Sabtu, 5 Januari 2013

SEMUA YANG WAJIB DILAKUKAN TELAH DILAKUKAN - KINI SATU JUTA KE JALAN RAYA



SEMUA SUDAH DILAKUKAN
KINI SATU JUTA MENUNTUT HAK

SPR menipu untuk pastikan Umno menang



 |
Kaedah penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi berbeza dengan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat.
SEREMBAN: Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.
Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat.
Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat’ di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang  pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.
“Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.
“Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.
“Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.
“Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.
“Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.
“Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali,” kata Hishamuddin.
Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.
Letak jawatan
Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
“Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.
“Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun,” katanya.
Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:
“Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia.”
Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.
“Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
“Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
“Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.
“Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat.
“Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia,” kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai.
BN dalam keadaan keliru
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.
“Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
“Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
“Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini,” katanya.
Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia.




------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UBAH DAP STYLE!

Kalau kalah boleh ubah keputusan

Time for Bersih 4.0?

Tanpa Nama berkata...

ade pideo x? upload dlm youtube le

insafdoh67 berkata...

Dok sabor doh brase ni nk g #kl112... Jom pakat hasut rakyat turun.... Sejuta Kuala lumpor... Ke guane gamok.. Jom kita wat Bolot.. Kih.kih.kih...

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

PAYUNG TELAH KUSEDIAKAN,TINGGAL MENUNGGU HUJAN TURUN SAJA MEMANDA....KEPADA PATRIOT...KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL,LAUTAN DALAM JANGAN DIDUGA,KALAU PENYOKONG TIDAKLAH RAMAI,JANGAN DIAMBIL INDON DAN BANGLA...HEHEHEHEEHEHE...MACAM BIASA BUAT JE GENG GENG PATRIOT NI...HEHEHEHHEE