Selasa, 6 Julai 2010
SATU PANDANGAN TENTANG EKONOMI
MENEMBAK PEMBAWA BERITA
MENEMBAK MATI SI PEMBAWA BERITA
Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.
Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.
Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.
Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.
Saya telah menulis banyak tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.
Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.
Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.
Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.
Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.
Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.
Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.
Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.
Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.
Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.
Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.
Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.
Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.
Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.
Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.
Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.
Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.
Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.
Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.
Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai. (TT)
nota: bebas diambil untk tujuan baik !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
abes tu kenape TT tak shoot saje politikus?bknkah mereka yg menyusahkan org ramai dgn mengelentong rakyat?mengapa TT masih lg terlibat memberi komen2 indah kepada politikus2 keparat,xkira dari sebelah kanan atau kiri?bknkah yg kiri juga politikus namanya?dalam 1 masa TT ckp ckp jgn percaya kata2 politikus ini!dlm 1 masa lain,TT bg sokongan kpd mereka!apa ni?rakyat yg tak tau ilmu politik macam mane?kalau mcm ni,dlm masa sama,TT juga dilihat memperbodohkan org ramai...idea aku,TT patut menggerakkan org ramai utk menjadi bebas,tidak bergantung kpd politikus dan aktiviti2 politik...politik dan politikus itu membunuh!!TT patut menggerakkan idea supaya ahli2 birokrat dan teknokrat itu sendiri yg mentadbir negara,tidak ada kiri,tidak ada kanan,sama saja...kiri dan kanan itu sume bullshit,selagi namanya politikus,apalah blh diharap!!
-madey kimak-
ulasan yang penuh manfaat. Terima kaseh sbb meluangkan masa saudara untuk menulis artikel ini. Supaya dapatlah kita semua rakyat malaysia cerdik pandai dapat "melihat" melampaui apa yang kita nampak.
The Malaysian Insider: Putrajaya renews controversial APCO contract
KUALA LUMPUR, July 6 — The Najib administration has renewed its contract with APCO Worldwide for another year, despite the firm’s alleged links with Israeli intelligence operatives.
Political foes have made the public relations consultancy’s work for the government a major focus point, as any link with Israelis is a taboo in Muslim majority nations.
betul.. saya setuju dengan pandangan awak kali ini.... :) thanks... !
p/s: kalau blogging normal camni kan bagus? xde la sakit mata haha :D
Syabas, kupasan yang menarik, ilmiah, harus direnung2kan, diambil tindakan.
TT bukan pakar ekonomi utk consult bank negara & mapen, tetapi seorang pemikir haluan kiri yg mengkritik utk membangun.
Mengkritik untuk menampar-bangunkan susuk-susuk penguasa & pengamal ekonomi yang tidur nyenyak.
Bermaksud ia agak selari dgn haluan kanan, tetapi tidak diatas landasan yg sama. nice to have a person who behave same like TT.
~woit ..mana budak2 kampung jemapoh yg kutuk2 TT, why not kau orang came up dengan artikel2 dan pemikiran2 kritis macam ini? ...ke pandai cakap je --?
kah kah kah
tu la pasal.. bila dah lingkup rakyt disuruh berjimat.. nak berjimat cammana klau harga brang naik mencanak.. cilakak apsal x potong jer gaji menteri ahli prlimen atau wakil rakyat.. gaji besar keja tarak.. stakat becakap guanyer atok kat kmpung pun bleh.. hampehh
Akhirnya cara terbaik memulihkan dan memulakan ekonomi adalah dengan cara memulakan perang dunia ketiga.
Itu yang diwar-warkan kiamat akan terjadi pada Disember 2012 supaya kita dapat mempersiapkan mental menghadapinya.
Woit, budak jemapoh tu sedang mengorat anak dara kampung la... nyaris entot2 daa.. biasa la, jemapoh sana masih ikat muncung punai jer tutup kepala kontol dia...
perhatikan baik2 mantera dia kat 0:16 dalam video ni, http://www.youtube.com/watch?v=lHomQ4bEU40&feature=related
umar, lu jangan bagi budak jemapoh tu potong stim... dia tetap akan tunggu isham balik kampung untuk buli isham pulak daa.. kuncu2 dia shahmetal... tunggu kat pintu gerbang kampung kuala jemapoh sana..
Terbaik.Logik pun boleh fikir pun sebenarnya tapi bende yang TT ckp nie mmg hakikat yang berlaku.Respek!
setelah membaca dan memahami artikel ini rumusan aku ialah:
seorang genius ekonomi berfikir bagaimana nak menjadikan nilai seringgit menjadi nilai lima ringgit.Bagaimana ubi sebelanga dapat dimakan oleh orang sekampong.
Tetapi, di Malaysia perkara ini terbalek kuang: Bagaimana nak menjadikan nilai 100 ringgit menjadi sifar atau kosong.
Bagaimana nak menjadikan ubi sebelanga menjadi makanan keluarganya sahaja.
Apakah Idris jala melihat angka yang dibazirkan oleh keluarga kucing parsi setiap tahun?
Adakah Idris jala melihat 95% golongan yang makan hasil dari ugama tidak produktif untuk ekonomi?
setuju ngan tt... tp jala kena tgk dr sudut kepentingan rakyat.. dan harus diingat jala juga diikat supaya tidak menggangu gugat kepentingan gerombolan... usul balik asal..
Masalah ekonomi hari ini bukan disebabkan kita kekurangan sumber material seperti minyak dan sebagainya. Saya pernah membaca satu interview yang dibuat dengan seorang engineer di telaga minyak yang berpengalaman hampir 20 tahun.
Menurut beliau minyak yang ada di dunia ini hampir sama banyak dengan air di lautan. Teori puncak minyak hanyalah penipuan oleh taukey-taukey minyak yang ingin memonopoli sumber minyak.
Masalah ekonomi hari ini disebabkan oleh sistem kapitalis. Lebih tepat lagi sistem kewangan yang berasaskan riba. Wang yang ada hari ini dicipta untuk menguasai sumber ekonomi dan memperhambakan orang ramai. Sistem wang yang berasaskan riba inilah penipuan yang paling besar dalam sejarah manusia.
Wang yang ada hari ini juga dikeluarkan oleh individu-individu yang dipanggil banker. Jadi pengeluaran wang itu sendiri telah dimonopoli dan boleh dimanipulasi. Wang telah menjadi satu komoditi dan bukan lagi menjadi tujuan asalnya sebagai medium pertukaran.
Ringkasnya untuk keluar dari krisis ekonomi hari ini sistem wang perlu bebas dari riba dan pengeluaran wang harus dinegarakan dan bukan dimonopoli oleh para banker yang mempunyai kepentingan peribadi.
ah ini semua retorik politik semata-mata
idris jala tu kerja shell x berapa pandai
sebenarnye keronie2 die berlambak2
time jd ceo MAS mcm hampeh gak
konon dua tahun boleh pulihkan MAS
tp untung die bawak x seberapa mana
mula2 mmg die bawak berita ni then family kucing parsi shoot die
tu semua fabricated
just sbb nak justify tarik subsidi
last2 sekali nnti 20% untung si jala ni tebar kat najib
lagi 80& kucing tu gi shopping dkt paris
ah
ni semua fabricated
Sebarkan artikel tt ni dgn cepat!!
a good speculative, but sensible, economic article! saya kata speculative sbb takde hard data yg support the analysis TAPI jauh dihujung-hujung ayat MACAM ada kebenaran. Ini boleh jadi sbb adanya manusia yang dianugerahkan oleh Allah Taala daya berfikir yang tajam & kritis, yg boleh membaca apa yang tersirat lagi tersurat. Keep on writing on the economic topic TT! Kadang-kadang otak ni jemu jugak baca mainstream analysis.
Tanpa Nama 2010 Julai 6 16:34
..penambahan yang baik untuk artikel ini. tahniah diatas input daripada anda. terima kaseh.
speculative?huh?definately not!!Kaptilaist world share the sanme mantra lah!!Enrich the oredi rich,n screw the ordinary people,citizens!!It not speculative at all!!debt financing has become epidemic all over the world..debt to gnp ratio is well over 50% on aveage..USA's is 500%!!..and more more national assets r being "auctioned off" becos debt ridden countries have practically zero savings..our haprak otak udang dungu bahlol gomen will very soon have to auction bik mama's coli,najib's condom,madey's "dilema mamak ",at e bay in the near future for $$$..
tolong sebarkan artikel tt ni dgn cepat..jgn lambat..kalau pakcik makcik/tata pati/auntie uncle garu kipala bila tengook perkatan "bon",jawab..HUTANG..
malaysia betui betui dlm bahaya..defisit semakin memuncak,hutang negara tak nak turun..emas dah tibai,rizab wang asing dah digasak,tanah dan aset minyak pulak diberi kpd negara lain!!!!kebodohan gomen punya pasai,rakyat terpaksa menanggung hutang negara sebanyak RM30,000.00 seorg!!
TT, aku amik ko punya tulisan ha...masuk blog aku...
Catat Ulasan