Khamis, 2 Disember 2010

SEKALI LAGI KETUANAN RAKYAT !




KETUANAN DAN KEHAMBAAN



nota:
kalau ada tuan mesti ada hamba
kalau melayu jadi tuan
kenapa yeoh tiong lay dapat sentul?

kalau melayu jadi tuan
kenapa tanah tudm teak jho low yang dapat?

kalau melayu jadi tuan
kenapa lim goh tong dapat bukit kah kah kah


INI DIA KETUANAN MELAYU




nota:

tulisan ini telah disiarkan
dalam akhabr suara keadilan
pada 1hb nov 2008 - mari kita
lihat sekali lagi.



MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU

Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah juga ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Kertuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India ,Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaan dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.(TT)

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

en tukar tiub,

ini saja nak bagi tahu, boleh masuk list. (mcm kpg berembang,area sentul dll)

kalau kita naik lrt dari kl, bila sampai ke stesen maluri sehingga sebelum pandan jaya, di sebelah kiri akan nampak satu lagi kawasan peneroka asal kl yg ranap menyembah bumi. pasti akan naik bangunan tak lama lagi.

aku baru perasan, mungkin dah lama ni...

en frr.

Cruzeiro berkata...

Very nicely put, Sham.
But you forgot to mention anything about the latest UMNO spin on it.

Now they say,
"Ketuanan Melayu"= "Raja Berperlembagaan"

You have to write something on this to rebut this latest spin ....

Thalhah berkata...

gegendang perang sudah dibunyikan oleh TT!
Bersedia pendengar TT!
Kita mudik ke hulu kebenaran!

cicit ngah layor berkata...

Ketuanan Melayu ni sebenornyer hanyer pader slogan jer..Aper yg nak dibanggerkan sangat.Kiter bukak mater kiter luaih2,tengok dalam pekan2 atau bandarayer.kiter akan nampak ghamai peniaga Melayu berniager.Tapi aper jenih perniagaan demer selain dr pasar malam,kedai kopi dan yg elok sikit ialah mini market.Itu sajer.Baghang2 yg diniagakan tu semuernyer didapatkan dr pembekai2 berkerurunan Ciner.Kalau pembekai kater haghi ni tak ader baghang,peniager pon tak dapat nak berniager sbb tak ader yg ndak diniagerkan.Ini satu contoh mudah yg kiter tengok tiap2 haghi.Ater,dimaner ketuanan Melayu nyer kalau org Melayu masih duduk dibawah sampai lebih dr 50 tahun.Bulih ker kiter katerkan dah nasib org Melayu? Atau sbb dier org Melayu,yg walau pon dier pemintak sedekah,dier masih lagi jadi tuan.Teman mintak ler pader org yg bijak pandai....kalau nak megubah sesuatu jangan ler dengan molot jer,ubah ler dengat hati dan perbuatan.

surhy berkata...

tabik ketuanan rakyat.. boleh blah la ketuanan melayu.. kita bakul sampahkan ketuanan melayu umngok dalam bakul sampah sejrah..

Tanpa Nama berkata...

TT, secara teorinya ketuanan rakyat yang cuba dilaungkan memang nampak menarik. Tetapi realitinya tidak mungkin tercapai dgn sistem pendidikan yang ada. Dari umur 5-6 tahun kita telah dipisahkan oleh bangsa didalam pendidikan. Melayu akan hantar anak2 kecil ke tadika dan sekolah melayu, masyarakat cina akan hantar anak2 mereka ketadika dan sekolah cina, begitu juga dgn tamil. Selepas sekolah rendah kemudian sekolah menengah, kemudian sehingga ke universiti. Didalam setiap aliran pendidikan ini semua bangsa telah ditarbiah mengikut pandangan bangsa sendiri. Maka hasilnya ialah keMelayuan, KeCinaan dan jugak keTamilan. Jadi apabila mereka mula bekerja mereka semua ini tidak akan dapat memberikan kesaksamaan antara kaum di tempat bekerja. Soalnya adakah mereka sanggup menutup sekolah2 aliran mereka dan menghantar anak2 mereka ke sekolah satu aliran utk mendekatkan jurang perbezaan kaum????. Selagi ini tidak berlaku ketuanan rakyat juga tidak akan berlaku. Akan TETAP berlaku banyak kepincangan didalam pentadbiran dan kesaksamaan antara kaum didalam pekerjaaan dan peluang2 yang ada. Setiap bangsa akan cuba memberikan kelebihan kepada bangsa masing2 kerana itu fitrah manusia.

dukun berkata...

demam la tanpa nama ni...ramai jer malyu hantar sjkc tak kafir pun?

ramai jer melayu makan chee chow fun?

ramai jer cina makan rendang ketupat?

ramai jer melayu kerja ngan cina?

ramai jer cina kerja ngan melayu?

pa bende la..ni 8malaysia apa ada hal?

yg org marah melayu tipu cina..tipu melayu tak pe..sbb melayu mmg suka kena tipoooooo(lampberger,uptrend,bulohMas)muakakakakakakaka

mesti tak tau maksud hegemoni,rela,suka,happy,gumbira ditipu..baca la Barnet Cain

Tanpa Nama berkata...

Sham, sekian kalinya engkau tetap prejudis (buruk sangka) terhadap Islam walhal apa yang cuba engkau perkatakan dalam artikel ini sangat tidak perlu buat engkau menonjolkan sikap jumud engkau itu.

Dan engkau acap menyebut engkau bukan anti Islam.

Jadi kot mana engkau bariskan Islam (ad-deen/agama) dengan Melayu, Cina, India, Kadazan (bangsa/puak dll)??? dalam hampir semua ayat dalam posting engkau ini??? Belum kira posting lain.

Engkau kan cerita pasal Ketuanan Melayu yakni berasaskan bangsa - engkau gesa diganti dengan Ketuanan Rakyat (tanpa kira bangsa; tak kira agama jugak) kan??

Engkau kata ikut meritokrasi macam Singapura kan?

Dalam waktu sama engkau kata sejarah amat penting diambilkira kan?

Lebih dari itu engkau kata paling penting ialah keadilan - tak kira Melayu, Cina, India ..., alih-alih Islam engkau masuk ..., kenapa engkau tinggalkan Buddha, Hindu, Kristian???

Engkau ada agenda jahat terhadap Islam. Tak salahkan tafsiran ini?

Aku ceramah sikit guna bahasa yang engkau boleh reti.

Islam ialah panduan lengkap dari Sang Pencipta kepada manusia ciptaanNYA supaya melaksana tugas yang diamanahkan kepada manusia itu dengan sebaik-baiknya.

Ustaz selalu banding dengan manual kereta. Islam = manual; kereta = manusia.

Yang acap kantoi ialah kereta = manusia, jadi apa pasal yang engkau suka sangat salahkan manual = Islam???

Engkau suka kata orang lain banggap; Engkau, Hishamuddin Rais ialah Raja Banggap Nombor Wahid.

Engkau imej diri sebagai mamat yang lawan arus konon. Tapi arus engkau untuk mamat2 & minah2 yang hip & hop konon i.e. Bangsar; ala-ala celebrity gitu; ala-ala CHE gitu.

Aku tahu game engkau, Sham.

Tapi engkau lupa semua manusia ada naluri & fitrah diri.

Orang yang yakin & megah sebagai bangsa Melayu (mengikut takrif yang paling umum sekali pun) (dan ini termasuk engkau Hishamuddin Rais) bukan semua bodoh dan selamanya boleh ditipu.

Bende inilah yang engkau, majoriti Cina & India di negara kita ini yang tak mahu terima, bukan tak reti.

They stretched their luck as far as they could.

Bila "Melayu" bertindak balas - tak ada orang yang untung terutama golongan rakyat majoriti.

Dan dalam kemelut ini engkau asyik promosi betapa Islam + Melayu adalah antara punca utamanya - walhal Islam + Melayu adalah PENAWAR & PENYELESAIANNYA jika kita mahu mengambil ikhtibar.

Tolong guna otak, Bro!

Bigfish berkata...

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” -TG Nik Aziz

Nilah yang UMNO-BN takutkan, takut tembelang pecah di mata rakyat Malaysia yang selama 53 tahun dok menipu je kejenya.

Tanpa Nama berkata...

Tawar hati kalau suara tu dari mulut BUAYA !

Cakap macam alim, tapi tunggu nak ngap.

Dah cukuplah tu 50 tahun !

Tanpa Nama berkata...

tu hari masa belum merdeka apasal kau panggil mat saleh TUAN, tak suruh pulak mat saleh tu panggil orang melayu tuan, eeehhh alih-alih dah merdeka kau suruh orang panggil melayu TUAN, ni lah UMNO dia rasa Tuan Mat Salleh tu bagi Merdeka kat dia sama macam ganti dia jadi Tuan..lepas tu mula kerek nampak orang melayu lain semua low class, dia campur cukong2 macam tuan mat saleh dia dulu juga...cakap pun mula pakai slang...precint la, heights la nak beri perbezaan dengan lorong, anak bukit dll, masuk hutan cari hasil salah, dia masuk hutan cari balak bagi kat cukong cina halal, ni lah buat orang melayu berontak dulu tapi sekarang sebab kena jaga melayu..kalau maju orang kita juga...jangan dengki, tak baik, tuhan tidak suka kita dengaki-mendengki, betul juga kita sesama Islammm...tanah pula kena ambil. nak bangunkan mercu tanda sebagai simbol kekuatan melayu...berkorban tak pe dapat rumah merpati..kena bayar juga...ye lah bayar sikit je kata tuan dapat rumah kalau tidak takde rumah, tanah tu tak cukup nak tampung kos rumah flat tu....bla..bla..HIDUP MELAYU! Luncai pun kali ini terjun dengan labu2 diiringi tepuk sorak dari Bnagunan Mercu Tanda Melayu PWTC. Wallahualambisawab.

Tanpa Nama berkata...

bodoh gile "ketuanan" tu ditafsirkan sbg tuan vs hamba..agak2 la wei..

jgn la bodoh sgt..

konsep ketuanan tu spt tuan rumah ngan tetamu..hak tuan rumah kena la respect, tetapi jgn perhambatkan tetamu dirumah kita..

itu yg dikatakan konsep raja berpelmbagaan..ko nak buat apepun mcm rumah sendiri boleh, tp jangan la sampai nak merampas harta tuan rumah..

kepala anwar bertaik sama cam korg buduh2 blaka...patut la org bodoh tak layak memimpin.

nuar juburi

Tanpa Nama berkata...

@2010 Disember 2 12:38

kami sanggup menutup sekaolah aliran jika kami dilayan dgn baik dan tidak dihina, sy sendiri menyokong sekolah kebangsaan.

dan kami memang kecil hati apabila pembesar2 melayu umno selalu menngungkit ungkit hak kewarganegaraan..dan berteriak pendatang, pendatang, pendatang,

sy tidak pasti sama ada itu adalah ajaran Islam atau hanya fahaman melayu UMNO,

rasuah, dan dosa juga lumrah dan fitrah manusia, itu bukan alasan untuk kita membenarkan perkara2 yg buruk!

- Adriana

Tanpa Nama berkata...

nama pun konsep. Rujuklah makna konsep.

Jika kita (orang Melayu) memilih untuk memberi makna yang mendokong, melindungi, memelihara, menghormati dll kedudukan kita SECARA ADIL & WARAS DI NEGARA MALAYSIA INI - dan kerana itu kita diserang segenap penjuru termasuk oleh orang Melayu sendiri - apa lagi yang boleh kita buat?

UMNO/BN tak payah cerita. Tutup kes.

Tapi PR pun 2 X 5.

Bila Hassan Ali cakap stop jual arak di kawasan perumahan majoriti Melayu selepas jam 10.00 malam (baca 7-11) - DAP bagai gila serang kata-kata Hassan Ali itu memutar balik jam 100 tahun ke belakang???

Melayu liberal macam Tukar Tiub jahit mulut pakai tali guni.

Asal Tanah Melayu ni 100%. Setiap kali kita beralah - asal kita itu yang semakin susut - bukan orang lain.

Dulu di Tanah Melayu memang ada babi. Tapi babi hutan. Depa mai kata kena bela belakang rumah sebab nak makan. Nak tangkap kat hutan susah.

La ni ada lebih 1 juta babi. Tak payah cerita kesannya. Brapa ekor sehari depa lantak sorang2?

La ni alasan depa untuk eksport.

Kita cakap pertahan Bahasa Melayu sikit - kita ekstremis.
Kita cakap pertahan Islam sikit - lagi teruk - kita terroris berani mati.

Cicak - kalau kita kepung sampai dinding & tak dak tempat lagi nak kelok - akhirnya dia terkam orang yang kepung dia.

Kita saja nak kena faham depa. Depa mampui pi tak angkat pot.

Tanpa Nama berkata...

org melayu telah lama diperkudakan oleh pemimpin umno untuk mendapat habuan dunia yg boleh diwarisi 7 keturunan..pemimpin ;ama umno adalah pengkhianat org melayu..setelah berpuluh tahun..kita dapat tengok apa yg ada pada melayu sekarang...betulkah Tun Razak wira org melayu..jika terdapat anak beliau mempunyai isteri org cina,adakah Tun Abdullah badawi pemimpin melayu..jika isteri beliau bukan org melayu...sepatutnya pemimpin melayu akan lebih melayu daripada rakyat biasa yg berbangsa melayu...

lsuhairi berkata...

Orang luar tidak tahu keperibadian sebenarnya wanita yang tidak dipersetujui untuk menerajui PKNS itu. Disebabkan beliau dan pengurus besar ketika itu tidak jujur dan menyalah gunaan kuasa bersama menteri besar (pengerusi PKNS) ketika itu, maka hancur PKNS sekarang. Habis 'prime land' PKNS sama ada dijual atau kononnya diprivatised, bangunan milik PKNS termasuk Bangunan Ibu Pejabatnya dijual. Sekarang kakitangan PKNS terpaksa menyewa ruang pejabat untuk beroperasi. Itulah sebabnya kakitangan PKNS tidak menerima beliau untuk menerajui PKNS. Bukan kerana dia Cina ataupun gendernya. Tetapi apabila ada lapuran penyalah gunaan kuasa oleh pengerusi, pengurus besar dan wanita tersebut, pehak berwajib menafikannya. Sekarang apa jadi dengan PKNS? Jatuhnya kerajaan BN Selangor kerana siapa? Jika budaya penafian ini berterusan, jangan menyesal, Putra Jaya juga akan menerima nasib yang sama.