Jumaat, 19 November 2010

DETIK DETIK AKHIR MENCARI KEADILAN





MENCARI KEADILAN





SATU : MUSTAFFA HANTAR WAKIL SERAH BUKTI KEPINCANGAN PEMILIHAN PKR
– minsider

Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah tetapi menghantar wakilnya bagi menyerahkan sejumlah kecil keterangan mengenai dakwaan kepincangan pemilihan pagi ini.

Perkara itu dinyatakan Mustaffa sendiri, yang sebelum ini dua kali mendesak penangguhan dan pembatalan proses pemilihan pusat yang didakwanya wujud penyelewengan.

“Saya tidak akan hadir ke sana (ibu pejabat PKR) namun wakil saya, Dzulkifly Ibrahim akan bertemu JPP pagi ini dengan beberapa butiran yang ada,” kata Mustaffa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, banyak aduan yang diterima JPP sebelum ini sepatutnya sudah boleh mendorong jawatankuasa pengendali pemilihan pusat itu menangguhkan proses pemilihan yang ketika ini hanya tinggal dua hari lagi iaitu esok dan lusa.

“Sebenarnya telah banyak (aduan) yang JPP terima, tetapi tiada siasatan dan penyelesaian yang meyakinkan.

“Tidak perlu menunggu (aduan) saya, dia kena siasat kerana banyak (aduan) terbengkalai,” kata beliau sambil menyatakan bahawa inisiatif beliau membuat beberapa desakan sebelum ini demi memulihara nama baik PKR.

Dzulkifly yang juga Ketua Penerangan PKR Perak ketika ditemui kemudian di ibu pejabat PKR memberitahu, aduan-aduan tersebut antaranya berhubung kecacatan proses pemilihan di Perak, Kelantan, Selangor dan Sabah.

Di Perak, Setiausaha PKR Pasir Salak Hishamuddin Ali dan Maknor Yahya selaku anggota di cabang itu pada 5 September lalu membantah proses pencalonan Osman Abdul Abdul Rahman sebagai ketua cabang kerana status kedua-dua wakil calon Osman dianggap bukan anggota ekoran tidak membayar yuran keadlian.

Pemilihan itu dimenangi oleh Osman.

Peranan Fatmawati Salim menjadi ejen pengiraan undi di cabang Gopeng turut diadu kepada JPP kerana beliau adalah calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Di Kelantan, Intan Rohani Tan selaku salah seorang wakil calon Mustaffa meminta keputusan pengundian cabang Kota Baru dibatalkan ekoran wujudnya unsur pengundi hantu.

The Malaysian Insider difahamkan, jumlah kehadiran ketika pengundian cuma 204 anggota tetapi kertas undi yang didapati dalam peti undi adalah sebanyak 213.
Di Selangor, Dzulkifly mengadu semula insiden kekecohan pemilihan cabang Kota Raja pada 26 September lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, insiden tersebut merujuk pada proses pengiraan undi yang kecoh ekoran tindakan kumpulan tertentu rampas kertas undi dan peti undi.
Sebanyak 18 peti undi tersebut dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Kekecohan itu melibatkan ketua cabang tersebut Dr A. Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan saingannya S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Pengurus kempen bagi Mustaffa, Yusoff Kamaruddin turut menyertai perundingan tertutup dengan Dr Cheah hari ini.



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eleeeh!

Semua dok pakat "tahu ada bukti"...
Semua dok pakat "adalah disyaki"...
Suma dok "dengar-dengar kata"....
Semua dok "saya percaya".....

Kita nak bukti la! Bukan main "mungkin, "tahu", dipercayai"

Bagi bukti.
Baru senang nak bertindak.

Iya ler..
kalau bukti dah sahih
Anwar akan bubarkan PKR terus.
Dengan cara ini dapat memuaskan hati Hj mus, Bad, Zaid, Azmin, TT, Sam, Zul, Sahrin, dan lain-lain!

Tanpa Nama berkata...

mari pakat masuk pas belaka...

AmenoWorld berkata...

Tanpa nama yg ko nak marah kenapa? mulut yg bercakap isu neh ramai bukan satu org je!

Tanpa Nama berkata...

