Isnin, 20 Januari 2025

PAGI INI


PAGI INI


SENIN 20 JANUARI 2025
KITA HEBOH DENGAN KES OKU
SOSOK OKU INI KENA PUKUL
KENA BELASAH DALAM HUJAN
INI LAPORAN MEDIA SOSIAL
POLIS DAH TAHAN
MALAON YANG MEMUKUL

DILAPORKAN
SI OKU INI NAIK MOTOR
MOTOR KENA TENDANG
KENA KUALI CHOW KUEH TIOW
LALU KENA PUKUL

DI LAPORKAN
MAMAT OKU INI
SAKIT OTAK
MAKA HAIRAN DALAM KAMPUNG
DALAM PASAR TANI
DALAM PEKAN KECIL
MUSTAHIL SOSOK INI
TIDAK DI KENALI
INI BERLAKU BUKAN
DI KL ATAU DI NEW YORK
INI  TERJADI DALAM PEKAN  KECIL
PASTI OKU DIKENALI UMUM

JENG JENG JENG
SAMPAI PULAK PEGUAM
NAK SAMAN 1 JUTA
INI PEGUAM UMNO KE?
NAK AMBIK KESEMPATAN
NAK TUNJUK NEGERI  ISLAM PAS
PERKARA INI BERLAKU

APA PUN TIDAK LIHAT
APA AKAN TERJADI
APAKAH  YANG DI TAHAN
AKAN DI DAKWA

BIASANYA DI KAMPUNG
JIKA BERLAKU SELISEH FAHAM
AKAN ADA ORANG TENGAH MASUK
SELESAIKAN
BUAT BACA DOA SELAMAT
MAKAN MAKAN
BERSALAMAN MINTA MAAF
ADIK KAKAK

TAK PERLU POLIS
TAK PERLU MAHKAMAH
TAK PERLU SAMAN

BUDAYA INI MAKIN
BERKURANG
MODEN KONON
KAH KAH KAH

AMERIKA
HARI INI TRUMP ANGKAT SUMPAH
KEMARIN DIA BERCERAMAH
PADA PENYOKONG
DAH SEDIA ADA
200+++ ARAHAN EKSEKUTIF
ARAHAN PERTAMA HALAU
PENDATANG HARAM

GAZA
GENCATAN SENJATA BERJALAN
ISREAL BEBASKAN 90 TAWANAN
HAMAS JUGA BEBASKAN
3 TAWANAN

AMERIKA
TRUMP MAHU
HIDUPKAN KEMBALI TIK TOK
YANG DI HARAM
DI AMERIKA

GAZA
RIBUAN PENDUDUK GAZA
MULA PULANG KE  TEMPAT ASAL
RUMAH SEMUA
DAH  RUNTUH

ISRAEL
PARTI KUASA YAHUDI
KELUAR DARI KERAJAAN
KERANA TAK SOKONG
GENCATAN SENJATA
MAKIN RAMAI MENTERI
TAK SETUJU GENCATAN

HOKKIEN
PAGI INI KELAM BASAH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI TIDAK KELIHATAN
LANGIT PUCAT KELAM

TERDENGAR SUARA
MACAM BURUNG MERBAH
JAUH TERDENGAR SUARA TERKUKUR
CUACA DI PAGI KELAM
TIDAK MEMANGGIL UNGGAS KELUAR

GUA RASA
HARI AKAN PANAS
PEGAWAI KAJI CUACA LE CHATEAU
TUAN TAK TAK
SUDAH MENJALAR
DI BALKONI

PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI SENIN

KAMALA KELUAR DI IKUTI BIDEN
MEMANAS BADAN MEMBAKAR BARA
DONALD TRUMP MASUK JADI PRESIDEN
DUNIA GENTAR AKAN HURU HARA

BUAT MEJA DARI KAYU JATI
MEJA DIBUAT UNTUK BERJUDI
DUNIA MENUNGGU APA AKAN JADI
CHINA DAN RUSIA DUDUK MENANTI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA

Tiada ulasan: