Ahad, 27 Mac 2016

PENDEDAHAN PUTAR ALAM




LAGI

PENDEDAHAN

PUTAR ALAM



1MDB GUNA RM288 JUTA WANG (YANG SEPATUTNYA DIBAYAR KEPADA ANAK SYARIKAT LTAT) UNTUK MEMBAYAR FAEDAH PINJAMAN 1MDB

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, 1MDB dan LTAT masih tidak memberi sebarang maklumbalas kepada kenyataan saya semalam bahawa sejumlah RM396.41 juta bayaran yang sepatutnya dilunaskan kepada PPHM (anak syarikat LTAT yang menjadi “turnkey” kontraktor kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara) masih lagi tertunggak setakat September 2015. Selalunya 1MDB dan LTAT akan mengeluarkan kenyataan balas sepintas kilat selain dari mengugut untuk mengambil tindakan saman.

Saya percaya 1MDB dan LTAT masih tidak memberikan sebarang kenyataan balas kepada pendedahan saya kerana kedua-dua syarikat dan tabung milik kerajaan ini tahu saya mempunyai dokumen sebagai bukti kepada dakwaan saya itu.

Salah satu sebab utama kepada berlakunya tunggakan sehingga mencecah RM396.41 juta jumlah yang 1MDB berhutang kepada PPHM (setakat September 2015) ialah kerana dana yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB untuk membayar PPHM digunakan bagi tujuan yang lain.

Untuk memahami bagaimana tempangnya kedudukan kewangan 1MDB dalam perkara ini, saya nyatakan fakta-fakta berikut yang dipetik dari kenyataan-kenyataan 1MDB sendiri:

1.    Projek pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara telah dianugerahkan kepada 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan pada harga RM2.7 bilion. Keseluruhan projek ini kemudiannya diserahkan oleh 1MDB kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) iaitu anak syarikat LTAT

2.    Dana yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar PPHM jumlah RM2.7 bilion ini datang dari 2 sumber: sebanyak RM1.0865 bilion adalah geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB (lihat petikan Laporan Ketua Audit Negara di bawah) dan RM1.5 bilion dari terbitan sukuk. Maknanya, dana yang diambil adalah mencukupi untuk membiayai projek ini.


3.    Setakat September 2015, ada tunggakan bayaran kepada PPHM sebanyak RM396.41 juta yang bermakna sebahagian dari dana yang diberikan kerajaan iaitu RM1.0865 juta telah digunakan bagi tujuan-tujuan lain

Berdasarkan dokumen rahsia Kerajaan Persekutuan yang saya ada, saya boleh mengesahkan pengurusan 1MDB mengakui bahawa sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bayaran penempatan semula telah digunakan oleh 1MDB untuk membayar faedah pinjaman 1MDB sendiri (bukannya untuk membayar PPHM seperti yang sepatutnya).

Apabila geran Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk membayar anak syarikat milik LTAT telah dibelanjakan bagi tujuan menutup kepincangan kewangan 1MDB (dengan membayar faedah pinjaman), sudah tentu itu akan mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB. Akhirnya untuk memastikan kerja-kerja terus berjalan, LTAT berkemungkinan besar telah mendahulukan dananya terlebih dahulu.

Tindakan yang kurang pintar oleh pengurusan LTAT inilah yang saya khuatiri telah memberi kesan kepada kelancaran pembayaran caruman oleh LTAT kepada pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan.

Saya menunggu jawapan dari 1MDB dan LTAT kepada pendedahan ini. Saya juga masih menunggu LTAT mengemukakan senarai jumlah pesara tentera yang bayaran caruman persaraan mereka masih tertunggak.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tambah satu lagi badan dapat bala berurusan dengan 1mdb.said kruak,anuar musa,azalina,puad zakusi,ramhman dahlan dan nazei aziz sila jelaskan dakwaan.tak mungkin kamu semua mampu jelaskan.bisu lah..

Tanpa Nama berkata...

Apa kabar ali tinju? Diam jerrr