YaNG TAK PUAS ATI TU
BUAT PARTI BARU LA

PARTI KEADILAN TIU NYAMA KAHAI

macam gampang......

rakyat nak tengok umnogok mampos
bukan nak tengok kau orang beramok
nak pangkat,darjat,
sekor cakap orang ni curi ayam
sekor lagi cakap orang ni curi tulang
abis bila nak settle
baru nak buat pemilihan dah kecoh
lum lagi perintah negara
pengundi antu la,tak cop la,orang ni cakap gua ada bukti,orang tu cakap gua pun ada bukti...bORING

aloo BRO-BRO KEADILAN
ubah la sikit minda tu
tak berbaloi rasanya bila zaman refomasi dulu kono HOBEN ngan cota
kalau benda-benda macam ni tak dapat disettlekan....

TUTUP KEDAI LAGI BAIK

Atas pagar berkata...

Penipuan semacam itu sebenarnya susah nak dibuktikan. Sama apa yang dikatakan oleh SPR dalam pilihanraya di Gallas, PAS memberi duit tambang kepada pengundi luar yang balik keGalas untuk mengundi dilihat sebagai rasuah, tapi kerajaan berjanji memberi projek segera bernilai berjuta ringgit bukan rasuah kerana SPR tidak tahu adakah pengundi itu akan mengundi calon BN atau PAS. Undi adalah rahsia. SPR main silap mata. Haramjadah !

JPP dan SPR adalah badan yang dipertanggongjawabkan untuk menguruskan pilihanraya. Kedua-duanya mempunyai agenda tersendiri yang tersembunyi.

Sehingga hari ini tiada satu parti pun yang mengemukakan bukti bahawa SPR telah menyalahgunakuasa, menipu dan berat sebelah kerana tindakan yang mereka lakukan itu tidak boleh dibuktikan dengan gambar kecuali dengan orang yang hidup. Orang yang hidup itu pula memang bersubahat maka tiada siapa yang akan buat pengakuaan bahawa SPR memang baruah UMNO.

Begitu juga dengan JPP, mereka belajar dari SPR walau pun tidak berguru dengan Barisan Nasional.

Wujudnya pertelingkahan ini menunjukkan bahawa dalam parti PKR ada kumpulan dominan yang mengaku bahawa parti ini aku yang punya. Siapa kumpulan itu, kita akan tahu juga akhirnya....

Sekarang kita lihat kepimpinan parti dan penyokong mereka berusaha bersungguh-sungguh menghentam dan menghina Zaid sebagai pengkhianat parti untuk mengalihkan pandangan ahli kepada permasaalahan yang dilakukan oleh JPP.

Persoalannya selesai kah segala masaalah yang ada dalam JPP hanya dengan menghentam Zaid tanpa menilai, memperelok dan memperbetulkan mana yang salah dalam kerangka JPP..? Atau nak simpan masaalah itu dibawah karpet penasihat parti....

Anuar Ibrahim sebagai penasihat PKR perlu memikirkan bagaimana cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang tidak berparti untuk menyokong PKR semula.

Masaalah yang diperlihatkan dalam parti PKR adalah mengenai kepercayaan, ketelusan dan keadilan.

Jangan jadi bodoh sombong hanya dengan 400000 ahli atau lebih sedikit penasihat parti boleh mengatakan kononnya PKR sudah kuat, boleh mengalahkan UMNO Baru tanpa perlu sokongan dari rakyat atas pagar.

Apa yang kita lihat dari pergolakan itu, ahli PKR sama macam ahli UMNO Baru iaitu tidak faham apa yang terjadi dalam parti, ikut kata orang atas atau lebih sedap disebut bodohkan diri....akibatnya jadi bangang.

Sebenarnya pengundi atas pagar yang mahu kan PKR melakukan apa yang pemimpin PKR cakapkan iaitu keadilan untuk semua.

Pengundi atas pagar juga yang lebih bising dari ahli PKR berkaitan dengan penipuan yang dilakukan oleh JPP. Mereka mahukan ketelusan kerana mereka ingin menyokong parti yang berbeza dari UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah ahli dan pemimpin parti PKR akan mengatakan bahawa orang luar jangan campur urusan dalaman parti PKR...?

Kita cabar anda mengeluarkan kata-kata seperti itu dalam apa jua ceramah, dan lihat apa pengundi atas pagar mampu buat terhadap parti PKR.....!

Tanpa Nama berkata...

Lu orang kene bezakan antara kawan dan lawan..

Lu tengok la gaya dan gerak geri zaid.. sungguh mencurigakan...

dia curiga dan kelihatan mencurigakan...

