Jumaat, 7 Mei 2010

NOTA AKHIR SANG SUAMI




CINTA YANG AGUNG ADALAH CINTA YANG GAGAL






LELAKI MATI TINGGAL NOTA UNTUK ISTERI


Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.


nota dari aku:

kau bacalah berita ini. ulangi sekali lagi. bila aku membacanya petang tadi ayer mata aku meleleh. pipi aku panas dan basah

hati aku koyak berderai.

lihatlah kesah cinta ini. inilah kesah cinta yang agung. inilah kesah uda dan dara. inilah hikayat laila dan majnoon. inilah roman ali dan nina. inilah cinta romeo kepada juliet.

bertapa setianya sang suami kepada sang isteri.

sepuluh tahun mereka berpisah. sepuluh tahun mereka diduga. sepuluh tahun mereka memendam rasa. sepuluh tahun cinta terhalang.

pastilah terpisah kerana pencarian. pastilah terpisah kerana pekerjaan. akhirnya mereka bertemu kembali untuk memulakan penghidupan baru.

bayangkan senyuman yang meliar.
bayangkan ketawa di hati.
bayangkan janji janji yang telah dilafazkan.
bayangklan kata kata lunak yang terhambur.
setelah sepuluh tahun berpisah pastilah janji janji diikat untuk membina istana yang baru.

bukan janji untuk bercuti ke kota paris
atau berjanji membeli sepasang prada
atau masuk ke pavilion untuk minum secawan kopi
jauh sekali untuk ke dubai membeli anting anting

berjanji bersetia untuk satu kehidupan
berjanji bersetia untuk mencari pekerjaan
berjanji bersetia untuk menjadi sang suami yang baik
berjanji bersetia untuk menjadi sang isteri yang sempurna

hidup ini
hidup ini
hidup ini satu perjalanan yang maha panjang

kau baca berapa ringgit ditemui dalam saku sang suami
pasti tidak dapat membeli secangkir anggur merah
berapa ringgit agaknya yang akan diwariskan untuk anaknya yang baru berumur lima bulan.

kau sedarilah sang suami ini tidak memiliki saham pnb
sang suami ini tidak pernah tahu tentang ketuanan melayu
sang suami ini tidak tahu yang jackie chan dan
michelle yeoh telah membeli harta di seberang takir

ketika monsoon cup dahulu dimana agaknya sang suami
apakah ketika itu sang isteri sarat mengandung
atau sang suami memimpin sang isteri melihat betapa
lumayannya perahu di sungai duyung

tapi - tengkujuh dan taufan bukan yang mereka cari
hanya sepinggan nasi dan samangkok gulai untuk pendiding diri.


kau ingat sang suami ini tahu tentang duit petronas?
kau ingat sang suami ini tahu tentang wang ehsan?
kau ingat sang suami ini tahu tentang kontrek masjid kristal?
kau ingat sang suami ini tahu tentang stadium yang runtuh?

nah! kau hitung berapa hutang yang belum terbayar?
sekali lagi kau ulang baca
lihat berapa hutang sang suami yang belum dibayar?

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk membeli sebatang havana

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk melayan happy hours

demi zeus
apakah agaknya nota akhir untuk sang isteri
apakah yang ditulis hanya selamat tinggal wahai kekaseh ku
apakah yang ditulis kucupan akhir untuk sang anak

demi zeus
aku tahu
sampai kiamat pun
aku tidak akan dapat tahu
apakah nota terakhir dari sang suami

demi zeus
aku bersumpah
sambil aku berkelana
kesah ini akan aku bawa
sepanjang perjalanan hidup ku

untuk kau
kau yang menjadi kawan aku
jika kau membaca kesah ini
jika tercarik hati mu
jika koyak air mata mu
jika tertekan nafas sedeh mu
jika sebak dada mu
maka aku tahu
sebenarnya kau memilik hati suci seorang komunis
hanya kau tidak menyedari bahawa hati kecil mu
adalah degupan yang sentiasa membawa kebaikan.


