Jumaat, 4 Julai 2014

CHICKEN DIN BERKOKOK LAGI






TUDUHAN SAYA MENYOKONG MILITAN ISIL: ADAKAH BN, AMERIKA DAN SYIAH DI BELAKANG THE MALAYSIA INSIDER? 

The Malaysia Insider (TMI) tanpa jemu, sangat berminat untuk membuat provokatif dan membentuk imej buruk terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas. Tetapi terkini TMI menjadikan artikel saya yang panjang sebagai asas membuat provokatif melalui tajuk, “Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis secara terbuka”. Tulisan yang ditulis oleh MOHD FARHAN DARWIS bertarikah 2 Julai bagi saya bersifat sangat tidak bertanggungjawab. 

Sebagai penjelasan, artikel saya mengandungi 1 poin utama dan 3 poin pecahan. Poin utama ialah simpati kepada rakyat Syria yang dizalimi manakala 3 poin pecahan ialah kemaraan ISIL/ISIS, campurtangan Amerika dan Iran serta siapakah penyelamat sebagaimana yang disebutkan di dalam surah An-Nisa’ ayat 75. 1 + 3 poin ini ditutup dengan harapan dan semangat. 

Sebaliknya, TMI melalui artikel tersebut telah memberikan imej ‘sokong militan’ kepada saya, iaitu perkara yang sama yang sedang diusahakan oleh BN melalui MCA bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi non-malay. Kaedah pembentukan persepsi atau pengimejan sama yang diguna pakai oleh wartawan-wartawan yang tiada iman, iaitu kaedah ‘potong dan sambung artikel asal’ yang boleh dijadikan poin penyokong kepada persepsi dan imej yang cuba dibentuk oleh TMI. 


Sebagai contoh, TMI mempamerkan print screen daripada mukadimah saya: “Entah kenapa tiba-tiba hari ini hampir keluar air mata apabila membaca berita tentang kemaraan tentera ISIL (Islamic State of Iraq and Levants) atau ISIS (Islamic State of Iraq and Sham). Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. Bukan air mata kesedihan, juga tidak p…” Imej saya sokong militan sangat jelas dibentuk oleh TMI melalui nukilan separuh dan tutup baki ayat yang lain. Kemudian dibuat ulasan sendiri dengan menyebut: “Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militan Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.” Kalau anda baca setakat ayat di atas, maka saya dilihat sebagai sokong militan dan ganas. 

Sedangkan poin sebenar saya daripada perenggan itu ialah simpati kepada rakyat awam Syria dan Iraq. Poin ini tidak kelihatan kerana sambungan daripada ayat penuh yang asal tidak dipamerkan oleh TMI. Ayat penuh berbunyi: “Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ianya airmata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan”. Kegembiraan ini bukan kerana kemaraan ISIL, tetapi di sana terdapat berita-berita yang disiarkan oleh banyak sumber termasuk Sinar Harian sendiri tentang kegembiraan orang awam (kisah Thaer dll) berkaitan ISIL, bukan kerana kemaraan ISIL itu sendiri. Berita kegembiraan rakyat Iraq ini menjadi kegembiraan hati saya sebagaimana saya gambarkan dalam ayat terakhir di dalam perenggan pertama yang tidak disebut oleh TMI. 

Cukup jelas artikel tersebut menunjukkan saya bukan bermaksud menyokong ISIL apabila menyebut: “bukan air mata kesedihan dan juga tidak pasti ianya airmata kegembiraan”. Jika saya menyokong ISIL nescaya saya akan tulis: “kemaraan ISIL ini adalah air mata kegembiraan untuk saya dan rakyat Iraq”. 



Saya menceritakan tentang ISIL kerana kemaraan mereka berbanding kumpulan-kumpulan lain, bukan kerana menyokong ISIL itu sendiri. Penukilan saya tentang beberapa perkara positif oleh penduduk awam tentang ISIL tidak boleh menjadi alasan saya menyokong ISIL, justeru cerita yang sama juga diceritakan oleh banyak tulisan-tulisan dalam media baru, termasuk ia juga dinukilkan oleh Sinar Harian pada 16 Jun 2014. Kenapa TMI tidak kaitkan sekali Sinar sebagai menyokong ISIS justeru ia juga menceritakan tentang kemaraan ISIL dan sokongan beberapa pelarian dan penduduk Iraq terhadap ISIL? 

Tujuan cerita kemaraan ISIL di dalam artikel sata itu jelas merujuk kepada nasib rakyat Syria dan Iraq yang tidak terbela apabila saya menyebut selepas penceritaan kemaraan ISIL: "Sebagaimana yang telah saya coretkan sebelum ini, saya memang merasa sedih apabila membaca berita tentang Iraq dan Syria, bercakap dengan pelarian-pelarian……… mereka terdedah kepada penculikan, manipulasi dan bermacam-macam ancaman keselamatan.”

Dalam perenggan-perenggan terakhir penutup artikel, fokus saya sangat jelas iaitu harapan untuk rakyat Syria dan Iraq, bukan khusus untuk ISIL. Harapan itu sebagaimana surah An-Nisa ayat 75. 



