Selasa, 1 November 2011

SURAT DARI MAHASISWA TERSEKSA




TERSEKSA DISEKSA MENYEKSA













YURAN KUIS MEMBEBANKAN - MAHSISWA TERSEKSA


Salam mahasiswa,

Saya merupakan salah seorang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kini berada di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian). Saya amat tertarik & tersentuh dengan luahan hati seorang ibu kepada pelajar KUIS yang mengadu tentang masalah kewangan yang menimpa anaknya di KUIS dan beberapa kepincangan yang berlaku di KUIS yang telah disiarkan di Malaysiakini tempoh hari.

Saya selaku salah seorang mahasiswa di KUIS berasa terpanggil untuk turut meluahkan beberapa permasalahan yang telah menghantui mahasiswa di KUIS.
Antara masalah yang begitu merunsingkan mahasiswa di KUIS adalah mengenai ‘paksaan’ untuk mewajibkan semua pelajar supaya tinggal di asrama pada sesi kemasukan yang akan datang iaitu pada awal November ini. Sebenarnya paksaan untuk mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama ini telah bermula pada sesi yang lepas, namun ia semakin diketatkan pada sesi kemasukan yang akan datang.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar untuk tinggal di asrama ini ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran asrama yang semakin tinggi & ia tidak termasuk dengan yuran pengajian lagi. Sebagai contoh, asrama di KUIS mempunyai empat (4) jenis iaitu A,B,C & D. Asrama jenis D adalah yang paling murah sekali di KUIS. Jika sebelum ini yuran asrama jenis D ini berjumlah RM550.00 setiap seorang (4 orang untuk 1 bilik), kini yuran asrama jenis D tersebut telah meningkat kepada RM700 lebih setiap seorang (tanpa ada penambah baikan pada asrama jenis tersebut). Kenaikan ini juga berlaku kepada asrama jenis A,B & C yang yurannya mencecah kepada RM1000 ++.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ini juga diketahui berpunca daripada perjanjian yang telah termeterai antara pihak pengurusan KUIS (institusi bawah Kerajaan Negeri Selangor) dengan pihak pemaju yang menjalankan projek membina dan mengurus asrama tersebut iaitu Redha Resources Sdn Bhd. Penulis difahamkan pihak KUIS dikehendaki membayar sebanyak berbelas jutaan ringgit setahun kepada syarikat pemaju tersebut dan mengikut perjanjian ia harus dibayar selama 30 tahun. Oleh yang demikian, untuk mendapat pulangan kewangan kembali, pihak KUIS telah memaksa para pelajarnya untuk wajib tinggal di asrama tersebut dan ini telah mengakibatkan pelajar berada di dalam keadaan tersepit dan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius.

Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian yang mahal dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun. (Pernah meningkat sebanyak 100%)

Selain itu, akibat daripada kekangan kewangan yang menimpa mahasiswa di KUIS, bukan sahaja terdapat sebilangan pelajar KUIS yang terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi dan yuran yang mahal di KUIS, malah terdapat juga beberapa mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian & berhenti pengajian di KUIS akibat daripada masalah kewangan yang telah menimpa mereka.

Masalah ini telah banyak kali dibangkitkan oleh mahasiswa di KUIS kepada pihak pentadbiran KUIS dan kepada perwakilan mahasiswa di KUIS namun tiada sebarang tindakan yang dapat mengurangkan beban kami dapat dilakukan oleh mereka. Yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah sekadar mendengar rungutan, luahan hati kami dan mereka akan memberi janji untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya janji tersebut hanya tinggal sebagai janji kosong sahaja kerana masalah kewangan terus menghantui kami selaku mahasiswa.