55 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengemis urus jenazah
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin

Dipetik daripada Harian Metro
2010/04/29

MUAR: Siapa sangka, tragedimengorbankan dua beradik Muhammad Fadzly, 15 dan Muhamad Syafiq Razak,11, pada Isnin lalu akhirnya membongkar episod duka kehidupan sebuahkeluarga yang hidup daif sejak 20 tahun lalu serta terpinggir daripadabantuan kerajaan. Malah, pasangan suami isteri, Razak Manap, 52 danZuliha Yahya, 42, terpaksa mengemis dan mengharap belas ihsanadik-beradik mereka bagi menguruskan pengebumian dua jenazah anaknya diTanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, semalam. Kehadiranwartawan Harian Metro, semalam antara saat dinantikan keluarga terbabitkerana selain sedih kehilangan dua anak, mereka mempunyai kisah dukayang ingin dikongsi bersama.

Ketika mula-mula ditanyakan perasaannya, Zuliha hanya menjawab ringkas:“Ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak?” Kemudian bermulalah episodpembongkaran kisah hidup menyayat hati sembilan sekeluarga yangsebenarnya jauh lebih menyedihkan daripada tragedi terbaru kehilangandua beradik itu.

Zuliha berkata, kedua-dua Allahyarhampelajar cemerlang dan pintar di dalam kelas, namun Muhammad Fadzlyberhenti sekolah bermula tahun ini kerana keluarganya tidak mampumembayar yuran persekolahan.

Menurutnya, sejak berhentibersekolah, Allahyarham Muhammd Fadzly membantu menguruskan hal duaadik lain yang masih bersekolah dan dia tidak pernah merungut walaupunsedar masa depannya mungkin lebih suram apabila tiada pendidikan formal.

“Arwah dua beradik itu rapat dan juga pelajar pintar dalam pelajaranmasing-masing. Sebenarnya mereka harapan keluarga kami, namun saya redaAllah lebih sayangkan mereka. “Jika diikutkan hati, mahu saya meraungsekuat hati menangis dan meratap pemergian mereka. Malangnya, kamisudah lali dengan kehidupan daif dan pelbagai dugaan selama inimengajar apa itu erti kesabaran,” kata ibu kepada tujuh anak itu.

Menurutnya, disebabkan tidak mendapat sebarang bantuan, tiga daripadatujuh anaknya berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankanbeban keluarga.

Katanya, disebabkan suaminya, Razak bekaspenagih dadah, mereka seperti dihukum seumur hidup pemimpin masyarakatserta dinafikan pelbagai bantuan termasuk rumah Projek Perumahan RakyatTermiskin (PPRT).

Malah, ketika tinjauan dilakukan di rumahpasangan itu di Tanjong Agas, tiada kenduri tahlil diadakan berikutankeluarga allahyarham tiada duit membeli kuih bagi menjamu tetamu.

Lebih menyedihkan majlis bacaan surah Yasin yang diadakanantara keluarga tidak dilawati masyarakat setempat termasuk ketuakampung mahupun pemimpin politik kawasan.

Sementara itu, Razak mengaku dia pernah melakukan kesilapan, namun tetap dipinggirkan masyarakat.

...........seminggu dua ni, mata wa rabak sekian kali.
ayob danaukota

Tanpa Nama berkata...

Mengemis urus jenazah
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin

Dipetik daripada Harian Metro
2010/04/29

MUAR: Siapa sangka, tragedimengorbankan dua beradik Muhammad Fadzly, 15 dan Muhamad Syafiq Razak,11, pada Isnin lalu akhirnya membongkar episod duka kehidupan sebuahkeluarga yang hidup daif sejak 20 tahun lalu serta terpinggir daripadabantuan kerajaan. Malah, pasangan suami isteri, Razak Manap, 52 danZuliha Yahya, 42, terpaksa mengemis dan mengharap belas ihsanadik-beradik mereka bagi menguruskan pengebumian dua jenazah anaknya diTanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, semalam. Kehadiranwartawan Harian Metro, semalam antara saat dinantikan keluarga terbabitkerana selain sedih kehilangan dua anak, mereka mempunyai kisah dukayang ingin dikongsi bersama.

Ketika mula-mula ditanyakan perasaannya, Zuliha hanya menjawab ringkas:“Ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak?” Kemudian bermulalah episodpembongkaran kisah hidup menyayat hati sembilan sekeluarga yangsebenarnya jauh lebih menyedihkan daripada tragedi terbaru kehilangandua beradik itu.

Zuliha berkata, kedua-dua Allahyarhampelajar cemerlang dan pintar di dalam kelas, namun Muhammad Fadzlyberhenti sekolah bermula tahun ini kerana keluarganya tidak mampumembayar yuran persekolahan.

Menurutnya, sejak berhentibersekolah, Allahyarham Muhammd Fadzly membantu menguruskan hal duaadik lain yang masih bersekolah dan dia tidak pernah merungut walaupunsedar masa depannya mungkin lebih suram apabila tiada pendidikan formal.

“Arwah dua beradik itu rapat dan juga pelajar pintar dalam pelajaranmasing-masing. Sebenarnya mereka harapan keluarga kami, namun saya redaAllah lebih sayangkan mereka. “Jika diikutkan hati, mahu saya meraungsekuat hati menangis dan meratap pemergian mereka. Malangnya, kamisudah lali dengan kehidupan daif dan pelbagai dugaan selama inimengajar apa itu erti kesabaran,” kata ibu kepada tujuh anak itu.

Menurutnya, disebabkan tidak mendapat sebarang bantuan, tiga daripadatujuh anaknya berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankanbeban keluarga.

Katanya, disebabkan suaminya, Razak bekaspenagih dadah, mereka seperti dihukum seumur hidup pemimpin masyarakatserta dinafikan pelbagai bantuan termasuk rumah Projek Perumahan RakyatTermiskin (PPRT).

Malah, ketika tinjauan dilakukan di rumahpasangan itu di Tanjong Agas, tiada kenduri tahlil diadakan berikutankeluarga allahyarham tiada duit membeli kuih bagi menjamu tetamu.

Lebih menyedihkan majlis bacaan surah Yasin yang diadakanantara keluarga tidak dilawati masyarakat setempat termasuk ketuakampung mahupun pemimpin politik kawasan.

Sementara itu, Razak mengaku dia pernah melakukan kesilapan, namun tetap dipinggirkan masyarakat.

...........seminggu dua ni, mata wa rabak sekian kali
ayob danaukota

asdsahar berkata...

aku mohon ulang-tayang artikel ni kat site aku bro..aku pun meleleh air mata baca perihal ni..

Unknown berkata...

salam sahabat,

umngok dah 64 tahun usianya, masih lagi ada cerita2x melayu yg bikin aku rasa terharu.

p/s- hari nie baru 7 haribulan. gaji pung dah habis, tinggal duit rokok dan duit nomboq.

Siswa berkata...

Terima kasih bro hisham

saudaramu nikjoe berkata...

wow bro! sajak yang cukup hebat! gua suka.

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

susahnya nak mencari RM160.
tapi,
ada orang mudahnya mendapat 114 juta euro

DAN

kemana arahnya wang zakat yg khabarnya berjumlah RM1.1 bilion seluruh Malaysia tahunlalu ? yang cantik nampaknya kenderaan jabatan yg pungut zakat itu

Betullah cakap Dr Asri...wang zakat tidak diurus dgn sebetulnya..

adnan M

Amuraria berkata...

MELAYU KINI SOLAT JENAZAH PUN KENA 'HULUR' KA ? MELAYU OH MELAYU !

Asy_raAf berkata...

minta kebenaran utk copy paste sbg perkongsian... ;)

Tanpa Nama berkata...

satu contoh yang paling baik sebagai seorang suami........ yang gagal dunia dan akhirat!!!! tak ada maruah dab iman. dia ingat kalau dah mati tu habis la segala masaalah. cukup ke harta beberapa ringgit tu untuk menjamin anak berusia 5 bulan dan balu yang ditinggalkan? sakah congak...... rais xde bapak boleh bagitau rajagopal dia, kalau nak jaga maruah, buat macam lelaki ni!!!!

vanhidayat berkata...

bro sham...kisah cinta ni memang menyayat hati..teringat kisah benar suami terpisah ngan isteri mase jepun di malaya dulu..lepas jepun balik negara sendiri,suami cari isteri serata malaya tanpa tahu yg isteri dah lari ikut lelaki lain di korea..setia suami tak kawin2 sampai mati..tapi mesej sebenar posting ni aku faham..Allah tu ada bro, tak dunia di akhirat ketemu jua balasannya..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Hisham,

Izinkan saya republished artikel & nota saudara ke dalam blog saya juga?

Sungguh menyayat hati apa yang berlaku kepada saudara kita di Terengganu itu.

Terimakasih.

Tanpa Nama berkata...

...duit duitttttt..di mana kau duit...semua bertuhan kan duit ini la jadi nye....(tampa nama mengemis urus jenazah..imam baca doa pun nk kna payung skrng..semua nya duit )....

Ishak Ismail berkata...

Bro, inilah penyataan kehidupan yang tersembunyi lalu diabaikan mereka yang mengelar diri mereka pemimpin yang memimpin kuasa bukan rakyat yang diutamakan, Rakyat hanyalah hamba bagi pemimpin dalam merobek kekayaan

al-Faqer ilallah. berkata...

Sedih sangat cerita ini... kita susah juga... rupanya ada orang lagi susah... yang kaya mungkin tak baca blog bro...

Haqim berkata...

juga memohon tuk siaran ulangan :)

shahmetal berkata...

Bro. aku mmng terharu.

sgt terharu. aku tau betapa besrnya makna cinta dalam kehidupan.

tapi, itu bukan cinta agung.
cinta agung kita bersama2 susah.
bukan melepaskan tanggungjawab.
bukan menamatkan riwayat.
bukan membiarkan yg tersayang terkontang kanting mencari nafas berseorangan.


lagipon kita ada agama.
kene yakin ngan Tuhan.
Tuhan tak bagi dugaan kalau hambaNya tak mampu menanggungnya.
Kalau betul cinta sejati..
Kena kuat.


semua orang boleh ada kasih sayang.
kapitalis.
komunis.
sosialis.
apa2lah.

tapi tetap sedeh.
*sob sob*

Tanpa Nama berkata...

Di saat manusia malang berduka
menghitung nasib megenang masa depan
ada manusia ketawa riang
menghitung komisen yang masyuukkk

Di saat manusia berjuang
untuk mendapatkan tanah sekangkang kera
ada manusia ketawa riang
mengadai khazanah negara secara
diam-diam

Di saat wanita lain sibuk
menguruskan kehidupan rumahtangga
ada wanita bernama bik mama
tumpang sibuk menguruskan negara
se olah sang suami tak punya kuasa
membiarkan saja kelaku bini
membuat apa saja...

...Mat Dollah....

merbok berkata...

masa tv tayang siaran langsung sheikh muzaffar ke outerspace yg perbelanjaannya mencecah ratusan juta ringgit.. ada satu siaran tv tayang rancangan "...bersamamu" yg menunjukkan masih ada lagi manusia yang begitu dhaif kehidupannya.. ironik kan?

bila tanya UMCO.. ahh! depa tu malaih nak kerja!!! sebab tu miskin tegar!!

MAHA SUCI ALLAH.. KAU AMPUNKANLAH DOSA KAMI

Tanpa Nama berkata...

Cerita yang menyayat hati sememangnya memberi satu kesan atau impak yang kuat pada sanubari seseorang yang peka buka yang pekak. Ada banyak cerita sekelas dengan itu dan ada lagi yang lebih hebat. Tiada siapa boleh mengupas dengan tuntas kenapa begitu atau itu adalah lumrah hidup sama juga ada banyak cerita kartun yang nonsense. 'Life is bitter sweet experience', bagaikan tiada siapa boleh terlepas daripada itu baik yang bernasib baik mahupun yang kurang bernasib baik.

asyMok_Aambo berkata...

ambo sedih.

Tanpa Nama berkata...

Demi Allah, kalaulah aku pemimpin di waktu ini, masih adakah saat untukku memejamkan mata merehatkan minda atas penderitaan rakyatku..Allah,berat perhitungan akhirat kelak..Pasti tak tertanggung soalan yang akan ditanya..Peritnya..

Sebuah Perjalanan berkata...

Mereka di pinggirkan masyarakat atas kesilapan apa? adakah menjual Blok L dan M, tembak budak, x kongsi komien beli kapal???

Ahhh!! masyarakat !!

Tanpa Nama berkata...

Tabik utk lelaki berprinsip ini.
Dia tak memileh utk membunuh manusia lain.
Dia tidak memileh menjual kangkang wanita lain.
Dia tidak memilih untuk menipu warga lain.
Dia tidak memilih untuk menjadi penjenayah.
Dia tidak memilih untuk menjadi
pencacai politik murahan.
Dia tidak memilih untuk menjual maruahnya.
Atas kematiannya, semua masyarakat
berdosa.Yang lebih berdosa pembesar dan rajagopal!

