Isnin, 21 Mac 2016

SAHABAT ALAM PERAK









FACE BOOK



Salam Sejahtera,

Kami daripada KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berasaskan perjuangan membela dan memulihara alam sekitar; yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia [No. Pendaftaran: PPM-033-08-14112012] dengan rasa rendah dirinya ingin memohon jasa baik pihak saudara/i untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kami dalam menubuhan Pusat Aktiviti baharu kami yang terletak di Teluk Muroh, Daerah Manjung Perak.

Persatuan kami telah wujud semenjak tahun 2012 dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti samada dalam konservasi, kempen-kempen kesedaran, pendidikan, kajian lapangan, kajian spesis biodiversiti dan juga membawa isu-isu alam sekitar serta masyarakat akar umbi di negeri Perak. Ini termasuk:

-Melahirkan '1 Aktivis, 1 Daerah' bagi membawa suara masyarakat setempat dan isu-isu yang melibatkan alam sekitar

-Penglibatan dalam siri Mesyuarat & Perlaksanaan; Jawatankuasa Teknikal Program Penanaman Pokok Bakau & Spesis-spesis yang bersesuaian di sepanjang Persisiran Pantai Negara dgn kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia

-Penglibatan dalam Perbincangan merangka Pelan Pembangunan 'Perak Green Growth Strategy 2030'

-Siri program-program pembersihan pantai & penanaman pokok semenjak tahun 2013 untuk tujuan menahan hakisan ombak dan memulihara spesis-spesis marin terutamanya spesis penyu dan sumber makanan laut di Daerah Manjung

-Projek Forest Watch dgn kerjasama Transparency International (TI)

-Kempen Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia

-Kempen Selamatkan Penyu & Hutan Bukit Pantai Segari

-Kempen Selamatkan Pantai Warisan Teluk Muroh

-Kempen Selamatkan Hutan Simpan Pondok Tanjung & Tasik Bukit Merah

-Pembinaan tapak semaian bagi spesis-spesis pokok Dipterokarp & spesis pokok persisiran pantai

-Kajian dan konservasi spesis eksotik di HS Segari Melintang 

-Pertanian & Penternakan Organik di Bandar Ipoh

-Aktiviti Sukalerawan Eko (Eko-Volunteer) dan Eko-Pelancongan di Daerah Manjung

-Mewujudkan siri kerjasama dengan para nelayan, masyarakat akar umbi, jabatan-jabatan kerajaan, mahasiswa universiti, pelajar sekolah, sukarelawan dan NGO-NGO yang lain dalam menjalankan agenda konservasi alam sekitar

-Membawa pelbagai isu eksploitasi alam sekitar di negeri Perak
-Dan pelbagai aktiviti lagi...

Selama ini, kami bergerak secara sukalerawan (tanpa dibayar gaji) dan mengeluarkan wang kami sendiri untuk kerja-kerja konservasi selain daripada kerjasama/bantuan daripada jabatan kerajaan dan NGO-NGO lain. Kami juga tidak mempunyai pejabat sendiri. Justeru pada masa hadapan, di samping berusaha utk mendapatkan geran untuk melaksanakan projek-projek kami, kami juga berharap sumbangan atau sokong daripada pihak anda bagi membina fasiliti kami sendiri dan memudahkan lagi kerja-kerja bakti kepada alam sekitar.

Jika anda tidak berkesempatan untuk secara langsung terlibat dalam usaha mempertahankan dan memulihara warisan khazanah alam kita, dengan sumbangan wang anda juga akan sedikit sebanyak membantu ke arah usaha-usaha murni ini. Segala keprihatinan dan sumbangan anda kami dahulukan dgn ucapan terima kasih.

"Apa ertinya hidup jika enggan berbakti kepada alam"


















----------------

Tiada ulasan: