Selasa, 22 Mac 2016

TERUSKAN LAGI






Polis “Double Standard” Turunkan Papan Iklan #BebasAnwar   

ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menurunkan tiga buah papan iklan #BebasAnwar di negeri Selangor. Masalah polis menjadi alat politik semakin serius. Tindakan polis tersebut adalah tidak professional malahan seolah-olah sama dengan samseng yang berlesen.

Lee pertikaikan kenapa polis mengerahkan begitu banyak anggota polis serta kenderaan untuk menurunkan papan iklan. Adakah papan iklan #BebasAnwar lebih mengancam keselamatan berbanding dengan penjenayah?

Lee juga mengkritik polis mengambil sikap “double standard” dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan. Selama ini, apabila penduduk yang mengadu tentang masalah keselamatan seperti pusat hiburan yang berunsur judi yang kian berleluasa, polis akan memberi alasan bahawa perlunya operasi bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.

Namun demikian, papan iklan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan telah diturunkan oleh pihak polis dengan sekelip mata sahaja. Akan tetapi, pemimpin UMNO Selangor Jamal Md Yunos yang mengugut untuk membakar papan iklan #BebasAnwar minggu lepas hanya diperhati oleh pihak polis di tepi dan tiada sebarang tindakan diambil pada ketika itu.



Lebih penting lagi adalah tindakan polis kali ini merupakan campur tangan serta mengganggu urusan dan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dalam proses kelulusan dan penguatkuasaan papan iklan. Insiden tersebut juga menunjukkan kuasa polis yang terlalu besar sehingga Ketua Polis Negara boleh mengambil tindakan dengan sesuka hati.

Lee memperingati pihak polis bahawa Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB telah menyifatkan pemenjaraan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah arbitrari serta melanggar undang undang antarabangsa dan mendesak beliau dibebaskan segera. Segala hukuman yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim adalah tidak adil dan zalim. Kerajaan Malaysia perlu bebaskan Anwar Ibrahim dengan segera agar mengembalikan integriti sistem perundangan dan kerajaan.

Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang





---------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pau pau pau

MAT KAMPAU !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

gua dah cakap bro..duit rm600k sudh diluluskan sekarang kerja kena jalan..kalo tak kerana rm600k tu, mana mau datok jawa jamal tu buat kerja tengah2 panas..poster anwar lebih bahaya dari saboon spa..mana org2 agama..g la saboon spa..suruh dai2 agama g saboon spa utk tarbiah tokey2 saboon spa tu..jgn ckp agama kat masjid je ..g la bwk krew 999 g tarbiah sabooon spa tu...

Tanpa Nama berkata...

Polis dah bingong lupa apa tugas mereka sebenarnya...lepas ni mereka nak ambil alih tugas Alam Flora ka?

Gila berkata...

Bole bincang tugas2 lain yang perlu KTN ambil alih seperti, pemandu teksi, jaga kedai emas, pump attendan, kerja kampong, jual air kelapa pasar malam, surirumah bergaji tetap dan sebagainya...ramai muda-mudi kat pulapol dah kena sedia buat tugas orang lain...apa bole buat...kena ikut nasihat Menteri kerja sampai mati...