Khamis, 10 November 2011

BAYAR YURAN HOSTEL UNTUK KAYAKAN KRONI KHIR TOYO





KONTREKTOR KRONI KHIR TOYO




ISU KUIS : ANTARA AUTA DAN LAYANAN MINDA KELAS KE 3


Saya bukanlah manusia yang popular di KUIS, jauh sekali dikenali & disanjungi sesiapa. Namun setiap kali membaca luahan rakan-rakan media cetak & media alternatif, saya sangat-sangat berharap akan ada perubahan atas apa yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, selepas saya sendiri hampir berputus asa apabila sejak 3 tahun belajar di sini, sering menghadapi masalah yang sama, ‘jawapan’ yang sama, bahkan mungkin saya boleh istilahkan sebagai ‘jawapan’ yang lebih berbentuk ‘auta’.

Pertama kali saya mohon maaf kalau seandainya surat saya ini akan mengguris perasaan orang-orang yang saya hormati di KUIS. Bukan niat saya untuk memperlekeh kewibawaan kalian, namun keperitan hidup sepanjang proses menuntut ilmu di sini, telah menggerakkan hati & jiwa saya untuk menulis sesuatu di sini, walaupun sebenarnya saya langsung tidak pernah menulis walau sepucuk surat pun dalam mana-mana media atau majalah. Ianya hanyalah semata-mata untuk mengharapkan perubahan yang saya & rakan-rakan di sekeliling saya impikan.

Ketika seluruh pelajar KUIS diwajibkan untuk duduk di hostel, saya pernah bertanyakan kepada seorang pegawai pentadbir, sebab apa arahan itu dikuatkuasakan? Jawapan awal yang diberikan sangat menyejukkan hati saya sebagai seorang pelajar yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, iaitu supaya mudah untuk seluruh pelajar KUIS ini ditarbiyah & dibentuk sahsiahnya. Itulah jawapan awal yang diberikan pada saya & saya menerimanya dengan penuh lapang dada walaupun ketika itu ada teman-teman lain yang bercakap-cakap belakang khususnya mereka yang boleh saya kategorikan sebagai agak ‘sosial’.

Namun entah bagaimana, sebelum peperiksaan pada semester yang lepas, saya tergerak hati untuk bertanya kepada pegawai pentadbir yang lain, untuk kali yang kedua, benarkah sebab untuk pelajar-pelajar duduk dalam (hostel) ialah untuk maslahat tarbiyah? Pegawai yang ini kelihatannya mengerutkan dahi ketika mendengar soalan saya, lantas berkata secara sinis, sebab untuk mentarbiyah itu hanya ‘sebab sekunder’ sahaja. Sebab utama katanya ialah, apabila seluruh pelajar duduk di hostel, pihak kolej akan dapat menggunakan yuran yang dibayar seluruh pelajar hostel, untuk membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang telah bertanggungjawab membina hostel tersebut di peringkat awalnya, sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian sewaktu negeri Selangor ditadbir oleh mantan Menteri Besar, Khir Toyo lagi.

Ternyata jawapan kali kedua yang disertakan dengan fakta ini, sungguh meruntun hati saya & merasakan diri ini begitu lemah & ‘bendul’ sehingga mudah diperbodohkan dengan jawapan yang tidak jujur. Saya sangat tidak menyangka sebab untuk mentarbiyah itu hanyalah alasan & ‘auta’ untuk menutup keterdesakkan pentadbir menyedut duit pelajar-pelajar semata-mata untuk memudahkan kerja pentadbiran kolej membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang terlibat. Andai benar cakap-cakap di kalangan warga KUIS bahawa kroni Khir Toyo terlibat dalam perjanjian pembinaan hostel yang sangat menyusahkan & tidak adil itu, mengapa harus disusahkan pelajar-pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan? Mengapa mesti digunakan istilah ‘tarbiyah’ untuk menutup perkara pokok & masalah sebenar?

