Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 8 April 2010

MARI BERKENALAN DENGAN APCO




APCO ADALAH KERETA KEBAL ISREAL YANG AWAL UNTUK MENCARI RASHIA




KENAPA ISTERI ROSMAH JATUH CINTA DENGAN APCO

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan "strategi komunikasi" dan "membina imej" negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel - Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) - serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO - merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan - termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng - seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang "musuh" dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa 'tokoh' yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk "membeli" beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian - kebanyakannya Muslim - juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.




29 ulasan:

Yong berkata...

Yong TAK HALAL TAK HALAL TAK HALAL duit cukai Yong digunakan untuk tujuan memenuhi poket APCO!!!

Khun Pana aka johanssm berkata...

written by Aduh, April 06, 2010 22:38:59 - MalaysiaToday
Amat dukacita dengan pendedahan pro zionis-israel memain peranan dalam keselamatan negara .

Jika tidak ditangani dengan bijaksana, dikhuatiri perdana menteri juga mungkin dikuasai oleh israel.. Kemuncaknya, negara tercinta mungkin jatuh ke tangan musuh yang sama.

Wahai umNO, Berfikirlah dengan waras. Kesalahan rasuah, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa tetap kami tentang berhabis-habisan . Ia sedikitpun tak boleh kami terima. Namun begitu, kesan daripada kesemua tersebut tidaklah seburuk berbanding dengan sikap mendiamkan diri yang boleh mengakibatkan tergadainya negara kepada pihak musuh.

Kedaulatan negara patut di pertahankan sehingga ke titik darah terakhir . Marilah bersama-sama melaksanakannya dengan menumbangkan beEND yang diterajui umNO.

Kepentingan negara mengatasi segala-galanya !!

* perkasam...hahaha, diam saje...macham termakan felachan basi.

anak berkata...

soalnya masih kah ahli ahli UMNO mahu bersubahat dengan musuh Islam ? ahli ahli UMNO perlu tanya diri dia islam first atau UMNO first. Kalau dia UMNO first dia akan bantu Najib mengekalkan apa saja yang UMNO mahu. ahli ahli UMNO yang rata rata mengaku sebagai Islam perlu rujuk kepada Quran di mana Allah swt Sendiri melafaskan kebencian terhadap orang Yahudi.

Lang berkata...

tt aku nak keluar tajuk sikit... menurut cerita akhir zaman, puak yahudi ni akan dilenyapkan dari muka bumi. orang yang akan laksanakannya ialah pemuda bani hashim pembawa panji-panji hitam, dan menurut alkisahnya lagi pemuda ini datangnya dari timur. hasil kajian beberapa individu kawasan timur itu adalah kawasan nusantara...

kalau berdasarkan cerita tersebut dan situasi penguasaan yahudi di sebelah timur, kemungkinan besar kisah itu menjadi kenyataan, memandangkan yahudi udah bertapak dirantau ini maka pemuda ini akan menghapuskan yahudi dan kuncu-kuncunya di rantau sebelah sini sebelum bertindak menghapuskan yahudi serata dunia... wallahualam

Mat Dangdut berkata...

Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu mengambil orang2 Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin2mu;sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang ZALIM.
AL-MAIDAH-51
WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU HAIRUL MAKIRIN- ALI IMRAN-54

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

aku tidak pernah melepas undi terhadap mereka...
tertapi aku selalu rasa nak melepas bila membaca dan menonton tv dan akhbar mereka...cerit

Tanpa Nama berkata...

ANTI-CHRIST sudah mula bertapak di Malaysia. Diberi laluan oleh pengikut "DAJJAL" laknatullah.

SERIUS bangat ni.....

Lang berkata...

wahai anak...

mereka ni rujuk dan guna pakai al-quran... tapi berpilih-pilihlah, yang datangkan keuntungan bagi mereka guna dan pegang sampai susah nak tanggal... bila yang tak memberi keuntungan atau bertentangan dengan nafsu mereka, ianya tidak dijadikan rujukan. takkan tak kenal lagi... lebih 50 tahun beb ujud dibumi mesia ni...

Oh Me berkata...

hanya Anwar Ibrahim sajalah yang boleh menyelamatkan Malaysia dari cengkaman zionis ini...Kita doakan agar beliau cepat jadi PM. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Sudah terlambat rasanya kita nak membetulkan semua ini. Ahli2 UMNO dan BN tetap akan secara bebal menyokong dan terus menyokong apa yang Bini Rosmoh dan Bik Rosmoh buatkan walaupun sudah hampir kiamat.

