Selasa, 1 November 2011

PAPA ROCK DARI BAITUL HIKMAH




SALUT PAPA ROCK






Abu Yuqub ibn Ishaq al-Kindi
lahir 801 di kufa iraq
wafat 873 di baghdad




DR ASRI: PAS PERLU TUNJUK SIKAP DEMOPKRATIK SEBELUM JADI KERAJAAN
- minsidert

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.

“Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.

“Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.

Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.

KOMENTAR
amat menghairankan
setiap kali ada konsert maka pemuda pas
akan meloncat dan mengambur membuat batahan

jangan silap faham – konsert bukan budaya barat sahaja
di bumi melayu ini telah wujud kosert sebelum woodstock
di bumi melayu ini telah wujud konsert sebelum glustonbury
orang melayu ada pesta wayang kulit
orang melayu ada pesta main gasing
orang melayu ada pesta laga ayam
orang melayu berkonsert ketika nikah kahwin
konsert ialah merayakan kehidupan secara beramai ramai
disetiap budaya bangsa akan akan perhimpunan untuk sama-sama
dirayakan

musik?
musik adalah milik anak semua budaya
musik adalah milik anak semua bangsa
musik adalah sebahagian dari kehidupan


ada yang kurang faham asal usul musik
musik ada pernyataan hati murni manusia terhadap yang maha esa
dari sejak zaman berzaman musik ada pengucapan kata hati manusia
untuk berterima kaseh kepada yang maha esa yang memberikan kehidupan
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada hujan
musik lahir kerana manusia berterima kaseh kepada laut
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada sawah dan padi

hanya mereka yang bebal yang buta musik yang akan menentang musik
musik adalah oxygen untuk kehidupan
musik adalah dna manusia untuk merayakan kehidupan
kalau di pakistan akan ada pesta bermalam malam
menari dengan musik sufi dengan gesekan sitar
bercampur dengan asap hashih
kalau di turki ada pesta darwish
menyanyi dan menari untuk bertemu dengan yang maha esa
kalau di iraq lebanon musik dan pesta bermula tengah malam
dan akan tamat awal pagi

konsert selalu dikaitkan dengan yang muda
ketika perang vietnam
joan baez jannis joplin bon dylan
john bin lebai lennon telah membuat konsert anti perang
ketika nelson mandela di penjara
boy george, george michel, sting telah berkonsert menuntut mandela di bebas
ketika bush ingin menyerang iraq
hampir satu juta anak anak muda telah berkonsert menentang perang
dalam kota london
anak anak muda berkonsert menentang bush dan blair
hanya yang bebal tidak tahu fakta ini

mereka yang bebal dan malas membaca
tidak pernah bertemu dengan al-kindi
ahli falsafah keluaran baitul hikmah di baghdad
al- kindi menulis 7 buah buku tentang falsafah musik
buku musik yang amsih menjadi rujukan pemusik hari ini
kalau al-kindi wujud dikurun ini
pasti al kindi akan bersama merayakan
glustonbuury dan woodstock

apa yang menghairankan ialah pas
kini sedang menawarkan diri untuk mentabir negara
maka ramai anak muda akan berfikir:
apakah kebebalan, kejahatan dan kezaliman hari ini
akan diganti dengan satu lagi bentuk kebebalan , kejahatan dan kezaliman?
apa gunanya memilih parti yang akan menyusahkan hidup

anak muda akan berfikir:
hari ini siang kita ditindas oleh united malay national organisation
malam kita akan ditindas oleh parti islam se malaysia

NOTA:
kalau gerombolan bijak
maka setiap bulan atau dua bulan sekali
akan diadakan konsert
setiap kali ada konsert pemuda pas akan heboh
maka undi untuk pas akan terus merosot
dan mainkan heboh heboh anti konsert ini dimedia
lihat hasilnya
pas akan tonggeng
tak perlu guna zionis apco
untuk dapat pandangan
lu pikir sendirilah
kah kah kah



