?

-Sekadar Pandangan daripada Budak x habis sekolah tapi tanam pisang. he he he jangan mare aaaaa.Teruskan Bro Isham!

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita kritikal kita tak perlu lagi dengar khutbah Jumaat kerana apa yang datang dari khutbah banyak emosi dan klentong seperti TT bicarakan. Banyak nonsense dan banyak yang dengarpun berdengung tidur kerana cerita berjuta pahala dan apai neraka.

melayu celup berkata...

Salam Tiub Bocor

Aku sokong 150% pendapat teachersproblems bab bertanya... aku budak local universiti aku paham benar pasal nih... mentaliti orang kita suka mendengar dan bertaklid nak menilai dan berfikir jauh langit dari bumi jawabnya... Aku benci betul bila ada dari kalangan guru yang bongok banget menyekat anak2 muda(student)dari bertanya dan mencuba.... ada persoalan lalu pelajar mencuba dan si bahalul (guru yang bongok banget) tadi terus tibai student bila salah... nak bagitau sket pada si bahalul nih, KESILAPAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES PEMBELAJARAN YANG PALING BERKESAN, TANPA KESILAPAN MANA MUNGKIN KELEMAHAN DAN MASALAH DAPAT DITANGANI DENGAN JAYANYA... memang dah jadi budaya bebudak dari sekolah sampai universiti, belajar nak pass exam je, bukan nak placing market untuk diri sendiri dalam job market yang makin mencabar zaman sekarang nih...

berfikir malas benar...
semua benda nak bersumbat... ada knowledge tak mau sebar... tak mau lain orang pandai... sendiri jadi makin bodoh...
dapat buku dapat nota sorok...
lain orang terlopong nganga...
sendiri jadi makin bodoh...

itulah macam TT bagitau KALAU BODOH JANGAN BAGITAU buat malu je... apa pun aku suka bangat dengan tulisan nih sebabnya general idea dalam berdepan dengan apa saja problem mesti ditangani dengan cara nih.... exactly macam apa yang aku belajar dalam risk management and solving duluk...

Bravo TT, keep on going to produce this kind of thinking-brighter-of-trigger article... don't forget to embedding more and more live empirical elements so we can dig more facts related to that

Long Live Malaysian People !!!
I HATE RACISM !!!

Johan berkata...

Isham,lu pun patut buang tabiat menghina mamak dalam blog lu..nak kutuk penyamar2 Melayu tu tak payah lah sampai keluar kata2 yang menghina mamak dan India..

ni gua petik satu perenggan dari sebuah tulisan lama lu dulu:

"Sikap rasisma dan perkauman ini wujud jika kita memiliki prasangka yang bukan-bukan. Prasangka ini timbul kerana kita tidak mengenal satu dengan yang lain. Sebenarnya manusia dalam dunia ini menjadi baik atau jahat bukan kerana bangsa. Dalam semua bangsa kita akan bertemu dengan insan yang baik dan manusia yang jahat. Menganggap diri sebagai Melayu bukan satu jaminan untuk menjadi baik. Tidak ada satu jaminan pun yang memastikan bangsa itu baik atau jahat."

gua bukan nak tuduh lu rasis tapi ayat2 lu memang akan mengguris hati orang..gua ade member mamak ni,dia memang pengikut blog lu tapi tadi dia bg tau gua dia takkan baca blog lu lagi sebab dia kata lu hipokrit sebab pernah tulis pasal anti-perkauman tapi lu buat lawak pasal 'gelap' lah,'hitam' lah,tak nampak lah,etc..kalau gua india atau mamak,gua pun marah..lu pernah tulis pasal penggunaan 'keling' dan nak menjustifikasikan penggunaan perkataan tu tapi adakah lu akan guna perkataan tu depan muka orang india n mamak?

Cob Nobbler berkata...

bagi aku la bro,aku tak setuju dengan method "enemy of my enemy is my friend".Katakan,gerombolan United Malay National Organization macam nko kata,musuh kita.Dalam pada yang sama musuh yang lagi besar adalah imperialis kapitalis(bukan Anglo-Amerika je,Sino,Russia,Perancis,Jerman - mereka juga ada menindas,tak caya tengok kilang Adidas kat Pakistan - nota - Adidas adalah syarikat Jerman).

Apabila UMNO bergaduh dengan kapitalis besar ni,apakah nko nak kata UMNO bersama kita?Tak,sebab kalau kita bantu,dan mereka menang,mereka akan menindas kita.

Kita kena ada pendirian sendiri.Macam lu baca buku Revolusi Rusia 1917 - bulan Februari Czar Nicholas ditumbangkan.Kerajaan Kerensky ambil alih,tapi Kerensky ni dibelakangi kapitalis jugak.Apakah sebagai rakyat Rusia ketika itu perlu sokong Czar semula?Jawapannya tidak - membentuk kerajaan yang diorganisasi sendiri oleh rakyat.Lenin yang uruskan tu semua sehingga dia sakit,Stalin yang musnahkan.Bila Stalin musnahkan demokrasi,ramailah buruh paksa dipaksa bekerja di Gulag.Tak caya baca buku Aleksandr Solzhenitsyn.Perjuangan Bolshevik yang dulu didukung rakyat - dibonsaikan oleh Stalin melalui diktatornya.

Sebab itu,rakyat kena empower diri sendiri.Bukan mengharapkan susuk Anwar atau susuk Najib.Bukan susuk Obama atau susuk Sarah Palin.Kita berfikir - dalam masa yang sama kita kaji sejarah lampau kita kenapa kita gagal.

Solidariti internasional sangat penting dalam mewujudkan satu bangsa manusia.Sebab kalau nko nak fikir Negara Sosialis Malaysia atau Negara Sosialis Indonesia - akhirnya masing-masing macam enau lepaskan pucuk masing-masing.Kita kena ada solidariti internasional.

Lagi satu - nko janganlah harap sangat Pakatan bila berkuasa dalam Persekutuan kelak,akan membantu rakyat.Kita dah tau belakang dia siapa - IMF,World Bank dan beberapa korporat keparat besar.Fikirlah sebelum meletakkan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 14.51.- lu islam ke bukan. Janganla baru setahun dua dengan khutbah TT dah kata tak perlu lagi dengar khutbah jumaat. Lu islam ka?

Kepala j0han- tak habis2 nak nyakat umat yang tak setuju konsert beyonces. Memang sah la, lu ahli parti KIMMAK alias PUKIMAK.

Tanpa Nama berkata...

To j0han

lu kalu tak sutuju dengan apa yang diperkatakan di sini, itu hak lu. Ini blog untuk manusia merdeka. manusia demokrasi. Lu mau baca, ikut suka lu. Lu tak mau baca, lu boleh cau. Gua rasa semua orang ada hak untuk bersuara, bebas. Lu tak boleh sekat hak orang nak bercakap. Lu sapa? Mak dia ka? Bila kena batang hidung lu baru tau jangan tulis. Bila tak kena batang hidung lu, semacam aje lu bantai macam di mykmuuut. memang lu dasar warga parti KIMMAK.

Tanpa Nama berkata...

mana tim lama tt - dakis, kucing siam dll.

Yang tim baru ni macam ada yg tak kena plak

non-partisan berkata...

Bro,

Mmg diketahui, divisi dan dimisikan pada ayat pertama Al-Quran supaya membaca. Bacaan ini datangnya juga dari Kalam. Untuk gua tidak salah mendengar kerana kebanyakan bacaan lahir dari kalam penulis / pendengaran penulis dan dicetuskan melalui penanya . Apa yang beza mungkin serapan dari bacaan ataupun pendengaran info tersebut. Ini lebih kepada gaya pemberi info.

Kalau dilihat, penulisan juga boleh cenderung kepada manipulasi info seperti juga berceramah dll. Pada gua bende ni seiring je. Senang cite, kite lepak memane kite bawak skali info. Ada kitab untuk diskusi ke ceramah aritu, kite bwak skali cam senjata.