Ahli2 mangkuk hayun BN ini sudah sebati dengan hidup berbohong dan tidak mampu kembali kepangkal jalan melainkan patut dihapuskan sahaja dari muka bumi ini. Bukan sekadar diambil-alih kuasa sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi ngan sistem Parlimen di Malaysia ni...
Ni la jadi nya kalau dah lama sangat berkuasa...
Diberikan wakil2 dari org2 yang tah2 apa2...
Yang wakil dari PR lak, memanjang xhadir kat Parlimen, bila ngundi sokongan... asyik2 kalah...
Depa p Parlimen tu bersidang ke berselindung..??

Tanpa Nama berkata...

" SATU UNDI UNTUK BN BERSAMAAN DENGAN SATU PELURU UNTUK RAKYAT PALESTIN"....chis perkasa,pekida,ngo islam....dimana kamu?...kenapa diam aja....

nazrilludin berkata...

Agaknya Wawasan 2020 tu nanti adalah bila Msia dah dikuasai sepenuhnya oleh geng Yahudi ni......nampaknya dah dekat sangat akhir zaman ni.....Marilah kita sama2 bertaubat dan kembali ke jalan benar sebelum terlambat......

Lang berkata...

lihat link ini pasal sejarah kemerdekaan yang tidak pernah kita ketahui.

klik sini

Tanpa Nama berkata...

kan dulu , dulu lagi dah kata....UMNO boleh 'halalkan' segala-segalanya !!... berkerjasama atau menjadi macai Isrealist pon boleh dihalalkan selain daripada kegiatan menipu,mencuri,membunuh,perkosa,dsb..

Sedihnya, sehingga hari ni UMNO masih belum mampu menghalalkan 'Babi' !!

Tanpa Nama berkata...

Woi Madey, tidor lagi ke ???...macai hang (Najib) dah bawa masuk Isrealist ke Malaysia...PDRM pon dibawah control Isrealist...hancurlah tanahair kita ni !!!

Tanpa Nama berkata...

APCO? Mana ada? tengoklah.. tak lama lagi Najib akan bersumpah yang dia tak terlibat... macam kes altantuya dulu..
senang saja...

anti keganasan berkata...

salam..
apa takut malaysia kan ada PERKOSA.setakat APCO ape hal,perkosa lagi power...
tapi apapun kedua2nya sama,AKAN DIGUNAKAN KALAU BN KALAH PRU13 NANTI.untuk kucar kacirkan negara malaysia sebab maha hir takut masuk dan mati dalam penjara.begitu juga ajib dan rosm ah.kalau bn kalah pru13 perkosa jadi hero "13mei" part2.apco ada pengalaman luas dalam hal ini.iraq dan afganistan semuanya atas nasihat apco.malaysia akan jadi camtu lah lepas pru13 nanti..ini plan masa depan..
KATAKAN TIDAK PADA PERKOSA DAN APCO,HAPUSKAN PERKOSA DAN APCO PENGGANAS.
mari sama2 kita jaga keamanan negara kita,ketepikan pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Teringat lah pulak pasal lagu ni...apa yg m.nasir sebut tahun 90'an dulu dah jadi kenyataan..

Anak Anak Kita

"Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu"

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham

Siarkan press release "APCO Worldwide Opens in Malaysia". Terang-terang nama najis ditulis kat situ. click kat bawah for the release:

http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx

cepat-cepat save simpan copy, takut nanti press release ni kena buang dari website apco

MomTom berkata...

bukan apco dah nafikan dia terlibat apa2 kat malaysia?

Sudin berkata...

Lapuran dibuat kepada polis apabila berlaku jenayah atau kezaliman...

Lapuran secara bertulis dikemukakan apabila ada rasuah kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan...

Malangnya,demi mempertahankan kuasa mamak Mahafiraun maka si pelapur yang kedalam....

Apa akan jadi kesudahannya apabila rakyat terus ditekan dan dihimpit....?

Apakah pemimpin melayu barua Umno(B)/Bn sememangnya ingin rakyat bangkit menggunakan undang-undang di tangan sendiri untuk mengatasi masalah kezaliman Umno(B)/Bn maka dengan itu dapat mereka bermaharajalela menggunakan apa sahaja akta yang ada untuk membisukan dan mengikat tangan rakyat yang bangkit menentang mereka ?

Jangan sampai keadaan menjadi parah....ketika itu sudah tidak berguna lagi jalan perundingan dan nasihat.

