Isnin, 15 Ogos 2011
MENCARI RINGGIT KE SYURGA
INI HANYA HIASAN
MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - meloya
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.
NOTA:
kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang
maka
akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang
seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri
tetapi
dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi
mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah
berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain
kita telah lali
kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia
berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci
politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi
yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad
dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta
inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
33 ulasan:
setuju sangat dengan pandangan tt. memang kita semua sibuk mencari pahala dan sibuk mengumpul harta.
sampaikan kita terlupa keadaan sekeliling,terutamanya tentang nilai kemanusiaan semakin terhapus...
tuan tt
setuju dan inilah realiti hari ini. makin ramai agamawan , kadiwan, naib kadiwan,muftiwan,naib muftiwan,ceramahan,ustazwan,ustazahwan, maka makin haru biru dunia kita. apa nak jadi tuan tt,rupanya malapetaka 31 ogos ini amat dahsyatb sampai ke tulang sum-sum.10 generasi akan datang pun akan pulih dek malapetaka gerombolan.
ccmm
Sungguh saya bersetuju.. kita sudah tk sensitif... sedih bro
yo tt..apa pendapat ko kalau aku kata..
budaya ,melayu ni kan...
umat Islam melayu lebih takut dengan mufti daripada Allah...
renung2kan..
hakhakhak...
sesiapa yg munafik dialah yg tahu dalam hatinya. jgn perdayakan diri
bravo tt..
satu lagi ulasan yg dapat mencelikkan mata orang ramai dari terus dibuai mimpi syahdu..
ketua agama islam wilayah, daerah atau di mana sahaja,
apa tindakan kamu? bangkitlah
jangan hanya gah pada pangkat dan kemuliaan
bangunlah, pimpinlah dan jadilah hamba Allah yang berani dalam memperjuangkan kebenaran dan menjaga keharmonian umat Islam
atau, buangkan sahaja pangkat itu dan terus bergembira di padang golf...
pertama kali aku menangis membaca tulisan TT ...
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=17616:electoral-fraud-should-malaysians-trust-the-ec-and-najib?&Itemid=2
"...............Even another Bersih 3.0 will not make them change their minds..........blah...blah....blah..."
Bersih 3.0 ?
WHY NOT ?!
So "Bersih 3.0" should carry out as soon as possible
People's power
"kita terlalu sibuk menyediakan tempat di syurga, sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia"
pak isham
indah sungguh susunan kata-kata ni
kita sibuk azan laun ke tak laung, kuat ke tak kuat, pakai mic ke tak pakai, buka perlahan-lahan, jangan kuat-kuat, kerana konon pertahan Islam, mau bakar sana sini, tup..tup..buka pintu surau, buka pintu masjid, ada bayi dibuang, ditinggal di..di...di...lagi dan lagi
Jangan terus percaya. Tulisan ini mempunyai 2 maksud. Satu memang nak hentam gerombolan. Satu lagi nak attack golongaan yang cenderung pada agama tetapi tulisan dilapik dengan sponge.
TT memang tak ngam dengan golongan agama bukan perkara baru. Tapi semenjak dari zaman u lagi. pemikirannya banyak dirasuk dengan fahaman sosialis kominis.
Dinegara ini beliau setakat menulis sahaja tetapi tak mampu nak bawak fahamannya ketengah masyarakat.
ini semua hasil dari pemerintahan babi BN/UMNO.
inilah engineering pariah mahathir tu. dah lapan puluhan masih tegak berdiri. kan bagus kalau dia mampus!
You are right TT., you have open my mind..keep on writing, we need people like you around
Sebenarnya agama Islam yang kita warisi bukan diterima melalui kajian. Apabila Parameswara diklentong baik oleh pedagang Arab menjadi Islam rakyatnya semua secara en mass menjadi Islam. Islamnya lebih menekan aspek ritual dan halal haram dan bukan yang memperjuangkan keadilan sosial atau kemanusiaan. Islam diterima tetapi nilai feudal tetap berakar umbi. Islam yang membebaskan tidak dijar atau diambil berat. Maka sehingga hari ini Islam ritual dan pentingkan perkara bersabit dengan halal-haram seperti makan babi, minum tapai, tunjuk aurat, tata-tertib berritual, poligami, khalwat menjadi lebih penting dari segala-galanya dan malahan itulah yang dianggap aqidah/maruah/martabat syiar Islam. Pantang saja siapa yang mempelecehkannya, akan meletup dan semangat Islam akan dibakar dan golongan yang sewel dan gila kuasanya akan melenting kononnya kesucian Islam telah dinodai. Islam warisi ini langsung tak reti mengguna akal /logik/rasional sihat untuk melihat sesuatu itu. Mereka bagaikan pak turut akan pegang dengan ajaran konservatif itu. Islam jenis ini tidak hormat ilmu logik atau sains dan sesiapa yang mencabar pegangan itu akan dilabel sebagai Islam liberal/songsang/sesat/Wahabi/Darul Aqram/murtad dan bermacam-macam lagi. Sulit nak yakinkan yang kita harus juga guna akaliah yang diberi oleh Tuhan untu hidup lebih selesa. Aqidah tak boleh dikompromi mesti diterima secara buta atau gila babi.Kalu tidak kita akan masuk neraka.
ambo pun dok pk gitu gak...tapi dok panda nok curahkan dlm bentuk kata2.
satu tulisan yg kritis dan menusuk!
tanpa nama 15 Ogos 2011 5:53 PM
anda adalah contoh terbaik rakyat malaysia yg rasa dia lebih baik dari org lain.
antara suara2 yg menuduh tt sosialis & komunis.
siapa la kita nak menilai sesorang kalau kita ni sama2 hamba Allah.
lain la kalau tanpa nama 15 Ogos 2011 5:53 PM dah dapat wahyu, dah jadi nabi.
kah kah kah
I LOVE U TT...
Post Statement: NAK MASUK SYURGA PUN MAIN PAKSA2,, KALAU TAK NAK MASUK SYURGA BOLEH TAK???
just saying...
very rightly and boldly said...Saya suka line "kita sibuk menyediakan tempat di syurga, sehingga kita lupa kewujudan kita di dunia"
Muslims really need to ponder as many of them even though highly educated very shallow in thinking..
TT, agaknya ialah namanya pencapaian diutamakan, maka angka bayi yang dibuang dah mencapai angka ke berapa dah agaknya.
mengingat kembali berapa banyak sudah wang yang telah habis untuk kempen "Kami Prihatan". penulis lirik dan penggubah lagu, barisan penyanyi pasti sudah dapat habuan. Baju T pun dah berapa banyak ditabur tapi penyelesaian kepada isu tersebut tak seberapa. Almaklumlah seperti kata seorang blogger, kalau menteri yang jaga hal ehwal ni pun masuk ikut pintu belakang maka apa sangatlah yang dia buat selain mengampu boss.
penyelidikan mengenai isu ini pun tak mendapat tempat. maklumlah penyelidikan dalam bidang sains soSIAL, tak ada pruduk yang boleh dikomersialkan, itulah hujah yang diberikan apabila proposal penyelidikan dikemuka untuk mendapat geran. jadi sampai bila pun masalah sosial tak akan kurang apa lagi selesai.
kalaupun ada penyelidikan yang telah dibuat, ia hanya tersimpan di perpustakaan, tak ada siapa yang ambil pot. malah hasil penyelidikanpun selalu tak disukai kerana tak menyebelahi kehendak menteri. kalau boleh tulislah penemuan yang elok2 belaka agar senang menteri beritahu bossnya.
atau kalau adapun yang tak elok, tu semuanya kerana keluarga (kususnya ibu bapa) yang leka dan sibuk dengan kerja. Tapi siapakan sebenatnya yang menyebabkan ibubapa jadi demikian? Bukankah dunia pekerjaan semasa dan kapitalisme telah mengenakan tekanan kepada keluarga sehingga mereka tidak berdaya berbuat apa.
tidaklah adil menyalahkan keluarga sahaja. apa pihak berkuasa buat? buka Sekolah Harapan? - entah boleh diharap atau tidak?
Wahai menteri, tolonglah teliti isu ini dengan lebih serius. lihatlah isu ini secara holistik. Jangalah salahkan keluarga sahaja. Pernah ada kajian pelajar sarjana yang menyebut salah satu puncanya ialah vcd lucah, tetapi kerana hasil kajian tak diambil pot maka vcd lucah masih banyak dijual dan mudah pula didapati, di persimpangan jalan pun banyak iklan ubat kuat, sex toys dll. tanpa sebarang tindakan. Nah salah keluarga jugakah?
Aduhai.......cakaplah fasal modal insan, jatidiri dan pelbagai lagi pun, masalah ini dan masalah sosial yang lain tak akan selesai jika pemerentah tidak serius dalam menanganinya.
Dengan 2.5 juta PATI akan jadi warganegara akan banyak lagi bayi dibuang.Ibunya sudah pasti Ibu Melayu sebab perempuan Melayu yang amat ghairah terhadap Mat Indon,Mat Bangra,Mat Burma dan Mat Gagak.Nak kahwin tak dapat sebab halangan keluarga atau malu - short cut,buang bayi.Sekiranya ini berlaku,pasti berlaku,Najib dan Hishammudin akan dipertanggungjawabkan.
Taniah TT molek susunan kata yg tajam. Cuma kita perlu ingat kita semua secara sedar atau tidak, secara langsung tak langsung menjadi penyebab kpd masalah social ini.
Maksud gua diri kita semua apa yg kita dah buat utk hadapi masalah ini. Yg utama ialah ilmu agama islam kita dah cukup mantap ker? Kehidupan kita kat dunia ni ikut ker apa yg islam tuntut atas kita, solat kita cukup dan betul ker? anak bini kita dah cukup kita berikan didikan agama? duit kita bekanjakan utk makan minum mereka betul2 halal? dan byk lagi persoalan agama yg menyangkut habluminanas yg dituntut telah kita laksanakan? Belum lagi kita nak citer habluminallah1
Kalau semua diatas belum cukup kita
laksanakan dan sememangnya tak akan cukup, maka janganlah kita asyik nak menyalahkan orang lain. Allah hanya mengubahkan nasib kita kalau kita sebagai hambaNya memulakan dulu.
Kata2 hikmat kononnya dari mulut Pahlawan Melayu (entah wujud entah tidak? CUKUP MISTERI - dongeng (angan2) yg Melayu kita suka ambil jadi kenyataan - pdhal yg sebenarnya ghayan saja lebih) sapa lagi kalau bukan Hang Tuah - iaitu "Tak kan Melayu hilang di dunia" akan jadi terbalik kuang - MAKSUD DISINI - fenomena aktiviti 'buang bayi' yg semakin menjadi2 saban hari saban minggu saban bulan saban tahun tu adalah tanda2 'MELAYU AKAN HILANG DIDUNIA - lambat laun - sikit demi sikit - lama2 keturunan Melayu akan hilang lenyap - KALAU BAYI2 TERBUANG ADA YG HIDUP PUN (survived) MEREKA SEMUA TU ADALAH ANAK2 HARAM (dilahirkan diluarnikah) - mahukah MELAYU2 kita mngaku yg anak2 haram semua tu anak bangsa Melayu ? LAMA2 SURE MELAYU2 TAK AKAN TERIMA YG ANAK2 (dari bayi2 terbuang yg survived) tu satu bangsa Melayu yg tulin lagi Islamic. INI KERANA MELAYU2 YG MENGHASILKAN BAYI2 LUAR NIKAH - MAKNANYA MEREKA TIDAK MENGIKUT CARA HIDUP ORANG2 ISLAM - KONONNYA ISLAM IS A WAY OF LIFE - IS THAT KIND OF WAY OF LIFE - YG DI AMALKAN OLEH MELAYU2 YG KATANYA MELAYU LAGI ISLAM ? - PUNCA SEBAB UTAMA - MELAYU2 KALAU PASAI KAHWIN - KENA BERBELANJA SAKAN - PULUH2 RIBU KALAU JENIS BERLUMBA2 BERLAWAN2 - BOLEH MENCECAH RATUSAN RIBU - ITULAH MELAYU KITA - MASING2 TAK MAU KALAH - LAST SEKALI BERLAMBAK2 PAKAT KAP ALIP WIN FA RAW YA - DAPAT HABUAN (BAYI) CAMPAK BUANG AJELAH.... LAMA2 LENYAP BEGITU SAJA LAH MELAYU ......