Satu lagi kite manusia mmg nak utopia beb.. . Jadi kita akan nampak idea yang bercambah-cambah sekeliling kita melalui bacaan ataupun mendengar. Semue akan memenangkan prinsip dan idea yang sejemput itu. Semakin mencari utopia semakin keliru, boleh jadi bro?

Gua rase biarla kite raikan idea yang berlambak ni. Dari idea akan muncullah pembawakan yang berlainan. Dari kontradiksi kecil kepada satu organisasi besar.

Mungkin AS musuh lu tapi bukan musuh org lain. Mungkin thuderbird musuh lu tapi untuk org lain beyonce. Mungkin gak artis-artis ni bleh jadi spy musuh, ade gak sejarah camtu.

Pada gua kite raikan perbezaan , dari segi penerimaan idea, pemberi maklumat atau apa-apa je janji untuk kesejahteraan org. Yang penting jgn melopong x berpikir, hangguk-hangguk toceng-toceng!

Tp kalau idea yang menghancurkan xkan nak follow. Sengal la namenye tu!

*maria ozawa 4eva*

non-partisan berkata...

Lupe plak, Assalamualaikum!

Nami O Fish terbaik!
Bro Sham terbaikk!!


maria ozawa de best!!!

Tanpa Nama berkata...

org2 yg mendengar buta2 je tanpa mahu berpikir lebih jauh, tanpa nak bersikap kritis terhadap apa yg disogok, tanpa ada inisiatif utk menyelidik lebih terperinci - aku yakin org2 ini jugaklah yg suka meniru buta2 terutama sesuatu yg dia nampak atau sangka sebagai sesuatu yg popular atau ada kelas atau cool/hip/trendy; masalahnya benda2 yg hip/trendy/ada kelas ni selalunya datang dari barat terutamanya dari artis2 mereka - lantaran org2 kita ikut sama sebab taknak dilabel ketinggalan, sedangkan dia taktahu perkara yg diikut tu bertentang dgn ugama (cthnya sambutan valentine's day) atau bertentang dgn budaya kita (yg lebih hormat kpd org tua - cthnya kita tidak memanggil ayah/ibu kita dgn nama, tidak seperti anak2 matsaleh!)
aku jugak yakin org2 yg gagal memiliki inisiatif sebegini jugaklah yg menjadi golongan org2 yg semua perkara nak kena beritahu, sedangkan kebanyakannya cuma guna common sense shj - cth: bila memandu potong barisan, bila tunggu lif/bas berebut nak naik dulu walaupun org yg nak turun belum dpt keluar, bila buat grocery di supermarket tinggalkan troli dia merentang tengah2 lorong menghalang org2 lain yg nak lalulalang dsbnya...
inilah jenis org2 yg dangkal otak!
sungguh aku menyampah org2 begini;
biarlah mereka2 segera jadi sampah!

Tanpa Nama berkata...

Salam

pisangmalaysia...saya bukan menentang pensyarah guna power point tapi menentang herd mentality. Maksudnya dah jadi satu trend di univ mengajar pakai powerpoint. (Baca newsweek terbaru kajian menunjukkan IT tidak membantu dalam pembelajaran.. tu maksudnya). My professor yg dah tua-tua dihantar kursus camana nak guna IT dalam kelas. Kanke lawak kalau ngajar falsafah kat budak phd pakai power point. Kebaikan power point ni tu lah, student tak sempat nak berbahas dgn penysrah sebab sibuk nak baca fakta kat power point yang disumbat dgn begitu banyak tak sempat nak digest. Oleh kerana masa pendek student pun pakatla copy kat thumbdrive untuk dibaca masa exam.

sekian penjelasan daripada saya;
tolong tengok video "the arrival" atau taip noreagaa kat google. Saya ada original video kalau nak saya boleh copykan..

Basuh Baju berkata...

Setuju dgn pandangan Isham yg mengkritik tentang budaya yg hanya suka mendengar. Sebenarnya budaya ini bukan sekadar berlaku di peringkat universiti seperti yg diterangkan dgn baik oleh 'teachersproblem'. Tetapi budaya suka menerima/mendengar ini juga berlaku di alam blogging.

