Selasa, 23 Februari 2010
FOROM MALAM RABU INI - DI JEMPUT HADIR
SILA DATANG SEBELUM MATI KENA CUKAI
FORUM: UMNO MENIPU ORANG MELAYU - NAIKKAN CUKAI
Tarikh: 24hb Februari 2010
Masa: 8.00 malam- 11.00 malam
Lokasi: Auditorium MBSA, Shah Alam
PANELIS:
1. YAB Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
2. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
3. YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
4. YB Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
5. Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
Forum Awam Bermula
Moderator: YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor
Semua dijemput hadir.
Hubungi: 0355447017 / saifullahzulkifli@gmail.com untuk maklumat lanjut
ANJURAN PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
woit bro!
kah kah kah kah kah. cantik!
kuis hantar wakil 35 orang students untuk sertai program ini.. tunggu kami datang nanti..
wei, bila plak nak wat blah utara plak..
jaga2...UMNO mungkin akan hantar balaci untuk buat huru-hara kat Majlis ni sama...
Mentaliti UMNO cuma untuk menunjukkan bahawa forum pembangkang hanya membawa masalah kepada rakyat. Rakyat IMalaysia semua sudah setuju akan disembelih, dijimak, dimain juburnya, diincesticide... mengapa ada sekumpulan orang cuba berlagak hero membela rakyat.
Perkasa mesti bising dan wat ribut kali ini, sebab dlm banner iklan tu gambar logo 'jata negeri Selangor' senget.... wakakakaaa
Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat
Feb 23, 10 11:11am
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.
“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.
“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.
Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.
“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.
Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun.
“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.
Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.
Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia.
“Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”
Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.
Tambah beliau lagi, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.
“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat.
Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menetukan hak negeri di Malaysia.
“Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.
“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.
Bagi Zaid, UMNO cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.
Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Teatapi ia tidak semestinya dibayar terus.
Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menhentikan penipuan berkenaan melaui iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.
Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat orang menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.
Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.
Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Jan lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.
Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri mankala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.
KIRI KANAN DEPAN BLAKANG KENA HENTAM PON UMNO A.K.A United Meliwat Nasional Organization NAK TEGAKKAN BATANG OOPPSS..BENANG BASAH
SAIFOOL CAKAP TAK BERAK TAK KENCING 2 HARI...
NAK TANYA DIA ADA KENTUT TAK DUA HARI?
SAI_POOOOOOOOOOT...
Saya lihat UMNO bukan musuh utama...tp golongan Illuminati adalah musuh utama..
tt
jadi ejen iklan ke?
Tajuk ni bagus untuk orang melayu nih!
asan tak datang?
Zul tak dijemput?
zahrin ada diundang?
Katak pisang tak lompat sini?
Naina mana?
wakil mykemut tak pergi?
harus sana harus sini yillek?
tak ada tulur la turr!
Aku ada terbaca....
1.Jika hasil minyak ditemui dalam kawasan 3 batu dari pantai, semua hasil minyak tersebut adalah hak kerajaan negeri dan persekutuan tiada hak langsung.
2.Tetapi memandangkan biasanya tiada hasil minyak berada di kawasan kurang 3 batu, maka petronas setuju supaya hasil itu diberi kepada petronas dengan royalti 5 peratus diberi kepada kerajaan negeri.
3.Aku terbaca bahawa perjanjian itu adalah antara petronas dengan kerajaan negeri dan bukan perjanjian antara persekutuan dengan kerajaan negeri. soalnya kalau apa yang saya baca itu betul, kenapa persekutuan pulak yang kecoh sangat dan bukan petronas?
Maaf kalau tersalah fakta.
Minta komen TT
Kalau lihat orang baca Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo dll, kata padanya
"Boleh lihat keputusan Nombor Ekor kejap?"
Kalau dia tngok semacam kat anda, katakan "Sebenarnye saya nak pastikan sebab tak nak jadi orang yang mengayakan tokey keputusan nombor" MARILAH SAMA-SAMA BOIKOT SURAT KHABAR MELAYU YANG JADI TOKEY KEPUTUSAN EKOR"
Catat Ulasan