Lebih menyedihkan apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar atas segala permasalahan yang berlaku menggunakan layanan ‘minda kelas ke-3’ kepada pelajar-pelajar. Dengan bahasa sindiran yang digunakan, ayat-ayat sinis, dialog kasar, kerap tiada apabila pelajar-pelajar ingin berjumpa, suka menabur janji yang tidak bernoktah dan banyak lagi layanan-layanan yang seolah-olah menganggap kami ini penyibuk & pengganggu, saya tidak tahu berapa lama lagi saya & teman-teman akan bertahan dengan keadaan ini. Sudahlah peraturan untuk sentiasa memakai tie, yang sudah seperti ‘aqidah’ dalam mentaliti pentadbir KUIS yang langsung tidak boleh dilanggar itu, sedia menyusahkan pelajar-pelajar lelaki. Ditambah pula layanan barbarian oleh sesetengah kakitangan pentadbir yang sangat-sangat menjengkelkan.

Tuan, saya bukan merungut membabi-buta. Tuan dengarlah rintihan pelajar-pelajar. Tuan dengarlah suara mereka. Saya rasa kami bukanlah anak kecil yang merengek-rengek tidak tentu hala. Tapi kami benar-benar tertekan dengan keadaan ini. Paling penting, saya tidak mendapat upah sesen pun dengan luahan ini, apatah lagi menjadi ejen mana-mana pihak yang berkepentingan untuk memburuk-burukkan KUIS. Tolonglah tuan. KUIS sangat-sangat berpotensi untuk menjadi IPTS Islam contoh di Malaysia. Mempunyai pengajar & pensyarah yang berwibawa, saya sangat optimis dengan masa depan pusat pengajian Islam ini. Namun, dengan berleluasanya budaya ‘auta’ & layanan ‘minda kelas ke-3’ ini, saya hampir tidak nampak samada impian tersebut akan tercapai ataupun tidak.


Yang benar,
Nur Sakinah Hanani,
Penuntut Prihatin.






13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah sama la mcm kat unimap. tanah tapak unimap sudah dirembat dlu. unimap "sewa" dari saekor malaon jugak!

Tanpa Nama berkata...

inilah projek katuanan malayu! kui kui kui kui

Tanpa Nama berkata...

Realitinya:

1.KUIS kolej swasta...kakitangannya makan gaji ikut gred kerajaan.
2. Bina KUIS pakai duit Majlis Agama lslam Selangor (MAIS) yang dikutip hasil wang zakat,baitulmal,derma dsb...yang sepatutnya menolong orang miskin kedana,anak-anak yatim,miskin bandar dll.Kos selenggaraan KUIS tinggi..untung tiada..jika nak ikut konsep swastalah.
3.Jika banyak masalah tukarlah Rektor dan Timbalan Rektor yang dah berkarat sejak zaman Khir Toyo...buatlah anjakan paradigma.
4.Janganlah wujud jawatan staf yang merepek-repek.lni kolej swasta!!! Jiamatkanlah kos supaya pelajar tidak terbeban.
5.Ada yang tidak faham?> Tanya Tukar Tiub.

Fahmi Ismail berkata...

Tangkap Taib Mahmud !! opss, silap...Tangkap Khir Toyo!! -Tertangkapnya Sa-ekor Toyo

nasa berkata...

mungki bangunan tu dibuat secara BOT (build on transfer) sepertimana putrajaya juga. Maknanya, tuan punya bangunan tak bayar apa2 kepada kontraktor semasa pembinaan tapi akan membayar secara sewa bulanan apabila mendiami bangunan itu. Sewa bulanan ini akan berterusan sehingga beberapa tahun, cth: putrajaya- sehingga 25 tahun. Sewa inilah yg digunakan oleh kontraktor sebagai pendapatan hasil pembinaan tsbt. yg mana dana membina diperolehi dari pinjaman bank dsbg. Itu kaedah kontrak, tak ada salahnya tetapi ada kelemahan di mana harga kontrak biasanya telah di up gila babi punya, menyebbkan sewa bulanan juga gila babi tinggi. Sepertri di putrajaya, bayangkan kalau satu biji kerusi kafeteria berharga RM500 utk sebuah bangunan kerajaan. Adalah tidak munasabah utk bermewah begitu. Natijahnya, kerajaan akan terpaksa membayar sewa yg tinggi kerana kos binaan yang tinggi. Dalam kes KUIS ini, kalau sekiranya mereka juga menggunakan sistem BOT, KUIS lah yg kena fikir utk bayar sewa tersebut, bukan mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar.
Sepatutnya ada badan yang menguruskan kos2 kontrak ini supaya tidak berlaku kegiatan up kan harga, yg biasanya ada kepentingan orang2 tertentu. Wallahua'lam

hajib berkata...