Kalau kita perhatikan, ramai yg suka menjadi silent reader tetapi malas nak menulis blog dan memberikan pandangan mereka. Kalau memberi ulasan di blog orang lain pun sekadar 'menyokong' atau 'mengutuk'.

Jadi, kalau kita jujur hendak mengubah budaya ini, kita juga perlu berubah melalui blog juga. Kalau tak bersetuju dgn pandangan, balas dgn ilmu dan pandangan sendiri.

Kalau tak suka tulisan orang, tulis pandangan sendiri.

*

Mengenai mengenal kawan dan musuh, komen Nami O Fish ada benarnya. Tetapi ada juga salahnya.

Di sesetengah keadaan, kita memang perlu berkawan dengan musuh kepada musuh kita. Kita ambil contoh mudah dalam perlawanan bola sepak. Peminat Chelsea akan menyokong pasukan mana pun yang akan menetang MU kerana mahukan MU kalah. Adakah ini sesuatu perkara yg tidak baik?

Sebenarnya dalam konteks politik Malaysia pun, Pakatan ialah kawan sementara untuk rakyat. Kita menggunakan Pakatan untuk menumbangkan BN. Tetapi bila Pakatan berkuasa, boleh jadi mereka juga akan menindas seperti BN. Bila ini berlaku, tak mustahil rakyat akan bersama BN balik.

Kesimpulannya? Tidak ada kawan yang benar dan tetap di dalam politik.

Satu lagi, betul ke musuh utama kita ialah UMNO? Atau kapitalis UMNO yang menindas rakyat? UMNO atau kapitalis?

Ada juga ahli UMNO yang tidak kapitalis (walaupun sedikit). Tetapi ada juga pemimpin Pakatan yang kapitalis.

Di sini bagaimana kita menetapkan siapa musuh kita?

*

Sebnarnya bukan sistem Kapitalis shj yg melahirkan warga yang bonsai. Sistem sosialis di Soviet pun menjadikan warganya bonsai dan malas. (bukan takat berfikir, nak bekerja pun malas sebab tak ada insentif)

Dan sistem kapitalis juga berjaya lahirkan cerdik pandai. Tengok Isham sendiri. Tidak dapat tidak beliau mendapat ilmu kesan daripada kemajuan sistem kapitalis yg membenarkan kewujudan pakcik google dan lebai yahoo. Tak gitu? :p

Khutbah jumaat bosan pun bukan sebab kapitalis. Sebab khatib kurang bijak dalam bertutur dan ikut teks je.

Bukan salah sistem tetapi salah individu itu sendiri.

Terima Kasih.

Johan berkata...

kpd Tanpa Nama 2009 Oktober 5 19:11

tak payah ko nak hipokrit la..sejak aku komen pasal mat2 penentang konsert,ko tak abis2 nak serang semua komen aku kat sini..ko sendiri akui ni blog untuk manusia merdeka,jadi nape ko nak marah sgt aku suarakan pendapat?..ada aku maki hamun ko sebab ko anti konsert?memang benda2 berbaur perkauman kena batang hidung aku sebab aku anti perkauman,even sesiapa yang anti-yahudi pun aku tak setuju..sila baca balik komen ko tu dan bandingkan dgn sikap ko sendiri kat sini..

huh!! berkata...

Salam, abang Isham, saya nak tanya sedikit pandangan abang tentang tiga perkara ni. Ada tiga perkara yang dekat Malaysia ni yang kita takkan dapat kemuliaan.
1. Yeke kat Malaysia kita tak boleh jadi pejuang. Kalau jadi mesti habis kene clean. cth macam al-arqam.dulu bkn ke bnyk awek purdah jadi towkey petronas, bnyk barang halal al ar-arqam..mane dieorg pegi ha?
2. Kita tak boleh tunjuk yang kita lagi bijak dari orang atas kita..Perkara ni selalu terjadi dalam kerajaan.
3. Kita tak boleh jadi lurus...kalau jadi lurus plk kene pulau..
-Boleh abg huraikan...