Tiada sokongan khusus kepada ISIL daripada tulisan saya kerana saya menutup tulisan itu dengan menyebut: “Saya bukan dari kalangan ISIL mahupun ISIS dan saya tidak pernah bersemuka dengan mereka. Tetapi saya sentiasa tertanya-tanya siapakah dan adakah وليا dan نصيرا (pemimpin yang menolong) yang disebutkan di atas akan dimakbulkan oleh Allah swt. Adakah ISIL atau ISIS akan berperanan sebagaimana yang dimaksudkan oleh surah An-Nisa ayat 75?” Kalau saya sokong ISIL saya akan tulis: “Saya cukup yakin ISIL adalah golongan yang disebutkan di dalam surah An-Nisa’”. 

Jelas lagi apabila saya sambung penutupan artikel itu dengan menyebut: “Apapun saya bermohon kepada Allah swt kemenangan untuk umat Islam di negara-negara yang ditindas dan diperangi dengan senjata. Selamatkan mereka, ahli keluarga mereka serta maruah wanita-wanita mereka.” Kalau saya sokong saya akan tulis: “bagi saya ISIL adalah ‘pemimpin yang menolong’ sebagaimana maksud surah An-Nisa ayat 75.” Bukan dengan ayat tidak pasti sebagaimana di dalam artikel asal. 

Sekali lagi saya tegaskan, artikel saya tidak bermaksud menyokong ISIL sebagaimana yang cuba digambarkan oleh TMI melalui seni “potong sambung” terhadap artikel saya yang panjang. Apa yang jelas daripada tulisan saya selepas harapan, janji Allah dalam surah An-Nisa’ dan lain-lain, ialah sebagaimana saya coretkan: “Hati serta jiwa raga saya bersama mereka-mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, Kasymir dan lain-lainnya”. 

Bukankah semangat menentang kerajaan zalim yang ini satu sifat yang mulia? Jika ia berlaku kepada negara kita, maka bukankah sifat itu kenali sebagai semangat patriotik? Di mana hina dan salahnya? Bukankah yang hanya membenci sifat ini ialah golongan yang ingin menjajah dan menguasai kita? Persoalan lagi, kenapa TMI berperanan menanamkan perasaan benci kepada sifat patriotik? 

Memang ayat saya di atas akan dirasai patriotiknya jika anda membaca tulisan asal. Tetapi ia kelihatan ‘ganas’ apabila TMI ambik ayat patriotik tersebut dan menyambungnya dengan berita ISIL berhasrat untuk runtuhkan kaabah. Walhal berita ISIL ingin meruntuhkan Kaabah ini disebarkan oleh media-media yang dikuasai barat dan sebahagian menganggapnya palsu. 

Apabila kita melihat media Arab yang ‘sederhana’ menukilkan cerita ISIS ingin meruntuhkan Kaabah dalam nada tidak pasti berbeza dengan media-media pro Amerika menukilkan berita ini dalam keadaan yang sangat pasti. 

Alatheer News sebagai contoh, menyiarkan screenshoot tweeter pejuang ISIL ingin meruntuhkan kaabah, tetapi mereka mengulas:
ولم يتم التأكد من صحته
Maksudnya: Kesahihan berita (ingin meruntuhkan kaabah) ini datang daripada ISIS adalah tidak tidak dapat dipastikan. 

Selepas itu portal Alather News menyebut tentang kewujudan fake account twitter (akaun palsu) yang banyak menjadikan kesahihan berita itu benar-benar tidak dapat dipastikan. 


Siapa dibelakang TMI adalah menjadi persoalan penting khususnya selepas bertubi-tubi TMI menyerang peribadi saya, cuba memburukkan imej saya termasuk tuduhan tidak berasas terhadap beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain. Sekarang TMI dilihat selari dengan usaha BN untuk mempalitkan PAS dengan militan. 

Dalam masa yang sama, TMI juga mengguna pakai istilah-istilah tajaan Amerika serta menjaja lariskannya seperti perkataan militan kepada penentang-penentang kerajaan proksi Amerika di Iraq, iaitu istilah yang sama yang digunapakai oleh media antarabangsa pro Amerika. Walhal, tiada istilah militan terhadap orang Islam yang berjuang mempertahankan saudara seislam yang lain sebagaimana menurut mufti Kedah yang disiarkan oleh Sinar Harian, 10 Mei 2014. 

Sebagai renungan akhir, saya tertanya-tanya apa perasaan ahli-ahli PAS yang sedang makan gaji dalam TMI yang jelas cuba memburukkan imej beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. 

- Zaharudin Muhammad. 





-----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sbnarnye,toke ayyang tu yg bangang...kalu da tau tulisan tu bole timbul fitnah,xyah la nk ulas luahkn isi hati kt fesbuk,twitter,watapp etc...apa perlu d luahkn kunun2 sedih la,hepi la,simpati la..apsai?nk cr glamer?kalu pndai sgt..g solat tahajud/hajat diam2 kt umh..ni..pas duk luahkn ati,tibe2 x puas ati plak tuduh sana sini,INI SEMUA POYOOOO..kakahkah

Tanpa Nama berkata...

din ayam seorang hasan malek.........
kah...kah...kah.....