Jumaat, 19 Disember 2014

TURUN BERDEMO 31 DISEMBER




KOMENTAR

jadikan jalan raya
wadah politik anak muda
jadikan jalan raya
pentas mengubah politik
jadikan jalan raya
sabagai jawapan tipu pilihan raya




NGO sasar 10,000 turun ke Dataran

Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.

Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.

"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.

Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa.
 
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak dunia semasa yang kini jatuh mendadak.
 
"Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun.


TURUN 

BERDEMO

jangan tak turun





-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haha.. najip x amik pot pun.. apatah lagi ibrahim katak.. lagikan ku li nak bising2.. mustahil...

Sbb apa? Sbb apa? Kerana duit derang berbelanja dan makan setiap hari adalah duit bunga bank saja dah boleh makan bertahun2.. ku li sekali withdraw, 5 juta bro.. (x ingat matawang mana, x silap dlm USD, paling korok pun dlm MYR) itu baru ku li.. blom lagi mader dan anak2 buat withdrawal..

Tanpa Nama berkata...

munke msia cukup bijak walau.makan dedak... naik harga tak payah bincang 2 tapi masa nak turun kena bincang 2...kah kah kah bincang sampai 7 hari 7 malam...kah kah kah... memang dasar penipu sejak turun temurun...ingat rakyat masih bodoh....ingat rakyat masih jenis sunsidi... rakyat tau apa yang dibuat munke...harta dikumpul saban hari... undang 2 diguna mengekang rakyat...ugut... dakwa ... jangan silap...jangan alpa...setiap perjuangan bagi menegak keadilan menjadi sejarah... munke hidup kaya raya... apa pun buat lah drama lakon lah setakat mana mampu..jadi pelakon terbaik... kah kah kah semua menjadi perhatian rakyat kah kah kah jangan nak.tumpang hidup...jangan jadi free loader... jangan makan tanggung berak cangkung... hidup biar ada maruah diri...biar ada jati diri sebagai manusia berakal kah kah kaj

Tanpa Nama berkata...

DBKL akan gempur Petaling Street...
Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pasukannya akan bertindak terhadap gerai haram yang diusahakan oleh pendatang asing di Jalan Petaling.

Tindakan akan dikenakan ke atas peniaga tempatan yang menjual atau menyewakan gerai tersebut, katanya.

“Mereka dengan senangnya sewa kepada peniaga asing, contohnya sewa kepada warga Bangladesh dengan harga antara RM5,000 hingga RM8,000.

“Saya difahamkan dari kajian sulit kita yang dibuat melalui kamera poket (tersembunyi), memang lebih daripada 100 unit gerai telahpun disewa dan dioperasi oleh (warga) Bangladesh dan Nepal.

“Maka kami akan ambil tindakan secepat mungkin,” tegasnya ketika bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan dengan sembilan MP Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

kah kah kah
ini satu lagi spesis dedak
sama macam sardin cap ayam
pelik msia ni woit
sebelum nak kerja diumum dulu
polis nak tangkap judi umum dulu
imigresen nak tangkap pendatang umum dulu
kastam nak tangkap rokok seludup umum dulu
jpj nak saman umum dulu... siap bawa pembaris kayu
saban hari semua nak keluar tv
memaparkan kehebatan
memaparkan kecekapan
memaparkan kesungguhan
kah kah kah
tapi woit ingat lah
mereka 2 ni dibayar gaji setiap bulan utk kerja 2 tu
bukan buat amal jariah
bukan buat kerja free
utk puji utk angkat utk pingat
kah kah kah
jangan buat wayang
jangan buat drama
jangan buat sandiwara
jangan buat pementasan
buat kerja ikut undang 2
buat kerja ikut peraturan
jgn rasuah
jgn minta sedekah
amar maakruf nahi mungkar
kah kah kah
adakah ini menghasut ?
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Duduk rumah dengan famili lagi faedah. Bodoh, buang masa je

Tanpa Nama berkata...

sori la bhai,dah terlambat kot...rata -rata rakyat dah tak ambil pot. .lantak gi lah nak jahanam