Aku Budak Kampung berkata...

Salam perjuangan,

bro hisyam. minta kebenaran utk copy artikel ni

Tanpa Nama berkata...

TT,
Aku ingat ini adalah suway
rajagopal teganu.
Ada jururawat yg dibuang kerja kerana tekanan rajagopal teganu. Apasalah jururawat tu?
Menceritakan perihal rajagopal teganu dlm facebook.
suway rajagopal akan merebak ke dalam masyarakat.
Suway rajagopal akan mengakibatkan kerajaan zalim jatuh!

Tanpa Nama berkata...

TT, cinta agung adalah pengorbanan bukan gagal, tak kan nak kata cinta ayah dan ibu TT tidak agung sebab tak gagal... apa yang terjadi di muar tu memang sepatutnya jadi iktibar tapi bukanlah melayan perasaan sedih berpanjangan macam drama swasta kita, janganlah salahkan siapa-siapa kecuali kita iaitu jiran tetangga dulu kemudian masyarakat lain amnya kerana tidak prihatin, kerajaan tu siapa? bukan kita -masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

@shahmetal

wa respek you punyer posting kali ini... ada kelas.. ;)
---------------------------------

walaupun membunuh diri adalah salah di sisi agama islam, ia juga menunjukkan kemiskinan adalah penyumbang utama kepada kekufuran. mana kita nak jawab nanti bilamana kita dituduh bertanggungjawab keatas faktor2 dia membunuh diri nanti. adakah kita tidak bersalah? tak tentu lagi kita ni betul2 tak terlibat.

masih ada lagi orang yang menganggap RM160 itu sama susah nak kumpul macam RM160 juta!!!

ini menunjukkan kita tak boleh harapkan lagi apa yang kerajaan boleh buat, nampak gayanya semua susuk warga kene turun padang untuk sama-sama membantu sendiri rakan2 warga yang susah. ini bukan kes terlepas pandang, kita ada ketua pada setiap kampung dan kawasan, setiapnya diberikan elaun untuk menguruskan kerja2 sebegini! ini tentunya kes ketua tak amik pedulik atau permasalahan yang amat tidak wajar berlaku sebegini lagik..

sungguh tragis dan harapkan ahli2 pr di terengganu dan johor, sila berurusan secepat mungkin supaya dapat tengok2kan keluarga2 ini. jangan biarkan terus hidup dalam kemungkinan kesesatan hidup tak tahu hujung pangkal dan kesusahan sebegini lagi.

kat tempat aku pun ada cerita yang hampir sama. antar SMS kat isteri suruh selesai hutang, berkemungkinan telahpun membunuh diri, bomba sedang giat mencari kerana kereta ada di kawasan berhampiran... kita nantikan ceritanya UMAT MELAYU telah lama mula belajar tentang bunuh diri... ini memang kelas sungguh ni..

Tanpa Nama berkata...

feeling gila ngn coretan n sajak tu.... betapa insan marhein sgt susah mencari rm160.00 dikala sesetgh org mengeluarkan RM160.00 hanya utk membeli sebiji kek coklat..

Cob Nobbler berkata...

"You have nothing if you don't have rights" - Billy Bragg.

Ini kesah trajik.Kepada sang isteri gua tumpang sedih,dan kepada sang anak gua harap bila dia besar nanti,cerita ini bakal menjadikan dia lebih cekal dan tabah menghadapi hidup.

Gua kerja kat satu company jual TV RM300,000.Jual speaker RM26,000.Beli wayar cable je dah nak dekat RM700 lebih.Hari2 gua berdepan dengan para cukong aparat.Gua terpaksa jadi two-face sebab ini kerja gua nak jadi pendinding diri.

Hakikatnya - dalam hati gua,gua terkenang tukang mop lantai dan tukang lap cermin kat depan kedai gua kerja ni.Makan dia macam mana,pakai dia macam mana?Makan apa?Megi ke apa?

Sementara tu,cukong-cukong celaka bawak gundik membeli TV RM300,000 - mana hati tak rabak melihat masyarakat ni.

Hati gua sentiasa komunis,fikrah gua sentiasa komunis,segala tubuh badan gua sentiasa komunis.Mungkin kau boleh panggil gua two-face sebab bekerja untuk urusniaga para cukong,tapi hakikatnya di satu hari nanti,gua akan berazam akan menamatkan riwayat sistem kapitalis celaka ni.