Oleh yang demikian, saya selaku antara ribuan mahasiswa KUIS yang terseksa dengan masalah yuran,kewangan & kos sara hidup yang tinggi di KUIS ini mengharapkan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pengurusan tertinggi KUIS dan Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan susulan dengan secepat mungkin untuk menangani masalah ini dan dapat menjadikan KUIS sebagai salah satu pusat pengajian tinggi yang mesra mahasiswa & kondusif kepada semua lapisan masyarakat.

Yang benar,
Mohd Saifuddin Ibrahim,
Mahasiswa Terseksa.


19 ulasan:

Duli Yang Maha Pemalas Seri Padukacita berkata...

Inilah masanya untuk Freeloaders & Yang Maha Pemalas nak tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa mereka prihatin terhadap kesengsaraan hidup rakyat Malaysia.

Freeloaders & Yang Maha Pemalas patut membantu mahasiswa mahasiswi yang miskin. Sekurang-kurangnya ada gunanya juga tahkta Rajah Gopal. Tugas mereka mebiayai rakyat yang tak mampu bayar duit yuran sekolah.

haz berkata...

alahai.. aku dulu tidur atas simen je.. kalau x ada air angkut guna baldi dari bawah naik atas.. g kuliah jalan kaki x pun naik bas sem last baru boleh ada moto.. mkn pun magie je.. syukur la apa yg ada..

ramai anak anak org miskin menangis bila anak dpt masuk univ. tdo atas lantai belapik toto nipis je.. makan pun atas ehsan rakan2

1lg nasib ko blajar dlm malaysia ckup mkn n ada perent dekat boleh call.. cuba ko blajar kat ovesea jauh dari parent.. MARA bagi pinjaman pun separuh dr kos sebenar.. kekadg ikat perut nak makan.. semua mahal.. tapi tekad nak bejaya.. kene la buat dgn sungguh2 kalau baru susah sikit dh mengeluh... payah la dik oiii..

pastu aku pelik gak knapa skrg baru tmbul isu ni?? dulu masa BN merintah x ada pun timbul??? nak dekat plihanraya baru timbul???

ke ni serangan balas dr BN pd krajaan negeri d sbbkan isu aziz bari??? kalau betul Bn dh x ada idea la nak berpolitik

Revolusi_Malaysia berkata...

ni apa cerita inik? surat ibu sama ini budak cerita begini...

surat wakil pelajar lain... sampai tak dak bunyi jawapan untuk surat si ibu... cam bodek pun ya gak...

skang budak ini bunyi camni plak...

Haz... tak kira BN atau PKR, hak si miskin untuk mendapat pendidikan dan kehidupan yang sesuai dengan bayaran perlu ditunaikan...

Tanpa Nama berkata...

haz bodo. nak bersyukur pala otak lu.

Tanpa Nama berkata...

salam haz,kalau u susah sbb u takut nak minta hak2 u sebagai palajar n ikut apa yg u dapat n bershukur u pegi jahanam dgn u punya pengalaman tu,jangan nak takut2kan pelajar sekarang yg berani menuntut parubahan'ok,raja2 n pemimpin patut memberi bantuan untuk belajar supaya rakyat pandai n raja2 boleh berbangga rakyatnya berpelajaran

Tanpa Nama berkata...

salam haz,kalau u susah sbb u takut nak minta hak2 u sebagai palajar n ikut apa yg u dapat n bershukur u pegi jahanam dgn u punya pengalaman tu,jangan nak takut2kan pelajar sekarang yg berani menuntut parubahan'ok,raja2 n pemimpin patut memberi bantuan untuk belajar supaya rakyat pandai n raja2 boleh berbangga rakyatnya berpelajaran

haz berkata...

anon 3:16 gunakan bahasa yang mak ayah kamu ajar... kalau kau tak ada bahasa so ko lagi bodoh dari aku...

anon 3:42
fikir balik... kuis ni IPTS ke IPTA??

kalau yuran mahal memang la sebab IPTS.. sama juga dengan UNISEL mahal juga..

kau nak belajar free?? ada 1 je univ kat malaysia ni belajar free & dapat gaji lagi... UPNM univ pertahanan nasional malaysia.. kalau kau masuk.. tak yah bayar apa semua free.. kecuali student awam je kene bayar..

soal tuntut pembaharuan.. tuntut hak rakyat.. betul aku sokong la patut kita ni belajar FREE je..

masalah ni salah kerajaan negeri selangor ??? atau masalah kerajaan malaysia??

isu pokoknya yuran terlalu mahal... dah nama pun IPTS kolej swasta... sumber kewangan dari yuran pelajar...

kalau nak harapkan kerajaan negeri tanggung semuanya cuba la kira balik dengan pendapatan kerajaan negeri??

kalau kerajaan pusat ada beri bantuan aku pecaya MB akan bantu rakyat selangor yang belajar di KUIS...

so nak selesaikan masalah ni mudah je.. gantikan lah kerajaan BN kepada PR.. insyallah semua isu ni akan selesai...

NOTE: masalah ni bukan di kuis (IPTS) tapi di UKM UM (ipta) pun terjadi juga

http://mpmukmkl.blogspot.com/2011/08/penyelarasan-yuran-kolej-ulasan-dan.html

http://umtoday.blog.com/2010/10/11/aduan-mahasiswa-mahasiswa-mohon-penjelasan-kenaikan-yuran-kolej/

uncle abu berkata...

salite pd Saudar Saifudin.
memang ipta nih kebanyakkannya nk cekik darah pelajar2...ini fakta.bahagian pentadbiran universiti nih dah jadi semacam talibarut kapitalis, tidak menghiraukan masalah kehidupan pelajar sewaktu belajar di institusi2 milik kerajaan ini.yg depa tau pelajar ada ptptn dan jpa or mara ataupon yayasan2 negeri.apa depa ingat cukup kah kalau semua pinjaman tuh depa rembat??? dan pelajar yg menanggung hutang slps tammat belajar....gua sampai skrg mmg terasa hati bila teringat detik gua dgn seorang sahabat dihalau dari pejabat mara kl semasa nk 'ambil borang permohonan' pinjaman masa time belajar dulu....pukimak ape bukan duet mak bapak mamat jage kaunter tuh pon...celaka kalau gua jumpa sumpah gua sepak terajang mamat melayu bangsat tuh!!! back to the story, selagi kita x alami apa keperitann hidup ini kita masih akan sangkakan yg baik2,yg indah2 sahaja tentang pengurusan badan2,institusi2 dlm negara kita nih.....wslm.

Tanpa Nama berkata...

apa KUIS ini universiti top 10 dunia ke??

Tanpa Nama berkata...

Apa sudah jadi dengan Ustaz Adnan (kah3) dapat Datuk zaman khir toyo yang kini jadi rektor lama sangat??? Yang timbalannya yang takada PhD itu pun asyik ambil staf orang kampung aje..mana KUis nak maju....Datuk Adnan steadylah kuis bukan untuk Selangor..kuis untuk antrabangsa..buatlah tranformasi antikroni, antinepotisme. Selamat Aidilada maaf zahir batin. KUIS jangan syok sendiri ye....

Tanpa Nama berkata...

KUIS jangan syok sendiri. Pakatan Rakyat boleh gantikan Rektor dan timbalannya orang lain....

dukun berkata...

flet aku 350 sahaja sebulan.ada 3 bilik.

syukur-lah.kuis ada hostel 700 ringgit sebulan.ada lantai marble sampai ke syiling.bilik aircon 24 jam.ada broadband.tv satelit.bilik air sorang satu.tak payah turun tangga,ada eskalator.valet parking.vip eskot.

woiiii,kuarters kerajaan pun sewa 380 ringgit sebulan!!!!!!!!!(potong elaun rumah 280+cola 100).pegi la jalan duta,tanya.

mr.labu berkata...

