Isnin, 26 September 2016

HANYA SATU JAWAPAN - KITA LAWAN





BATALKAN PERINTAH KUTIP GST ATAS BEKALAN AIR KE RUMAH PANGSA, MASJID DAN PENYAMBUNGAN SEMULA BEKALAN AIR


Saya merujuk kepada satu surat bertarikh 13 September 2016 dari Jabatan Air Negeri Sabah kepada semua jurutera air bahagian mengenai pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan membekalkan air, seperti yang saya sertakan bersama.

Saya meminta supaya Najib sebagai Menteri Kewangan mengesahkan bahawa bermula 1 September 2016 bekalan air ke pangsapuri, rumah ibadah, rumah kebajikan, perkhidmatan bekalan dan penyambungan air akan dikenakan GST.

Bukan sahaja tindakan ini melampaui batas kerana ia mensasarkan kutipan GST dari golongan miskin dan kurang bernasib baik, pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air ini dibuat secara senyap-senyap tanpa pun dihebahkan lebih awal kepada rakyat.

Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan tidak mengutip cukai dari urusniaga yang bernilai berbilion ringgit yang melibatkan orang kaya iaitu keuntungan dari jual beli saham kerana negara ini tidak ada Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax). Oleh itu, tindakan mengutip cukai dari bekalan air ke rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan perkhidmatan bekalan dan penyambungan air adalah satu perbuatan yang sangat tidak boleh diterima.

Saya faham  Najib mungkin khuatir dengan kesuntukan wang di Perbendaharaan kerana kutipan GST bagi suku kedua tahun ini susut sebanyak 30%. Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Najib bahawa saya dan sahabat dari Pakatan Harapan telah memberi amaran sejak dari 2010 bahawa memperkenalkan GST akan membantutkan perbelanjaan rakyat yang seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan kerajaan mengutip cukai bagi menampung perbelanjaan negara.

Saya mendesak supaya satu arahan dikeluarkan segera untuk membatalkan perintah mengutip cukai GST bagi bekalan air ke kediaman dan kemudahan rakyat miskin ini.

Saya juga mendesak supaya  Najib menghentikan segera sebarang perjalanan menggunakan jet peribadi, helikopter atau apa-apa kemudahan perjalanan udara khusus untuk beliau, isteri dan menteri-menteri.

Sekiranya kedua-dua ini tidak menerima apa-apa maklumbalas dalam masa terdekat, saya akan mengatur supaya tunjuk perasaan mendesak membatalkan GST ke atas bekalan air di rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan lain-lain diadakan di rumah-rumah pangsa bermula dengan kawasan saya di Pandan yang mempunyai banyak rumah pangsa.
                      

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN








------------

3 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

gwa beli spare part..absober..depan 2 ..belakang absober gas 2...hehehhehe..cina tu masukkan harga absober depan je....pehhhh...pandai cina ni...40 % dia pulun sorang 2...hah..60% tu kongsi ngan kerajaan gst nyer...pandai cina ni...melayu kena belajar cara ni....hehheheheh...

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa tokong, kuil, dan rumah ibadat kritus juga..mereka pun rakyat juga..

Tanpa Nama berkata...

Gst. Hari ni air. Kelak oksijen. Macamana nak kenakan gst atas pemilikan dan penggunaan oksijen? Yang guna tangki oksijen untuk scuba diving kena tambah bayaran untuk gst. Yang separuh mati nak kena revive di hospital guna oksijen pun kena bayar extra untuk gst. Yang nak laju atas jalan guna oksijen lebih untuk enjin turbo yang semakin banyak pada memacam model proton sekarang jugak kena tokok bayaran untuk gst. Sesiapa yang jual dan yang beli karipap atau apa apa kuih lain yang berinti oksijen pun tak terkecuali kena gst. Tapi yang lebih memberi pulangan besar dan meluas pada kera bn adalah dengan mengenakan gst pada setiap bayi yang baru dilahirkan dan hidup walau hanya sesaat sebab dalam sesaat pun dah sempat hirup oksigen dari ruang udara negara, bayangkan setiap tahun lebihkurang setengah juta bayi baru, itu sekarang, nanti dah tahun 3000 penduduk dalam malaysia dah 2X ganda sekarang maka bayi baru setiap tahun jadi lebihkurang sejuta. Besar pasaran gst oksijen ni. Aku nak cepat daftar syarikat 1ringgit jadi ejen eksklusif pengutip gst oksijen untuk kera bn. Aku kayo!