KOMENTAR
sekarang jelas
najib hendak di terajang keluar
gantinya ialah muhyiddin
ada dua pekara timbul
1 - penjelasan sampai
2 - najib perlu dipertahankan
rosmah dan najib
adalah beban kepada
united malays national organistaion
rosmah dan najib beban
kepada parti ketuanan melayu ini
ahli partiketuanan melayu
sedang memikul rosmah dan najib
bayangkan betapa beratnya
lebih berat dari memikul biawak hidup
ini bermakna rosmah dan najib
adalah SENJATA kepada pakatan rakyat
lagi berat BEBAN ini
lagi molek untuk pakatan rakyat
lagi berat ROSMAH lagi ringan kerja pakatan
lagi berat rosmah lagi senang buat kerja
lagi gila rosmah shopping lagi baik
kalau rosmah dan najib berjaya ditendang
muhyiddin menjadi ganti
maka pakatan rakyat akan susah
muhyiddin memiliki imej warak
anak tok guru
tidak ada skandal sex
isteri dilihat soleh
isteri muhyiddin tidak gila SHOPPING
hasilnya:
BERAT kerja pakatan rakyat
Pemimpin Umno cawangan mahu Muhyiddin ganti Najib, anggap Khairy angkuh
Pemimpin Umno cawangan Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, Najib Razak perlu berundur dari kedudukannya dalam parti serta sebagai perdana menteri agar ruang itu dapat diberikan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.
"Saya cadang timbalan perdana menteri ambil alih kedudukan Najib. Beliau lebih layak dan ini supaya dapat memberi nafas baru kepada parti," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Cadangan ini dibuat sebagai tambahan kepada surat terbuka Ketua Penerangan Umno cawangan Taman Chempaka, Pandan, sebelum ini yang menuntut supaya Najib berundur.
Mengulas mengenai surat terbukannya yang mendesak Najib untuk berundur agar Umno dapat dikukuhkan semula, Syed Rosli berkata pandangannya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada agenda tertentu.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno Taman Chempaka, Pandan, itu berkata beliau bebas menyuarakan pendapatnya menggunakan media sosial tanpa sekatan.
"Saya ikhlas apabila menyuarakan hal ini, saya rasa ia salah satu cara menarik perhatian pemimpin Umno. Saya bukan ahli majlis tertinggi juga bukan berada dalam Kabinet. Saya tidak ada akses untuk bercakap terus dan surat terbuka merupakan medium saya.
"Saya juga tidak mendapat apa-apa manfaat, tidak ada projek atau tender yang saya perlu jaga. Saya cuma ahli biasa, apa yang saya cakap adalah luahan dari hati yang bimbang dengan masalah parti," katanya.
Tambahnya lagi, gesaan mendesak Najib berundur bukan hanya datang daripada suara akar umbi, malah daripada pimpinan tertinggi sekalipun, seperti bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
"Seperti saya nyatakan dalam surat terbuka, Najib perlu berundur kerana sudah menjadi liabiliti dalam parti, terlalu banyak isu seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau sepatutnya sebagai menteri kewangan menjawab isu tersebut, namun hanya bertindak mendiamkan diri," katanya.
Selain itu, Syed Rosli mengakui tidak gentar sekiranya Umno bertindak memecat atau menggantung keahlian beliau kerana kelantangannya itu.
Beliau berkata sekiranya parti itu bertindak menggantung atau memecatnya, ia membuktikan tiada kebebasan untuk ahlinya bersuara atau bercakap mengenai pemimpin.
"Saya ini lebih sayangkan parti daripada pemimpin dan andai kata saya dipecat, jadi perjuangan saya bersama Umno akan terhenti setakat ini, namun perjuangan saya bersama rakyat akan berterusan," katanya.
Dalam surat terbukanya, Syed Rosli menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.
Dalam surat terbukanya, Syed Rosli menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.
Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu, mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti berteraskan bangsa Cina dan India.
Pada masa sama, Syed Rosli turut mencabar Najib membuat undian secara online, adakah khidmat perdana menteri itu masih diperlukan bagi membuktikan dakwaannya mengenai penolakan akar umbi.
"Selama ini Najib pegang jawatan tersebut tanpa bertanding, jadi saya cabar, adakah beliau berani secara terbuka mengadakan undian online dan saya jamin daripada situ kita tahu beliau diperlukan atau tidak," katanya. – 19 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-cawangan-mahu-muhyiddin-ganti-najib-anggap-khairy-angkuh#sthash.jqEYQDCN.dpuf-----------
3 ulasan:
Apalaa mamat neh.x suka najeebon jgn duduk m'sia laaa.kena dakwa krana hasut neh.arahkan mamat komedi zahid lucut kerakyatan.derhaka x taat pemimpin tol.najeebon kan dicop mohor utk jd PM.kang bg mohor botol kat dahi mamat rosli barudia taw.keh keh keh.ingat.tanpa najeebon apa umngok boley buat.kih kih kih.tgok punya tinggi pemikiran dan sygnya kat negarasampai dilantik lbh dr 30 org menteri pasal nak kasihebat perancangan memajukan negara.ekao TT apa ada?gehehehehe.
Tak habis2 menghasut. Inilah manusia yg tak takut azab Allah
Dari 5 tahun lepas ko kata mudin nak terajang najib. Tapi sampai sekarang tak jugak dia terajang. Lepas tu tiga tahun lepas najib nak terajang mudin, tak jugak berlaku.
Yang aku nampak, nuar yang terajang TSKI. Kih kih kih...
Catat Ulasan