Khamis, 25 Februari 2010
RAKYAT BERDEMO LAGI
HANYA BERDEMO YANG AKAN MENGUBAH KEADAAN !
ANAK MINTA SUHAKAM SIASAT FELDA TINDAS PENEROKA – harakah daily
Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.
"Untuk lebih adil, saya minta satu siasatan awam dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.
Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.
Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.
Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, N. Subramaniam dan Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.
Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.
"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.
Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.
"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.
Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.
"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.
"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.
"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.
"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.
Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.
"Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.
MBFM DAKWA ANAK CUBA PECAH BELAH FELDA – berita hairan
Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Besar Felda, Dzulkifli Abdul Wahab, bagi membantah cubaan untuk memporak-perandakan gagasan Felda.
Presidennya, Anuar Abdul Manap, berkata memorandum itu menyatakan bahawa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang kononnya mewakili golongan belia, adalah pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.
Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa MBFM yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1991 dan Pendaftar Pertubuhan Belia sejak tahun lalu, adalah wakil sah yang diberi mandat oleh 317 cawangan pertubuhan belia Felda di seluruh negara untuk mewakili golongan muda dan bukannya Anak.
"Dakwaan Anak bahawa mereka mempunyai hampir 1.5 juta ahli tidak benar kerana mereka tidak berdaftar, macam mana nak buktikan ahli mereka seramai itu? Kami yang berdaftar ini pun hanya mempunyai 100,003 ahli dari kalangan belia berusia 15 hingga 40 tahun," katanya.
Anuar berkata, kepimpinan MBFM yang baru akan bergerak lebih aktif bagi menyelesaikan isu membabitkan generasi muda Felda melalui saluran yang betul.
Ketua Peneroka SeMalaysia, Samsudin Othman pula berkata kebanyakan dakwaan Anak mengenai kelemahan Felda adalah salah.
"Felda dah banyak bantu peneroka jadi saya minta agar pihak berkuasa mengharamkan pertubuhan ini," katanya.
KAH KAH KAH...
kah kah kah... PERHATIKAN DUA BERITA INI.... kah kah kah..
woit... SAKSIKAN .... MANA SATU YANG BETUL BERJUANG UNTUK PENEROKA... kah kah kah....
woit.... SATU PERSATUAN MENIMBULKAN TUNTUTAN PENEROKA...kah kah kah...
kah kah kah... YANG SATU LAGI SIBUK FASAL SIAPA YANG SAH DAN BERDAFTAR.... kah kah kah....
nota:
mari melihat sejarah
ketika rakyat bangun mengangkat senjata melawan british
ada gerombolan yang bangun melawan orang yang melawan british.
pabila rakyat angkat senjata nak halau penjajah
muncul pak sibuk lawan orang yang angkat senjata lawan penjajah
sekarang sejarah berulang lagi
satu kumpulan bangun menuntut keadilan untuk peneroka
satu kumpulan lagi menentang orang yang bangun menuntut keadilan
kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
ini bukan demo lagi...
ini baru practise perarakan maulidul..
Salam Bro,
Untuk pengetahuan umum GENG MBFM ni adalah kroni dan dalang yang mewakali Felda bukan mewakili peneroka dan generasi kedua peneroka.Manakala ketua peneroka semalaysia dan ketua ketua peneroka di seluruh rancangan felda adalah binatang tunggangan Felda yang cukup di beri makan dan hidungnya di cucuk dan tugasnya hanya untuk membodohkan peneroka lain supa tidak menuntut haknya yang sebenar.Dakwaan MBFM yang mereka mempunyai ahli dan berdaftar dengan ROS adalah bohong,,sebenarnya felda yang mendaftarkan mbfm bukan gegerasi kedua peneroka(ANAK),,,yuran ahli pun felda yang membayar bukan nya ahli mbfm.,,dan untuk pengetahuan... ketua mbfm ini pun baruah felda dan bukannya mewakali generasi kedua peneroka.
salam,
sy sebagai generasi ke-2 felda sudah lama merasa terkilan dengan felda dan kroninya. sebagai orang yg ingin melihat hasil titik peluh sendiri kami dianggap penderhaka. apakah salah kami jika kami tidak mahu menanggung hutang dan mengusahakan ladang secara sendiri. sudahlah bayaran tanam semula dinafikan, kami disisihkan dari peneroka yang lain. tunggulah balasan dari tuhan keatas mereka yang pemalas dan tak bersyukur atas anugerah kudrat yang telah diberikan oleh Allah.
Hoi, apa nak bising!
Hoi, makcik felda tak bising pon!
Hoi, makcik tak ambik tahu sapa jadi org besar felda!
Hoi, makcik anak dia tak keje ngan felda!
Hoi, makcik pentingkan harga sawit dan getah berbaloi2!
Hoi, TT jangan buat kepoh!
Hoi, TT kena turun masuk kat felda!
Hoi, TT jangan nak melalak ajer!
Hoi, TT Tak Tau ker yang bangkang kat felda hanya 10% ajer!
Hoi, TT Tak Tau ker makcik & pakcik felda tetap cool ngan gomen!
Hoi, itu pasal minda makcik tetap tak kan berubah!
Hoi, aku anak felda!
Hoi, aku bangkang aku kena tenyeh ngan emak aku!
Hoi, kena hormat ngan orang tua!
Hoi, kena tunggu lagi!
Hoi, tunggu sampai kiamat!
tanpa nama...10:48.nyalak macam anjing asal nie?banyak ke kau dapat untung.gi mamapus kau ngan makcik pakcik kau yang bodoh x sudah2.x faham2 lagi ke.ko rang dah kena jual.orang kampung biasa la T.T x fham2.nie ada lak anak generasi kedua yg bahlol.lantak kau la...kau ngan makcik kau dpt berbaloi baloi.kroni dapat berbaloi,baloi,baloi,baloi....BAHLOL
Kepada ANAK:
setahu aku felda banyak melayu
kenapa Tian Chua pun ikut sama
Apakah tiada ketua melayu nak ikut berjuang
kenapa tak ajak GPMS
Kenapa tak ajak Pekida
Kenapa tak ajak Perkasa
Kenapa tak ajak Ibrahim
Kenapa tak ajak naina marican
Kenapa tak ajak zul dan sahrin
Kepada MBFM:
kenapa tak bantu pihak yang nak memperjuangkan keturunan felda
kenapa marah pihak yang nak perjuangkan anak felda
Adakah anda tidak mahu melihat anak felda berubah maju
Adakah anda seronok melihat anak felda terus di takuk lama
Kepada ANAK dan MBFM:
1. betulkah hutang peneroka felda susah nak habis-habis.
2. betulkah harga belian felda lebih rendah drp pihak luar.
3. betulkan pendapatan peneroka yang tidak bergantung felda lebih tinggi drp yang berhutang dgn felda.
4. betulkah harga membaja setahun mencecah 3 ribu ringgit.
5. betulkan peneroka felda belum dapat geran tanah walaupun sudah berpuluh tahun mengusahakannya.
6. betulkah peneroka felda ibarat makan gaji dengan felda.
7. siapakah pengerusi felda dan betulkah dia hidup sederhana seperti peneroka felda yang lain.
8. berapa peratuskah pendapatan keseluruhan peneroka felda yang dipotong untuk bayar hutang dalam sebulan.
9. apakah usaha yang telah dilakukan oleh MBFM untuk memajukan dan mengubah nasib anak felda.
10. betulkah myvi orang felda.
Jawablah sejujur dan sekonar mungkin bagi memastikan sama ada ANAK atau MBFM yang berkata benar.
asssalamualaikum...
siapa berhak bagi komen?...saya telah merasaai kehidupan di felda..sebagai anak felda saya bersyukur yang tak terhingga kepada allah..tanpa kuasa darinya tidak mungkin idea penubuhan FELDA akan terlintas di fikiran tun abdul razak...saya merasai zaman kemelesetan ekonomi 1989..pada masa itu saya darjah 4..ayah saya berpendapatan Rm 50 sebulan.ayah tak pernah merungut dia tahu kesusahan waktu itu akan terbalas pada masa akan datang.ternyata kini kami adik beradik berjaya.ayah terus dapat memperbesarkan rumah..jadi apabila kami pulang ke rumah beramai ramai rumah amat luas untuk anak bini kami.saya lihat perkara yang sama turut sama berlaku pada keluarga yang lain...kami sangat terasa peningkatan taraf hidup yang dialami...kepada mereka yang masih tidak berpuas hati FELDA saya harapkan mereka muhasabah diri..terlalu banyak pengorbanan kerajaan kepada warga FELDA.pembangkang hanya ambil kesempatan kerana semua isu ingin dijadikan isu politik...saya mengutuk sekerasnya jika ada usaha menyalahkan gagasan FELDA..jika ada salah silap boleh bawa berbincang bukan dengan cara demontrasi atau mempolitikkan isu...demi ALLAH saya berjanji akan mempertahan kan FELDA dari kecaman pihak yang tidak bertanggung jawab..wassalam
Catat Ulasan