Selasa, 24 Mei 2011
KENYATAAN RASMI
KENYATAAN MEDIA
23 MEI 2011
Khairy bersandiwara, sokong kenaikan harga barang ketika Abdullah jadi PM
Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media. Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.
Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.
Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.
Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini.
Saya menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".
Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.
Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif. Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun.
Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan
Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?
Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
23 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
pergi mampus laa KJ nak main wayang ke apa, apa yg penting apa yg KJ suarakan tu betul dan wajib sbg pemimpin..kepada PR, semua benda lu nak lawan pun tak boleh jugak, nnt buat org meyampah lak kang..kenaikan harga minyak membebankan rakyat - ini isu utama sekarang ni, bukan siapa main wayang, bukan siapa liwat siapa, bukan bukan bukan..kembali kepada isu sebenar!
Si Kera Jahat ni memang lidah bercabang. Memang perangai macam biawak. Makan taik,akibat banyak makan duit haram. Cakap macam bagus je,tapi sampah saje keluar dari mulutnya.Hairan macam mane dia kata dia lulus Oxport. Memalukan!Mungkin dia pernah belajar di sana tapi tak lulus kot?Sama seperti mat monggol.Cakap berdegar-degar,tapi tak tau ekonomi.
se eloknya penyokong2 bodoh KJ suroh KJ berhenti berpolilik, suroh dia kerja aje. Tak layak nak jadi pemimpin pon.Orang2 UMNO yg bodoh aje menyokong dia.
Sayap UMNO Baru yang paling lantang dulu dah jadi kian lembik dan kini di pandang sebelah mata oleh Mat Mongol. Sebagai ketua pergerakan tapi tak ada portfolio walaupun sbg Timbalan Menteri sudah cukup menambahkan ke'malu'an dlm diri Sang Beruk malah anak pandy kutty yang lebih menonjol. Media Gerombolan terutama Meloya pon dah tak hingin tonjol gambar menantu Dolah ZZZ. Kalau mamat sekor ni ada sisa2 maruah dlm diri, tinggalkanla dunia politik..
Catat Ulasan