Rabu, 4 Februari 2009
SPR DI BERI MASA 48 JAM
Dua Adun Dewan Undangan Negeri Perak telah berhenti. Ini jelas. Tuan Speaker telah membuat keputusan bahawa ada dua kerusi Adun ini telah kosong.
Mengikut Perlembagaan Tuan Speaker Dewan memiliki hak mutlak untuk mengistikarkan kerusi yang telah kosong.
Justeru - kerusi kosong ini wajib di isi melalui pilihanraya kecil.
Pilihanraya kecil atau umum wajib di kendalikan ialah Suruhanjaya Pilihan Raya. Kerana itu nama suruhanjaya ini Suruhanjaya Pilihanraya. Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya kecil atau umum.
SPR tidak ada hak untuk menolak , memikir, berbincang atau berangan-angan – ini BUKAN tugas SPR. Apa yang perlu dilakukan oleh SPR ialah menetapkan tarikh, mencari tempat mengundi dan menyusun para pegawai. Membodek tidak termasuk dalam piagam Suruhanraya Pilihanraya
Kes dua Adun berhenti di Perak tidak sama seperti kes Sabah dan Kelantan pada tahun 80’an dahulu. Amat jauh berbeza.
Di Sabah dan di Kelantan Tuan Speaker Dewan TIDAK membuat apa-apa kenyataan tentang pengosongan kerusi. Ini kerana Tuan Speaker Dewan pada ketika itu di bawah kuasa United Malays National Organisation.
Ini bezanya.
Kalau pada ketika itu Tuan Speaker di bawah Pas atau PBS maka tidak dapat tidak pilihanraya kecil wajib dijalankan.
Surat berhenti telah di terima oleh Tuan Speaker Dewan. Ini hakikat.
Rakyat seluruh negara WAJIB DI BERI TAHU bahawa semua kenyataan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu TIDAK mereka buat scara TERBUKA.
Kenyataan-kenyataan yang keluar ini SEMUANYA melalui orang perantaraan atau ORANG TENGAH. Kenapa ini berlaku? Apakah mereka di tekan atau di perangkap?
Ini amat berbeza dengan suasana ketika mereka menanda tangani surat berhenti. Mereka tersenyum hingga giigi naik ke telinga.
Persoalan sedang ditanya bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia - dimana mereka HILANG selama ini ?
Umum dan rakyat dunia tahu tentang hal hilang menghilang ini. Altantuya hilang. Balasubramaniam hilang. Siapa ‘juru hilang’ ini?
Justeru dua Adun yang telah berhenti ini TIDAK PERLU LAGI DATANG KE DEWAN NEGERI sebagai wakil rakyat. Mereka boleh datang masuk dan duduk di tempat orang ramai untuk mendengar persidangan. Ini hak demokratik mereka.
Kerusi mereka telah kosong. Mereka juga tidak wajib diberikan apa-apa elaun. Bilik mereka juga wajib dikosongkan. Mereka wajib memulangkan kunci bilik dengan serta merta.
Jika mereka TIDAK BERSETUJU maka mereka boleh membawa Kerajaan Perak ke mahkamah. Ini jalan penyelesaian awal.
Tetapi yang lebih TEPAT ialah SPR mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari dari sekarang.
Kerajaan Perak telah memberi SPR 48 jam untuk menentukan tarikah pilihanraya kecil.(TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
SPR patuh pada arahan isteri Rosmah yang takutkan pilihanraya kecil.Pengecut la Pengerusi SPR ni..
Berita terkini,
DUN Perak mungkin dibubarkan.
Ha!!!! mungkin SPR letih buat pilihanraya kecil.
Mereka nak rehat dulu.
Kalau DUN Perak dibubarkan minggu ini memang BN akan pening kepala!!!!
Mana nak carik duit di masa memang satu dunia kekeringan dan nilai saham semau GLC tengah merudum.
Sanggupkah Petronas pam masuk duit minyak ke dalam syarikat GLC sebelum disedut kelaur oleh toyol2 gerombolan ini?
tentulah makcik2 Wanita dan pakcik2 veteran menyeringai gumbira nak dapat duit banyak akalu ada pilihanraya DUN Perak nanti.
Apa lagi dengan Putiri dan Pemuda. Semua dah terbayang-bayang ribuan kalau tak ratusan ribu ringgit yang akan diterima sebagai kaedah nak pancing undi.
Dan penatlah semua pegawai kerajaan negeri nak layan kerenah semua rakyat termiskin terhina terdaif yang akan dimuncul oleh akbar dan media gerombolan ini.
Untuk buktikan gerombolan ini amatlah menyayang.
Sekarang bayangkan berapa kos untuk renovation rumah-rumah untuk bik mama hinggap?
Pengusaha hotel, makanan, gerai. restoran dan semua yang manusia nak kerumun memang seronok.
Rezeki datang bergolek.
Dan apa akan jadi pada SPR??
Mungkin kali ini SPR kata DUN TIDAK BOLEH DIBUBARKAN.
SPR pula akan jadi kerajaan baru di Perak!!!!!!!!
Kalaulah ada pilihanraya kecil nanti, mesti Mat Ezam muncul sekali lagi dgn 'pendedahan' terbaru..hahahaha. Pendedahan berkaitan pentadbiran Anwar pada tahun 1996...kah kah kah
salam,
isunya sekarang, HAK RAKYAT dinafikan..BN tidak perlu takut untuk pilihanraya...pakatan juga tidak harus takut untuk pilihanraya..persoalannya mengapa SPR takut dan melanggar peraturan?? Dewan Speaker sudah memutuskan kerusi itu kosong dan lahabau 2 ekor ni mmg perlu kosongkan kerusi..ker nk ambik kerusi hempok jer kat atas kepala lahabau 2 ekor tu??..ini tidak adil..ini boleh menimbulkan marah!!! kahakahakahakh.....
Kahkahkahkahkah...Pakatan dah cemas, dah ugut ugut ugut ugut ugut ugut ugut SPR 48 jam.. Kenapa 48 jam?
Nampak sangat Pakatan kemaruk pilihanraya kecil sedangkan kedua dua ADUN itu hanya bebas.
Cuba semak surat yang difaks kepada Speaker itu datang dari mana ? Guna faks siapa ? Kah kahkahkah...umumkanlah secara terbuka....
Anwar yang dulunya sebok nak ambil alih kerajaan secara MP BN melompat kini berhadapan dengan situasi yang sama di Perak - al senjata al makan al tuan..
Untuk membaca dan tengok sendiri apa yang ketua Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cakap, baris demi baris, dan bagaimana ia jelas merupakan satu kesalahan SPR, baca rencana gempak kat bawah ni... memang jelas SPR membuat keputusan sendiri untuk mempercayai surat kedua yang dihantar oleh dua ahli PKR yang berpaling tadah itu daripada surat asal walaupun ini bukannya tugas SPR.
http://harismibrahim.wordpress.com/2009/02/04/what-does-the-perak-state-constitution-say-and-what-ought-the-ec-to-have-done/
http://tinyurl.com/SPRsalah
kah..kah..taik dalam bakul yg membusuk kan rakan taik lain dalam bakul mau di jual...kahkah..kah..taik ni dah tarak guna..kalau dibuang kerr sg.Perak pon habis mampos ikan kat situ...kah..kah...taik sedekah ni...nak buat baja pon tak boleh nanti mampos pokok...
sapa nak beli taik ni...50 juta kahh..kah..
fikir-fikir taik 2 ketul ni nak di palit kat sapa...kah,..kah..kah...
supaya busuk yang membusuk itu...tidak semua nya..akan membusuk...memang ada yg suka lubang taik ..kah kah kah.....
nak pilihanraya nak buat apa...hahahahah
pilihanraya tak boleh nak mengubah apa-apa...kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu, sudah lama ianya diharamkan...hahahaha
kau jugak yang tulis ni isham hahahaha
sudah ada pihak cuba 'mengaharamkan' pilihanraya nampaknya kali ini hahaha
Biasalah SPR ni...nak buat silap mata...tapi tak kena tempat..
Dulu orang kat SPR ni teruk...la ni bertambah teruk...apalah nak jadi...
SPR...gunakan etika kerja...jangan gunakan etika pengampu...
Betul lah kata abang isham.. speaker made a valid move..
surat tu sama lah dengan lafaz khuluk ke yg pengantin baca lepas nikah.. ala2 prenuptial agreement..
the moment dia pukul/tinggalkan bini sekian2 hari, bini buleh pegi mahkamah syariee bayar seringgit untuk jatuh talak..
mmg lah perjanjian tu tak bertarikh.. tapi takde nyer under duress sbb lelaki mmg nakkan dara.. hehehe..
nnt boleh la suami kata, dia tak berniat nak sign surat lafaz sbb under duress.. kahkahkah.. apa punya turrr..
satu lagi bukti kukuh bahawa saja spr ini masih dan akan terus dipengaruhi kuasa besar dari pertubuhan kebangsaan melayu bersatu...
tindakan tidak meneruskan prk untuk behrang dan c.jering dilihat amat tidak adil dan serong lalu memberi kelebihan kepada barisan nasional kerana pendirian awal dari pakatan rakyat bahawa mereka sudah bersedia jika berlaku prk...
memang barisan tertekan dan jika berlaku prk lagi selepas p.pauh dan k.t., mereka mungkin kalah...masalah dalaman pertubuhan kebangsaan melayu bersatu akan bertambah parah dan pindahan kuasa dari mat ngantuk kepada bijan mongol akan juga terjejas...
yang jelas bijan mongollah punca segala huru-hara dan kesasauan politik di perak...hebat dan syabas!
Maka sudah terdedahlah kepada kita warna kulit SPR yang sebenarnya. SPR telah membuat keputusan mendahului makamah. Nampaknya SPR lebih tinggi dari makamah.
Jamaludin dan Osman bukan lagi exco negeri Perak.jadi mereka tak layak untuk mendapat layanan sepertimana ketika mereka menjadi exco dahulu.
tapi mereka masih lagi wakil rakyat bagi kawasan masing-masing kerana mereka memilih untuk bergerak secara bebas.
ahh...depa dah resign!! nk ngaku jd adun bebas apa lagi..bangang laa!!!
nih taktik buduh,nk join umno kasik up kan jumlah kerusi la nih..nk kasik kerajaan pakatan perak rasa tergugat,goyahh...nad ble dah join umno,snang2 najib leh tutup kes rasuah kutu2 berahakk nih!!!
mmg la klu beza satu dua kerusi,mana2 kerajaan pon akan cemas kerana tidak begitu stabil...and jd mangsa nanti,RAKYAT!!!
so,utk menghalang perkara2 mcm nih berlaku...jika benar kesemua dun perak nk dibubarkan..ia adalah satu tindakan yg gentleman dr kerajaan pakatan perak!!
klu yg menang pakatan,depa akan terus memerintah dan ini menunjukkan rakyat benar2 mahukan depa yg perintahh.and klu bn take over the state,pon x mengapa..means rakyat mahukan kerajaan bn semula utk memerintah...and pakatan akan menjadi pembangkang semula di negeri perakk tuh..
Aku suka ada pilihanraya.Baru nampak gentleman.Masa itu isteri rosmah kena pakai makeup banyak-banyak.Baru nampak macam pelakon wayang cina.Kah,kah,kah
Aku suka ada pilihanraya.Baru nampak gentleman.Masa itu isteri rosmah kena pakai makeup banyak-banyak.Baru nampak macam pelakon wayang cina.Kah,kah,kah
Catat Ulasan