Khamis, 4 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA




HARI KE EMPAT


awan berkumpul
melindungi matahari
awan memanggil anak beanak
awan menjemput kaum kerabat
awan melambai sahabat dan taulan

seperti mendapat arahan
awan berligar berkawan kawan
mengawal panahan matahari
agar puasa hri ini
sejuk dan nyaman

kaum kerabat yang datang
mula berpusu pusu
menari beamai ramai
bergonjeng tak tentu pasal
berasak berasaklah awan langit
himpit berhimpit

mega menjadi mendung
mendung berat menghitam
hingga pecah berderai
retak tebarai
bertaburan gugur

maka renyailah bumi
maka segarlah rumput
maka basahlah tembok

maka selesai puasa hari ke empat
tanpa dugaan
tanpa ganguan


WARUNG

masih belum melihat pasar ramadan lagi
malam tadi melintasi chow kit
batu road
warung dan gerai telah terpacak sedia
untuk berjulaan hari raya


PETANG INI

tak ada apa apa
tidak meemasak apa apa
jam telah enam petang
dengan harapan akan ada sesuatu yang datang

lalu teringat
ini bukan kampong
ini di fle
tidak ada ketukan pintu
tidak ada sedekah di tangga!

9 ulasan:

DX berkata...

kesian!

pergi la berbuka di masjid.

bloglist malaysia berkata...

Kat kg pun dah hampir pupus budaya antar-mengantar ni bro.. Tinggal memori saja la..

Tasmak Hirang berkata...

Harga barang yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai membeli makanan cukup untuk keperluan seisi keluarga. Bagi yang berkemampuan, mungkin ada sesuatu yang boleh disedekahkan tetapi bagi yang tidak berkemampuan, apalah yang nak disedekahkan walaupun di hati mereka ada niat untuk berbuat demikian. Hanya mereka yang mengalami keadaan sedemikian dapat memahami masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

tu ler ngapa tak berbini lagi...

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

Ur poem always touch my heart.

Tanpa Nama berkata...

cool lah isham...aku jemput kau berbuka sama..jom ikut aku balik langkawi,mau?

Tanpa Nama berkata...

Jeebond, hang masih beruntung kerana budaya hantar menghantar tu aja yg tinggal memory, aku ni, kampung pun dah tinggal memory aja...haha.. yg tinggal cuma "taman"..aduhai

Tanpa Nama berkata...

pak isham, jom la berbuka puasa di masjid jamek. lihat dan ambil suasana orang yang berebut bubur lambok.

Tanpa Nama berkata...

nak beli atau buat makanan? nak sedekah kat jiran? huhu.. senak poket den... kat masjid pun, moreh dah tak ada bai... nampak senak sangat dah kewangan masyarakat muslim sejak2 akhir ini..

kalo takat nak sedekahkan kat jiran2 aku, buleh.. aku sedekahkan pelir sajalah...dapat gak geli2 buat bukak puasa.. buleh?