Hanya dengan anak muda dan pekerja untuk cetuskan revolusi.Dan aku menyeru kepada anak muda dan pekerja yang membaca comment aku agar sama-sama kita ambil iktibar.

Internasionale,tetaplah di dunia.

ha ha ha berkata...

Salam Bro Isham,

Hari ni tak boleh ketawa, Biarpun si suami mati berdosa, Benar kemiskinan boleh membawa ke kufuran dan ingatlah Janji Allah itu Benar.

Salam..

Tanpa Nama berkata...

mintak izin untuk perkongsian artikel ini. terima kaseh

Tanpa Nama berkata...

malaysia nie banyak duit tapi di kebas oleh barisan nasio anal....
merata2 dlm malaysia ada org miskin mana duit zakat???????
perak kedah selangor hasil padi banyak!!!!
harga barang naik
harga minyak naik
gaji macam tuuu aje....
dari belanja F1 DLL baik tolonh org susah.
ini kerajaan barisan nasio anal punya takrif rm500 org susah/papa kedana rm1000 org miskin rm1500 keatas org miskin mudah
BERAPA RAMAI ORG YG GAJI RM1000 KEATAS????????? YG KAYA ORG POLITIK, KRONI2 BARISAN NASIOL ANAL, KONTRAKTOR2 YG BERKRONI.... RAKYAT MAMPUS PUN TAK APE BILA PILIHAN RAYA BARU JUMPEEEE...
SEDAR SEDAR LAAA RAKYAT BAWAHAN JANGAN JADI SOOOCHAI SAMPAI MATIIIII....

akbajalil berkata...

Bro Isham,
Mohon izin link di blog saya.
Jazakallah.

Joe Radzif berkata...

kenapa demi zues?
tak syirik dan kufur ke bila buat cam tu....
mintak komen skit

Tanpa Nama berkata...

CINTA agung, tanya samaitu Chua Soi Lek betapa besar cintanya kepada isterinya? CINTA agung, tanya sama itu DS Najib betapa hebat cintanya kepada 'suaminya' rosmah. Woooiit tanya sama itu Bung Mukhtar MP Kebinatangan, betapa uuh uuh uuh suami mudanya?....

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Itulah MELAYU yg dibanggakan ramai... klu ISLAM.. InsyaAllah x jadinya sedemikian...

Kemana perginya wang zakat..yg sepatutnya utk kegunaan masyarakat, amnya ISLAM...

MELAYU.. MELAYU... aku pun MELAYU... malu aku jadi MELAYU... sebab tu aku berusaha menjadi ISLAM....

Sepukal berkata...

bergenang air mata kawan :'(

Tanpa Nama berkata...

DUUUIIIITTTT ZZZAAAAAKKKAAAAATTTTT
MAAAANNNAAAAAA.....!!!!!!

BILA KUTIP BACA AYAT QURAN, BILA AGIHKAN BACA AYAT MUNAFIK!!!!

GHAIRAH SANGAT NAK KUTIP SAMPAI DUIT UPAH DUIT GAJI BULANAN PEKERJA DAN BURUH PUN KAU SEBAT HA BAITULMAL!!

AKU TAK HALALKAN DUNIA AKHIRAT DUIT GAJI AKU YG KORANG BAITULMAL POTONG TIAP2 BULAN TU!!!

Pak Ma'on berkata...

topang sedih

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anwar Ibrahim jadi PM memang tak akan terjadi benda macam ni...

Tanpa Nama berkata...

mintak kebenaran ye brader TT..aku copy paste pagi td.lupa nk mintak ijin tuan tanah

storm62 berkata...

sesiapa yg boleh dapat maklumat dari isteri arwah sila paparkan diblog atau internet supaya warga internet boleh menghulurkan sumbangan untuk keluarga mendiang ini.

Mat Dangdut berkata...

Antara cinta dan wang ringgit...banyak berkorban dan terkorban... :-(

Ady berkata...

Sedih!!!! sedih kerana sebagai org Islam membunuh diri adalah salah satu daripada 7 dosa besar.. sedih kerana dalam dunia yang penuh serba serbi ini, 'dia' tak mampu untuk mencari damai dalam pegangan Islam..
tapi kenapa sajak tu ..'demi zeus'.. adakah penulisnya bukan Islam???

Tanpa Nama berkata...

bro isyam,
Tq atas artikel sayu ni. Tapi aku lebih sayu bila aku tanya wiki apa itu zeus, dan ini jawapan wiki
http://en.wikipedia.org/wiki/Zeus

Kenapa ni bro? aku konfius..
Aku tumpang copy artikel ni kat blog aku.Tq

lowkey berkata...

bro.mntk izin copy article ni oke. salute bro!

sedeh berkata...

sedeh
sedeh
sedeh
sedeh
wa botot botot sedeh
demi zeus
demi komunis
demi sosialis
demi sifilis
wa botot botot sedeh

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiub,

Memang terharu, menitis air mata baca..

Post terbaik dan paling menginsafkan sepanjang mengikuti blog ini.

Terima kasih

Tubeless berkata...

Demi zeus..
betotbetol sosialis..
hidup komunis..
hidup sosialis..

kah kah kah tukar tiub kasi tubeless la bro..

kah kah..

mana lu punya suami?

kah kah kah..

Lang berkata...

kesukaran hidup bagi yang tak pernah melaluinya pasti tidak mengerti keperitan. Bukan mudah untuk meneruskan hidup dengan beban tanggungan yang besar. Mudah bagi kita jika punya sumber pendapatan. wang bukan segalanya tapi perlu untuk mendapat segalanya. wang tak boleh jadikan kenyang tapi dengan wang poerut boleh jadi kenyang.

Bunuh diri memang salah disisi Islam. tidak boleh dinafikan mau pun dihalalkan. Tetapi jika sampai satu keadaan ada orang membunuh diri kerana kesempitan hidup sedangkan negeri kaya raya, maka masyarakat, pemimpin serta ketua negara menanggung dosa kerana tidak memakmurkan negara, tidak memastikan warga jajahannya terbela.

Mungkin ramai yang mengatakan lelaki ini tidak mengingati Allah sehingga sanggup bunuh diri. Tetapi sekiranya dalam kepala berputar ligat dengan masalah untuk mencari sesuap nasi pasti Allah hilang dari ingatan. Dek sebab itu islam mengatakan 'jauhi kefakiran kerana ia boleh membawa kekufuran'.

Mudah bagi kita berkata... tapi pernahkah kita merasa apa yang dia rasa?

Tanpa Nama berkata...

TT,

Aku menangis sambil membaca

Kenapa orang APNO tak gi tolong dia? Atau kenapa dia tak tau pergi ke APNO ADUN dan minta tolong sikit?

Sekarang kesian lah isteri dan anak nya.

Kita patut kutip wang untuk isteri dan anaknya ok?

TT, tolong start satu akaun dan semua saudara2 di sini boleh tolong sikit2 ye?


orang kampung

Tanpa Nama berkata...

hoi, boleh caya ke citer yg keluar dari paper gerombolan!

hoi, aku ader konfius skit!

hoi, jgn telan bulat2 ini cerita!

hoi TT, pi siasat ini sumber!

hoi TT, jgn jadi hero tamil!

hoi TT, jgn sokong berita gerombolan!

hoi TT, dah hancing dahhhhh...kena kencing!

hoi, mcm itu kes kat muar!

hoi, tak bleh caya langsung statement dari media!

hoi, semua panas bontot!

hoi, betul2 bikin gempar!

hoi, datang sendirilah, baru tahu!

hoi, hoi, hoi, cerita sensasi nak laris kan paper!

hoi, isi hampeh!

hoi, memang palat!

hoi, terpaksa beli!

hoi, pasal kurang kutuk PR!

hoi, aku mmg tak caya citer mrk!

hoi, cuma dah tak der paper penglipur lara!

hoi, penglipur lara utk citer stim kering!

Tanpa Nama berkata...

aku baca berita tu tak la sedih sangat.... sedih sepintas lalu jer,,,

tapi bila aku baca ulasan TT, aduhai,,, jadi sedih plak,,,sememangnya TT pandai membawa FEEL pembacanya,,,, pandai ... memang berbakat la si TT ni

zaxx berkata...

aku amik utk masukkan dalam forum di teranungkite.net dgn sikit edit demi pembacaan terbuka.

mmg air mata mengenang2 walaupun dah 8 kali baca..

entri terbaik utk 2010 setakat nie..

sentuh kemanusiaan itu lagi bro sham..

wasallam..