KUIS ka KUDIS ni?

Tanpa Nama berkata...

sian dia.. meh ikut abang.. abang sapot u..

Tanpa Nama berkata...

pengurusan kuis memang teruk..isk3..

Tanpa Nama berkata...

namun apa yang dikatakn itu adalah benar..bnyk pelajar tlah mengalaminya dan mngadu antra 2 sma lain..mwajidkn utk tinggal hostel tp membebankn iaitu utk mbyar yuran.bla x mampu,exam pla xbleh masuk sbb x byar yuran tmsuk la kos hostel..bla exam x bleh msuk,smua apa yg tlah dpelajari adalah sia-sia sbb x bleh msuk exam.bgitu ke hasil daripda tarbiah plajar?? bkn mnjdi plajar yg bpelajaran tp mnjdikan pelajar yg terbiar..yang tau hnya bila duit msuk shaja..bkenaan dgn pengurusan..rsanya xde 1 jbtan management pn yg mlayan plajar dgn baik,semuanya kerut dahi,suara yg besar & kasar utk mnunjukkn kpd plajar yg lain,bt2 xtau,myalahkn jbtan yg lain,gelak2,dan macam2..klu mrka ckp nk tarbiah,rsanya mrka da ckup trbiah ke..ksian tgk plajar2 yg mmerlukan prtolongan dlm pngurusan tp yg dpt smua adala sia2..tp bila tnjukkn duit,brula tgesa2...jdils kuis yg sbnar bkn kikis..memerlukan prtlongan utk prubahan wlaupn hakikat nya mmg x brubah2 pn dari zaman jahiliah lg..-peace-

shigellazoster berkata...

yes.. sy setuju sangt... sy bekas pelajar KUIS.... diploma nursing,... kami lagi la... di WAJIBKAN tinggal didalam dan DIHARAMKAN duduk diliar sehinggakan tamat belajar..... katanya sebab pelajar nursing ni NAKAL..... dan untuk memudahkan urusan sewaktu praktikal....tapi hakikatnya semuanya dusta belaka..... sebenarnya sebabnya telah pun cik adik nyatakan dalam artikal tu... sy memang da tahu lama berkaitan rolling duit pada pembangunan bangnan itu.... dan yang paling sy tak suka adalah... charge yang dikenakan sangat tak berpatutan... bayangan type b satu kepala kena bayar 7lebey dalam rumah tu ade 9 orang darabkan 7rts lebey da berapa .. senang2 je da dapat 63k++ la kan.. tu untuk satu unit je tau... ha.. byaang kan la... telan duit pelajar ja.... kalau duduk luar lagi murah... satu rumah baru 350..sebulan.. kongsi berlima baru 70 seorg..... satu semester lebey kurang 4 bulan 70x4 baru 280 seorg... erm jauh bezakan dari 7 ratus lebey tu... erm tah la..... kolej islam.. tapi... fikir2kan la wahai pengurusa,,,,,

Unknown berkata...

SEDIH!

Unknown berkata...

mcm2 la skrg....haru btoi...
bayar mahal2,habuk pon tada..
pelik la..KUIS ni leyh tahan 'telinga' kan dgr 'umpatan' org...=,=
tp papehal pun..kita sbg student x boleh la nk 'kutuk' sgt tempat kita mnuntut ilmu,salah satu sbb ilmu x lekat...sekadarnya sja,usaha & doa..
:)

Tanpa Nama berkata...

unimap kena bayar kat shahidan kassim. tu yang dia panas punggung bila tak jadi MB lagi. kat perlis, dia ada gerakan Pak & Kassim berpusat di bintong nak gulingkan mat isa sabu wlpn sama2 umno