Kepada najib jangan berdolak-dalik dan cuba menjadi jagooan dengan membisu seribu bahasa dalam isu besar sebegini.Berlagak dan berpura-pura seolah-olah tidak ada kena-mengena dalam soal keselamatan negara demi mempertahankan tengkuk dari diheret kemuka pengadilan. Siapa yang akan rugi nanti ?

Sepukal berkata...

buat la satu carta gambarajah lebih mudah faham

Tanpa Nama berkata...

APCO Worldwide Opens in Malaysia
Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication
Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

“Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors,” said Kraus. “APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion.”

One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

“As Malaysia moves forward, the government wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies,” said Kraus. “Our team in Kuala Lumpur will include seasoned professionals from many countries, including Malaysia, who are on the cutting edge of new media. They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Tanpa Nama berkata...

Paul Stadlen, previously based in APCO’s London office, will serve as managing director of APCO in Malaysia. An award-winning specialist in media relations and international reputation management, Stadlen’s clients include business leaders at blue-chip multinationals from various sectors. Clients have also included government leaders in Europe, the Middle East, Africa and Asia. A former journalist, Stadlen previously worked for the BBC and has written for The Times of London and Prospect magazine.

“This is a time of opportunities for Malaysia,” said Stadlen. “APCO is delighted to share media expertise and strategic communication services with the Malaysian government and other clients in Malaysia. We are excited about Malaysia’s future and our ability to participate in it.”

About APCO Worldwide
Founded in 1984, APCO Worldwide is an award-winning, independently owned global communication consultancy with offices in major cities throughout the Americas, Europe, the Middle East, Africa and Asia. Headquartered in Washington, D.C., APCO clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organizations; and seven of the top 10 companies on Fortune’s Global 500. APCO offers services related to business and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. The firm is a majority women-owned business. For more information, please visit www.apcoworldwide.com.

Tanpa Nama berkata...

http://www.malaysiakini.com/columns/128387

Abang TT, Saya respek giler la tulisan kat link tersebut. Rupanya inilah yang saya cari dan ianya dikupas dengan baik oleh Abang TT.

Tulisan Abang TT amat unik. Tak ada orang dalam Malaysia mampu menulis-merungkai-mencerahotakkan pembacanya.

em berkata...

Bro,

Inilah ilmu paling berguna yang dipelajari bijan drp si TIDUR. Diam membisu seribu bahasa. Lantak korang menyalak disekeliling. Cuma dia belum kata jgn CABAR saya.

em berkata...

PPIM, GPMS, dan kena perkosa ke? senyap aje. Kalu PR buat silap sikit.. kemain lagi korang, tergadai itu le tercabul ini. Hak melayu, ketuan melayu le, Mana Prf@ @ Prof Madya Kangkung sume. Apa analisi korang? buat kertas keja, seminar. Mana PUSAT KAJIAN, apa lagi kaji le. Mana UTUSAN Meloya, Berita HAIRAN... semua macam gampang

MomTom berkata...

Mengambil drpd perenggan kedua artikel drpd laman web APCO, "APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade",

ACPO ialah syarikat multinasional yang mempunyai kepakaran dlm meningkatkan kemahiran komunikasi Malaysia menggunakan teknologi media baru.

Jadi, dasar sensitif apakah yang APCO tolong kerajaan gubal?

kamua semua macam marah bila kerajaan Najib guna syarikat yg mempunyai hubung kait dengan Zionis. Tapi, bagaimana dengan Anwar Ibrahim sendiri? Adakah dia 100% bersih? Apa hubungan dia ngan Paul Wolfowitz dan makwenya tu?

Cuba kamu semua fikir. Mcm mana Anwar berkempen? Dia guna duit drpd mana? Dia kerja apa?

Ini bukan nak sebelahi Najib. Saya pun lepas baca ni mcm x setuju jugak. Walaupun syarikat ini adalah syarikat multinasional, tp bila dah ada kena mengena ngan Israel, elok dijauhi.

Saya juga nak tnya semua, adakah kamu juga menjauhi produk Israel? Facebook, Coca Cola, McDonalds, Hollywood (sekadar beberapa)?

Lagi satu, cara teguran kamu sangat mengarut (ditujukan kepada pengomen. ulasan penulis artikel mcm best). adakah kamu mahu menyamakan diri kamu dengan budak yg x pernah belajar kat sekolah dan mak bapak dia x pernah ajar adab?

jadilah manusia yang bertamadun. biarlah orang lain tidak bertamadun, tetapi kita bertamadun.