Sabtu, 5 Januari 2013

SELANGOR! BERSEDIA UNTUK TURUN 12 JANUARI



 SATU JUTA
BUKAN ANCAMAN
tapi
SATU JANJI




PAS Selangor seru ahli sertai Himpunan 12 Jan


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyeru seluruh ahli dan kepimpinan PAS negeri turut serta dalam Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan.

"Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya.

Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


PENGUMUMAN 
 JAWATANKUASA
 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan  ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

 PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka
NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh



-----------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena buat plan B. Takut2 kalau semua LRT dan MRT dibaik pulih/ diselenggara pada hari tersebut atau tiba2 semua LRT dan MRT rosak dan tidak dapat beroperasi pada hari itu.

Tanpa Nama berkata...

Minta penganjur KL112 ini atur baik baik supaya tak jadi peristiwa stampede di mana orang yang jatuh di pijak pijak oleh orang yang lari. Stampede berlaku apabila orang terlalu ramai dan terlalu padat tergesa gesa larikan diri dari gas pedih mata dan pancutan ayer kimia. Jangan himpun hingga menolak-nolak padat-nya. Dua tiga hari dulu stampede berlaku di India 77 orang mati.

jonggos berkata...

kalau nak jual air kena berkumpul kat mana pulak...heheheehehehehehe...aloooh...tanya pun tak bley.....?

Tanpa Nama berkata...

Minta pihak pdrm, sb,perkosa, jati.pekida, butt dancers, burger men,dll jangan provoke...kah..kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

Ada lah dimaklumkan kepada warga kota bahawa stadium merdeka akan naiktaraf bermula pada 12 january 2013. Sehubungan itu stadium tersebut akan ditutup kepada semua aktiviti sehingga diberitahu kelak.

Pengguna2 jalanraya juga adalah diingatkan supaya melalui jalan alternatif kerana jalan2 menuju ke stadium juga akan ditutup untuk memberi laluan kepada projek MRT.

Dataran merdeka juga masih dalam proses menaiktaraf dan mengambil masa lebih kurang sebulan lagi untuk dibuka kepada orang ramai. dengan itu adalah dinasihatkan sebarang aktiviti ada lah di larang sama sekali. tindakan boleh diambil sekiranya ingkar.

Perkhidmatan LRT dijangka akan dihentikan buat sementara waktu pada 12 januari 2013 untuk preventive maintenance dan pengguna2 dinasihatkan berjalan kaki.

sekian,

wenersh 43736Datuk Bandar Kuala Selut

Tanpa Nama berkata...

datuk bandar kuala selut TERBAIKKKK!

WE WANT PLAN B....
WE WANT PLAN B....
WE WANT PLAN B....

ada seminggu lagi utk fikirkan pasal plan B....tambah satu lagi boleh tak sediakan pasukan2 bantuan kecemasan yg bersiap sedia di merata2 tempat yg dpt dihubungi segera bila malapetaka menimpa? spt demo2 yg lepas, pasti ada provokasi, tembakan bom asap, water canon.....yg menyebabkan ramai yg cedera...adalah menjadi tanggungjawab penganjur utk melihat kpd perkara ini....kalau rakyat boleh korban masa, tenaga dan nyawa utk hadir demo, harap pihak penganjur dpt hargai dgn menyediakan kemudahan perubatan bila2 diperlukan.

Cik Salju berkata...

Rakyat negara nie, i harap tolong support kempen Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013 nie.

Ini mungkin peluang terakhir kita untuk bersama membantu dalam mereformasi pemikiran rakyat negara nie sebelum pilihanraya umum yg akan berlangsung sikit masa lagi.

Datang ramai ramai seluruh rakyat kita bersantai di hujung minggu depan sambil kita bersama membantu negara ini untuk pulih.

Ajak juga semua sahabat saudara mara anak beranak di luar sana yang tak baca blog tukar tiub.

Tukar Tiub best.
Satu lagi blog baru yg best ialah Astana Kandis

Jumpa di kl semua pada ahad 12/01/2013.

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

STADIUM MERDEKA ITU HANYA KIBLAT PERHIMPUNAN....SEKELILING MUKIM PUDU ADALAH TEMPAT WUKUF NYA...HEHEHEHEHE..KITA LANGGAR..GIGIT SAMPAI PUTUS,TERAJANG SAMPAI JATUH,JALAN SAMPAI HABIS DAN KITA TERKAM SAMPAI BERBEKAS.......!!!!..MASA BODOH ITU BERUNDING..MASA CERDIK ITU DEMO....!!!

Tanpa Nama berkata...

plan B kita ikut sungai...buat rakit..bkumpul dari gombak..menghilir ke dataran..kalau mat sabu nk tumpang kita kasik je..pasal dia pengerusi perhimpunan..insyaallah xkan kna langgar ngan polis lagi mcm kejadian lpas..adeh...