Khamis, 2 Mei 2024

PENGUNDI UMNO LARI



Mimpi buruk PH-BN semakin menjadi realiti ketika penyokong Umno secara terbuka sokong PN


Kebimbangan utama Pakatan Harapan (PH) bahawa ahli Umno akan mengundi untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu semakin menghantui gabungan kerajaan itu yang berdepan lebih banyak kehilangan undi Melayu di kerusi itu.

Ia perkembangan yang semakin ketara, menurut tinjauan MalaysiaNow, yang mendapati tanda tidak puas hati dalam kalangan penyokong tegar Umno semakin lantang dan dilakukan secara terbuka.

Beberapa orang kuat dan veteran Umno turut mengesahkan sejumlah besar ahli parti akan memberi undi kepada PN, mengulangi trend yang berlaku pada pilihan raya umum 2022 dan kemudian sekali lagi pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Mereka berkata akar umbi Umno masih tidak dapat menerima kerjasama parti itu dengan PH, lebih-lebih lagi dengan DAP yang calonnya, Pang Sock Tao dilihat sebagai orang kuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, figura yang tidak disenangi ahli Umno.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Hulu Selangor, Mohd Nor Abas, menjangkakan lebih 70% ahli Umno akan beralih kepada PN.

"Yang lebih 20% hingga 30% tu susah la, mungkin penyokong (tegar) macam pimpinan," katanya kepada MalaysiaNow.

Nor Abas berkata beliau telah memerhatikan trend sokongan kepada Umno di kawasan Kuala Kubu Baharu sejak tiga penggal.

Menurutnya, rakan-rakan parti dan anak muda di kawasan itu secara terbuka menyatakan sokongan kepada PN dengan memakai baju gabungan itu.

Ia berlawanan dengan kemahuan pimpinan tertinggi Umno yang menyeru ahli dan penyokongnya untuk membantu calon DAP, yang berdepan penyaing utamanya dari PN, Khairul Azhari Saut.

Nor Abas berkata bahawa majoriti ahli Umno di kawasan itu masih berpegang kepada slogan "No Anwar, No DAP", yang menjadi tema pada Perhimpunan Agung Umno yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Bekas ketua kampung, Norazizan Nordin berkata penamaan seorang calon Melayu oleh PN memberikan saingan sengit di samping "nafas baru" kepada pengundi Melayu.

Tahun lalu, PN menamakan calon dari parti komponen Gerakan, Henry Teoh yang tewas dengan majoriti 4,119 undi kepada mendiang Lee Kee Hiong dari DAP.

Menurut Norazizan, ramai pengundi Melayu ketika itu tidak turun undi.

"Majoriti Melayu itu sudah meningkat dan hari ini kita nak cuba mendekatkan pengundi-pengundi yang dulunya hampir 10,000 tidak turun mengundi, kebanyakannya ialah orang Melayu sendiri."

Kuala Kubu Baharu, dengan 40,226 pengundi, merupakan kerusi campuran dengan pecahan Melayu sebanyak 46%, Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (6%).

'Kesilapan terbesar' PN

Menurut Nor Abas, penolakan akar umbi Umno terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan PH sudah lama berlaku.

Bagaimanapun, katanya, belum ada ruang bagi mereka menyatakan pendirian ini kerana tiada calon Melayu.

Beliau menyifatkan langkah PN meletakkan calon bukan Melayu pada PRN lepas sebagai kesilapan besar.

Pesara yang mahu dikenali sebagai Pakcik Ajman turut merasakan peralihan sokongan ketara dalam kalangan pengundi Melayu kepada PN apabila ada calon Melayu.

Katanya, pada dua PRU yang lepas, pengundi digesa menolak Barisan Nasional (BN) sehingga banyak pengundi Melayu menyokong PH.

Pakcik Ajman berkata kini, mereka dilihat menolak kedua-duanya.

Menantunya, Abdur Rizal berkata lebih ramai penyokong Umno secara terbuka menyatakan sokongan kepada PN.  

Dia memberikan contoh Pak Hassan, yang satu ketika dulu orang kuat Umno yang popular dengan penduduk tempatan.

Pak Hassan kini menolak gesaan pimpinan Umno berkempen untuk calon DAP.

"Pak Hassan seorang sahaja pun boleh bawa pengaruh kepada ramai lagi orang veteran di kawasan ni," kata Rizal.


Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali turut mengakui pengaruh Pak Hassan.

Menurutnya, tokoh tempatan itu memberikan kebenaran kepada PN menggunakan laman rumahnya sebagai tapak ceramah kelompok pada waktu malam.

"Di dalam rumah Pak Hassan ada lebih 100 ahli Umno terdiri daripada anak-anak, menantu dan cucu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Perikatan Nasional," kata bekas menteri besar Selangor itu kepada MalaysiaNow.

LARI LARI

KENAPA LARI ?

AMIN

TAKUT DAP

ATAU BENCI

ZAHID ?

AMIN

ZAHID JUAL PARTI

PADA DAP

KAH KAH KAH

ZAHID JUAL NAJIB

TIMBANG KATI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: