Jumaat, 16 Januari 2009

APA PUNYA TUUUR !!!


PAS BAWA ISU UGUTAN DATUK BANDAR KE SPR
– Mkini

PAS Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya semalam.

Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.

Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.

Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman.

"Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".



PEGAWAI PENGURUS TRAIK DIRI KENDALI PRK KUALA TERENGGANU
- mStar

KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.


kah kah kah…. kah kah kah…. kah kah kah…. apa punya tuuuuuuuuuur!!!

kah kah kah….nampak sangat munkeee lebong… kah kah kah…

woit….. inilah contoh politik gerombolan…. kah kah kah… padan muka!!!




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

datuk bandar tu dah letak jawatan pun dari menjadi pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen.tapi mengugut atau meminta untuk menyokong BN?.mengugut dan meminta tu jauh berbeza.apapun tindakan datuk bandar itu adalah tepat bagi mengelak keadaan menjadi lebih keruh.