TT, aku faham Lu sokong demokrasi... tapi kita kene angkat demokrasi bermaruah...

Tanpa Nama berkata...

Pening,pening.
Lagi pening pasal tt lapur yang pening saja.
Al Kisah semua yang dilakukan olih team yang bagi pening,tak pula dilapurkan.
Mustafa Kamal menjadikan pejabat PKR sebagai hak milik mutlaknya,tak pula dilapurkan.
Mana yang lebih ramai.Yang mau undi semula atau nak pemilihan diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha..ha...belum menang PRU sudah gaduh sesama sendiri......baguslah tu....nampak perangai tamak kuasa....ni petanda PKR nak lingkup pada PRU akan datang.....kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

TT...aku peliklah...Masa lepas PRU 11 2004...PKR TINGGAL 1 KERUSI AJE...masa pemilihan parti...tak ada orang nak rebut jawatan...semuanya senyap aja...bila dah menang PRU 12...keluarlah siamang-siamang, ungka-ungka, beruk-beruk, monyet-monyet dari entah hutan mana mengaku jadi ahli...hinggakan ahli reformasi yang berjuang sekian lama...nama pun boleh hilang dari senarai ahli PKR...bayangkan...aku yang mendaftar jadi ahli pada tahun 1998...boleh hilang nama..entah le...kalu zaid tubuh parti baru....jangan bubuh nama...Parti Keadilan Bersatu...singkatannya PKB...nanti orang panggil....Parti Kaki Botol....kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

aku malu nak mengaku aku org malaysia sbb mentality & attitude org malaysia sama je: baik umno baik pkr. kalau macam ni lah attitude org-org malaysia sampai kiamat malaysia takkan maju.

berubahlah sikap, bukak mata, tengoklah dunia, mcm mana org negara lain mentadbir negara, bukannya dgn tak habis-habis isu remeh pemilihan, pengundi hantu, bias, pilih kasih, pilih bulu dsb. Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau dah mmg sah org tak suka belah saje bagi org lain naik, yg ada potential nak majukan negara & rakyat kita junjung, yg nak majukan perut sendiri anak kroni sila lah berubah sikap, kesiankan rakyat kais pagi makan pagi.

shameful melayu malaysian.
london

Tanpa Nama berkata...

amenoworld
org lain pun xsuke umno gak,tp ko xpyhla ikut je ckp isham ni,die dh pening,mnabuk lbh
aku sokong tanpa nama atas skali tu
ko ckp bkn sorang yg report,tp mana bukti woiii????
jgn jd bodoh,dedah bukti di internet la ada brani?
ke mmg xde bukti?
kahkahkah

org melaka berkata...

Lawan jgn tak lawan mus.aku respect aku salute kat hang.aku ahli pkr jugak.aku tau jpp condong kat azmin.semua org tau woooii!!!!! Ada ke patut umum nak tanding dlm ibupejabat parti.siap penyokong ramai2 lg.molly tidor buat2 steady. hello????? Ingat ahli pkr bodoh ke? Lu org ingat ini politburo parti komunis cina ker? Hello...???? Ahli berkuasa atau siapa? Lain kali jgn bagi kuasa pada ahli.kalau dah bagi kena gentleman la brader....jgn pulak nak patah balik...mr u turn hahaha.....

tungkaran hati.blogspot berkata...

Apa-apa yang berlaku dalam PKR adalah adil kerana nama parti pun parti Keadilan. Jadi janganlah mempersoalkan tentang adil dan keadilan!

Tanpa Nama berkata...

Tapi aku percayakan Mustafa....nak tau kenaper? sebab dia kalah dalam pemilihan cabang.....ini org bukan kaki rasuah punya olang aku rasa....dalam cabang pun kalah....

Tanpa Nama berkata...

belum meneng pru13 sudah rebut jawatan timbalan. Menang pru13 esok sibuk rebut jawatan menteri besar. Perangai lebih teruk drp orang umno. Orang cam ni kalau jadi pemimpin tak ada masa untuk rakyat. Sama aja dengan pemimpin umngooK. Mampoos rakyat kena kelentong.

Tanpa Nama berkata...

tukar tiub ptg semalam pos no2 tentang chegu bard ade lg skang dah xdak knape DSAI mrah ker? Kuang2....
dah pos delete plak XDAK TELOQ ka...