Jumaat, 7 November 2008
PEMECAH BERITA - BARU DI TERIMA !!!
Pesanan ringkas dari Syed Ibrahim Pengerusi Gerakan Mansuh ISA – GMI.
Sila datang ke Mahkamah Shah Alam jam 3.30 petang ini untuk memastikan Raja Petra tidak akan di tangkap kembali.
Pernah terjadi: Mahkamah membebaskan tetapi di tangkap kembali.
Terima Kaseh - GMI
DARI SUARA KEADILAN
KUALA LUMPUR, 7 November (SK) - Walaupun pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan pukul 4 pm ini, tapi kemungkinan untuk beliau ditahan semula boleh berlaku.
Menurut Adun Hulu Kelang Saari Sungib, setiap mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA) adalah pada bila-bila masa, kemungkinan akan ditahan semula.
“Selagi ISA wujud, selagi itu mangsa-mangsa ISA akan terus dihantui, kecuali jika mereka yang dibebaskan itu sudah menjadi ‘kumpulan pihak pemerintah’,”jelas beliau yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA.
Oleh itu, katanya, kita mesti terus menerus membuat ‘bising’ seperti mengada ceramah atau forum tentang ISA contohnya, semalam, supaya kerajaan tidak boleh membuat sesuka hati dan masyarakat antarabangsa mengetahui tentang setiap penangkap ISA.
“Media turun memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat supaya bangkit menentang kezaliman akta doktrin yang menahan sesiapa sahaja terutama musuh politik parti pemerintah, tanpa bicara,” ujar Saari yang merupakan bekas Presiden Jemaah Islam Malaysia kepada Suara Keadilan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Tak mungkin RPK ditahan lagi mengikut Iblis Syaitan Act, melainkan pihak Polis atau KDM sudah gila babi dan nak menyundul tak tentu hala.
udah la tu...
bawak-bawak la taubat....
mansuhkan jer la ISA...jgn nak tunjuk ranggi...kita dah masuk zaman teknologi..bukan zaman kesultanan melayu melaka...hang tuah dah tak der...la nie tekan 1 button jer suma maklumat org tau...dunia luar tengah usha kat kita...malu la kat org...
toksah la nyusahkan orang...tak baek...lambat laun kita gak yang pening...
tulapasal..cuba dok baik2 saper tak kacau..ini suka buat haru biru kat negara ni..kena lah..dh kena baru tau dunia ni tinggi rendah..aku nasihat dok baik2,jgan buat kacau,ALLAH tak suka umat yg suka menimbulkan kacau bilau..dh tua-tua tu tumpulah sikit pd akhirat..pembangkang dok sibuk pasal act ni kena kat btg hidung dia..cuba kalu dia jd pemerintah (barang dijauhkan ALLAH), takkan depa sibuk nak hapuskan act ni..aku cayer tulisan ni tak kan keluar kat blog ni..
sedih sekali bila salah seorang tahanan ISA, Shahrial Sinin, tidak dapat melawat anak perempuan beliau yang sedang nazak dihospital walau pun surat sokongan dari hospital Kajang yang menyatakan keadaan anaknya, allahyarhamah Ainah Mardiah, 17, sedang bertarung nyawa,sudah dikemukakan kepada pihak penjara.
AKTA APA KAH INI??????
SEGALA LAKNAT ATAS MEREKA-MEREKA YANG TELAH MENYALAHGUNAKAN AKTA INI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN MENZALIMI SESAMA MANUSIA. AMIN
pembebasan RPK adalah petanda awal yang dizalimi(rakyat)..mengecapi keadilan dan kesaksamaan di bumi Malaysia tercinta ini.
selepas PRU13 nanti, bila gerombolan United Malays National Organisation dan sekutu BNnya yg masih setia dah dilontar kedalam tong sampah sejarah negara...
Parlimen Rakyat MANSUH kan ISA.
penjara Kamunting jangan dirobohkan!..jadikan ia muzium peringatan kezaliman sejarah moden negara!..letakkanlah potret-potret regim BN yang rakus dan korup ini disetiap sudut dinding penjara! MERDEKA! ALLAHUAKBAR! MAKHAL SAKHTI! JUSTICE FOR RAKYAT.
semoga satu hari nanti, Keris Panjang atau ahli keluarga beliau akan merasa seksaan sama macam ISA...masa tu, kalau kau jarjis telur Najib pun, tak guna dah...
aminnnnnn...
Seluruh dunia menunjukkan jari hantu pada amerika pasal Guantanamo Bay Detention Camp. Jadi, tidak mustahil seluruh dunia juga menunjukkan jari hantu pada Malaysia kerana ISA. Guantanamo & ISA lebih kurang je..
Ni kalau tak berita hairan atau berita fitnah, mesti berita prejudis.
Mintak pihak yg mengatakan wujudnya campurtangan kuasa eksekutif dalam badan kehakiman memberikan sedikit pandangan yang ikhlas berkenaan hal ini.
Dari,
Yang ikhlas dan adil...
Catat Ulasan