.

Ahad, 27 Mac 2016

LEMBAGA HITAM DI TABUNG HAJI






SATU LAGI

KES PUTAR

ALAM


TUAN HAJI LODIN WOK KAMARUDDIN PERLU LETAK JAWATAN DARI LTAT; MINTA MAAF KEPADA PESARA TENTERA

Pendedahan hari ini bahawa kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut terkesan akibat skandal 1MDB kerana 1MDB gagal membayar Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan. Sehingga September 2015, tunggakan bayaran dari 1MDB kepada PPHM adalah RM396.41 juta yang sudah tentu akan mempunyai kesan kepada keupayaan kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang tamat perkhidmatan tepat pada masanya.

Penglibatan Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi 1MDB dan juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah satu konflik kepentingan (“conflict of interest”) yang terlalu jelas. Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama di dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada ratusan (jika tidak ribuan) pesara-pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan.

Tanggungjawab paling utama yang sepatutnya beliau perlu laksanakan ialah menjaga kebajikan pesara-pesara tentera dan mempertahankan hak mereka mengatasi kepentingan perniagaan lain. Apabila ada keluarga pesara tentera yang terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain; saya berpendapat Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin perlu mengambil tanggungjawab di atas masalah yang berlaku ini.

Saya akan berunding dengan persatuan-persatuan bekas perajurit seperti PAHLWAN, persatu veteran dan lain-lain untuk menggerakkan satu kempen mendesak supaya Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin berundur dari LTAT dan meminta maaf secara terbuka dengan pesara-pesara tentera dan keluarga mereka.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ERROR OF JUDGEMENT dalam badan korporat bukan lagi suatu pembelaan jika pelaburan alami kerugian..boleh digunakan jika ada fakta menunjukkan proses due dilligent dijalankan dan syor/nasihat pihak yang berwibawa telah diambil kira sebelum suatu keputusan lembaga pengarah dibuat. Apa jua keputusan yang dibuat atas sifat spekulasi adalah suatu jenayah korporat. Jika tiada pendakwaan boleh dimulakan, barisan lembaga pengarah perlu bertanggungjawab dengan meletak jawatan. Barulah nampak bermoral.