Penambahan Punduduk Miskin Cecah Seratus Ribu, Rakyat Terperangkap Di Pinggir Jenayah
Najib memuji pengurusan TESCO Bukit Mertajam menawarkan kerja kepada seorang penganggur yang telah ditangkap akibat daripada mecuri. Beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk menasihatkan rakyat agar dapat mencari rezeki dengan cara yang betul serta mendapatkan bantuan daripada pihak , dan seterusnya menyeru semua rakyat mencari naskah atau mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak yang berkenaan.
ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon berkata, Perdana Menteri telah mengabaikan punca utama masalah tersebut iaitu negara kita telah mengalami krisis ekonomi. Krisis negara juga adalah krisis setiap individu. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia, perlaksanaan GST serta masalah rasuah yang berleluasa telah memaksa seseorang itu untuk mengambil risiko untuk menjalankan aktiviti jenayah. Kes penganggur di Bukit Mertajam adalah satu contoh di mana negara telah memaksa rakyatnya terperangkap dalam aktiviti jenayah.
Perdana Menteri gagal dalam mengkaji semula jaringan keselamatan sosial yang sedia ada, malah memotong peruntukan untuk kebajikan rakyat serta keberkesanan perlaksanaan Bantuan Am yang membantu keluarga miskin untuk melalui cabaran hidup.
Mengikut statistik kerajaan, ketua rumah yang berpendapatan miskin atau miskin tegar telah bertambah seratus ribu orang sejak lima tahun yang lepas. Sehingga Februari tahun 2016, populasi orang miskin dan miskin tegar (ketua rumah) adalah sebanyak 228,873 orang.
Lee berkata, ini bukan masalah individu sahaja, tetapi adalah kelemahan sistem kerajaan yang tidak dapat mempertahankan maruah rakyat dan hak asasi kehidupan mereka. Sekiranya ada pilihan, tiada orang akan memilih untuk mencuri di pasaraya untuk menampung kehidupan.
Kerajaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan mengupah buruh asing untuk mengisi keperluan buruh pasaran, sebaliknya masalah pengangguran dan pemberhentian kerja yang dihadapi oleh rakyat masih tidak dapat diselesaikan. Hak asasi pekerja dan gaji minimum masih tidak terjamin.
Kes unik TESCO tidak boleh dijadikan teladan untuk syarikat persendirian, kerajaan perlu memikul tanggungjawab untuk mencari jawapan dan penyelesaian untuk masalah pengangguran.
Lee juga memberi saranan kepada kerajaan untuk melaksanakan Perkara ke-23 di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjaminkan hak pekerjaan untuk semua, kebebasan untuk memilih pekerjaan serta menikmati keadaan pekerjaan yang adil dan bebas daripada pengangguran.
Untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat, merangsang ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, kerajaan perlu mengkaji semula polisi gaji minimum dan membatalkan perlaksanaan GST serta meningkatkan keberkesanan jaringan keselamatan sosial.
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang
---------------
1 ulasan:
Cakap kpd umno/bn takguna krana dia orang pentingkan tembolok sendiri."ebih baik cakap kpd pengundi tolak bn dlm pru akan datang.
Catat Ulasan