Selasa, 15 November 2011
BUAT LAH KERJA YANG BERFAEDAH - JANGAN BUAT KERJA BODOH!
BILA NAK PASANG AJEN DALAM TANDAS?
JANDA , ANAK DICEKUP BERSAMA TIGA LELAKI – beerita hairan
Ibu dakwa kesunyian selepas bercerai, sara 2 anak
ALOR SETAR: Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam.
Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi.
Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu.
Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah.
Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans,” katanya.
Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
TANGKAP INI
NOTA:
sila baca berita ini betul betul
inilah dia contoh kerja jaik
kerja yang lebih penting
mempertahan madarasah dari kena rembat cukong tak bersuara
madarasah yang berumur lebih dari 100 tahun kena rembat
buat gedong membeli belah
saekor pun tak berani bersuara
atau cukong sudah ulooooor ...dah masyuuk
madaras dibiarkan runtuh
kemudian kacau dan ganggu
orang tidoor
tak ada kerja lain
asik asik jaga moral
yang di tangkap sedang tidooo
bukan berdua duaan tetapi 3 orang
khalwat kepala bana apa?
kemudian dua orang lain sedang bersembang
bukan sedang berjubo
kapala bana apa?
bila sudah kantoi
check pulak air kecing
kah kah kah
bila air mani tak ada
check air kencing
kah kah kah
woit... buat laa kerja yang baik
jangan jaga bureet orang
jaga bureet sendiri
kah kah kah
TAHU HAK ANDA - JANGAN KENA BULI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
masuk syurga pun main paksa2..!
kalau tak nak masuk syurga boleh??
itu madrasah kanchut di alorsetar
Inilah bodohnya puak sosialis kominis. Apa yang ada kaitan dengan ugama semua dianggap bodoh belaka. Pembela sosialis kominis pula jenis orang yang tiada ugama macam Non-Govermental Individual. Bodoh apa ko mamat. Duduk dalam kominis lebih teruk kena paksa. Kalau tak percaya tanya TT!
mne aq tau ko tye la ni aziz...kakakaka
xpun ko tye jais...kakakka
Dalam hukum melayu islam, rasuah tak per, rembat duit rakyat tak per, ponteng kerja tak per, tipu punch card tak per, jadi racist tak per, yang tak bolehnya ialah zina, khalwat dan murtad.. wonderful religion...
Yang tersurat dah terang lagi bersuluh. Apa yang TT cuba sampaikaikan adalah yang tersirat. read between the lines, people...
contohnya, adakah tindakan majlis ugama secepat itu jika ianya melibatkan kebajikan? kenapa tidak di highlight good deeds yang di buat oleh majlis ugama. ni asyik asyik cerita pasal nak aibkan orang...
buat apa tanya tt kan dia ketua sosialis komunis
kahkahkha..oiit..TT..cerita surau (pejabat insuran) tu pon hang dah kena putaq dgn geng songkok tinggi ka? Hang kena tanya org kat Kanchut Aloq Setaq nun utk tau cerita sebenar...
Terbaik dari TT. Ingatkan Pas perintah ada perubahan rupanya sama je kolot dan teruk. Bidaah berleluasa. Apa kejadahnya tengok org tidur. Ini semua sesat. Nabi dgn Sahabat dulu ada ceroboh hotel atau rumah orang ke?Belajar tak habis tapi MAIK tunjuk pandai. Bidaah berleluasa. Surau diroboh. Madrasah diroboh. Islam mak dia kot macam tu.Bongok punya Ulama. Cuba baca bagaimana kisah Umar al Khattab tangkap khalwat.... Eh terlupa pulak Ulama MAIK tak tau pun kisah ni sebab dia belajar kat Mesir jer. Yg patut buat dia tak buat tapi yg tak patut buat beriya iya dia buat. Bidaah. Kullu Bidah Dalalah. Kullu Dalalah fin Nar. Semua yg buat bidaah masuk neraka kata Nabi.
alamakkkkkkkkk.....macam la hangpa selalu pi masjid aihhhh.....lantak pi la diorg nk roboh surau ka..masjid ka...hangpa pedulik hapa.???..tak rugi apa2 punnn...duduk rumah melancap lg baikkkkkkk!!!!!!kahkahkah
hai TT,nanti ada berita anak melayu dalam tong sampah,jgn jadi munafik plak buat sajak konon2 sampai tergenang air mata..lu pikirla sendiri apa yang lu tulis ni dengan artikel lu ttg pembuangan bayi..lu pikirla..NGI,ko ni mmg kebudak2budakan..memalukan pembaca TT lain je..he2
Catat Ulasan