Rabu, 20 April 2011

SELAMAT TINGGAL PARIS



PEGUAM RAKYAT MALAYSIA




SKANDAL SCORPENE : SUARAM LANTIK HAKIM BEBAS DI PERANCHIS

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.

Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.


NOTA:
najib dan razak baginda
yang terlibat dalam pembelian
kapal selam ini akan dipanggil

sudah pasti waran international
akan digunakan untuk membawa
dua ekor malaon ini ke paris

nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

bik mama tak sempat
nak bershopping
kah kah kah


HANTU DATANG LAGI


SIAPA PEGUAM ITU?

William Bourdon
MAY 19, 2009
Lawyer, Human Rights specialist


William Bourdon was born in 1956. He is a French lawyer. He is specialized in the defence of human rights and of victims of crimes against humanity.

He was the General Secretary of the International Federation for Human Rights (1995-2000).

In 2000, he wrote the essay “The International Criminal court - the Statute of Rome” (Seuil).

In 2001, he created the 'Sherpa' a not-for-profit organisation which focuses on improving the legal tools that create a legal framework for the social responsibility of corporations.

In 2006, he appeared in his own role as a lawyer for African plaintiffs in the film 'Bamako' by Abderrahmane Sissako.

He has been very active in initiating legal procedures in France against former Serbian or Rwandan leaders suspected of crimes against humanity and crimes of war. He is the lawyer of Franco-Chilean families who were victims of the former dictator Augusto Pinochet. He also defends several French prisoners detained in Guantanamo.


8 ulasan:

faezal berkata...

kalau najib kena tangkap, mesti ramai orang mesia marah. musti kuar propaganda org asing nak campur tangan, org asing tak hormat pm mesia, bla bla bla.. nanti najib makin glamer, org makin sokong dia... makin susah ler kita nak menangg.. huhuhu

alfaberlian berkata...

harap harap mahkamah di Peranchis tu tak ada Kangroo. Kalau tak mampos nak kena usong kapal selam jadi bahan bikti. kah kah kah kah kiok !

cicit ngah layor berkata...

Pemimpin Perancis makan babi,minum todi tapi bagi komisyen pon kire salah.Disini,U hep mi,I hep U tak salah,tambah tepok tangan lagi ghamai2.Tengok ler tak lamer lagi ader ler org yg telan telor setengah masak pon tak masok keghongkong.

Tanpa Nama berkata...

habis laaa
sapa suruh bagi rasuah...
kan dah kecut teloo

Tanpa Nama berkata...

Ingat lah pak menteri2 cisi lih coverup. Tempat2 lain pak menteri ke, mamak menteri ke un-coverup. Tak apo Azak Baginda dah apply diplomatic immunity.. hahahha

Tanpa Nama berkata...

AHHAHA Nanti Paris keluar waran tangkap kalo tak hadir court case di Paris. LEPAS tu NAJIB TAK BOLIH BUAT CERAMAH KAT LUAR NEGERI, LLAA.

Tanpa Nama berkata...

Najib kasi Patail settle Paris court case. Tapi masalah Patail tak tahu cakap bahasa Peranchis.Sudah mcm nak settle? Kat sini ok la. hahah ayob ayob berayub la kau.

Tanpa Nama berkata...

Tak apa tak tahu bahasa peranchis, susuk pandai sign language mcm BM Pahang..