Memaparkan catatan dengan label Puteri UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puteri UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2009

ZZZZZZZZZ



INI TUNGGUL BUKAN UNGGUL




NIK AZIZ TERUNGGUL – PRESIDEN PAS GAGAL - malaysiakini

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya i Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya, kata seorang ahli akademik berdasarkan satu tinjauan.

Pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, Nik Aziz mendapat kepercayaan politik yang positif dalam semua peringkat umur responden, antara 21 hingga 50 tahun.

Abdul Hadi sebaliknya diberikan reaksi negatif oleh semua peringkat umur responden.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… ZZZZZZZZZZZZ…. kah kah kah..

kah kah kah… SERANGAN LALAT TSE TSE…. kah kah kah…

kah kah kah…. JANGKITAN DARI MAT NGANTUK….kah kah kah…

kah kah kah… MENGUAP NGUAP TERUS ZZZZZZZZZZZ…. kah kah kah




Ahad, 13 September 2009

CONTOH SEORANG PEMIMPIN YANG JUJUR DAN IKHLAS





SATU MALAYSIA SOKONG




PENGUNDI INDIA MENYAMPAH DENGAN BARISAN NASIONAL ,BUKAN SAYA
- malaysiakini

Presiden MIC, S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

Nota:

ramai warga lupa mic adalah satu satunya
parti politik yang tertua di persekutuan tanah melayu – lebih tua dari
gerombolan yang hanya ditubuhkan pada tahun 1988. mic telah
berumur 63 tahun.

kemenangan tim samy adalah satu penghinaan yang maha sangat
kepada madey, najib dan muhyiddin telah cuba mempengaruhi ahli
mic agar tidak lagi memilih tim samy. mereka gagal dan tersemab
jatuh. padan muka.

madey menyusur asal usul terombanya telah dengan bangga ditemu
bual oleh akhbar tamil. ya usul balik asal.

ini lah kali pertamanya dalam sejarah hidup samy dia berkata
benar, jujur dan ikhlas. adalah tepat sekali apabila samy berkata :
pengundi india menyampah dengan barisan nasional.

kata kata ini adalah ucapan samy yang paling jujur.

rakyat satu malaysia menyokong ucapan samy vello ini. syabas.
inilah contoh pemimpin jujur yang rakyat khendaki. lebih lama
samy memimpin lebih baik untuk satu malaysia.

hanya mutu yang kenal manikam kah kah kah.




Khamis, 30 Oktober 2008

BERITA PALSU LAGI - PENDUDUK RESAH HARGA BARANG DI MELAKA TINGGI - melayau

MELAKA 29 Okt. Para pengguna di bandar ini kecewa dengan harga kebanyakan barangan di pasar raya besar di negeri ini yang masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tiga kali.

Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia di sini berpendapat, sewajarnya pengumuman harga minyak baru perlu disusuli dengan pengurangan harga barang terutamanya keperluan harian.

Menurut mereka, ini kerana semasa harga minyak dinaikkan pada Jun lalu, ramai peniaga dan pengusaha menjadikannya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tetapi tidak menurunkannya semula ketika harga minyak turun.


kah kah kah…. ini mesti berita palsu lagi…. berita ini nak burukan mat mongol…. kah kah kah….

macam mana berita ini keluar…. ini mesti fitnah dan tohmah dari blogger… kah kah kah… mat mongol dah kata : EKONOMI MALAYSIA MANTAP, TAK ADA KRISIS….kah kah kah…

siapa punya kerja ni…. siapa buat fitnah ni?.... kah kah kah…. woit ni mesti saiful yang buat cerita…. kah kah kah…. saiful marah tak dapat scholarship….. kah kah kah



Ahad, 5 Oktober 2008

TUNGGU KEPUTUSAN PM – U.malayau

KUALA LUMPUR 4 Okt. Pemimpin yang berminat bertanding jawatan tertinggi UMNO perlu menunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden sebelum secara terbuka menawarkan diri masing-masing bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, langkah itu adalah perlu sebagai menghormati Abdullah yang kini menerajui parti.

kah kah kah…. seorang lagi munkee nak beri peghormatan pada wak dolah…. kah kah kah… munkee ni sudah tibai wak dolah sampai sesak nafas maka sekarang munkee ni nak bagi penghormatan…. kah kah kah… kesian wak dolah…. tak lama lagi jadi orang pencen…. kah kah kah..... munkee see munkee doooo....kah kah kah..



Khamis, 25 September 2008

SENYUM PETANG

Mengikut tuan yang empunya cerita maka Syed Hamid Al-Bar Al Jilbab pun pergilah bercuti memancing untuk berehat dan menenangkan kepala.

Dia mencari-cari tempat yang sesuai di tepi tasik lombong. Lalu dia ternampak seorang lelaki tua yang sedang memancing ditepi tebing . Bila di hampiri kelihatan lelaki tua telah dapat banyak ikan. Ada lampan jawa, talipia, haruan dan puyu.

Syed Hamid pun bediri di tebing yang sama dengan harapan akan mendapat ikan. Setiap kali Syed Hamid memandang orang tua ini kelihatan kail orang tua ini telah dimakan ikan. Tetapi setiap kali Syed Hamid menganggat kailnya yang didapati hanyalah cacing….. kah kah kah

Syed Hamid merapati tempat orang tua ini dengan harapan memancing di lubuk terbaik. Dia gagal juga. Angkat-angkat yang ada hanya cacing di mata kail. Manakala orang tua ini terus mendapat ikan.

Akhirnya Syed Hamid berdiri memancing betul-betul di sebelah orang tua ini. Hampir 3 jam berdiri. Tidak ada saekor ikan pun yang makan umpan kail Syed Hamid.

Akhirnya Syed Hamid bertanya : Wahai orang tua, apakah rashia umpan yang anta pakai, hampir sebakul dapat ikan. Ana udah 4 jam disini. Tarak ada ikan mahu makan umpan ana. Anta ada apa-apa petua ke? Anta ada ayat-ayat ke?

Maka di jawab oleh Pak Cik itu: Ya Sheikh ya jilbab…. Itu ikan semua tak mahu buka mulut. Bila buka mulut nanti ya jilbab akan kenakan ISA……kah kah kah kah




Selasa, 16 September 2008

HIDUPKAN BUDAYA PENYAYANG –Utusan Melayau

KUALA TERENGGANU 15 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat di negara ini agar menghidupkan budaya masyarakat penyayang bagi membentuk perasaan muhibah dan kasih-sayang sesama kaum.

kah kah kah..... dolah ni baik betul.... lepas ni tak da lagi yang kena isa.

woit..... jangan sayang pada mohidin .....bahaya beeb ....nanti dia jadi brutus tikam dari belakang....mati tegak nanti

Jumaat, 12 September 2008

ANWAR BUANG MASA PUJUK ANGGOTA BN SERTAINYA – SYED HAMID – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 11 Sept. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang untuk ke Taiwan bagi memujuk 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertainya sebagai membuang masa.

Pilihan raya kan ada pada tahun 2012. Buat apa nak curi ahli-ahli BN yang telah menyatakan bahawa mereka tetap dengan BN. Buat apa cuba mendapat kuasa di luar kaedah pilihan raya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.

Kah kah kah ….. buang masa apa tok sheikh…. unta laa yang buang masa kami… unta sendiri pun tak leh menang kat bahagian cam mana unta nak jadi pemimpin malaysia….kah kah kah.

Pilihan raya tahun 2012…. kah kah kah…. ni unta nak menipu lagi laaa ni… 1999 dulu 600,000 pengundi baru di tolak….ni zamn firaun.. lah ni zaman unta … tiga hari sebelum mengundi …nak pakai dawat hitam unta batalkan….. unta ni kaki auta … jual minyak attar laaaa…. kah kah kah

Khamis, 11 September 2008

TERKINI! TERKINI ! HOT

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat. Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei  12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.

Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut. Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.

Sdr Tian Chua juag memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan  49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

Selasa, 26 Ogos 2008

SELINGAN

Saya ternampak Minah minah Puteri UMNO berbaju pink dan bergetah di Sekolah Kebangsaan Cina Jit Sin.

Ini mungkin satu lagi daya tarikan agar anak-anak muda dan 'anak tua' menghampiri mereka.