Sabtu, 28 Oktober 2023

MURID SEKOLAH LUBUK UNDI



Petisyen gesa Minggu Solidariti Palestin dihenti dilancar

SATU petisyen dalam talian dilancar bagi mendesak kerajaan untuk menjauhkan konflik antarabangsa, konflik dan perang Timur Tengah, ketegangan kaum dan agama dari sekolah dan institusi pendidikan.

Petisyen yang digerakkan oleh Global Human Rights Federation (GHRF) itu dilancarkan pada jam 10.30 pagi tadi, dengan tajuk “Selamatkan Sistem Pendidikan Kita”.

Ia berlaku menjelang Minggu Solidariti Palestin yang dijadualkan bermula esok di sekolah dan institusi pendidikan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

“Sekolah dan institusi pendidikan kita adalah lapangan berkecuali di mana penekanan diberikan kepada pendidikan berkualiti berlandaskan hak asasi dan menghormati kepelbagaian.

“Kami memandang berat kepada tindakan mengheret kanak-kanak sekolah ke dalam dunia protes orang dewasa global dan tidak membawa minda kanak-kanak ke dalam krisis timur tengah atau krisis antarabangsa atau perang,” kata Presiden GHRF S. Shashi Kumar kepada The Malaysian Insight.

Petisyen itu secara kolektif dilancarkan oleh 21 kumpulan sivil awam termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Awal minggu ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan ia akan melancarkan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah dan institut latihan perguruan di bawah bidang kuasanya. – 28 Oktober, 2023.


WOIT

KESIAN NGO NI

TAK FAHAM

AMIN

ISU PALESTIN NI

DI MALYSIA DAH

JADI PERLAWANAN

POLITIK

AMIN

SAPA LEBIH

PRO PALESTIN

ERTINYA 

LEBIH ISLAM 

LEBIH MELAYU

AMIN

PAKATAN LAWAN

PERIKATAN

AMIN

KEMPEN DISEKOLAH

DI JALANKAN KERANA

MURID  TINGKATAN 3

AKAN  MENGUNDI 

DI PRU 16

AMIN

DENGAN UNDI 18

MURID SEKOLAH

JADI LUBUK UNDI

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau masih percaya demo demi semua untuk perjuangan adalah cerita karut-marut kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah.... Aki cafangkan umur mengundi diturunkan ke 12 tahun... Sobabnyo masing2 dah ado mykad. Dah boleh undi.... Allah huakbar. Alhamdulillah.... Baru best....

Tanpa Nama berkata...

Kadang kadang bagus juga ngok pakai englisy, bahasa fancy bahasa bogus. orang ramai tak ambik pot. hanya cakap kampung diterima.