MATI DI TEMBAK POLIS
Kenyataan Umum
5 Disember 2012
Keadilan Buat Aminulrasyid: SAMM Sanggah Keputusan Mahkamah!
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima.
Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata.
Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya?
Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas.
Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakkan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munahsabah.
Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat.
Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat - hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh.
Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid?
SAMM tidak bermusuh dengan pihak polis malah SAMM bersama dengan anggota polis yang berintegriti sepertimana dalam isu bekas IGP dedah siasatan polis diganggu ahli politik. SAMM juga bingkas ke depan mendedahkan bantuan kebajikan bekas polis yang di'rompak' 40% secara halal oleh pihak ketiga.
Justeru itu SAMM menganggap dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya.
Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
-------
3 ulasan:
harap Aminulrasyid tabah menghadapi ujian ini...didunia mungkin sipelaku dibebaskan..ttp yakinlah bahawa jnji Allah swt pd hari pembalasan kelak..
semoga Allah SWT melaknat pembunuh dan hakim dan tangan2 ghaib yang terlibat.
undang undang bull shit........kalau anak jenain kena tembak...apa mungkin sama tak hukuman nya......pasti tembak tembak ni jadi ikutan yang lain...yelah..TEMBAK ORANG 6 BULAN JE JAIL...bull shit law.....
Catat Ulasan