KALAU PILIHAN RAYA
BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti
PILIHAN RAYA
TELAH LAMA DIHARAMKAN
di malaysia
POLITIK
– DUNIA KE TIGA
Biar
saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan
Gerakan Anti Tipu 505.
Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13
Kedua
: Menuntut ditubuh SPR baru
Ketiga
: Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan
Tiga
Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana undi mereka telah ditipu. Kemarahan para
pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke
jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling
menjolok mata ialah kehadiran ratusan
ribu anak anak muda di jalan raya – walau pun mereka mungkin belum mengundi – tetapi mereka
tidak mahu menerima penipuan.
Ramainya
orang turun ke jalan raya itu adalah
bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil
ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan
raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai
kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru.
Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK dibekalkan
dengan nasi bungkus.
Mereka
ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu turun ke
jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar
bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti
Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.
Bermula
dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara.
Turun ke jalan raya ini kini telah
menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam
merancang penipuan PRU13. Tidak dapat
tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale’ gerakan jalan raya
ini.
Jelas
terbukti bahawa kesedaran wujudnya PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang
ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan
raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan
PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke
jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan
yang hak.
Seluruh
dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri.
Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika
TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya.
Anak
anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung. Anak muda turun ke jalan raya melawan
kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan
oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke Bahrain, ke New
York – dan terakhir ke Turkey.
Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak
muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka.
Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat.
Dua
soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah
menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin.
Awal
wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga.
Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui
pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini amat berbeza dari hukum dan syarat politik di
Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada perbezaan
hakiki antara Negara Dunia Ketiga dengan
negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah.
Kesemua
Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial.
Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan
British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan
oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun
diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara pemisah dengan perjanjian kuasa imperial Peranchis yang menjajah
Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya
Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.
Sejarah
Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi
Malaysia adalah sejarah kolonial
Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion
untuk mengambil alih pentabiran Bristish pada 31 Ogos 1957.
Salah
satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis
dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk
kaum pemodal internasional. Kerana
mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita
melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar
Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays
National Organisation untuk mengembangkan
jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis ini akan reput.
Ini
perbezaan politikal ekonomi yang wajib
difahami. Inilah sebab utama kenapa
pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum
kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis
pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan
ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah.
Menteri jaga politik – menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.
Justeru
ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Daim
Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan – semua sedar jika United Malays National Organisation
tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai diantara
mereka akan diheret ke penjara. Anak
Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak masuk penjara. Ini hakikat politik Negara
Dunia Ketiga.
Ini
tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden atau
Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan Kedua ini – kaum kapitalis telah kukuh
bertapak. Kepentingan ekonomi mereka
berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain –
perniagaan Mark and Spencer saperti
biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General Motors akan terus berniaga.
Pilihan
raya dalam Negara Pertama dan Kedua
adalah tentang dasar. Dasar parti
politik mana yang akan dapat membawa
keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa
kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan dapat
kontrek, dapat tanah atau dapat lesen cari gali. Politikal ekonomi inilah yang menjadikan
pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.
Untuk
saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya
telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang
akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK
percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama
ini adalah tepat dan benar.
Akhirnya
saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya
yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?
Dari
apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak
amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari
kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai
kekuatan musuh kita.
Seluruh
dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong
Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The New York
Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah
berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan
Najib Razak ini kerajaan haram.
Najib
dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana
penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13.
Kita juga melihat bagaimana Mufti telah
direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang
berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.
Akhir
ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong telah direkrut untuk membuat rayuan kepada
orang ramai agar menerima keputusan PRU13.
Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah
tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib
mula berkelentong untuk membawa SPR ke bawah
jawatan kuasa Parlimen - memberi tanda bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh
terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.
Justeru
pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat akan
berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan
orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan
Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT)
ANAK MUDA #TIPU 505
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45
-------------
12 ulasan:
Sudah la kau pun sama mcm umno tipu rakyat kau ingt kami rakyat tak tahu ke yg kau org belakang tabir Baik dgn pemimpin umno
Jangan menghasut pak penipu
Pegi MAMPOS sama kau lah PR...kena liwat lagi..ANWAR SUDAH GUBRA...
Mari kita berpesta bergumbira di jalanan, the real street carnival.buktikan yang kita masih boleh berpesta tanpa k-pop yang membazir jutaan RM. kita berpesta dengan kos yang paling minimum. Pesta 54% rakyat malaysia. Yang 46% juga dialu-alukan untuk datang. Mari la.... Mari la.....
Anak semua muda...mudalah masa melawan...mudalah masa mengasak...mudalah masa membuat sebanyak mungkin kesilapan....muda inilah masa kamu membentuk material perjuangan yang jitu...muda inilah masa kamu melanggar arus yang tipis tipis je kelihatan zalim tapi memang zalim...dan muda inilah waktunya kamu membongkar kebejatan batu karang yang telah lama menapak di lautan malaysia...dengar bebaik....pergi padang merbok...BUKAN PERGI PADANG MENGAMOK.....tapi kalau diajak..apa salahnya...hehehehehhe......
Pehh isham.. Naik semangat gua.. Lu memang penghasut legend!
"KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti PILIHAN RAYA TELAH LAMA DIHARAMKAN
di malaysia" -tt
aku tertarik dgn katakunci "mengubah" dlm kata2 hikmat tt di atas.
"mengubah" hampirsama maksud dgn yg didokong oleh slogan dap dlm pru13, "jom ubah".
kata asas kedua2nya, "ubah", membawa maksud tukar pentadbiran negara, iaitu tukar daripada pentadbiran bn kepada pentadbiran pr, iaitu tukar dari memberi keputusan menang atas calon2 bn kepada memberi keputusan menang atas calon2 pr.
malangnya bila kita teliti, ramai kalangan melayu masih liat untuk mengangkat bontot mengorak langkah ke arah perubahan. "ramai" di sini mungkin bukan majoriti, seperti kesimpulan yg ditulis dlam blog sakmongkol, tetapi "ramai" yg minoriti ini pun sudah cukup banyak jumlahnya utk membantut usaha perubahan.
kenapa ramai melayu masih bersifat liat? kaum cina cukup ramai bilangan yg sudah ketagihkan perubahan menjelang pru13.
sedangkan angin perubahan ini secara amnya mula2 bertiup di kalangan melayu, bila gerakan reformasi mula diatur ekoran isu anwar. di zaman reformasi, hanya sekerat saja bilangan cina bukan dap serta bukan melayu lain yg turut bergerak dan bersuara lantang menuntut perubahan, seperti tian chua dan sivarasa.
tapi kenapa sekerat cina yg berpendirian inginkan perubahan dari zaman reformasi 1998 boleh berkembangbiak jadi kuasa cukup besar mempengaruhi banyak keputusan pru13, sedangkan bilangan melayu yg sangat besar bermulanya reformasi 1998 tidak menokok dgn lebih memberangsangkan setelah 15 tahun beredar?
adakah kita boleh menuding telunjuk pada pakcik makcik di penempatan2 felda dan di kampung2 yg masih tidak berubah corak pemikiran mereka akibat terusmenerus diikat pengetahuan dgn skrip2 akhbar dan tv yg bertali arus?
ataupun kita sepatutnya menoleh ke menara2 gading di bandar2 yg masih menghasilkan penuntut2 tahap universiti, tetapi berkeupayaan setakat tahap kumpulan belia 4b berbaju batik atau ahli2 kemas di kampung tajaan wanita umno, yang dari dulu hingga kini masih tak berubah2 hanya mampu heboh bangga dgn rekod 1malaysia mereka (2010 buat apam, 2013 buat donut dan jadual berkala) yg sebenarnya hanya jadi bahan lawak yg tidak mengubah halatuju masyarakat dan negara sebaliknya hanya jenaka yg mendukacitakan???
melayu... janganlah terus me-layu,
bangkitlah berubah jadi jauh lebih maju pemikiran, keupayaan dan penghasilan!
-average joe-
klakka-la.blogspot
aiseh, sejak bila pulak makin banyak lembu terlepas masuk dalam TT ni? dah la berebut nak bagi komen tapi komen taraf duli* je! hampeh!
*debu di tapak kaki. ngeee.... Isham yang ajar....
ada juga lembu umno haprak lagi bangsat ni yang ngok tak abis2???upah pun dapat dari duit lendir dan judi sbb tu perangai samseng dari ketua sampai kepada mat gian felda yg dapat 15ribu satu dunia kalau bolih nak round!!!kesian melayu ditipu dulu kini dan sampai mampos!!!!!
1.tak sabar nak tenguk petisyen oleh puak PKR nanti!
2.Persoalan tentang bangla 40,000,blackout,beli kertas undi dll!!
3.macam gelihati dan lawak betul pak-pak pandir dan pak kaduk ni!!
4.kah!kah!kah!70-75% melayu memangkah umno pada pru 13!!tinggallah pak-pak pandir dan pak kaduk ni di buai mimpi dibawah naungan puak-puak kafir latnatullah!!
5.setakat 40-50k yang turun(80% puak kafir latnatullah)!!dicelah gigi rosmah je bhaiii!!!apatah lagi perhimpunan yang terbaru macam perhimpunan pagi budak sekolah kat kl jee!!
1.kah!kah!kah!hasil buah tangan budak arts tahun 70an!keputuan spm dan hsc ciput!!kalau ta dak dasar DEB masatu!!layak angkat tong taik cina jee!!kemudian buat bidang perfileman!!dahla tu!!filem tak laku hingga sekarang!!dari merapoh ke manchester kununnnya!!habuk pun tak dapat!!gelak je yusoff haslam kat ko bhaii!!faktanya!ko gagal dalam kerjaya bhaii!!
2.meneliti penulisan ko sebelum pru 13!!dah nampak tindakan ko selepas pru 13!!apatah lagi dengan kekalahan Pr!!lakonan ko boleh dibaca walaupun oleh budak tadika jee!!
3.melalak la ko bhaii!!dicelah-celah hanyir bau lendir kaum kafir latnatullah!!telah ditakdirkan Allah pada ko!!menjadi cai dan hamba kafir latnatullah keakhir hayat!!!
222 parlimen
- elok Blackout505 dibuat di setiap kaw parlimen
- program bulanan/mingguan
- hingga habis 222 kaw tu
Catat Ulasan