gua bekas pelajar KUIS..gua berhenti KUIS..gua rasa xberbaloi dan rasa dipperbodohkan oleh pengurusan KUIS yg haprak..ikhlas wa ckp,KUIS mmg boleh dipanggil lintah darat..utk pengetahuan,masa gua di KUIS dulu.KUIS ini di bawah satu syarikat kerajaan negeri semenjak khir toyo lg..dalam syarikat tu 50% saham dipunyai oleh seorang bapak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

mmg KUIS ni agak cekik darah..yuran satu sem boleh mencecah RM5000..xtermasuk denda n kaumpoun.sekian..-ex KUIS-

Tanpa Nama berkata...

KUIS saja ka yang mahal, naik yuran..U lain camana plak? Setau aku mulai semester lepas, semua U naikkan kadar yuran..cuba tanya Lim Kok Wing, berapa yuran dia?

Tanpa Nama berkata...

yg jd masalah di sni aku nampak yuran xsetimpal dengan apa yg pelajar dapat.sekian.

Tanpa Nama berkata...

ya haz pandai sebab dia tidur dulu atas simen je dan bersyukur kerana ada simen. kalau kat tamil naidu mungkin tidur atas rumput je kan. betul tak saudara haz.

Revolusi_Malaysia berkata...

Tanpa Nama berkata...
cuba tanya Lim Kok Wing, berapa yuran dia?
1 November 2011 10:19 PTG

Tanpa Nama berkata...
yg jd masalah di sni aku nampak yuran xsetimpal dengan apa yg pelajar dapat.
2 November 2011 3:37 PG

Anon 10:19... Lim Kok Wing harga mahal tapi tengok asrama utk pelajar dia camner? Dah tengok kemudahan utk pelajar dia camner?

tolong buat perbandingan yang setimpal sebelum buat hujah... rasa-rasa saya, epal perlu dibanding dengan epal dan bukannya epal dengan rambutan.

Dah diorang nak duduk luar sebab lagi murah, biarlah, bukan paksa untuk terus duduk dalam KUIS yang harga RM700 sebulan.

Saya setuju sangat dengan Tanpa Nama 2 November 2011 3:37 PG.

Seperti yang saya katakan dari awal, HAK si Miskin untuk mendapat pendidikan dan kehidupan yang sesuai dengan bayaran perlu ditunaikan. Kalau ditunaikan, tak mungkin isu ini keluar. Tak kira BN atau PR... salah tetap salah, benar tetap benar.

Tanpa Nama berkata...

aku stuju dgn haz.

Tak bleh compare IPTS cost dgn IPTA

You choose IPTS so hv to prepare mentally & monetory.

Aku dulu kt UM pun susah. yuran satu sem masa tu dh 1000 tk masuk kolej lagi.UM kolej tk standard ada yg sekali dng makan ada yg tk. aku kt 10th college tk de makan. p kelas jalan kaki. bleh tahan jauh beb engineering nye fac. turun bukit naik bukit tu.

Last2 pi sewa kt pantai dalam 800 sebulan share 10 orang. RM 100 sorang msuk api air. mana nk duit makan lagi. p klas naik bas UM kelas kul 8 6.30am dh beratur beb tunggu bas kalau tak nk kena naik teksi. naik teksi jawabnya miss soru.

Tapi aku mmg syukur sbb cukuplah makan. setakat telur goreng dgn kicap mmg biasa. meggi mee not my taste.

Aku setuju gak tuntut hak tapi bunyinya macam manja sgt beb, tilam nipislah, aku tido atas toto je dulu.

tuntut hak free education bkn compare nilai yg kita bayar tk setimpal dgn apa yg dapat.Tu macam aku ada byk duit ku dh bayar lebih aku nk dpt lebih.

Thats sounds like trip advisor comment about the 5 star hotel to me.Herewith I list down some

- Not worth for money
- doesn't seems to be in 5 star hotel.
-not Value for money
- poor There are lot of better options
-