Khamis, 2 Mei 2024

KENYATAAN SETANYAHU




Serangan ke atas Rafah akan berlaku – Netanyahu

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel akan melancarkan pencerobohan ke atas bandar Rafah di selatan Gaza tanpa mengira rundingan gencatan senjata dengan Hamas.

Kenyataan ini dikeluarkan di tengah-tengah percubaan berterusan untuk persetujuan gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengeluarkan amaran baharu terhadap pencerobohan Rafah, melainkan orang awam dilindungi dengan sewajarnya.

Dalam satu panggilan telefon dengan Netanyahu Ahad lalu, Presiden AS Joe Biden “mengulangi pendiriannya yang jelas” mengenai Rafah, kata satu kenyataan White House.

Biden sebelum ini menyifatkan pencerobohan ke atas Rafah sebagai “garisan merah”.

Pada hari Selasa, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, serangan ke atas Rafah akan menjadi “kemusnahan yang tidak dapat ditanggung”, merayu “semua mereka yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala-galanya untuk menghalangnya”.

Lebih separuh daripada 2.5 juta penduduk Gaza berada di Rafah, setelah melarikan diri daripada pertempuran.

INI SUARA

SETANYAHU

AMIN

RAFAH TETAP

DISERANG

AMIN

SETANYAHU KINI

TAK IKUT CAKAP

BIDEN

AMIN

Tiada ulasan: