Isnin, 15 Ogos 2011

SATU PERANCANGAN JAHAT



SATU KETIKA DAHULU





nota:
agenda ini bukan semakin reda
bukan semakin kendur
akan di goreng lagi
lihat dan g




NIK AZIZ SOKONG LARANGAN BACAAN AL-QURAN GUNA PEMBESAR SUARA - minsider

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.

“Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

NOTA:

strateji gerombolan hari ini ialah
mengepong pengundi melayu
gerombolan sudah tak ambil hirau
tentang pengundi china atau india
yang penting pengundi melayu
pengundi bukan melayu semua sudah
lari ke pakatan rakyat

cara mengepong undi melayu
ialah dengan menaikan sentimen kemelayuan
tetapi jelas sentimen kemelayuan ini telah layu

lalu dinaikkan sentimen agama


bakar masjid
kepala babi dalam masjid
bawa kepala lembu
larang bukan melayu masuk masjid
allah eksklusif untuk melayu
melayu di murtadkan dalam gereja

dan

terakhir ini penggunaan pembesar suara
ketika subuh di masjid

semua ini di rancang
semua ini diatur
agar orang melayu akan merasa risau
agar orang melayu merasa gelisah
agar orang melayu merasa kacau

bila melayu risau
bila melayu gekisah
bila melayu kacau
bomoh akan sampai untuk beri jampi
bomoh bernama united malays national organisation

kalau mahu dijampi mesti beri undi
inilah perjanjian itu

tetapi formula ini tak jadi lagi
trik lama ini susah nak jalan lagi'
suasana telah berubah
lanskap telah berubah'

united malay national organisation
tunngu masa untuk rebah
kah kah kah


MELUKAH LALAT



nota:
bukan azan
tetapi memerangkap lalat dan langau


9 ulasan:

bijan berkata...

Laaa... apsal gambar brahim yg kluar? Dia incharge bab meLAYU jer. Kalau bab islam, zul kulim lebih afdal dpd shafie apdal untuk di highlightkan. Dia punya keyakinan 120% tau...kah..kah...kah!!
Hai zul, motor besar sihat?
Utang??? Erk..

Amuraria berkata...

MEMANG MAKANAN AKU ! OI KATAK OI KATAK AWAT HANG MAKAN LANGAU ? CAMNA AKU X MAKAN LANGAU PASAI DIA FAV AKU HAHAHA !

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Bodoh la Melayu klu terpedaya dgn kepincangan yg sebenarnya telah diatur ini..
Mereka yg x buat undang2 sewaktu berkuasa dahulu dan kini mereka pula menyerang kesan keputusan yg pernah mereka buat dulu..
Permainan MUNAFIQ,yg menyokong turut sama tumpang saham,sekapal dgn diorang..
Memang Melayu melihat agama dgn kanta yg salah..
Agama ditadbir mcm jabatan ikut waktu pejabat..Sepatutnya hours mereka spt Klinik 24 jam sbb org miskin xda had masa kemiskinannya..Ambil kira tahap mobilisasi dan akses maklumat mereka,barulah amanah Allah dlm perkara2 kebajikan dpt berjalan tanpa had..
Ne nk bg bantuan pun ada tarikh luput..Bodoh dan terlalu bodoh la sesiapa yg mengikutnya..
Yg belajar tinggi2 pun kena kencing dgn Dajjal lalu memakai sistemnya..
Pak2 Imam dan JK Masjid pun x sedar institusinya ditadbir secara sekular..whakakaka!!!!
Bila PR ambil alih,mula la puak2 porno neh menyalak-nyalak akan kekurangan atau kepincangan yg mereka sendiri wujudkan..
Klu Melayu x sedar2 lg,elok la diajar mereka2 ini dgn bala yg maha Dahsyat,biar jd mcm umat Nabi Nuh..dh mcm2 petunjuk Allah kasi,masih bodoh dan nk melawan lg..

Tanpa Nama berkata...

Masih lagi hal bang. bayangkan pada era Nabi Muhammad dulu tiada pembesar suara lagi dan seorang pak bilal yang ada tak mungkin boleh mengeluarkan suar yang boleh menjangkau sekitar lokus satu kilometer, melainkan dia super pak bilal seperti manusia biasa tak mungkin berbuat begitu. Pada zaman Nabi juga tiada suara bang yang sekuat volumenya seperti yang dikeluarkan oleh teknologi audio kini. Jadi tak logik sama sekali perlu mengguna suara yang amat kuat untuk memanggil ahli qariah sesuatu penempatan itu bersembahyang. Kini dah ada jam 'alarm', digital, telefon pintar, radio, tv, surat khabar dan banyak pembantu komputer lain yang boleh membangkitkan ahli qariah yang mahu berjemaah.
Itulah kalu minda umat Islam termakan dan terikat dengan hujah ulama yang tidak tahu akan mengaplikasi faedah sains yang memberi lebih banyak lagi keselesaan hidup dan beribadah tapi kena ikut cara jumud yang diperturunkan oleh ulama konservatih. Yang lebih menyedihkan lagi cara lama itu duikaitkan pula sebagai asas atau elemen daripada konsep aqidah dan syariah Islam dan tak boleh dipersoalkan oleh akaliah rasional yang diberikan Tuhan. Maknanya mereka mahu mengawal minda dan undi kita untuk mereka terus berkuasa dan merembat harta negara.

Tanpa Nama berkata...

TT, tinggal berapa hari je baki orang PAS yang cakap nak buat demonstrasi tu? Rasa macam nak dengar lagu Its final countdown plak. Kah kah.

Tanpa Nama berkata...

SEKARANG BULAN RAMDAN PUAK2 GEROMBOLAN MAIN SENTIMEN AGAMA, SENTIMEN AGAMA AMAT SESUAI DIMAINKAN SEKARANG UTK PROVOK MELAYUUUUUUU

SBB ITU PEMIMPIN2 GEROMBOALN BERLUMA UNTUK JADI PEJUANG ISLAM. CERITA SEKS DAN LIWAT TAK SESUAI DIMAINKAN SEKRANG

CERITA SEKS DAN LIWAT AKAN DIMAINKAN SEMULA SELEPAS RAYA...!

Tanpa Nama berkata...

http://wrlr.blogspot.com/2011/08/pati-halau-imam-rampas-surau.html

Aku harap TT dapat buka mata rakyat Malaysia akibat kesan tindakan UMNGOK. Itu baru 1 isu....

ISU DI CIPTA UTK RAMPAS berkata...

DULU-DULU ADA KISAH ORANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID BERI TAZKIRAH, DULU-DULU ADA KISAH ORG KRISTIAN NK JADIKAN PM MALAYSIA ORG KRISTIAN, DULU-DULU ADA KISAH ORG2 MAZHAB SYIAH NK JADIKAN MALAYSIA NEGARA SYIAH, DULU-DULU ADA KISAH ORG2 HINDU NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA HINDU... SKRG ISU AGAMA DI MAINKAN SEMULA, DINEGERI SELANGOR DAN PULAU PINANG...KENAPA 2 INI NEGERI SAHAJA?

INILAH PERANCANGAN UMNO NK AMBIK ALIH SELANGOR DAN PENANG... KT SELANGOR MUJURNYA RAMAI ORG2 YG DH CERDIK, KT PENANG, UMNO TERSEKAT DGN BUAH SUKUN YG JADI PENAMPAN UTK MENGGEMPOR LIM GUAN ENG...

Tanpa Nama berkata...

rumah aku bersebelahan dengan surau.
dari kecik tiap-tiap subuh. aku dengar org megaji. ada ketika nya mereka seumpama menemani aku belajar.
dari kecik kawan benda ni dah jadi.
kenapa sekarang baru nk petikai.
tidur lagi penting?.
meganggu orang tidur?.
subuh bkn tengah malam kawan.
malam untuk tidur.
dah nak masuk pagi tidur apa?.
utamakan tidur dari al-quran.
kalau orang sakit da makan ubat. dia tidur xingat apa dah.
tolong lah.
banyak benda lagi boleh korang boleh main politik janganlah benda ni.
tolong lah.