Isnin, 20 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK SOROK TITAH TAMBAHAN !!!



Tentangan Umno terhadap Anwar semakin rancak selepas Ku Li gesa PM letak jawatan kerana 'sembunyikan adendum'

Masa depan kerjasama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Umno kini berdepan ancaman paling besar sejak terbentuknya kerajaan dua tahun lalu, di mana tekanan semakin meningkat dalam parti supaya beliau mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal mengurus isu titah adendum berkait pengampunan diraja yang diberikan kepada Najib. Razak.

Ia selepas penasihat Umno sendiri, Tengku Razalegh Hamzah, memulakan siri bantahan dari dalaman parti apabila secara terbuka menggesa Anwar meletak jawatan, melalui kenyataan dikeluarkan Umno Gua Musang semalam.

Sekurang-kurangnya dua ahli Parlimen Umno yang enggan dinamakan berkata kerajaan berdepan "ancaman yang amat berbahaya" sekiranya kepimpinan tertinggi parti yang merupakan sebahagian puak presidennya Ahmad Zahid Hamidi terus mengabaikan gesaan Razaleigh itu.

"Orang kalau nak rancang kejatuhan kami boleh ambil masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan, tapi saya nak bagitau, semuanya boleh tumbang dalam beberapa jam seperti tali yang reput," kata salah seorang pemimpin Umno mewakili sebuah kawasan Parlimen di selatan Semenanjung.

Umno Gua Musang dalam kenyataannya semalam menuduh Anwar dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berbohong kepada Dewan Rakyat kerana menafikan kewujudan adendum dikeluarkan tahun lalu oleh bekas Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang mengarahkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

"Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kemelut yang berlaku. Walaupun Umno berada di dalam kerajaan bersama pada hari ini, namun Umno tetap teguh berpegang kepada prinsip dan perlembagaan negara serta perlembagaan parti," katanya, memetik Fasal 3.3 Perlembagaan Umno untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan dan membela kepentingan Raja-Raja Melayu.

Kenyataan serupa turut disuarakan mahasiswa pro-Umno di seluruh negara, di mana pertubuhan kampus di sekurang-kurangnya 11 universiti awam menuduh perdana menteri menyembunyikan adendum itu, sambil menyifatkannya "suatu kesalahan jenayah yang tidak boleh dikompromi".

"Kami kesal dengan tindakan perdana menteri dan pihak berkaitan yang seolah-olah menafikan kewujudan titah tersebut di Dewan Rakyat.

"Sikap tidak telus ini melanggar prinsip integriti dan boleh dianggap mengkhianati mandat rakyat serta perlembagaan negara," menurut kenyataan UmnoSiswa

Pada 5 Januari, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam usaha menjalankan baki tempoh hukuman penjaranya sebagai tahanan rumah.

Anwar berulang kali mempersoalkan dakwaan mengenai kewujudan titah tambahan oleh Sultan Abdullah, sebaliknya berkata perkara itu hanya akan diputuskan oleh mahkamah, dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk menjauhkan diri daripada sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Hanya tiga minggu sebelum keputusan Mahkamah Rayuan, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa arahan mengenai pengampunan itu tidak dapat dilaksanakan  disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

"Kenapa kita tak bertindak? Kerana Yang di-Pertuan Agong dah bertukar. Apa-apa tindakan kita buat mesti rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Bagaimanapun, susulan keputusan 5 Januari, Anwar membuat pengakuan mengejut bahawa beliau tahu tentang kewujudan adendum tersebut, pendedahan yang menimbulkan pelbagai persoalan mengapa kerajaan enggan berbuat demikian lebih awal.

Anwar turut mendedahkan bahawa soal permohonan pengampunan Najib dibangkitkan sendiri oleh beliau dalam Lembaga Pengampunan, dakwaan yang dilihat mengheret beliau ke dalam dilema lebih besar dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan, terutamanya DAP, parti terbesar dalam kerajaan gabungan yang telah menjadikan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB sebagai isu utama dalam dua kempen pilihan raya umum lepas.

Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta setelah disabitkan atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Sejak dihantar ke penjara pada 23 Ogos 2022, pemimpin Umno giat berkempen mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib, seperti yang diberikan kepada Anwar pada 2018 yang membenarkan pemimpin PKR itu dibebaskan dari penjara ketika menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, di samping membenarkannya kembali aktif dalam politik.

Desakan untuk pengampunan diraja semakin kuat selepas Zahid membawa ahli Parlimen Umno untuk bergabung dengan PH. 

Penyokong setia Najib, yang dilihat masih berpengaruh dalam parti, merasakan Anwar harus membalas budi Umno yang menyokong PH, sekaligus membolehkan beliau memenuhi impiannya menjadi perdana menteri.

Selepas berbulan-bulan spekulasi dan tekanan terhadap kerajaan, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

ANWAR

BLACKROCK

SOROK TITAH

TAMBAHAN

KAH KAH KAH

NAJIB NAZAK

AKAN TERUS

DALAM PENJARA

KAH KAH KAH

HANYA ZAHID 

YANG UNTUNG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: