Khamis, 2 Disember 2010

MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI




JANGAN JADI KULI BATAK




nota:
penjajah british bawa masuk buruh india
untuk jadi kuli batak dalam ladang getah

gerombolan tangakap orang melayu yang tak ada tanah
jadikan kuli batak di felda

ada beza kah kah kah !



PENEROKA FELDA JANGAN BIAR DIRI DIPERGUNA - melayau

Muhyiddin Yassin mengingatkan seluruh peneroka Felda supaya jangan membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik sempit.

Dia berkata, para peneroka sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka, bukannya terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan liar pihak berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan segelintir peneroka menyaman Felda sebagai 'menang jadi arang, kalah jadi abu', beliau berkata, peneroka yang membenarkan diri dipergunakan hanya merosak nama baik mereka sendiri.

Pada masa yang sama, beliau turut menggelarkan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempengaruhi peneroka Felda sebagai "tidak beretika" kerana mahu mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak-pihak tertentu yang berniat untuk mengambil kesempatan ke atas peneroka. Golongan ini mengambil kesempatan dengan dua tujuan iaitu kepentingan politik dan perniagaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SIAPA GUNAKAN SIAPA?.... kah kah kah..

woit… PENEROKA DIJADIKAN KULI BATAK… TAK AMBIL KIRA…. kah kah kah..

woit…PENEROKA TAK DAPAT GERAN TANAH… TAK BERANI SEBUT…. kah kah kah..

kah kah kah… PENEROKA KENA TIPU…. MINYAK GRADE A … TAPI NILAI GRADE C… kah kah kah

nota:
sekali pandang kita akan melihat bahawa
peneroka felda kelihatan indah dan permai
dibawah rimbunan hijau pohon sawit ini adalah’
tangisan yang berpanjangan.
-
- peneroka sengaja di belit dengan hutang agar mereka tidak bebas
- peneroka tidak tahu berapa hutang mereka
- peneroka dipaksa membeli baja kroni felda – baja ini telah dicampur pasir
- harga minyak peneroka direndah kan gradenya
- gaji para kroni berganda ganda dari pendapatan peneroka
- peneroka belum diberikan geran

ANAK ialah organisasi anak anak peneroka
ANAK tidak mahu djadikan kuli para cukong dan towkay
ANAK akan bangun melawan !


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari dulu lagi yag kena tanggungjawab atas peneroka jangan ambil mudah bila nak tanam semula. bila dah masuk koperat macam 2 dia caj.. dah tentu makan tahun nak bayar..senang cerita JANGAN SERAH TANAH ANDA(PENEROKA)KEPADA FELDAH...

kedai kopi lorong berkata...

Isham, saya setuju.

cuba check tgk mardec, sama jugak. sama pembohong besar. sama penyangak, paksa penoreh jual getah, yang dibeli dgn harga murah, benda ni dah berlaku selama lebih 20 tahun dan masih lagi berlaku.

melayu takkan ilang di dunia? porah cit! melayu akan tinggal seluaq dalam dan keja sapu sampah dan angkat taik aja nanti silap2, selagi melayu taknak memajukan diri dgn menambahkan ilmu & pengetahuan dan banyakkan membaca supaya orang tak boleh menipu. Selagi tula akan ketinggalan. Selagi nak kontrek masuk tapi kerjanya taknak buat sendiri, nak duit atas angin aja—haaaaaa ni la jawabnya. Kena penipu dgn laknat2 ni.