Khamis, 8 April 2010

SEMAKIN SUSPEN



APA SALAH NYA KALAU DI SIASAT SEKALI LAGI ?







HARIIS : ADA NIAT JAHAT SIASAT NAHAS UDARA 1976
- malaysiakini

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh (bawah, kiri) mempertikaikan keperluan membangkitkan semula penyiasatan nahas udara 6 Jun 1976 yang meragut nyawa ketua menteri ketika itu, Donald Mohd Fuad Stephens dan beberapa pemimpin yang lain.

Nahas itu menyebabkan majlis pemeteraian perjanjian berhubung hasil minyak kerajaan negeri Sabah dan Petronas yang dijadualkan di Labuan itu tergendala. Ia kemudiannya ditunda dan dimeterai di Kota Kinabalu.

Pemimpin PKR Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan dan presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee baru-baru ini menuntut siasatan diadakan semula.

Harris melabelkan tuntutan supaya siasatan baru diadakan sebagai “berniat jahat dan bertujuan memalu dan memfitnahkanya secara peribadi.

Jumaat lalu, bekas pengerusi Petronas dan juga bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pada satu majlisnya di Kota Kinabalu menimbulkan semula insiden nahas udara itu.

Razaleigh dilaporkan berkata beliau juga berada di pesawat yang membawa Stephen tetapi diarahkan keluar oleh Harris (yang ketika itu adalah Ketua Menteri) sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas.

Menurut Harris, apa yang didakwa itu sebenarnya tidak benar.

Katanya, dua pesawat Nomad dijadualkan berlepas dari Labuan pada waktu yang hampir sama. Sebuah pesawat dijadualkan ke Kudat manakala sebuah lagi ke Kota Kinabalu.

“Penumpang bagi pesawat ke Labuan termasuk Abdul Rahman Yaacob, Razaleigh, diri saya dan beberapa yang lain,” kata Harris dalam satu kenyataan.

Harris bersumpah bahawa Razaleigh tidak dijadualkan terbang bersama Stephens ke Kota Kinabalu tetapi sebaliknya menuju ke Kudat dahulu sebelum ke Pulau Banggi

“Tujuan lawatan adalah supaya Razaleigh menyaksikan sendiri projek ternakan lembu yang pertama di Sabah,” katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang Razaleigh diarah keluar dari pesawat malang itu pada saat terakhir adalah satu kesilapan.


JENG JENG JENG

jeng jeng jeng…. SUSPEN…. HANTU NAK KELUAR….kah kah kah…

jeng jeng jeng….NIAT JAHAT SIAPA?....kah kah kah..

kah kah kah ...APA NIAT JAHAT ITU ?.... kah kah kah..

woit... BUKA JANGAN TAK BUKA.... kah ah kah..

woit... KOREK JANGAN TAK KOREK.... kah kah kah




16 ulasan:

Miang Buloh berkata...

Fuad stephen mati tahun 1976. Haris saleh hidup lagi. Ku Li pun cergas lagi. Siasat la bagi terang. Rakyat nak tau ni!

Tanpa Nama berkata...

harris saleh is an evil man!
harris saleh want to steal your land!
harris saleh is an evil man!

punk rock 101
north borneo

Tanpa Nama berkata...

siasatan hanya boleh dijalankan jikalau PR jadi kerajaan persekutuan.....tauseh nak harap UMNO/BN kerana merekalah yg buat kerja hantu tu !!



borneo head-hunter

Unknown berkata...

kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Ramalan teori R.A.H.M.A.N makin dekat dan makin tercapai ......Najib PM terakhir dari UMNO!

Najib dengan scandal kapal 'tak' selam, pembunuhan Altantuya, dan baru2 ni dengan APCO Israeli berleluasa di Putrajaya dan PDRM..

Habislah Najib dan UMNO kali ni !!

manan berkata...

lorrr...
siasat je laa...
en. haris salleh tak buat salah pape kann...
jadi tak payah risaulaa kalau dorg nak siasat pun...:-)

Tanpa Nama berkata...

pentadbiran harris salleh jual IC kepada orang Pakistan kat Sabah dengan syarat undi BN. X percaya??? cuba suruh orang Pakistan jual karpet yang ada IC biru nyanyilagu "Negaraku"....IC dijual RM300-500.
Tuan TT, eden pernah jumpa orang Pakistan yang bernama "Saing bin Sambo" tengok rupa memang pakistan 100% tapi nama macam orang Bajau atau Iranun

mat tam berkata...

tak tau la bila PR nak jadi kerajaan persekutuan....agaknya 50 tahun lg pun mcmni juga..mampus keras la jwbnya. Harapkan org mcm Tukar Tiub bertanding pilihanraya pun tak berani juga...cakap je lebih...batu jemala takde juga...tak tau apalah nak jadi dgn M'sia..
Yg pandai ada tapi penakut...
Yg berani ada tapi bodoh...
bangun tak mau tapi melawan..
melawan bagai nak gila..tapi sawan!

Tanpa Nama berkata...

Kita sokong TT tanding kat Hulu Selangor. Pasti out MIC tu. Ada berani ka TT?

Tanpa Nama berkata...

mat tam,
at least bro TT does his part utk sedarkan orang melayu khususnya and malaysians amnya (sorry for the bilingual "rojak" sentence)...hang tu buat apa?goncang konek tengok bik mama?poodah chiitttt!!!

PAS PIS PUS g mampus ler... berkata...

Yg pandai ada tapi penakut...
Yg berani ada tapi bodoh...
bangun tak mau tapi melawan..
melawan bagai nak gila..tapi sawan!

agak2nya mat tam golongan yang mana satu...heee

Tanpa Nama berkata...

allo bhai mat tam...

kalau yang salah, dibetulkan jangan didiamkan... xkan benda tu pun tak boleh...

apa punya mentaliti ni... come on bro...

celikan minda tu... jangan biarkan diselubungi perasaan hasad dengki...

kenapa penyokong2 PR boleh menegur dan menghentam wakil2 MP, sedangkan penyokong2 BN tidak berani dan takut menegur wakil2 MP mereka...di mana silapnya??

renung2kan... yang salah tetap salah, yang betul, diperbaiki lagi...

Tanpa Nama berkata...

mat tam, cuba la hang sendiri gi amik calon. kami kolek duit untuk bayar sumer wang judi pertaruhan pilihanraya. amacam? ada ramai ka mau sokong mat tam kat TT ni?

itu hak masing2, nak bertanding atau tidak, terpulanglah kepada individu tersebut. kalau dia menang pun, dia tak boleh buat apa2 punyer... ko tengok blogger penang bertanding, apa dia boleh buat? nanti tukar tiub sudah jarang masuk blog lagi...kita gak tak leh layan TT.

Tanpa Nama berkata...

wujud lg rupanya manusia berpemikiran sempit dizaman millenium ni..berjuang hanya dipentas politik PRU,kalo x join PRU maknanya pengecut..ni namanya melayu bingai..wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

apa rasional letak Burung GAGGGAKK kat HUlu Sel tu??? PR smarttt!!! mesti letak calon Mim..dan kalu menang jugk Gagak Itam ...melayu mmg banggangggg...bukan meelayu ulu sel bangang ...PM melayu yg paling banggang...ko nk dengar nyanyian GAggak dlm parlimen ape dpt?? belit2..
Bila GAGAAGGGAKK tewas lepas ni ko jgn bagi muka sama depa gi ...pi bagi tau depa masa depan politik hampa xde gi...tukar pemimpinnn...bangganggg...Yang si Sami tu pi cari Kueel...duduk diam2 ...ingat!!! 1 msia x suke sama lu ...muka x tau malu ke...macam ni punye org mau jadi leader ..pooodahhhh..

Tanpa Nama berkata...

aaiii!!!
belum apa2 lagi dah bersumpah?
aku tak sedap hati betul le...