tanpa nama 15 Ogos 2011 5:53 PM
Apa salahnya dan kurangnya dengan fahaman sosialis atau komunis? Itulah manusia yang lahir dari pantat lain-lain tapi nak suruh masuk lubang kubur sekali (nak suruh orang lain ikut fahaman kita, maka selepas itu bolehlah kita memerintah mereka). Di negara komunis, fahaman demokrasi adalah salah dan musuh utama, begitu juga sebaliknya di negara demokrasi. Tetapi kalau kuasa disalah gunakan oleh pemimpin, maka di negara demokrasi adalah paling terkesan dari negara komunis. Jangan malas membaca dan hanya memberi pandangan melalui pendapat orang lain atau media upahan kerajaan demokrasi, kelak anda dan keturunan anda akan dibanggangkan sampai ke-7 keturunan sebagai hamba yang tiada kesudahannya. TT tu memang bukan ahli agama, tapi sekurang-kurangnya beliau ada pengalaman yang luas berhubung politik dunia.
Baca tulisan TT nih jadikan aku patriotik sekejap. Adakah ini tulisan terbaik yang aku baca sempena bulan "malapetaka" ini.
"kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga". Tang ayat ni aku setuju bebenar akan tetapi mereka tak tahu sebenarnya Melayu ni dah menempahkan roh mereka di NERAKA.Apa yg mereka buat lebih bertentangan dlm apa yg difirmankan oleh ALLAH dlm Quran.Bnyk contoh aku boleh bagi...
Isu dia sekarang kebanyakankan Melayu tak berISLAM.Namaje ISLAM tapi amalan langsung berTENTANGAN.Ni semua masalah "PERLEMBAGAAN" yg menyebut semua MELAYU adalah ISLAM.Ape yg kita lihat adalah penCIPTAAN MUNAFIK FASIQ.Bodoh.......ptui
Pandangan aku lah kan untuk elak kes buang bayi:
1) Promosi dan galakkan poligami.
2) Mudahkan urusan pernikahan muda-mudi ini.
3) Ubah sistem sekolah di mana asingkan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam sekolah.
4) Pecat Shahrizat Jalil dan gantikan dengan Ustazah yang boleh memandu wanita ke arah pemahaman Islam yang jelas.
Bayi dibuang kedalam sungai kerana siibu terlalu takut ditangkap dan dihukum oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Tahukah anda apakah hukum berzina?
Kerana takut dihukum & dicaci maki oleh orang-orang munafik macam Mufti Perak, maka bayi-bayi dibuang. Mufti & pekerja-pekerja JAIS ini apa kerjanya? Kerja mereka adalah penyibuk suka jaga tepi kain orang lain sedangkan mereka berbini 4 dan dapat gaji daripada wang cukai yang dipungut daripada orang ramai yang terpaksa bersusah payah bertitik peluh bertungkus lumus bekerja untuk bayar gaji JAIS & Mufti Perak.
nakba malaysia semakin hampir
Manusia Kini Boleh Melihat Bulan Dengan Belon Udara Panas(Video)
nicely wrote! thumbs up!
brilliant !
Salah satu faktor utama, perkahwinan dijadikan perniagaan. terlalu mahal dan menyusahkan golongan yang tak mampu. lantas, mereka seks tanpa nikah dan tanpa pakai kondom. lahir anak. masyarakat pulak menghina anak-anak yang lahir tanpa nikah. anak itu lansung tak bersalah. Ibu dan bapa anak itu juga dipersalahkan seratus peratus, sedangkan masyarakat juga yang membiarkan mereka gersang dengan menyusahkan urusan perkahwinan. Big corporation, industri porno, dan hollywood pulak buat duit dengan cara membuak-buakkan nafsu anak-anak muda. kerajaan pula sibuk memuaskan hati para kapitalis. lantas anak muda itu yang bergaji kecil atau mungkin tidak bekerja langsung itu nekad,membunuh darah dagingnya sendiri.
Catat Ulasan