Isnin, 20 Januari 2025

BERITA GUMBIRA



Israel akan serah nama 90 tahanan Palestin bakal dibebaskan hari ini - Hamas


KAHERAH: Hamas memaklumkan bahawa pihak Israel akan menyerahkan senarai nama 90 tahanan warga Palestin yang bakal dibebaskan, hari ini.

Ia sebagai pertukaran dengan tiga tebusan wanita Israel yang akan dibebaskan oleh kumpulan pejuang itu di Gaza.

Menurut Hamas dalam satu kenyataan, tahanan warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak berkenaan akan dibebaskan oleh Israel pada hari pertama pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.

"Dalam sedikit masa lagi, pihak pendudukan (Israel) dijangka menyerahkan senarai nama 90 tahanan daripada kategori wanita dan kanak-kanak yang akan dibebaskan pada hari pertama pelaksanaan gencatan senjata," kata Hamas.

Terdahulu, Israel dan Qatar sebagai perantara perjanjian berkenaan, mengesahkan gencatan senjata yang telah dinanti-nantikan sekian lama itu kini berkuat kuasa.

Pelaksanaan itu tertangguh hampir tiga jam daripada masa asal yang dijadualkan, berikutan Israel mahu mendapatkan terlebih dahulu senarai tiga tebusan akan dibebaskan Hamas pada peringkat permulaan.

Berdasarkan perjanjian, sejumlah 33 tebusan akan dibebaskan oleh Hamas dari Gaza dalam tempoh 42 pertama gencatan senjata berkenaan.

Hamas berkata, perjanjian gencatan senjata itu menetapkan 'pembebasan 30 tahanan warga Palestin sebagai pertukaran untuk seorang tebusan awam.'

Katanya, 90 tahanan warga Palestin bakal dibebaskan pada hari ini terbabit adalah daripada senarai sejumlah 120 kanak-kanak dan wanita yang telah dikemukakan.

SAMA SAMA

KITA GUMBIRA

MERAYAKAN

PEMBEBASAN

AMIN

KEMBALI BERSAMA

ANAK ISTERI

KAUM KELUARGA

AMIN

Tiada ulasan: