Rabu, 27 Julai 2011

PAKATAN RAKYAT TOLAK BIOMETRIK




BIOMETRIK AKAN TIPU










KENYATAAN MEDIA
22 Julai 2011



SISTEM BIOMETRIK: TERLALU MAHAL, TIADA MEKANISME TIMBANG TARA, TERLALU LAMA UNTUK DILAKSANAKAN

Mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

Dikeluarakan bagi pihak seketeriat Pakatan Rakyat
Wakil-wakil parti:

YB Hatta Ramli
Ketua Pengarah pilihanraya
Parti Islam SeMalaysia

YB Liew Chin Tong
Setiausaha Antarabanga
Parti Tindakan Demokratik

Saudara Rafizi Ramli
Pengarah Strategi
Parti Keadilan Rakyat

27 Julai 2011

2 ulasan:

FileHippo berkata...

Projek 'pemutihan' yang dilakukan oleh imigresen untuk warga asing adalah menipu semata2.

Kenapa sekarang baru pihak imigresen beria-ria sangat nak buat projek 'pemutihan' dengan menggunakan kaedah biometrik?

Penggunaan biometrik untuk warga asing adalah untuk mengambil data-data tersebut dan dipindahkan ke dalam data-data spr.

Data-data warga asing yang sudah ada dalam data spr akan digunakan oleh pihak ketiga (pihak lain) untuk mengundi.

Untok pengetahuan semua, undi pos di setiap DUN dan parlimen telah bertambah berkali ganda untok memenangkan gerombolan.

Selagi undi pos ada, pakatan tidak akan menang majoriti untok menguasai negara ini.

Undi pos harus dihapuskan.

Kad pengenalan/ic/mykad telah diberikan kepada beribu2 warga asing di negara ini supaya mereka dapat mengundi pada pilihan raya hujung tahun ini.

Ya, pilihan raya umum hujung tahun ini november 2011.

Dari sumber dalaman spr, kaedah biometrik akan gunakan tidak lama lagi.

Semua tuntutan Bersih tidak akan dilayan...


www.filehippo.com

Tanpa Nama berkata...

u are the buggers who enjoyed your intelligence be insulted. is that the way you respond to great deceivers? militancy is the correct word but that doesn't mean you're supposed to bring guns and fiat all the way to the house. but simply go drastic with extra impact on previous bersih. we doubt u all bother to visit this blog and listen to tt for he still believes in taking to the street. kalau sudah jadi kerajaan macamana nak buat keputusan utk berperang ni. the art of war bukan saja setakat gigi dan lidah. just go on, don't stop where u'd begun. hemah-hemah ni tak main la geng. gue dengar ceramah pas pun dah muak la. lauding god is great...setakat tu je. pas tu cabut serban, baham petai sepapan, pekena kopi janda, berdengkor. buat la bulan posa ni, hibernate terus! tell ya, satan won't rest a minute to bungle on you!!!!