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam TT....
bukan soal konsert....tapi soal 'siapa' dan apa pengaruh yang nak dibawa makhluk yang 'siapa' itu.
kalu kita tahu mahkluk itu budaya yang hidup dan amalannya keterlaluan menentang fitrah....buat apa kita perlu bersetuju dan membiarkan ia mendatang pengaruh dan ikutan pada anak muda kita. biasanya anak muda islam kita le yang mudah terjerat...kalau ada anak muda nak menentangnya (pemuda pas) biarlah. itupun kebebasan hak mereka juga. tidak semua pendapat tt semua betul. pemahaman konsert yang tt jelaskan itu terlalu umum. tt pun tahu budaya keterlampauan yang dibawa makhluk itu kalu tt minat pada budayanya terpulanglah, tak perlu halang kalu ada sebahagian insan lain yang tidak boleh menerima perkara tersebut....ianya wajar ditentang. boleh bagi jaminan ke tidak ada orang islam yang datang melihat konsert itu seperti mana mana cadangan dr asri tu. kedai judi yang terpampang tanda berhadapan masjidpun tak mampu penguasa nak halang penagih judi islam apatah lagi benda macam ni....sekurang2nya adalah juga tentangan menunjukkan tidak suka kepada perkara maksiat. papa rock dari baitul hikmah tu bukan macam makhluk dua alam tu....jangan pengaruh orang dengan fakta sendiri.

rahimi berkata...

sepatutnya AlFarabi yg menemukan nota muzik yang macam taugeh tu.

hjremy.

Revolusi_Malaysia berkata...

saya suka jawapan Dr. Asri...

woi pemuda PAS pundek, sila sedia terima kritikan la...

"kau kutuk orang boleh, kalau kat kau kene kutuk tak boleh?

Lancau!

p/s: Ustaz-ustaz poyo... kalo depan2 ceramah, berdegar-degar ucapan konon-konon berani... bila kena tibai, pastu dengar lah diorang PASTI berkata "bersabarlah, Allah bersama kita"... woi pundek, kenapa tak guna bersabar Allah bersama kita masa berdegar-degar buat ucapan konon-konon pejuang Allah yang hebat dan tak takut mati... LANCAU!

elsyet berkata...

Aku ahli pas. Tapi aku minat musik. Aku minat vinyl records. Aku minat Dire Straits. Aku minat Metallica. Kalau Metallica buat konsert kat Malaysia aku pi tgk. Kena bijak dalam mentadbir. Mmg la musik ni melaghokan kalau berlebih lebihan. Tapi dah aku minat. Kalau hangpa tak minat tak payah la pi. Kat jepun konsert rock semua org duduk atas kerusi. Bila nak "head bangin" depa bgn la. Lepas tu duduk balik. Saya skolah agama dulu. Saya paham kenapa PAS membantah konsert ni. Tapi PAS kena paham bukan semua pengundi PAS tu budak skolah agama dan lulusan dari timur tengah. Skarang ni penyamun, mat rempit, kaki pukul, kaki disko, kaki massage serta ahli UMNO pun pangkah PAS.

Tanpa Nama berkata...

Woi pemuda pas , lu orang memang tak cool !!

setiap kali ada concert, perangai lu orang macam kera kena belacan !!buat demo anti rasuah, anti BN hari-hari, pasti anak muda join sama lu !!

Tanpa Nama berkata...

aku hafal dan suka lagu-lagu Elton John tu... dan aku tak pernahlah pulak teragak nak berperangai macam dia...

Konsert Hassan Ali Di Genting Highlands berkata...

Memang tepat & hebat sekali Bang Isham. Saya sokong 100% dengan tulisan anda. Ini tulisan yang cukup hebat.

Ya betul tu. Kalau UMNO mahu menang pada pilihanraya akan datang, sila jemput Boy George & George Michael datang buat konsert. Sudah tentu Pemuda PAS akan menunjukkan kebodohan mereka.

Saya tidak senang dengan sikap ramai pemimpin PAS yang tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Tengok apa penyokong PAS tulis dalam komen di blog - blog politik. Bila dikritik, maka mereka mulalah mengugut nak bunuh orang. Sikap sesetengah pemimpin PAS & penyokong PAS sama seperti sikap RAJAH Gopal & Raj Kumar yang kita benci. Rajah Gopal pantang dikritik. Kalau dikritik, maka mereka mulalah nak bunuh orang. PAS menunjukkan sikap yang sama seperti Rajah Gopal.

Harap PAS berubah sikap. Pemuda PAS terlalu melampau. Mereka terlalu nak jadi orang Arab. Maka mereka menjadi lebih Arab dari orang Arab.

Itu tak boleh ini tak boleh. Tengok wayang gambar pun tak boleh.

Wayang kulit pun diharamkan.

Tarian Makyong diharamkan tetapi menyembah Raja Gopal sebagai Yang Maha Mulia & Yang Maha Agong tidak diharamkan.

Tarian joget Melayu yang merupakan tarian tradisional orang Melayu pun diharamkan gara gara nak sangat jadi orang Arab. Tahukah Pemuda PAS bahawa ramai orang Arab suka tengok belly dancing?

Hidup dibawah pemerintahan PAS sudah tentu membosankan untuk anak muda. Mereka nak muda mudi jadi boring dan jemu macam Hassan Ali & Nasrudin Hassan at-Tantawi. Nama si bapak Nasrudin pun terlalu Arab sebab gara gara sangat nak jadi Arab.

Tengok wayang gambar tak boleh. Tengok konsert tak boleh. Jadi Pemuda PAS nak kita buat apa? Nak kita semua tengok konsert the Ali Brothers? Tengok konsert Hassan Ali & Ibrahim Ali kat stadium Shah Alam? Tengok Harussani merepek kat Stadium Merdeka?

Nasib baik ada PKR. Kalau tidak, muda mudi macam saya sudah join Gerombolan sebab tak sanggup nak tengok lawak bodoh Nasrudin.

Tanpa Nama berkata...

lantak kau lah
kau orang nak mabuk konsertpun lantak lah
Benda mudah je..muzik kena tengok kepada keadaan dan tempat: lagu & lirik, orang yang menyanyi, suasana. kalau perkara yg tak bagus elok dihindarkan bukan pertahankan.siapa ibna & Farabi ? diaorang hafal quran sejak kecik lagi dan mendalam tentang agama..korang bab bab agamapun ramai yang tentang...kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

lantak koranglah...benda mudah je..muzik ni kena tengok keadaaan tempat suasana, lagu lirik dll..kalau ada perkara yang tak bagus elok dihindarkan..bukan pertahankan..siapa ibn sina dan al farabi.. diaorang hafaz quran hadis dari kecik lagi dan mendalam ilmu agama...engko orang hukum agama pun buat hentam... Tak apa Asri dengan pandangan dan tantawi dengan pendapatnya.. orang tahu ilmu bagus masing-masing berhujah..

Tanpa Nama berkata...

komen tanpa nama 1:34 terbaek dari ladang.

salut.

Tanpa Nama berkata...

Senang je Bhai... ajak Tantawi dengan Elton jumpa... pas tu, suruh Elton janji nak buat lagu untuk PAS... sure settle punya...

tapi, formula nie macam dah pernah dibuat orang...

Tanpa Nama berkata...

komunis!sosiolis! sekular!

asal ko tak mampus je dulu mse dkat oversea?
balik malaysia kerja duk menghasut, merosakkan pemikiran anak muda je..,,

Tanpa Nama berkata...

terima kasih TT, kau lah filusuf jalanan yg berjuang menetang borjuis... salute....!

Tanpa Nama berkata...

Farabi tk kenal mcmana nk kenal tuhan. Ni lah contoh islam keturunan. Yg dia tau nk pahala,nak msk syurga. Cuba2 belajar sikit dgn nama2 hallaj, ibn arabi, ibn alfarid atau rantau sini mcm hamzah fansuri, siti jenar ke. Ni asyik2 hadi n nik aziz jd rujukan. TT,gua caya sama lu.

elsyet berkata...

Sudah la tu bergaduh pasal hiburan. Yg xsuka nak demo ka nak hantar memo ka teruskan lah. TGNA dulu kat Mesir pun bawak radio pergi peknek berehat bawah pokok. Jiwa muda. Tak percaya try tanya lebai google. Aku tak minat Elton John. Kah kah kah. Lagu terbaik In the world Dire Sultan of Swing. TT upload la link kat page lu bro.

Tanpa Nama berkata...

dulu lain situasinya....sekarang bila konsert ramai anak gadis tergadai maruah, seks bebas, dadah.Kita Melayu,lslam....tak sama zaman al-kindi beb.........

Tanpa Nama berkata...

janagn melancap

Tanpa Nama berkata...

Lu apa citer ni mat. lu hanya mau menang, lu amik la bro. sekadar untuk menang, lu nak halalkan maksiat itu lu punya hal bro.Lu rasa seme muzik itu hebat, boleh bawak lu dan famili lu masuk syurga... itu lu punya pasalla bro. ISU SEKARANG ITU MAMAT GAY bro. Bukan muziknya bro. Itu samala kalo lu bawa MAMAT GAY tu masuk rumah lu...Dia bukan nak masuk sgt rumah lu, bro. Tapi sebab lu ajak dan siap bayar sekali untuk menghiburkan famili lu...Tu apa maknanya bro? Itu maknanya memuliakannya bro... tapi lu takkan faham anekdot ni bro... sbb lu mmg hebat dan selalu perasan hebat...
SALUTE UTK PEMUDA PAS...teruskan berjuang biar mamat yg sekapal dgn sosialis ini pening... chow..
p/s: lu punya sukala nak lulus atau pun tak.. ada aku kesah?

Tanpa Nama berkata...

Spisis Melayu ni memang teruk.Kalau belajar diTimur Tengah,balik lagak lebih dari Arab.Nama pun tukar,Tantawilah,AlPalembangilah,
AlIraqilah,macam-macam lagi.Kalau belajar lama kad Amerika dan Eropah,balik lebih dari orang Inggeris dan Perancis.Ada yang pergi Mekkah sekadar nakkan dapat paspot pakai serban.Balik dari Mekkah semua anak lelaki pakai serba,bawa kemesjid.Sebulan aje,lepas tu,bukan sahaja anak,dia sendiri pun dah tak pergi mesjid.Ini memang perangai spisis Melayu,punya naluri "keterlaluan"(extreme).Sifat ini yang jadi virus dalam Pemuda PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau mampus nanti,xpayah la baca quran...Panggil elton john nyanyi atas kubur kau...Kalau elton john boleh bagi syafaat tak pe la... Berhibur-berhibur juga, biar ade sempadan... Agak2 nyannyian boleh bawa ke syurga tak...

AsalkanBukanBN berkata...

yang sebenarnya pendirian pas itu tak salah. itu memang cara mereka sejak dulu lagi. yang salah ialah kita tak ada pilihan dalam pilihanraya. kita benci sangat BN yang merompak harta kita siang malam. kita nak pangkah selain BN saja, malangnya pas merasa dia semakin popular. walhal sebenar kita hanya mahu menjatuhkan BN saja bukan nak menaikkan pas. niat aku macam tu je, buat masa ni aku pangkah asalkan selain BN. esok-esok ada parti yang lebih baik aku akan naikkan yang itu. rasanya pas memang bukan parti selari dengan kehidupan aku...

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat Korang yang jahil yer? sekarang ni PAS x memboikot mana2 konsert tetapi perlulah ada perbatasannya... elton john mmg semer org kenal... Terbaik dengan LOve Song.. tapi kita perlu tahu Dia seorang Yang Gay dan Berkahwin Dengan Lelaki.. Ini Dari Hukum ALlah Sendiri pun Haram... So korang pikirkan.. ramai lagi.. kalau OLd School Music nie.. so Beware...

Tanpa Nama berkata...

HEBATLAH KONONNYA LU TT. HEBAT ke???....
1. Sebagai Penghasut....terhebat...
2. Sebagai Pencetus fitnah dengan gelaran-gelaran.....ikut suka ko je....
3. Sebagai pengacum....agar wujud rasa kebencian....
4. Memaparkan keburukan orang...(bimbang2 suatu ketika nanti Allah akan paparkan keburukan ko pulak)

Gua tengok lu memamng ada talent sebagai pengulas politik....tang tu memang gua suka sama macam lu ulas pasal raja gopal gua sokong lu. Tapi tak semestinya lu ulas apa yang lu rasa dan faham sendiri je. Asal lu rasa betul lu belasah je. Banyak cakap lu tak ada roh islamnya.
Tapi yelah...lu dari muda sampai tua ni idup lu.... ikut suka lu aje....yela...lu mirip sosialis.
t/nama 1;34 sama macam lu.....becakap tak faham tajuk, ulasan tak melihat realiti sebenar. Macam selalu gua komen lu...dan sekali lagi gua cakap "bukan semua pendapat lu betul tt" yang taksub lu(apa saje sume betul) biasanya mat rock, hippies...mat metal, anak muda era lagho...minda sosialis...minda bebas(idup ni sebenarnya bukan segala-galanye bebas)anak muda yang suka menentang...(kadang2 dia sendiripun tak tau apa yang ditentangnya...sekadar ikutan)suka syok2 aje.
TT lu ada peranan dalam PR utk menuju Putrajaya ....tapi kaedah lu tak semesti bawa kejayaan...TAPI lu juga antara penyebab PR gagal ke P/Jaya.

Tanpa Nama berkata...

tt cuma tak mau lu org jadi goblok. tu sbb BN kencing sama lu org. kena kelentong dek rajagopal no problem kelentong kat tt tak faham-faham. hantuk je la kepala tu kat jamban. realpolitik has nothing divine about it. so PAS don't create stupid problem la.nak masuk politik kalu jgn main-main guli la kah kah. lebih baik jadi maunah tibai senjata sekelip mata berlori-lori .. bawak lak ke genting, gasak itu kasino, baru ori perjuangan. cheh, dgn karpal pun tak reti nak bibas.